Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

10 May 2020

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

HAPPY MOTHER'S DAY!
SELAMAT HARI IBU❤️

Buat semua sahabat saya yang bergelar wanita. Tidak kira di mana korang berada. Sahabat Tadika Abim, Sahabat Sekolah2 SKKT, SMKIS, SMK Teknik Bukit Piatu, Sahabat Politeknik Port Dickson, Sahabat Kerja di Kilang Cubics Elektronik, Infineon Technologi, Sahabat KPM & KPT, Sahabat alam Maya, Sahabat Facebook, Instagram, Telegram, Blogger. Sahabat jiran tetangga, sahabat jiran kampung, tak lupa juga sahabat2 Biz yg lama & baru. Semuanya sentiasa di dalam hati saya❤️


Paling istimewa saya nak tujukan khas buat Mak-Mak tersayang😍

Mohon semua sahabat doakan untuk insan2 yang sangat istimewa & hebat dalam hati kami ini diberi kesihatan berpanjangan & rezeki yang melimpah ruah lagi 🤲🏻

Semoga Allah panjangkan umur mak kami🤲🏻

Kami belum puas lagi melihat mereka dia atas muka bumi ini. Kami belum puas lagi membalas jasa-jasa pengorbanan mereka. Kami belum puas lagi menikmati air tangan mereka.

Mak adalah insan yang sangat2 istimewa dalam hidup kami.🥰 Tiada pengganti yang lebih hebat walaupun ada harta yang begitu banyak🥺

Happy Mother's Day!

Sempena Hari Ibu, anak-anak saya buatkan kad istimewa untuk saya. Terharu plak. Sajer jer tanya diorg hari ni hari ibu. Apa anak2 ibu nak bagi ibu ni ('',)
Tiba-tiba dapat kad dari anak-anak.

Tadaaa.... Ini lah Kad Ucapan dari hasil karya kakak & adik untuk ibu sempena Hari Ibu😍






Ayat kakak selalu menyentuh hati ibu tau🤧

Alhamdulillah, ibu bersyukur dikurniakan anugerah dapat merasa melahirkan kamu berdua secara pembedahan. Diberi rezeki menyusukan kamu berdua sehingga kenyang berkali2🤭 Diberi juga kekuatan emosi & fizikal dapat menjaga kamu berdua dari kecil hingga sekarang walaupun ibu still bekerja👸

Doakan ibu kamu ni selalu kuat, sihat, berilmu supaya dapat jadi ibu yg terbaik mendidik kamu menjadi insan2 yang hebat di dunia & akhirat 🤲

Bila ibu tiada nanti, sekurang2 nya kamu berdua sudah pandai berdikari sendiri, membaca, mengira dan menghafal ayat2 Al Quran untuk pendinding kamu sendiri agar lebih kuat berada di muka bumi Allah ini🌎

Ayat paling akhir tu tak menahan doakan bisnes ibu berjaya🤭 Tq kakak. Ibu buat semua untuk kita sekeluarga kakak. Kamu berdua sumber kekuatan ibu untuk lebih berjaya dalam kehidupan 🤗

Love kakak & adik till jannah❤️🥰

01 October 2015

Anak Chicken Pox Boleh Mohon Cuti Separuh Gaji

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Bismillahirrahmanirrahim...

"Selamat Tinggal September, Selamat Datang October``

Semoga hari yang mendatang akan membawa keberkatan pada kita semua. 
InshaaAllah.

Jangan lupa tau kawan-kawan setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua-dua ibu bapa kita samada yang masih hidup atau yang telah pergi. Aamin.......

Hari ni saya nak bercerita tentang anak2 saya. Dugaan nak membesarkan anak2 syurga kami.



Ada tak kawan2 seperti saya. Cuti dah tinggal sedikit tapi anak diserang penyakit "chicken pox". Yerlah sebagai ibu tak sampai hati kan nak bagi orang lain yang bela. Biarlah tangan ibu sendiri yang membersihkan bintik2 awak tu. Sebagai pekerja kerajaan korang boleh mohon cuti separuh gaji tau ikut berapa lama nak ambil. Yang penting ada surat doktor yang mengesahkan anak "chicken pox". Macam saya kebetulan si kecik tu kena chicken pox masa cuti raya haji. Jadi saya ambil tambahan cuti separuh gaji selama 6 hari jer sebab cuti tahunan dah tinggal cikit. Kalau tak boleh jer ambil lagi kan cuti tahunan. Biasalah nak membesarkan anak2... cuti memang selalu berkurang jer...



