Showing posts with label Kenapa Perlu Suplemen. Show all posts
Showing posts with label Kenapa Perlu Suplemen. Show all posts

11 April 2020

Adakah Perlu Suplemen Zaman Kini???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Ramai yang tanya kenapa perlu suplemen? 
Tak cukup ker dengan amalkan gaya hidup sihat & makan diet seimbang setiap hari? 

Jawapannya, memang TAK CUKUP tapi KENAPA?

>> Keperluan tubuh terhadap vitamin adalah lebih tinggi daripada dos yang dibekalkan dalam makanan seharian kita.
>> Tambahan kita hidup dalam zaman yang penuh dengan pencemaran, jadi buah-buahan & sayuran yang ditanam juga menjadi mangsa keadaan. Ketidaksuburan tanah mengakibatkan buah dan sayuran mengandungi bahan & galian yang kurang.
>> Kehilangan zat makanan itu sendiri kerana termusnah akibat oleh haba yang tinggi semasa proses pengangkutan, penyimpanan & penyediaan makanan. 
>> Penyerapan zat makanan yang tinggal juga terganggu kerana pengambilan ubat penahan sakit, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik. Selain itu, pengambilan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam juga mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.
>> Zaman moden ni, kita sering mengabaikan konsep diet seimbang kerana terlalu sibuk mengejar arus kehidupan, Jadi lebih gemar makan makanan segera atau yang dimasak di luar, yang penuh dengan MSG. Tanpa diet yang seimbang, sememangnya zat makanan yang perlu diambil, seringkali diabaikan & tubuh kita akan terus menderita kerana kekurangan zat.

Inilah antara sebab-sebab kita memerlukan suplemen dalam diet seharian kita 

Pilihan saya sudah tentu FOREVER tapi kenapa??
Kita perlu sentiasa memilih sumber makanan yang terbaik & halal. Disebabkan produk Forever membekalkan kedua perkara tersebut, tambahan lagi produknya berasaskan makanan sunnah jadi saya terjatuhlah hati untuk memilih produk FOREVER untuk seisi keluarga. Ia adalah yang terbaik, kerana ia dirumuskan dengan bahan-bahan yang paling tulen dari khazanah semulajadi dan mengandingkan bahan-bahan tersebut dengan kemajuan saintifik terkini.

Satu family boleh makan.... Jimat dan dengan izin Allah sangat berkesan! Alhamdulillah ('',)

Berminat untuk mencuba produk Forever Living?
Klik sahaja gambar di bawah untuk link whatsaap 👇

23 August 2015

Apa Beza Ubat & Suplemen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Kawan-kawan nak tahu tak apa beza Ubat? Apa beza suplemen ni?

Jom kita belajar apa erkk beza Ubat & Suplemen (",)



☆UBAT
✔ Ganjil dengan tubuh badan – tidak menyumbang bahan2 berkhasiat
✔ Merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat 
✔ Mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakan boleh kekal dalam badan
✔ Bertindak baik hanya secara berasingan
✔ Berkemungkinan membawa maut
✔ Bertindak cepat dan menakjubkan
✔ Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukannya merawat punca sakit
✔ Ubat perlu diberi pengawasan yang teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yang merbahaya ke arah tindakan sampingan
✔ Ubat sebenarnya boleh menghasilkan penyakit

☆SUPLEMEN
✔Semulajadi dan penting kepada tubuh badan
✔Membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim
✔Tidak menimbulkan kesan sampingan. Healing crisis adalah proses penyembuhan dan bersifat sementara.
✔Bertindak lebih baik diambil bersama makanan
✔Sentiasa SELAMAT
✔Tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang
✔Bertindak secara beransur-ansur (perlahan-lahan) dalam jangkamasa yang panjang. Ia kebiasaannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan dan kejayaannya
✔Bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit 
✔Tidak memerlukan pengawasan yang rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan
✔Menguatkan sel-sel daripada serangan kuman bakteria, virus dan lain-lain
✔Melambatkan proses kemunduruan (kelemahan organ berfungsi dengan baik) di dalam badan

KESIMPULANNYA:

》》Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja tetapi Suplemen boleh diambil bila-bila masa cuma yang paling penting minum air banyak semasa pengambilan suplemen.

》》Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat tetapi Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak nutrisi2 sihat yang digunakan untuk melawan segala penyakit.

Duit boleh dicari tapi KESIHATAN sukar ditukar ganti!

