Nota Parenting

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua,

Nota parenting ini saya copy dari group Telegram Nota Parenting Taufiq Razif.
Untuk pengetahuan semua ahli dalam group ni ada lebih 80k followers tau. Banyak tips yang beliau beri untuk mendidik anak-anak kita. Jadi risau nota yang di sampaikan, saya terbuang atau lari ke mana-mana. Better saya kumpulkan di blog saya ini. Senang saya boleh baca sekali semua di sini untuk rujukan. 

Ada juga ibu bapa di luar sana yang tiada telegram, jadi boleh lah info yang saya catit di sini dapat di baca & di amalkan untuk kita bersama-sama.

Moga catatan info ini berguna & memberi manfaat juga pada ibu bapa lain ('',) 
Sharing is Caring!





Bermula dari cini yer nota-nota yang di sampaikan dalam group tersebut.




Didik anak mengikut ciri unik mereka sendiri. Jangan didik anak ikut cara suka hati. Kesian anak nanti.




Saya adalah salah seorang visual leaner juga. Saya suka guna Photograpic Memory untuk skor exam saya waktu sekolah menengah dulu



Amal terus pada anak-anak ye. Ingat, anak yang kuat keyakinan diri je mampu menggunakan seluruh potensi dan bakat terpendam dalam diri





Untuk anak auditory ni cara belajar paling berkesan adalah dengan menggunakan suara. Samada suara daripada video, guru, ibubapa ataupun suaranya sendiri.



Antara ciri-ciri anak Kinestetik ni adalah :
- tak boleh duduk diam
- suka pegang barang sana sini
- suka bermain
- amat cergas



Ada Anak Degil?


+ Fahami dulu anak kita ni anak kinestetik ke auditory atau visual

+ Anak kinestetik, tunjuk ajar mereka dengan perbuatan dan pergerakan

+ Anak Auditory, tunjuk ajar mereka dengan perbincangan, percakapan dan perbualan

+ Anak visual, tunjuk ajar mereka dengan menggambar, melukis dan pergerakan tangan (hand gestures)

Tajamkan EQ Anak

Anak yang tinggi IQ-nya mungkin sangat pandai tetapi anak yang tinggi EQ-nya lebih pandai mengawal emosinya dan emosi orang di sekeliling


  • Ajar anak kawal emosi diri
  • Ajar anak kenal emosi diri
  • Ajar anak sensitif dengan perasaan orang lain
  • Ajar anak kawal emosi adik beradiknya



Gaya Parenting Authoritarian

  • Terlalu menuntut kesempurnaan 
  • Mendidik anak jadi pak turut
  • Anak tak bebas langsung untuk memilih
  • Tegas yang keterlaluan
Kesannya

Anak jadi kurang kreatif, penakut, mudah terikut cakap kawan dan tak ada keyakinan diri


:baby::baby::baby::baby::baby:
Anak & Tidur

Pengkaji daripada UK menemukan kaitan antara waktu tidur yang tak menentu dengan anak yang hiperaktif dan masalah emosi pada anak

Sebab tu, kita yang kena tentukan waktu tidur anak. Bukan biarkan anak kita yang tentukan bila mereka kena tidur

Spiritual Intelligence (SQ)

Jangan cuma fokus pada IQ anak sahaja. Kuatkan juga SQ anak dengan cara menjelaskan :

- apa tujuan hidupnya
- ke mana dia akan tuju selepas kematian
- untuk apa dia dikirim ke dunia
- kenapa dia kena berbakti pada ibubapanya


Pentingnya Adversity Quotient (AQ) Anak

Jangan cuma fokus pada IQ anak. Fokus juga pada AQ-nya. Anak yang kuat AQ nya mampu menukar keburukan di sekelilingnya menjadi peluang dan kebaikan.