Itu contoh surat doktor mengesahkan anak saya diserang virus "chicken pox". Ringkas jer kan doktor tu tulis..

3minggu lepas kakak dia sebenarnya diserang virus chicken pox. Duduk taska kan. Berjangkitlah dari kawan2. Lepas 2minggu kakak dah beransur baik, adik pulak berjangkit. Kakak boleh lah lagi bawa ker opis kan sebab boleh harap tolong ibu buat kerja...keluarkan tape backup..duduk diam2 tengok movie. Kalau adik nak bawa pergi opis tak dapat buat kerja ibu.. Kang habis semua barang2 kat citu dia nak masuk dalam mulut. Tak pasal2 bertukar jadi transformers kan..hihi.. Aktif ko main adik ni walaupun badan ada bintik2. Jadi susur ngesot bawah meja ibu, mana taknya orang merangkak baya2 dia ni tapi dia mengesot('',)hehe...

Doakan anak2 saya cepat sembuh yer kawan2....

Kalau ada yang nak tahu macam mana saya merawat anak2 saya di serang virus 'CHICKEN POX' ni bolehlah hubungi saya untuk kita berkongsi info. Jangan segan tau saya memang suka berkongsi info...

Ummi Syahmi
017-6194784 (whatssapp & tele)


Korang memang comel sebab sudi membaca di blog saya ni. Semoga lain kali sudi-sudi lah membaca di sini lagi yer♡♡♡

03 June 2015

Makan Mee Tarik Bangi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Waktu tengah hari tadi korang makan apa? Ada menu best ker? Dah lama sebenarnya tak dating together2 ngan husband.hehe... so, tadi ambil kesempatan makan kat bangi. Tujuan asal nak g collect tiket NC Shaklee kat Faizland. Nak jumpa my mentor kesayangan tiada di opis plak. Saya pun satu tak bagitahu.. main redah jer. Hehe...



Alang2 dah sampai bangi kan. So kami ambil kesempatan makan Mee Tarik Warisan Asli.



Kat cini bukan ada mee jer tau nasi pun ada. Kami decide sorang ambil nasi sorang lagi ambil mee. Dapatlah rasa kedua-dua jenis makanan kan.. bijak tak idea tu ('',)





Sambil2 makan tadi sempat juga saya ambil gambar orang tu tengah membuat mee tarik. Macam best jer dia duk tarikk mee tu.. tapi seriously mee dia memang sedapp. Korang patut rasa. Husband pun cakap sedapp. So memang sedapp lah kan!



Tak sangka ada lambang Pilihan TV3 lagi kat papan tanda tu..hehe...



Jangan lupa kawan2 kalau dah sampai Bangi harus cuba Mee Tarik Warisan Asli ok...

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

11 November 2014

Pemeriksaan Kehamilan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Alhamdulilah selesai check up untuk 37 minggu 5 hari. Jika belum bersalin jumpa lagi nurse next week yer!


Mudahan kesihatan baik-baik sehingga bersalin. Sekarang berat 70kg Naik 16kg dari awal pregnant. 

Next week monitor berat lagi. Alahai camner nak wat selera bertambah mestilah berat bertambah kan..hehe... So, kena kawal lah pemakanan lepas ni :)

Ohh yer hujung2 kehamilan ni jangan lupa yer catit pergerakan bb...penting nurse kata..penat hamil...nanti dalam pantang xder baby. Nurse cakap ada kawan dia dah 38weeks bb meninggal dalam perut sebab terbelit tali pusat.. bahayakan... sebab tu penting monitor pergerakan bb. Mintalah jauhkan dari perkara macam tu... Doa banyak-banyak yer kawan-kawan yang seangkatan dengan saya. Semoga kita dan bb selamat hingga bersalin. AMEEN!

