29 August 2014

Ostematrix Peneman Tidur Lena

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Ramai tak kawan-kawan yang mengalami sakit-sakit badan atau sengal-sengal bila bangun dari tidur? Rasa malas nak pergi kerja sebab badan rasa macam berat jer. Pasti ada kan yang mengalami kes ni terutama pada yang jarang atau tak suka langsung minum susu ('',)

Saya juga tidak terkecuali pernah alami perkara yang sama. Tambahan sekarang saya sedang hamil jadi lagilah bertambah beban berat  badan dan sering hadapi kebas-kebas. Jadi apa alternatif saya?? Disebabkan kemalasan untuk membuat susu sebelum masuk tidur, saya hanya menelan vitamin Ostematrix untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi... 



Syukur alhamdulillah nampak kesannya bila bangun dari tidur. Ostematrix sangat membantu :) Kalsium ni sangat penting tau kawan-kawan pada kita semua, lagi-lagi umur kita yang semakin meningkat... Lagi banyak umur lagi banyak kita memerlukan kalsium dalam badan. Jika kalsium tidak mencukupi dalam badan datanglah pelbagai penyakit yang menyerang nanti seperti mudah sakit gigi, sakit lutut, kebas-kebas tangan dan sebagainya.

Kesan pengambilan Ostematrix ni bukan saya sahaja yang mengalami keserasiannya, malah emak & ayah saya juga sangat suka vitamin ni. Sekarang ni suami juga dah pandai cari ostematrix sebelum tidur :) Yerlah tak nak lah belum tua lagi gigi dah banyak tak der kan. hehe... Sakit badan sana sini... Badan nak pakai lama. 

Kat bawah ni antara kesan yang dihadapi oleh ibu hamil yang lain dan si suami yang kuat bekerja & aktif bersukan setelah mengamalkan Ostematrix...




Jika anda berminat nak mencuba suplemen Ostematrix ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



26 August 2014

Tips Menghadapi Anak Demam!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua..... 

Petang ni saya nak kongsi tips menghadapi suasana Anak Demam.... Ini adalah pengalaman saya sendiri kerana inilah pertama kali anak saya demam melebihi 3 hari semenjak dia lahir. Ini mungkin disebabkan dia menyusu badan sehingga 3 tahun menyebabkan dia jarang demam. Tapi bila dia di uji dengan dengan demam panas, hanya Allah sahaja tahu betapa risau hati seorang ibu & ayah bila anak kita sakitkan... Mana tahu info ni dapat digunakan oleh kawan-kawan...

1) Perkara wajib perlu ada dalam rumah ialah sediakan "first aid kit" seperti termometer digital, Cool Fever & Basic H (atau asam jawa, atau apa2 yang boleh digunakan untuk jerlum kepala & badan anak).

2) Sentiasa sukat suhu badannya bila dia mula menunjukkan ciri demam.. Pastikan jangan melebihi 38 degree. Jangan pakaikan stokin atau selimut tebal. Pakaikan pakaian nipis yang tak diserap haba. Lapkan badannya terutama di bahagian yang memerangkap panas seperti pelipat lutut, pelipat siku, bawah ketiak, leher.

3) Rutinkan anak dengan suplemen untuk kuatkan imuniti tubuhnya seperti Vit c Chew & Mealshakes. Ini bagi anak yang dah lebih setahun, jika masih bayi menyusu dengan susu ibunya adalah terbaik, InsyaaAllah.

4) Pastikan anak minum air masak. Kalau dia tak nak minum (pahit mulut) boleh berikan anak anda air jus atau ribena yang tidak mengandungi kafein & terlalu mains. Yang penting dia kerap minum supaya panas dalam badan dapat keluar. Boleh juga beri alternatif lain beri minum air kelapa atau air isotonik seperti Performance Drink.

5) Jika anak demam melebihi 2 hari bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan jika suhunya telah mencapai 38 degree. Jika suhu melebihi 38.5 degree pastikan masuk ubat bontot (Voren) untuk elakkan anak terkena sawan.