- Selalu ajak anak berfikir positif
- Selalu ceritakan cerita yang banyak ibrah/pengajaran
- Tunjukkan wajah yang tenang di depan anak ketika diuji dugaan


Mak Ayah Hebat Kena Belajar Listening Skills

Kemahiran mendengar ni membuatkan jiwa anak lebih puas dan connection jadi lebih kuat.
  • Tak mudah menyampuk ketika anak mengeluh
  • Tak mudah hukum anak bila anak bercakap benar
  • Dengarkan percakapan anak sambil melihat ke dalam mata
  • Buat anggukan kecil tanda kita mendengarkan dia walaupun kita tengah sibuk

Elakkan 3 Benda Ni Supaya Rasa Percaya Diri Anak Tetap Kuat 


  1. Jangan puji SEMUA benda yang anak buat. Puji hanya pada pada perbuatan yang terbaik sahaja
  2. Jangan sampai anak tak boleh buat pilihan langsung. Mereka boleh memilih tapi dengan tunjuk ajar kita
  3. Jangan buat SEMUA benda untuk anak. Anak perlukan cabaran untuk mempertajam skill problem-solving mereka
EQ Anak

Jangan fokus pada IQ anak je. Fokus juga pada Emotional Intelligence mereka sampai anak kita boleh cakap " Saya faham perasaan Ibu ". Bila mereka dah boleh cakap macam tu, tu antara tanda EQ anak kita dah sangat bagus!


2 Teknik Ni Kita Kena Pakai Masa Nasihat Anak Supaya Nasihat Tu Lebih Masuk Ke Dalam Hati Anak kita

Amal 3 Teknik Ni Supaya Anak Lebih Dengar Cakap Kita

Firm - Tegas dan konsisten dengan pendirian kita

Fair - Tunjukkan kasih sayang sama rata antara anak-anak kita

Friendly - Banyakkan puji kebaikannya daripada mengkritik kesilapannya

Terus amal pada anak kita ye!


Statistik 15 jenis handphone yang paling banyak mengeluarkan radiasi..

Bukan suruh berhenti guna handphone bila berada bersama anak tapi kalau boleh kurangkan, itu yang terbaik

sumber statista.com


Ibu Vs Ayah

Umur 0-6 : Waktu ni si ibu lebih berpengaruh pada si anak

Umur 7-15 : Waktu ni si ayah lebih berpengaruh pada si anak

Tu la kenapa, si ayah bukan sekadar pencari nafkah. Ayah juga adalah idola pertama si anak di dalam rumah!


Connect Sebelum Correct

Antara sebab anak kurang dengar bila kita tegur (correct) mereka sebab kita lupa nak kuatkan connection dulu sebelum tegur.

Fahami Anak Lelaki

Anak lelaki dilahirkan sebagai Hero. Hero ni sifatnya suka nak buktikan sesuatu pada orang lain. Kalau anak lelaki banyak buat benda yang buat kita sakit hati, tu tandanya mereka dahagakan perhatian dan dahagakan pujian.

Pujilah anak kita atas bakat dan pencapaiannya!


Ada Masanya Kita Kena Jadi Kawan Kepada Anak Kita

  • bermain bersama
  • mendengarkan luahan hatinya
  • memahami perasaannya
  • kenal sifat anak di luar rumah
  • memahami bahasa tubuhnya
7 Jenis Buah Yang Kena Ada Dalam Peti Ais Rumah Kita

1. Jambu batu 
2. Betik
3. Kiwi
4. Strawberi
5. Nenas
6. Mangga
7. Lemon

Ni antara buah yang tinggi Vitamin C. 
InsyaAllah bermanfaat untuk kuatkan sistem imun anak



Kajian mengatakan 80% remaja Malaysia sekarang kurang VITAMIN D.

Jom cukupkan bekalan Vitamin D anak kita!