Jika korang nak tahu suplemen apa yang saya ambil semasa kehamilan? Korang boleh baca kat sini untuk tambahan info demi kesihatan yang terbaik untuk bayi dan anda yang sedang hamil ('',)

13 October 2014

Al-Fatihah Untuk Nenek

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Dah lama tak update blog.. rindu sebenarnya nak tulis. Tapi bagi menghormati pemergian nenek suami yang kuanggap dah macam nenek sendiri dengan kesihatan yang tidak mengizinkan terlupa nak update story kat cini. Maaf yer blog kesayanganku... Bukan diri ini ini melupakan mu... poyo jer ayatkan..huhu..

Selepas pemergian arwah nenek pada 03/10/2014 jam 11.12pagi, alhamdulillah kami sempat buat kenduri tahlil 3 malam berturut-turut. Salah satu sebab jugak lah tak sempat nak update kat cini. Rasa tak bersemngat pun yer gak.. Memang terasa permergian beliau. Yerlah kami tinggal dengan arwah lebih kurang 5 tahun lebih gak lah. Semenjak saya berkahwin, saya terus tinggal dengan nenek bersama suami sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. Umur beliau semasa saya mula-mula tinggal bersama dia adalah 83 tahun tapi ingatannya masih kuat dan boleh berdikari sendiri walaupun dia menggunakan kerusi roda. Nenek memang seorang yang baik hati dan tabah hatinya. Semasa arwah meninggal umurnya 88tahun.. Alhamdulillah panjangkan umur beliau. Sempatlah ada 6 cicit. Cicit yang bakal dalam perut ku yang ni jer tak sempat nak lihat :( 

Ada lah juga beberapa tips masakan dan pesanan yang saya belajar dari beliau. Banyak yang dia bagi tips rumah tangga, kehidupan seharian, penyimpanan kewangan macam mana nak urus, banyyak lagilah... Semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan orang yang beriman... InsyaaAllah... Al-Fatihah!

Kami Sayang Nenek...


15 September 2014

Anak Bijak & Sihat

Assalamualaikum  Salam Sejahtera Semua....

Hari ini nak cerita tentang my little princess :)

Alhamdulillah, anak kami Irdina Nor Syahmi makin aktif dan semakin bijak berkata-kata sekarang... Happy saya & suami tengok...


Irdina jarang sakit sebenarnya, mungkin sebab dia menyusu badan sehingga umur hampir 3 tahun. Misi saya nak menyusukan dia sehingga 2 tahun berjaya. Syukur sangat. Antara penyebab2 berjaya selain berdoa & menjaga pemakanan saya amalkan rutin mengepam mengikut waktu dan ambil suplemen shaklee... Yer, saya memang jenis kena ambil suplemen baru susu semakin ok. Ada orang kata tak makan suplemen pun susu banyak gak. Yerlah ikut badan masing2 kan. Ada orang memerlukan. Ada orang tak makan apa2 pun susu ok. Tapi bagi saya suplemen ni penting sebenarnya, lagi2 ibu yang bekerjaya seperti saya. Makanan yang kita ambil setiap hari tak tahu cukup zat ker, diserap khasiat sepenuhnya ker tak. Tu sebab kadang2 kita akan rasa badan kita cepat letih dan mudah dah naik marah dengan anak2.. Sian anak2 kena jadi mangsa sebab kita letihkan. Badan kita dah ambil tenaga untuk menyusukan anak kita. Segala zat & sumber kalsium protein bagai dah disalurkan pada anak kita. Jadi badan kita dah kekurangan zat. Sebab tulah mudah jer nak marah... nak mengamuk... tension kan. Tu bagi pendapat saya lah. Lain orang lain pendapatkan :)

Alhamdulillah banyak kesan positif pada irdina & diri saya sendiri... Bukan hanya impian nak susukan anak sahaja saya dapat, kesihatan yang lebih baik & kecantikan dalaman serta luaran juga diperolehi dengan mengenali Shaklee....

Jika ada ibu-ibu yang menyusu inginkankan nasihat atau tips berguna bagaimana saya berjaya mencapai misi menyusukan anak saya sehingga 3tahun. Bolehlah menghubungi saya melalui email atau whatsapp untuk saya kongsikan pengalaman saya sendiri dengan anda. Saya sangat teruja & happy jika anda ingin beri susu ibu untuk anak-anak anda. Itulah yang terbaik seperti tertulis dalam Al-Quran. (Bagi yang beragama Islam)

Ummi Maisaharah
018-2465122
maisaharah@gmail.com
ummirdinacong.blogspot.com


06 January 2013

Happy Birthday Irdina!