6) Jika demam melebihi 5 hari buat pemeriksaan semula dengan doktor. Jika doktor menasihatkan perlu membuat ujian darah. Jangan risau atau panik. Jalani sahaja ujian tersebut untuk memastikan anak kita bebas daripada sebarang jangkitan kuman atau denggi.

7) Disamping ubat yang diberikan oleh doktor saya berikan anak saya Nutriferon semasa mereka demam. (Nutriferon bagus untuk membunuh kuman dalam badan & mengaktifkan sistem pertahanan imun badan dengan cepat)

8) JANGAN BERI ANAK UBAT ORANG DEWASA ATAU UBAT TERKAWAL SEPERTI ANTIBIOTIK. Antibiotik hanya boleh diberi jika doktor telah membuat rawatan dan diberikan oleh doktor untuk keperluan anak.

9) Banyakkan berdoa & solat hajat minta Allah sihatkan anak kita. Elakkan dari berburuk sangka dengan Allah. Anak demam adalah tanda Allah sayang..Jangan bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia lihat ibunya sedih, dia lagi sedih.... Jadi kita sebagai ibu bapa perlu kuat semangat.

10) Doakan yang baik2 untuk anak kita... Doa ibu makbul.. Janganlah doa biar sakit anak berpindah pada ibu. Nanti ibu sakit, siapa pula nak jaga anak... Jadi, mintalah supaya anak cepat sembuh dan ibu diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk menjaga anak yang sakit....


Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ke-7 anak makin sihat... Syukur sangat... Mudahan anak ibu & ayah makin sihat sepenuhnya dan menjadi anak dan kakak yang lebih kuat untuk adik yang bakal lahir nanti, InsyaaAllah....

18 August 2014

Anak Sakit Perut VS Sembelit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Adakah anak anda sering mengalami sembelit? atau sering mengadu sakit perut? Jika anak anda mengalami masalah ini jom baca artikel dibawah ni. Mungkin info ini dapat membantu kita sebagai ibu bapa menyelesaikan masalah sakit perut atau sembelit yang dihadapi oleh anak-anak. 




Masalah sakit perut antara masalah biasa yang dihadapi oleh kanak-kanak. Antara gangguan pencernaan yang sering berlaku oleh kanak-kanak adalah masalah sembelit. Sembelit adalah suatu keadaan di mana kekerapan membuang air besar menjadi kurang atau kesukaran membuang air besar.

Sembelit pada kanak-kanak juga disebabkan oleh pengambilan susu yang berlebihan, kurang pengambilan serat kerana kanak-kanak tidak suka makan sayur atau kurang minum air putih. Sembelit akan membuatkan kanak-kanak mengalami kesakitan ketika mengeluarkan najisnya.

Oleh kerana itu, ada segelintir kanak-kanak sanggup menahan diri daripada membuang air besar sehingga menyebabkan najisnya menjadi lebih besar dan keras. Sembelit berlarutan yang teruk melebihi tiga minggu. Ia boleh menyebabkan masalah buasir.

Cara penyelesaiannya
  • Perhatikan makanan yang diambil oleh anak anda. Sediakan diet atau pemakanan yang seimbang seperti sayur-sayuran, serat tinggi dan banyakkan minum air putih. Adakah anak anda makan terlalu banyak makanan yang diproses seperti biskut, coklat dan kentang goreng. Sebaliknya ambil sedikit buah dan sayur-sayuran.
  • Singkirkan makanan tidak ‘sihat’ seperti makanan ringan daripada menunya. Beri anak anda makanan berserat tinggi secara seimbang. Sediakan buah atau jus buah secara rutin.
  • Galakkan anak anda ke tandas secara rutin. Waktu terbaik adalah sewaktu perutnya penuh makanan atau sedang kekenyangan.
  • Bawa anak berjumpa doktor sekiranya masalah sembelitnya berlarutan lebih daripada seminggu.
  • Sebagai alternatif lain anda boleh juga mencuba makanan tambahan seperti  minuman Meal Shakes dari Shaklee. Minuman ini boleh diambil oleh anak-anak yang berumur setahun keatas. Rasa yang hebat, pek minuman extra nutrisi yang mudah dibancuh dan dicampur dengan hidangan lain. Minuman ini menawarkan 19 vitamin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protein yang hebat. Ia juga merupakan nutrien asas untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar untuk kekal kuat dan sihat.

