19 July 2013

Pengganti ESP...

Assalamualaikum Semua....

Hari ni tadi dapat berita dari Shaklee ESP 'sold out'.... Selalu time ramadhan atau promosi selalu terjadi ESP kehabisan di Shaklee... Anda jangan risau... Shaklee ada produk lain yang boleh menggantikan ESP untuk bagi tenaga di bulan Ramdhan ni..

Taaa Daaaaaa...... Ni lah produk tu ('',) MEAL SHAKES & PERFORMANCE DRINK. Mari kita lihat apa kelebihan 2 produk ni... 

Manfaat utama Meal Shakes 
  • Nutrisi lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar penyerapan vitamin & mineral oleh tubuh badan kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yg bekerjasama dgn vitamin larit lemak. 
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh – Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain 
  • Membantu tumbesaran – mengandungi asid folik, biotin kaya dgn kalsium & magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar 
  • Anti oksida- mengandungi vitamin A,C,E,zink,selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan & melambatkan proses penuaan 
  • Mengembalikan seri wajah- Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yg cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memeberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik 
  • Detoksifikasi – kaya dgn serat larut utk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus 
  • Kelazatan Rasanya – Minuman yang lazat utk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan. 
Mealshakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan – Bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. 

Manfaat Utama Performance Drink 
  • Meningkatkan saya ketahanan badan – memberikan tenaga kapada otot dan sel dgn cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh 
  • Membekalkan tenaga & daya ketahanan fizikal – Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dlm tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika & mereka yang aktif dalam kerja harian. 
  • Mencegah Penyahhidratan – mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda 
  • Mengekalkan paras gula –terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot. 
Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa & dimana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshakes & ESP tau minuman lain. 

Sangat sesuai untuk : Para atlet, mereka yang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, penyahhidratan otot & kulit, vagina yang kering, cirit-birit, tiada selera makan, rendah paras gula, kepeningan & sebagainya.

Jika anda berminat ingin mendapat produk ni boleh menghubungi saya, saya sedia membantu anda


17 July 2013

Tips Menggalakkan Anak Makan!

Assalamualaikum Semua...


Petang ni saya nak cerita pasal kanak-kanak.. Sebab semenjak akhir2 ni saya teruja sebab anak saya dah makin berselera makan... Alhamdulillah ('',) Jadi saya nak share dengan anda semua panduan@tips menggalakkan anak-anak kita makan...



Kebiasaan rata-rata ibu mengadu anak-anak mereka susah untuk makan. Salah satu sebab mereka susah nak makan sebab habit kanak-kanak memang suka memilih makanan. Akibatnya, lebih banyak makanan yang ditolak berbanding dengan yang dimakan. Jadi, adakah kuantiti makanan yang diambil itu mencukupi?

Sebenarnya, kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Harus diingat, kekurangan berat badan tidak bermaksud anak anda kurus. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi bertubuh kecil, namun, mereka bukanlah kurang berat badan. Manakala kanak-kanak yang bertubuh agak besar sejak lahir tidak bermakna mereka cukup zat makanan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak itu tidak melambangkan tahap kesihatannya. Sekiranya anak anda ada banyak tenaga dan tumbesarannya normal, dia sebenarnya sihat meskipun hanya makan sedikit. Tetapi, jika berat badan anak anda tidak naik dan dia seakan tidak sihat, sesuatu perlu dilakukan.


Umumnya, kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal. Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh memandang ringan jika tumbesaran anak tidak seperti yang digariskan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses pemberian makanan kepada kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun sangat mencabar. Namun, demi masa kesihatan dan masa depan anak-anak, ibu bapa perlu bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mengambil hanya yang berkhasiat untuk keperluan tenaga dan nutrien anak sepanjang proses tumbesaran. Kekurangan berat badan bagi kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana banyak implikasinya seperti kecerdasan otak terjejas, pertumbuhan fizikal terganggu dan mudah diserang penyakit. Sekiranya hal ini terjadi kepada anak anda, bawalah dia berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan mengatasinya.