Assalamualaikum Semua...


Hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran anak kesayangan kami yang ke 2...kejap jer masa berlalu...Irdina Nor Syahmi dah mencecah umur 2 tahun...

Alhamdulillah, ibu bersyukur sgt dapat bagi yang terbaik untuk kamu sayang.. Ibu dapat laksanakan amanah Allah dgn memberikan susu yang datang dari darah daging ibu sendiri sehingga sekarang..Itulah saat kenangan manis yang sangat bermakna buat ibu dan kamu...

Sempena hari lahirmu ni, Ibu & Ayah doakan kamu sihat, cerdik, bijak serta menjadi anak solehah yang berjaya di dunia & akhirat..InsyaAllah mudah-mudahan...

Ibu & Ayah akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu sayang... Ibu & Ayah sayang sangat kat kamu..

Kek Birthday From FilaLicious
With cousin & Friends
With a cute mom :)

31 December 2012

Hari Istimewa

Hari ni hari terakhir bagi setiap tahun...hari penutup untuk tahun 2012...Hari ni juga lah hari  ulang tahun kelahiran orang tersayang kami :) yang selalu berada di sisi kami bila susah atau senang... Terima kasih sayang kerana menjaga kami dengan baik... Semoga bertambahnya umur sayang...bertambahnya sayang kamu kepada kami...Insya Allah...

"Selamat Ulang Tahun Kelahiran Sayang yang Ke-28"


Lagu ni saya nak tujukan untuk kamu sempena hari lahir kamu...



Lirik Lagu Wanita - KRU

Di sebalik semua lelaki di dunia
Pastinya didukung seorang wanita
Dia berkorban untuk
Memberi yang mampu
Demi insan yang disanjung dalam hidup


Tatang hatinya bagai permata
Luangkan masa untuk bersama
Bilang padanya kau sayangkan dia
Sepenuh jiwamu


Tenangkan hatinya bila resah 
Setia didalam ceria dan gundah
Itulah saja balasan diminta
Seorang wanita


Senyumannya mampu mengubati pilu
Ketika dunia tak kelihatan indah
Wajahnya yang ayu
Menenangkan kalbu
Jgn kau hampakan cintanya yang tulus


Itulah dia seperti dia menyelimutmu
Itulah saja balasan diminta
Seorang Wanita


Sumber : www.liriklagumuzika.com

12 October 2012

Adam dan Hawa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Korang tengok tak Drama Adam & Hawa di Astro Mustika HD.. Saya suka lah jalan cerita dia... Drama ni adaptasi dari novel Adam dan Hawa... Karya Aisya Sofea...



Sumber Google
Dulu pernah baca novel ni masa zaman belajar..tapi dah lupa jalan cerita dia... So bila tengok drama bersiri ni.. wahh tersentap jiwa ;) memang besssst... Mesti nak tengok TV pukul 10 malam di Astro Mustika HD,134..hihi...penangan hero malaya...gabungan heroin nya pun mantap gak.. Aaron Aziz & Nadiya Nisaa

Sumber Google
Lagi satu OST Drama Adam & Hawa ni pun best.. MUARA HATI... Gabungan suara Penyanyi Lelaki & Perempuan Terbaik di Malaysia.. 

Sumber Google
~ Jom layan liriknya....
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku berhujung padamu

Kemanapun kan pasti kembali o..

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu… biarkan aku merasuk dalam hati cinta..