Anak Auditory

Mereka lebih cepat tangkap ilmu bila kita :
  • jelaskan berulangkali kepada mereka
  • berbisik kepada mereka
  • minta mereka sebut benda yang dipelajari tu berulang kali
  • pastikan tak ada gangguan bunyi lain di sekeliling mereka

Anak Kinesthetic

Lebih cepat faham pelajaran bila :
  • kita tak paksa mereka duduk diam
  • belajar sambil menggerakkan kaki dan tangan
  • belajar sambil berinteraksi dengan alam
  • lagi berkesan kalau kita suruh mereka praktikkan
Anak Visual

Lagi suka belajar bila :
  • kita guna simbol, carta, peta dan lukisan ketika ajar mereka
  • letakkan mereka di kerusi paling depan di dalam kelas
  • gunakan pergerakan tangan (hand gesture) ketika mengajar
Ada Anak Degil?
  • Jangan label anak dulu
  • Mungkin anak kita tu jenis strong-willed atau determined
  • Sifat ni ada sisi positifnya
  • Jangan fokus untuk tukar sikap semulajadi anak tapi fokus bagaimana nak jadikan sifat anak tu sebagai kelebihan terhebat dirinya
Anak Buat Perangai?

Sebenarnya buat perangai ni adalah salah satu cara anak berkomunikasi dengan kita.

Pegang je kata-kata ni
Anak-anak akan terus berkomunikasi dengan kita tanpa henti sampai la mereka rasa didengari

Jadi apa tugas kita?
Tugas kita adalah gali dan cari apa yang anak kita cuba sampaikan dan selesaikan masalah anak kita tu

3 Cara Kuatkan Bonding

Pertama : Limitkan penggunaan gadget di depan anak

Kedua : Disiplinkan diri dan keluarga untuk menonton TV hanya pada masa tertentu

Ketiga : Cari waktu untuk luangkan masa berdua dengan anak tanpa gangguan anak yang lain

Cara Nak Jadi Lebih Ber-Authority Di Depan Anak

  • Jangan selalu tunjukkan mood tak stabil di depan anak
  • Marah hanya pada waktu tertentu. Bukannya setiap masa
  • Jangan pernah mungkiri janji pada anak walaupun pada benda yang remeh temeh pada mata kita
Ajar anak kita Empati kalau nak anak kita hebat bila dewasa nanti

  • Ajar anak untuk baca perasaan orang lain melalui mimik muka
  • Ajar anak untuk baca mood orang lain melalui intonasi suara
  • Ajar anak untuk rasakan kesusahan orang lain dengan banyakkan memberi


Kebaikan Bercuti Untuk Anak



  • Sistem PLAY dan SEEKING dalam otak anak akan lebih aktif
  • Badan anak akan menghasilkan lebih banyak neurochemicals seperti oxytocin & dopamine
  • Ianya membuatkan stress level anak lebih berkurang dan perasaan sayang anak jadi lebih meningkat
  • Tempat bercuti yang terbaik untuk anak adalah percutian yang mendekatkan anak dengan alam semulajadi
  • Biarkan anak hidu bau kesegaran pokok, rasakan sensasi pasir pada kaki dan kesejukan air sungai dan lautan yang menenangkan

2 Cara Bercakap Dengan Anak

Cara Pertama : Duduk sama level dengan anak. Gunakan ini ketika nak tunjuk kasih sayang atau penghargaan

Cara Kedua : Berdiri supaya anak terpaksa pandang ke atas ketika bercakap dengan kita. Ini supaya Authority kita lebih tinggi dan percakapan kita lebih didengari


Ajar Anak Jujur Supaya Anak Tak Mudah Menipu

  • Tegur anak setiap kali anak menipu
  • Bagi denda ringan setiap kali anak menipu
  • Bacakan buku cerita yang menceritakan akibat buruk menipu
  • Jangan hukum anak keterlaluan jika anak bercakap benar
  • Jangan lupa reward anak jika anak bercakap benar
Teknik Nak Bagi Anak Keras Kepala Dengar Arahan Kita


5 Perkara Perlu Buat Sebelum Mendidik Anak


Cara Nak Bagi Nak Minat Pada Buku


Guna Teknik Ni Untuk Pujuk Anak Buat Sesuatu

Ni namanya Teknik Gradual Commitment. Nak anak buat benda yang besar, biarkan anak setuju untuk buat benda kecil dulu