Jika anak anda enggan makan, berusahalah untuk mencipta suasana makan yang menceriakan. Pada masa yang sama, pelbagaikan menu dan cara sajian makanan untuk mereka. Harus diingat, kepelbagaian makanan yang disajikan perlulah mengutamakan vitamin dan zat agar tumbesaran tubuh dan perkembangan minda kanak-kanak tidak terjejas. Kuantiti makanan yang diambil anak anda biarpun sedikit tetapi mestilah berkhasiat. Ini lebih baik daripada makan banyak tetapi tidak berzat.


Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?

  • Bermasalah dengan gigi.
  • Bosan dengan makanan yang diberikan.
  • Terlalu banyak bermain.
  • Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
  • Tidak berselera untuk makan.
  • Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan. 
Tip Makanan Untuk Anak Kurus : 
  • Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak. 
  • Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari. 
  • Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan. 
  • Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat. 
Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan : 
  • Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak. 
  • Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang. 
  • Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang. 
  • Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat. 
  • Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega. 
  • Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega. 

Panduan Menggalakkan Anak Makan : 
  • Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan. 
  • Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat. 
  • Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera. 
  • Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa. 
  • Jangan menyuap anak secara paksa
  • Sediakan makanan seimbang yang mereka suka makan & berkhasiat
  • Berikan Supplemen atau makanan tambahan yang sesuai untuk anak anda....Salah satu yang dicadangkan ialah Shaklee Meal Shakes yang dilengkapi pelbagai jenis vitamin... Paling best, minuman ini berperisa Vanilla dan sangat sedap!

Penerangan serba sedikit tentang Shaklee Meal Shakes

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 


11 July 2013

Variasi Resepi ESP + PD

Assalamualaikum Semua....

Macammana berpuasa untuk hari ni? Tak lalu nak bersahur2 pagi ('',) Apa kata anda cuba variasi resepi minuman ESP + PD yang bertenaga & menyelerakan di bulan Ramadhan ni. Ada kawan share di blog dia untuk anda cuba. TQ Salwa sharing resepi ni! Yerlah kan dah jemu asyik minum macam tu jer. Apa kata kita cuba kelainan sedikit untuk bersahur ataupun berbuka...




ESP CREMO STRAWBERRY LASSI

2 sudu makan ESP
3 biskut Cremo yang dihancurkan
1 gelas Lassi berperisa Strawberry
1/3 cawan air

- Shake kuat kuat. Sedia untuk diminum! 
- Pastikan lassi dan air dalam keadaan sejuk untuk rasa yang segar

ESP & PD Manggo Nata de Coco

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 gelas jus Mangga Peel Fresh
1/3 cawan air
3 sudu makan Nata de Coco

- Shake kuat-kuat.
- Mangga kalau nak blend sendiri lagi terbaik.

ESP & PD Kurma Ice Blended

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
3 biji kurma dibuang biji
1 cawan susu
1/2 cawan air
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nak rasa creamy, tak perlu bubuh air

ESP & PD Walnut Chocolate Ice Blended

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
2 sudu walnut yang dibakar
1 1/2 cawan susu
1/2 gelas ais

- Blend sampai hancur
- Kalau nk tukar dengan badam, kacang tanah, pistachio pun boleh

ESP VICO Shake with Mixed Nuts

2 sudu makan ESP
2 sudu makan Vico
1 sudu badam dibakar dan dihancurkan
1 sudu kacang hazelnut dibakar dan dihancurkan
1/2 sudu walnut dibakar dan dihancurkan
1 cawan susu

- Shake kuat-kuat

ESP & PD Banana with Vanilla Ice Cream

2 sudu makan ESP
1 sudu makan Performance Drink
1 biji pisang yang dah masak
1 cawan susu
2 sudu makan Vanilla Ice Cream
1/2 gelas ais

-Blend sampai hancur

******************************************************
Bagi saya, antara pelbagai resepi ni yang saya pernah cuba ialah ESP & PD Kurma Ice Blended. Memang terbaik & Marvellous ! Saya akan cuba resepi yang lain pula. Mesti sedap... Jom kekal sihat & bertenaga walaupun di bulan puasa untuk tingkatkan amalan ibadah kita.