06 January 2012

Happy 1st Birthday My Little Princess


Hari ni genap anak Ibu & Ayah setahun...Alhamdulillah rezki ank ibu minum susu ngan ibu masih berterusan...ibu rasa masih teringat lg kenangan melahirkan kamu Irdina Nor Syahmi :) pada jam 10.56 malam...paling membanggakan ibu anak ibu sudah boleh berjalan wlupun belum setahun...kira2 lg 2 week nk setahun dh pandai berjalan :) Alhamdulillah..mudahan ank ibu & ayah jadi anak yg solehah, cantik, bijak pandai n dikurniakan akal fikiran yg cerdas utk berbakti di bumi Allah bile besar nnti (ayat dari kawanku Azyyati Osman) xlupa gak ibu doakan moga Irdina sihat sentiasa supaya dpt jaga ibu,ayah&adik2 bila ibu &ayah dh tua...adik2 tu xtahu bila muncul...tg irdina besar ckt lg yer sayang...dh leh bantu ibu kat dapur..ibu & ayah bg kawan :) 


Ibu & Ayah Sayang sgt2 kat kamu

Ni video Khas buat kamu :) kamu suka upin ipin kan...


06 October 2011

9 moNtH...

Wahhh..pejam celik..pejam celik irdina dh 9 bulan..Alhamdulillah ibu masih menyusukan ank ibu ni...kejap betul masa berlalu..rasanya bau lg kuar hospital lahirkan dia :) hihi..skrg makin aktif Irdina Nor Syahmi..asyik nk berdiri jer..memanjat sana sini..pastu suka sgt nk tonggeng2 kan bontot dia nk bangun :)
Irdina ngan ibu kat opis :)
Antara aktiviti2 Irdina :)
Raya pertama Irdina
Bergambar ngan Ayah & Ibu utk 1st time raya

posing cikit ;p

Cantik x gaun Irdina..ibu belikan ni :)

Ayah kena cubit ngan Irdina..hahaha..padan muka..

23 August 2011

Sajer suka-suka

Semalam baca majalah Pa& Ma On9..so ternampak ada "Peraduan Bayi Bulan Ini". So sajer lah menggatal masukkan picture Irdina :) hihi...tarikh last 31 Ogos 2011..nk habis dh timenya...so saper nk tlg undi leh tgk kat link ni
http://www.majalahpama.com.my/extra/info.asp?sec=undibb

undilah untuk IRDINA NOR SYAHMI BINTI MOHD SYAHIR AKMAL :):)

di kesempatan ni nk wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kat smua kawan2 n saper lah yg baca blog ni:) moga raya kali ni lebih bermakna n ceria...insyaAllah...mudahan Allah permudahkan segala rancangan kita....

28 June 2011

Irdina 1st time makan

         Semalam 26/06/2011 pada jam 6.15 ptg, Irdina 1st time mkn bubur yg dibuat oleh tgn ibu nya sendiri :) hihi..kelakar masa mula2 dia nak mkn..muka kerut2 rasa bubur kosong tu..dah 2 3 suap..bau ok..berselera sungguh dia mkn..pandai mulut ke depan bila tunjuk sudu nk suap dia bubur...
   Patutnya dia makan lagi seminggu..hihi...disebab kan tengok dia mcm lapar jer..tambahan ibu dia berkobar2 nk bg anak dia mkan..so Irdina pun telah diberi bubur..maka irdina tidak minum susu ibu sepenuhnya lagi...dah pandai makan rupanya anak ibu ini...comel sungguh :)

Bersedia untuk mamam
suapan pertama
suapan kedua..tengok mimik muka dia..cumell kan :)
berhenti kejap ambik nafas...maniskan kurma ini (",)hihi..
setelah beberapa suap,bertambah selera Irdina makan...
dah habis mamam...alhamdulillah...
setelah kekenyangan..tidur ngan lena..

















07 June 2011

HaPpy AnniVerSary to SyahMi...

          Hari ni adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke-2...so sajer nk recall mcmn aku jumpa mu hubby..hihi..kami kenal masa mula2 dia masuk poly PD..dia masuk lmbt ckt dari aku..so xigt time tu kelas sains kot sem 1..masa tu kena pilih group..dia masuk group aku..kami bnyk wat assignment sama2...masa tu anggap dia kawan jer..yerlah bau sem 1 kan..:) terlalu bnyk kngn kami..segan nk citer lebih2..dari umur 18 tahun kenal dia sampai lah umur 25 bau kamu disatukan pada 07 Jun 2009...

After Nikah ni kat Masjid As-Salam Kesang Tua

Pelamin kami

Kenangan Terindah


Kat Taman Seribu Bunga
Untuk My Hubby  "Selamat Ulangtahun Sayang..Love U So Much Honey..."