Contoh nak pujuk anak mandi

Ambil persetujuan anak dulu untuk
  • bangun daripada tempat tidurnya
  • buka bajunya
  • buka pampersnya
  • dan lain2
Kalau benda kecil ni semua anak dah setuju biasanya lagi mudah nak pujuk anak mandi. Kalau hal kecil pun kita dah memaksa, biasanya hal besar nanti anak kita akan lebih reject

Nak jadi mak ayah yang hebat, kita kena jadi Mind Reader sikit

Kita kena :
  • selami perasaan anak
  • tahu baca bahasa tubuh anak
  • tahu mesej apa sebenarnya anak kita cuba sampaikan
Antara Kesalahan Kita Semasa Bercakap Dengan Anak
  • melabel anak
  • merendah rendahkan
  • meremeh remehkan
  • membanding bandingkan
Jangan tuding orang lain. Kita periksa diri kita masing-masing!

Elakkan Minuman Air Tin Pada Anak-Anak


Cuba tengok kandungan gula dalam air tin dan air kotak. Ni la kenapa saya tak galakkan anak-anak minum air tin dan air kotak.

Bukan haramkan sama sekali tapi kalau boleh elak, kita elakkan.

Tips Elakkan Anak Tertinggal Dalam Kereta


Jangan Rampas Barang Anak

  • Anak belajar hormat orang melalui kita
  • Anak belajar hormat kepunyaan orang pun melalui kita
  • Mintak izin elok-elok sebelum ambil apa yang di tangan anak
  • Kita hormat anak, anak pun akan belajar untuk hormat kita kelak

Cara Nak Hadapi Anak Yang Keras Kemahuannya


Jadikan Waktu Bersama Anak Lebih Bernilai Tinggi

  • Sesekali tatap wajah anak dengan penuh perasaan
  • Sesekali hadirkan getaran syukur dalam hati atas kebahagiaan dan kesihatan yang diberikan pada anak kita
  • Sesekali tutup TV dan segala gadget supaya tumpuan kita pada anak menjadi lebih terfokus
Kata-Kata Kita Akan Mempunyai Pengaruh Pada Anak Bila :

  • Kita bercakap dalam keadaan tenang
  • Kita gunakan nada suara yang sederhana rendah
  • Tak mengaibkan dan menjatuhkan maruah anak
  • Selalu tepati janji
  • Kreatif memujuk tanpa berbohong
  • Kita buat apa yang kita cakap
Disiplin VS Anak

Disiplin anak akan jadi lebih berkesan pada anak bila :
  • bonding kita dah cukup kuat dengan anak
  • kita dalam keadaan terkawal dan tenang
  • tidak menghukum untuk puaskan hati sendiri
  • si anak boleh rasakan hukuman kita adil dan berpatutan

Jangan terlalu sedih anak suka berebut barang

Masa tu la paling sesuai nak ajar anak skill berkawan dan skill berinteraksi

Ni namanya Interpersonal Skills


  • ajar anak cara nak tegur kawan
  • ajar anak cara nak mintak barang kawan
  • ajar anak cara nak berkongsi barang
  • bagitahu anak betapa Allah sayang orang yang berkongsi
  • ajar anak hormat barang dan privasi orang lain
  • ajar anak teknik dan skill bernegosiasi untuk mendapatkan barang
Cara Tercepat Bonding Dengan Anak


Tips Elak Anak Naik Kepala



Ibu yang pandai bertenang adalah Ibu yang hebat

Ni saya nak ajar teknik nak tenangkan emosi yang tengah tinggi.

Perasan tak masa kita marah pernafasan kita tak teratur?

Bila perasan je benda tu terus je :

Tarik nafas dalam dalam melalui hidung

Dan hembus nafas yang panjang melalui mulut

Hembusan nafas melalui mulut ni ada macam "calming effect" sikit. Memang rasa tenang. Buat berulang ulang kali ye. Ok, dah tahu ni terus amal ye.