07 August 2014

Anemia (Kekurangan Haemoglobin Dalam Sel Darah Merah)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Hari ni nak cerita tentang anemia. Memandangakan sekarang saya sedang hamil. Banyak artikel tentang penjagaan sewaktu kehamilan saya cari :) Sajer nak tambahkan ilmu. So saya kongsikan di sini. Kawan2 bolehlah dapat ilmu sekali.. Kebiasaan setiap kali ibu hamil membuat pemeriksaan di klinik kesihatan,  ibu tersebut akan diambil darah untuk membuat ujian paras bacaan HB (Haemoglobin) dalam sel darah merah. Haemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Jika ibu hamil mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Ini membahayakan nyawa bayi di dalam kandungan.

Ujian darah ini penting untuk mengesan Anemia pada ibu hamil. Jika bacaan kurang dari 11gm/dl, ibu akan dipantau dengan diberi suplemen zat besi, asid folic, vitamin C, vitamin B kompleks. Pil zat besi, b kompleks dan asid folic diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Manakalan vitamin C membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi tersebut. 

Apakah Anemia?

Ia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil haemoglobin. anemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Penyebab Anemia

1) Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).
  • Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
  • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
2) Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum. ini mungkin disebabkan oleh:
  • Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
  1. Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
  2. Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
  • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan.
  • Kekurangan hormone : Paras hormon tiroid rendah.
  • Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum.
  • Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.
3) Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Jenis anemia yang biasa berlaku ialah :
  • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
  • Talasemia.
Simptom dan gejala

Ramai dewasa menghidapi anemia tanpa disedari. Simptom termasuk :
  • Keletihan setiap masa.
  • Pening.
  • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
  • Kulit pucat.
  • Kadar denyutan jantung yang cepat.
  • Kurang daya ingatan.
Komplikasi

Anemia yang teruk boleh menyebabkan :
  • Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan.
Rawatan

Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda. Rawatan bergantung kepada jenis anemia yang dihadapi :
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil suplemen zat besi. Sila lihat Jadual 1 untuk kandungan zat besi dalam makanan.
Jadual 1 : Kandungan Zat Besi Dalam Kandungan

Tip lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :
  • Adalah disyorkan agar pil suplemen zat besi dimakan bersama dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
  • Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan usus perlu dirawat.

Pencegahan

Makan makanan seimbang setiap hari. Jaga kesihatan diri anda untuk orang-orang tersayang... Klik di sini untuk melihat paparan piramid makanan seimbang

06 August 2014

Vivix Bantu Awet Muda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua......

Hari ini saya sangat teruja nak cerita keperibadian bos saya. Selama saya menjual Shaklee tak pernah jumpa customer sebaik hati beliau. Dah lah dia beli suplemen Shaklee yang paling mahal & berkualiti. Bagi pulak tambahan duit ikhlas pada saya. Walaupun nilainya hanya RM10 .. Tapi sangat berkesan dalam hati saya. Mulianya hati dia. Mudahan Allah limpahkan lagi rezeki beliau & diberi kesihatan yang kekal sempurna hingga akhir hayat... Amennn... 

Patutlah wajahnya sentiasa berseri dan cantik awet muda selalu. Dari dulu saya memang suka tengok wajah dia.. Sangat cantik, natural beauty dan tak lokek senyuman pada anak-anak buah bawahannya.. TQ Puan.. Semasa rumah saya dipecah masuk orang, beliau juga memanggil saya dan bertanya khabar keadaan saya. Beliau juga sempat memberi sumbangan sendiri pada saya dengan jumlah yang agak tinggi. Beliau memang ada ciri pemimpin yang baik hati... InsyaaAllah, saya juga ingin jadi seperti beliau.. Suka memberi dan menjadi pemimpin yang berhati mulia.... 