05 July 2013

Testimonial Shaklee GLA COMPLEX !

Assalamualaikum Semua...

Petang ni saya hanya nak share testimonial Vitamin Gla Complex yang tengah offer untuk bulan Julai ni ('',) Ramai yang berpuas hati dengan vitamin ni tau.. Jom kita tengok apa pendapat diorang yang sudah mencuba Gla Complex ni... Testimonial ni saya ambil dari Group FB Shaklee GL, group untuk customer yang membeli dengan kami....





Jika anda ingin mencuba vitamin ni... Nak order atau nak tahu lebih info tentang vitamin ni boleh lah menghubungi saya... Saya sedia membantu anda...

















* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

03 July 2013

Gla Complex !

Assalamualaikum Semua...

Pada bulan Julai 2013 ni Shaklee bagi promosi untuk vitamin GLA COMPLEX! 

Anda tahu apa sebenarnya Gla Complex ni? 
Nama penuhnya ialah Gama Linolenik Asid. Ia merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Vitamin ni boleh diambil oleh lelaki & perempuan. 

Salah satu fungsi vitamin ni yang paling orang suka ialah dapat menstabilkan hormon badan kita. Malah jika makan berterusan kulit kita akan lebih lembab & cantik berseri-seri... Sebab tu saya memang sangat suka vitamin ni.. Makan sebelum nak tidur.. Lagi satu yang saya suka bila time "Cik P" menjelma setiap bulan, senggugut saya dah berkurangan.. Alhamdulillah syukur sangat.. Kalau tak mesti rasa kurang selesa bila nak buat aktiviti seharian... Asyik nak baring jer! Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. Maybe sebab itulah Gla Complex dapat membantu mengurangkan senggugut...
 
Jadi, bila sengugut berkurangan, so automatik lah "moody" dah tak der kan... Senang lah hati si suami & anak-anak tidak menjadi bahan untuk melepaskan perasaan "moody" tu... Selain tu, ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, darah tinggi dan kencing manis.


Jika anda ingin mencuba vitamin ni... Jangan tunggu lama tau.. Selalu waktu promosi ni memang orang akan borong habis... Selalu jer produk Shaklee 'Sold Out' kat cawangan... Anda nak order atau nak tahu lebih info tentang vitamin ni boleh lah menghubungi saya... Saya sedia membantu anda...

















* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

02 July 2013

Tips Kebahagiaan Anak

Assalamualaikum Semua...

Hari ni saya terjumpa satu artikel yang sangat berguna untuk saya di page suami.isteri.bahagia. Jadi saya nak share dengan anda semua terutama yang dah bergelar ibu... Saya letak di blog saya untuk sumber rujukan saya masa akan datang. Jom kita sama-sama amalkan untuk kebahagian keluarga kita ('',) InsyaAllah...

====================================

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya
====================================

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh dikongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam (macam org tawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Sumber : suami.isteri.bahagia

01 July 2013

Sihat Bertenaga di Bulan Ramadhan...

Assalamualaikum Semua....

Alhamdulillah, setengah tahun sudah berlalu dalam tahun 2013. Hari ni hari pertama dalam bulan Julai... Lagi berapa hari jer kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia.. Anda sudah bersedia belum nak sambut bulan puasa ni? Kebanyakkan kita sebagai ibu bekerjaya memang sedikit sebanyak akan rasa keletihan cikit dalam bulan puasa, tambahan pula nak uruskan persekolahan anak-anak, urusan kerja rumah, urusan kerja opis, urusan dapur lagi... urusan nak layan hati suami lagi ('',) macam-macam hal orang perempuan nak kena uruskan... 