Cara Melihat Pasangan & Anak Gembira



Kita kena tahu pasangan atau anak-anak kita betul-betul gembira ke tak

Caranya : Lihat kedutan di hujung mata. Jika ada kedutan tu bermakna senyuman pasangan dan anak kita adalah real tanpa dibuat2!


Kita kena pandai baca emosi orang di sekeliling kita. Bukan untuk berburuk sangka tapi supaya kita jadi lebih sensitif dengan perasaan orang lain dan dianggap lebih memahami.

Ajar Anak Memahami Orang Lain Daripada Kecil


Kita mudah marah anak bila kita tak faham anak kita

  • Kita tak faham anak kita masih tak pandai berkomunikasi
  • Jeritan, tangisan dan rengekan adalah tanda anak kita masih mahu berkomunikasi
  • Bila anak diam, itulah sebenarnya yang kita kena risaukan
Anak Memberontak
  • Bila kurang sentuhan kasih sayang
  • Bila keperluan emosi tak dipenuhi
  • Bila dia rasa tak didengari
  • Bila kita nak sangat jadi ibubapa tapi terlupa nak jadi kawan pada anak anak kita

Tips Anak Lebih Taat Pada Ibu Bapa



Cara Terbaik Nak Bagi Anak Fokus Belajar?

  • Banyakkan free play dan juga play break
  • Biarlah sesekali anak bermain tanpa kita tentukan jenis permainannya
  • Biarlah sesekali anak berlari lari dan melompat selepas dah berjaya fokus walaupun sekejap sahaja
Tips Anak Jadi Hebat



Nak Anak Skor Pelajaran

  • Kenali dulu samada anak kita Visual, Kinesthetic ataupun Auditory 
  • Variasikan juga cara anak kita belajar samada melalui Visual-nya, Auditory-nya mahupun melalui pergerakan badan
  • Bangkitkan motivasi dalaman anak, bukannya sekadar bagi anak ganjaran duit dan kemewahan
Anak VsTenang

Anak lebih tenang bila kita :
  1. Tahu baca emosi mereka
  2. Tahu baca mimik muka mereka
  3. Tahu nak guna nada suara memujuk
  4. Pandai kawal emosi kita bila berhadapan dengan emosi mereka
Nak Anak Kurang Mengamuk?

Anak mengamuk ni biasanya dia nak bagitahu sesuatu cuma kerana vocabulary-nya tak banyak lagi jadi dia terpaksa mengamuk untuk berkomunikasi dengan kita.

Sebab tu la kita kena ajar anak nama-nama emosi supaya anak boleh bagitahu apa dia rasa.
Contohnya :


  • sedih
  • marah
  • geram
  • jeles
  • kecewa
Apa Yang perlu Dilakukan Apabila Anak Mengamuk 


Anak &Tidur

  1. Pastikan Anak Kita Cukup Tidur
  2. Jangan cukup tidur je, tidur anak juga kena nyenyak ( tidur mati )
  3. Dalam tidur yang nyenyak tu la berlakunya proses self-healing pada anak
  4. Memori pun senang terbentuk bila anak tidur nyenyak
  5. Nak anak tidur nyenyak, jangan bagi anak main gajet sebelum tidur
  6. Tidur kena mengiring ke kanan
Nasihat Hati ke Hati

Kalau dah bermacam cara kita buat tapi anak tetap tak nak taat kita dan suka derhaka maka pergi lah jumpa mak ayah kita. Cium tangan mereka. Peluk mereka. Mintak maaf sungguh-sungguh pada mereka.

Ada kemungkinan, mereka masih ada sekelumit rasa 'tak redha' dengan diri kita. InsyaAllah bila mak ayah kita ikhlas & redha dengan kita, anak-anak kita pun akan taat dan ikhlas dengan kita.

Cara Nak Nasihat Anak VISUAL
  • Suara kena lantang
  • Butir percakapan kena sedikit laju
  • Banyakkan guna perkataan seperti nampak, lihat dan tengok dalam nasihat kita tu

No comments:

Post a Comment