Ni lah wajah beliau... comel kan?? Cantik seperti peribadi beliau juga :)


Nak tahu tak apa suplemen yang beliau beli dengan saya? sudah tentunya Vivix... Tonik ajaib Shaklee... Ni kali ke 2 beliau beli dengan saya. Semasa nak order kali ke 2 tu masih ingat lagi katanya, dia kata Vivix dia dah tinggal cikit. Takder tenaga lah saya kalau habis nanti ('',) Syukur sangat... Puan saya serasi dengan Vivix. Nak tahu kelebihan Vivix? Boleh baca disini

Jika anda berminat nak mencuba suplemen Vivix ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



04 August 2014

Penyakit Gegata Menyerang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Macam mana raya anda semua?? Meriah tak? Selamat Hari Raya dan mohon maaf zahir batin. Mana tahu ada ayat-ayat dalam blog saya ni ada yang menyakitkan hati anda. Kita kosong-kosong yer ('',) 

Hari ni dah 8 syawal...kejap jer masa berlalu kan. Raya tahun ni kami beraya di Tangkak, Johor dan Hulu Langat, Selangor. Alhamdulillah berjalan dengan baik, cuma keadaan kesihatan suami tidak mengizinkan. Sehari sebelum raya dia terkena penyakit gegata. Gatal2 badan macam bengkak-bengkak lebar. Contoh macam dalam gambar bawah ni. Ni ambil kat google jer. Saya tak sempat ambil gambar semasa suami diserang gatal2 tu.. Yerlah fokus terlebih fikir cara macam mana nak hilangkan sakit dia jer :)


Sian tengok dia. Ingat lepas ambil injection dekat klinik kesihatan terus hilang. Tapi Allah nak uji hambanya kan penyakit gegata tu datang semula kat badan suami pada pagi raya... Tapi kami sempat bergambar lah pagi tu nak wat kenangan punya pasal... Syukur si dia ok jer ikutkan ragam saya dan anak ('',)


Nasib saya ada bawa standby vitamin Shaklee bawa balik kampung. Jadi, sebagai alternatif hilangkan gegata tu saya bagi suami Nutriferon 2 peket sehari, 3 biji Alfalfa, 1 biji Vitamin C dan 1 biji Garlic. Alhamdulillah nampak lah kesannya.. Kuranglah sedikit gatal. Tapi raya ke-2 ambil semula injection kat klinik private dan makan vitamin shaklee bersama.. Alhamdulillah raya ke-3 berancur hilang hingga sekarang... Syukur sangat... Korang nak tahu ker apa fungsi setiap vitamin yang saya bagi tu? Meh saya terangkan serba sedikit...

Klik pada gambar untuk membuat order secara terus melalui Shaklee

  • Nutriferon - Membantu untuk hilangkan kuman dalam badan dan mengaktifkan sistem pertahanan imun badan dengan cepat. Info lanjut boleh baca disini
  • Alfalfa - Membantu untuk kurangkan gatal-gatal dan keradangan sakit tu kerana ia kaya dengan klorofil. Info lanjut boleh baca disini
  • Vitamin C - Membantu meningkatkan penyembuhan tissu badan dan antibodi. info lanjut boleh baca disini
  • Garlic - Sebagai pengganti antibiotik yang selamat dan mempertingkatkan sistem imun tubuh badan. Info lanjut boleh baca disini

Kesembuhan penyakit tu datang dari Allah, kita hanya mampu berusaha kan. Tak salah mencuba. Kebetulan masa suami kena gegata tu kebanyakkan hospital & klinik tutup sebab cuti raya kan. Jadi saya mencuba alternatif lain yang saya yakin selamat & semulajadi... Alhamdulillah sangat membantu. Saya cuma berkongsi pengalaman. Terpulang pada anda mahu percaya atau tidak :)

Jika anda berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan mencuba merawat penyakit yang anda alami... InShaaAllah, kami akan cuba membantu untuk anda membuat pilihan yang terbaik!