♡Sharing is Caring♡

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

26 September 2014

Langkah Berjaga-jaga Untuk Tidak Sakit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Sekejap jer masa berlalu kan. Hari ini dah hari jumaat. Promosi untuk Meal Shakes dan Collagen masih berjalan lagi yer. Jika ada yang berminat nak beli jangan lupa hubungi saya tau. Saya akan cuba berikan service yang terbaik untuk anda semua. Nak tanya-tanya dulu pun boleh. Tak khesah pun. Saya suka berkongsi maklumat dan pengalaman saya menggunakan Shaklee. Semalam saya dah bagi tips nak jadi popular di internet dari Jutawan Internet Irfan Khairi. Hari ini apa pulak saya nak kongsikan yer? 

Korang tahu tak bila korang akan sakit? Mungkin boleh tahu atau mungkin tak tahu. Apa korang buat yer untuk 'protect' diri tak bagi sakit? Apa langkah berjaga-jaga yang korang amalkan supaya jangan selalu sakit. Kalau badan sering jer sakit nanti nak pergi kerja pun tak dapat. Nak layan anak-anak & suami pun tak dapatkan. Jadi saya nasihatkan korang supaya jaga kesihatan diri. Kebanyakkan rakyat Malaysi ni kurang pendekatan terhadap kesedaran diri pada penjagaan kesihatan. Dulu saya pun macam tu jugak tau. Memang tak pandai nak jaga kesihatan ni. Dah sakit barulah reti nak jaga diri. Nak cari ubat bagai. Tahu sakit tu merimaskan. Tak selesa. Tapi memang berbeza lepas saya kenal apa itu suplemen @ makanan tambahan. Lain tau dengan ubat. Kalau korang nak tahu apa beza ubat dengan suplemen ni boleh baca kat sini


Lebih baik korang ambil langkah berjaga-jaga menjaga kesihatan sebelum penyakit tu menyerang kita. Lagi-lagi kalau kita di sahkan menghadapi penyakit yang serius kan. Kanser atau penyakit 3 serangkai yang popular di Malaysia seperti kencing manis, darah tinggi atau sakit jantung. Lebih teruk 3 penyakit tu datang sekaligus. Lagi rasa macam tak nak hidup. Tak lalu makan. Salah satu punca datang penyakit yang serius ni adalah disebabkan pemakanan kita. Di Malaysia mewah dengan pelbagai makanan. Cakap jer nak makan apa? Makanan dari Itali, Arab, India, Korea, China, Western. Semuanya ada kat negara Malaysia ni. Untung duduk Malaysia. Semua makanan boleh rasa.hehe.. Tu yang makan ikut sedap tekak jer kan. Tak hinggat :) Tak fikir apa akan jadi kalau tak jaga tabiat makan yang lebih baik. Dah lah makan main hentam. Makanan tambahan pun langsung takder ambil. Mana tak senang penyakit nak datang kan. 

Bukan apa, makanan tambahan ni penting kita ambil untuk menampung kekurangan nutrisi makanan dalam badan kita. Badan kita setiap hari memerlukan keperluan vitamin, mineral, dan keperluan asas lain. Kalau kita ni dah makan pun tak tentu. Rasa-rasa keperluan nutrisi dalam badan untuk 'protect' diri tak bagi sakit cukup ker? Jadi agak-agak diri tu memang agak susah nak jaga tabiat pemakanan yang baik, korang perlulah ambil suplemen yer untuk langkah berjaga-jaga dari diserang penyakit yang lebih seriusss.

Kalau tak tahu nak mulakan makanan tambahan yang mana satu, korang boleh baca kat sini untuk rujukan. Atau korang boleh jer hubungi kami untuk pertanyaan atau sembang2 apa yang lebih baik untuk korang ambil. Kami sedia membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


22 September 2014

Perbezaan Ubat VS Suplemen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Ramai sebenarnya yang tak tahu atau tak faham perbezaan Ubat dengan Suplemen. Disebabkan kita kurang faham, jadi kita mengabaikan suplemen untuk keperluan badan kita. Jom kita semak apa perbezaan ubat dengan makanan tambahan ni atau lebih dikenali sebagai suplemen.

PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPLEMEN


Medicine (Ubat)

  1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
  2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.
  3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.
  4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh menggangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.
  5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.
  6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.
  7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.
  8. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.
  9. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukannya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu sistem.
  10. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.
Suplemen (Vitamin)
  1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
  2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.
  3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.
  4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
  5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.
  6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.
  7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.
  8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.
  9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.
  10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...
Vitamin boleh diambil bila-bila masa... 
Dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil vitamin...
Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat....
Vitamin tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak 
vitamin-vitamin yang sihat yang digunakan 
untuk melawan segala penyakit....

"MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA"

26 April 2013

Suplemen Perlu atau Tidak!

Assalamualaikum Semua...

Semua sihat hari ni? Alhamdulillah saya sihat... Saya harap semua yang tengah membaca blog saya ni sihat hendaknya yer...mudah-mudahan.. Saya nak cerita tentang amalan nutrien yang seimbang dalam pemakanan kita seharian.