Jadi apa kata tahun ni kita sediakan sedikit budget beli suplemen tambahan. Bukan untuk sesiapa pun... Untuk kita juga agar lebih kekal cergas di bulan ramadhan supaya dapat menguruskan pelbagai urusan & diberi kekuatan melakukan ibadah tambahan bagi mengumpul pahala kita di akhirat nanti... Bulan Ramadhan hanya muncul setahun sekali jer... Pada bulan mulia ni lah kita perlu ambil kesempatan untuk mendekatkan diri pada Ilahi & membuat amal kebajikan tambahan. InsyaAllah, mudahan kita semua di panjangkan umur lagi bagi merasai kenikmatan bulan mulia ini...

Orang kata, "Perut sarang Penyakit". Berpuasa sangat baik dalam membantu tubuh menyingkirkan pelbagai 'racun' yang bersarang di perut. Berpuasa sebenarnya memberi ruang masa yang cukup kepada organ percernaan seperti perut,usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki mana-mana bahagian yang rosak dek pertambahan beban makanan harian yang kita makan.

Dengan berpuasa, toksin daripada kolon buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru serta kulit boleh dikeluarkan dari tubuh secara menyeluruh. Hasilnya, ia mampu melapangkan kesan sumbatan pada dinding saluran pernafasan dan pemakanan. Bekalan oksigen  yang lebih banyak menjadikan sel-sel lebih bertenaga. Kitaran pembersihan ini penting bagi sistem penghadaman sihat & pencegahan barah usus.

Selain itu, tabiat pemakanan seseorang juga dilihat turut menyumbang kepada faktor kesihatan. Deretan bazar Ramadhan yang menawarkan pelbagai juadah enak yang jarang dijumpai di bulan lain sebelumnya tanpa kita sedari menyumbang peningkatan berat badan & membuatkan kita senang menerima penyakit disebabkan peningkatan cita rasa. Oleh itu, pemilihan pemakanan seimbang di tambah suplemen berkualiti perlu untuk menghindar sebarang penyakit.


Saranan Pengambilan Produk Shaklee di Bulan Puasa!


Waktu Berbuka Puasa - Berbuka dimulai dengan kurma lebih afdhal berbanding kuih muih manis serta kurang serat yang dibeli di bazar ramdhan. Selain juadah utama, anda boleh tambahkan gabungan terbaik minuman Performance Orange & ESP untuk tenaga tambahan bagi menunaikan solat terawih di samping mengambil alfalfa untuk proses detoksifikasi tubuh.

Sebelum Tidur - Amalkan segelas ESP beserta vitamin lain seperti Vitalea, B Complex, Vit C Plus serta Nutriferon untuk meningkatkan sistem imun anda bagi mengelak penyakit biasa seperti batuk, demam & selsema memandangkan cuaca yang lebih panas di bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Banyakkan meminum air.

Waktu Bersahur - Anda boleh mengambil nasi atau apa jua juadah sahur. Namun memandangkan waktu yang singkat ditambah kesukaran mengejutkan anak bersahur, gabungan minuman Performance Orange & ESP dapat memudahkan para ibu untuk memberikan yang terbaik buat keluarga agar kekal bertenaga pada siang hari. Alfalfa jangan dilupakan juga untuk program detoksifikasi anda!

Bulan Ramadhan bakal muncul tidak lama lagi... Jadi, mari kita membuat persediaan untuk lebih sihat bertenaga bagi menyambut bulan yang mulia ini agar kita dapat beribadah lebih banyak dari biasa 

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua sahabat beragama Islam. Moga anda lebih sihat jelita & langsing di Hari Raya nanti!

..................................................................................................

Jika anda inginkan suplemen tambahan untuk kekal sihat bertenaga di bulan Ramadhan, anda boleh menghubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.