23 September 2014

Kegembiraan Elak Diri Jatuh Sakit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Nak kongsi info dengan korang. Sejak semalam mentor saya bagi homework kat geng2 shaklee sharing sesama kawan kat group apa yang kami dah baca untuk setiap hari. Banyak info yang saya dapat. Memang best bila berkawan lebih ramai orang. Tak kira secara offline atau online. Sejak join shaklee ni memang ramai kawan saya perolehi dari sumber online. Kadang-kadang jer kami akan berjumpa kalau ada majlis @ kelas tertentu yang dianjurkan oleh shaklee sendiri atau sesama ahli Group Shaklee untuk mengeratkan silaturrahim. Otak pun akan sentiasa berkembang. Takderlah asyik fikir pasal kerja jer..fasal family or life jer kan... Majmuk kan pelbagai info atau aktiviti. So, hidup kita pun lebih happy & jaranglah penyakit menyerang. 


Cuba anda kenal pasti siapa di antara sahabat anda yang sentiasa 
tersenyum bahagia dan gembira. Berkemungkinan orang itu 
adalah orang yang paling sihat-sihat antara teman-teman anda. 
Kebahagiaan adalah kunci kepada kesihatan sejati. 
Individu yang bahagia dan gembira jarang mengalami tekanan perasaan 
dan perkara inilah yang menyebabkan mereka begitu sihat. 

Langkah kedua untuk mengelakkan jatuh sakit adalah dengan cara hidup 
gembira dan bahagia tanpa tekanan perasaan yang boleh memudaratkan. 
Umum mengetahui bahawa semakin tertekan seseorang itu 
dalam kehidupan sehariannya, semakin mudah seseorang itu jatuh sakit. 

Penyakit itu tidak semestinya dalam bentuk batuk dan selsema sahaja. 
Tekanan perasaan yang berlarutan juga boleh menyebabkan 
penyakit darah tinggi, kencing manis dan barah. 
Tiga penyakit tersebut merupakan pembunuh nombor satu pada masa ini. 
Dengan itu tidak salah jika kita katakan bahawa 
tekanan perasaan merupakan pembunuh utama 
di kalangan masyarakat kita sekarang ini. 

Terdapat banyak cara untuk mengelakkan tekanan di dalam hidup kita. 
Bagaimanapun salah satu cara yang paling berkesan tersingkap dalam ayat ini
‘Jangan susah, sentiasalah bergembira’. 
Untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit, sentiasalah bergembira. 
Carilah kebahagian melalui apa cara sekalipun. 
Cipta kegembiraan dalam diri kita dan 
biarlah semua sel-sel dalam badan kita berada dalam kegembiraan. 
Jika anda belum menemui kebahagiaan itu, berpura-puralah gembira 
sehingga anda bertemu dengan kegembiraan yang sebenar. 
Kerana jika anda tidak dapat menemukan kegembiraan dan kebahagian 
dalam hidup anda, anda pasti akan jatuh sakit.


Tu sumber info yang saya jumpa mengatakan kehidupan kita perlu sentiasa gembira untuk biarkan sel-sel sihat. Barulah diri kita jarang ditimpa penyakit terutama 3 penyakit serangkai tu... Mintalah jauhkan!

Sedikit tips dari seorang kawan group shaklee kalau diri diserang sakit dan tak nak ambil panadol. Korang boleh ambil inisiatif macam kat bawah ni. Kebiasaannya kalau demam saya suka ambil Nutriferon & Vitamin C. Info kat bawah ni saya baru tahu tadi selain 2 produk yang selalu saya ambil untuk penahan semulajadi.

  • Penahan sakit - Omega 3, omega 3 ni penahan sakit semula jadi (anti inflammatory), tapi untuk keberkesanan yang lebih optimum, gabungkan b-complex (yang juga penahan sakit semula jadi) dan multivitamin (Vitalea).
  • Kenapa kena gabung? Sebab apabila inflamasi terjadi, badan kita sebenarnya memberikan signal yang ia kena attack dengan sesuatu bendasing yang menyebabkan reaksi inflamasi..
  • Omega 3 dan Vitamin B memang membantu kurangkan inflamasi tersebut, tetapi badan juga perlukan nutrisi supaya bahagian badan lain lebih kuat sekaligus melawan bendasing yang sebabkan inflamasi tersebut..
"Sharing is Caring"

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini!

4 comments:

  1. Assalam...salam perkenalan juga.terima kasih sudi singgah blog saya.awak org melaka ye?kedai sate kerang tu kat semabok..nama kedai tu hj ibrahim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Fyda :)
      Saya asal orang Melaka. Bersekolah di Melaka dari sekolah rendah hingga menengah... TQ yer fyda bagtahu nama kedai.. InsyaaAllah jika kesempatan sampai melaka leh singgah rasa sate kerang...

      Delete