Badan yang sihat sebenarnya bermula dengan nutrien yang seimbang. Kalau kita lihat, untuk nak memulakan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang merupakan salah satu aspek terpenting dalam kehidupan seharian kerana kita perlu makan untuk hidup. Tapi, kita pun sebenarnya tak pasti dengan cara hidup zaman sekarang ini yang tidak sihat disebabkan pemakanan, pencemaran, tekanan hidup serta kurangnya aktiviti sihat seperti bersenam dan rekreasi.


Pada zaman dahulu, mereka tidak memerlukan suplemen sebab aktiviti harian seperti bertani membuatkan badan mereka sentiasa aktif. Berbeza dengan cara hidup kita sekarang yang bekerja depan komputer setiap hari, kalau keluar meeting pun ada kereta, LRT, bas dan sebagainya. Realiti sekarang kalau nak pergi kedai pun nak cari parking yang betul-betul depan kedai. Jadi, kurangnya senaman, bahan makanan yang tercemar, air bertoksik, dan ditambah lagi dengan pencemaran yang banyak unsur bebahaya menyebabkan kehadiran radikal bebas dalam badan kita.

Radikal bebas adalah sangat berbahaya kepada badan kita dan perlu adanya bantuan untuk mengeluarkannya sebelum ia merosakkan sel badan yang boleh menyebabkan kepada pelbagai penyakit degeneratif seperti kanser, sakit jantung, osteoporosis, diabetes, parkinson yang berisiko untuk tubuh badan kita. Logiknya kita lihat sendiri semakin banyak penyakit degeneratif yang meningkat setiap tahun, dan semakin ramai yang berisiko untuk mendapat penyakit ni.

Puncanya? Salah satu sebab ialah tak cukup nutrien yang seimbang dan diperlukan oleh badan, untuk menyingkirkan sel-sel radikal bebas yang hadir dalam badan kita, serta dapat menguatkan sistem imun badan untuk mencegah daripada dijangkiti pelbagai penyakit dan virus. Jika kita tak singkirkan radikal bebas daripada badan kita, sel-sel yang rosak akan menyebabkan kepada keadaan badan yang lebih teruk seterusnya boleh menyebabkan penyakit2 degeneratif yang berbahaya seperti kanser, jantung, diabetes dan sebagainya.

Jadi, jagalah kesihatan anda semua. "Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati". Mari kita amalkan gaya hidup sihat & ambil supplemen yang berkualiti tinggi.


Alhamdulillah saya semenjak amalkan supplemen Shaklee hampir 2 tahun ni dah jarang  sangat kena demam ngan selsema...Dalam setahun adalah kena sekali dua jer... Syukur sangat... Jika kawan-kawan nak mulakan makan suplemen boleh lah mula dengan asas vitamin yang dicadangkan oleh Shaklee iaitu "Family Wellness".

Apa ada dalam Set "Family Wellness" ni? 
  • Vitalea (Multivitamin)
Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.
  • B Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.
  • Vitamin C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • ESP
Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.


Apa yang perlu anda ADD-ON bersama-sama set ini?


Jika anda berminat untuk dapatkan supplemen Shaklee ni.. Boleh pm/sms/call saya seperti dibawah :


22 October 2012

Kenapa Badan Kita Perlukan Suplemen??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Alhamdulillah, rasanya dah setahun lebih saya mengamalkan suplemen Shaklee ni, ramai yang bertanya, rajinnya awak makan vitamin/suplemen erkk...Kenapa erkk saya rajin makan? Penting ker pengambilan vitamin/supplemen ni untuk badan kita?? 

Inilah sebabnya:



1) Kerana kita sering terdedah terhadap PENCEMARAN alam sekitar.
Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah.

2) Badan kita memerlukan DOS yang LEBIH TINGGI bagi sesetengah nutrien. 
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat crucial bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.

3) Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin TERJEJAS atau TERCEMAR. 
Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.

4) Mengamalkan GAYA HIDUP yang TIDAK SIHAT. 
Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!
Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS
STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.
Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI
Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.

5) Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa. 
Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!
Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.

6) Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan. 
Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.

7) KEHILANGAN NUTRIEN dalam makanan. 
Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itu dia 7 sebab yang perlu anda fikir-fikirkakan... Bagi saya,saya dah memilih yang terbaik.. Suplemen dari jenama Shaklee, 50tahun menjadi perintis di dunia pasaran suplemen... Anda bagaimana??

"Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee."
*Shaklee website*


Sumber : Buku Total Wellness Connection

Kekurangan nutrisi boleh meningkatkan RISIKO KESIHATAN seperti :-
  • Penuaan pramatang
  • Kelesuan
  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Masalah kulit
  • Dan banyak lagi...
Dan KENAPA saya memilih SHAKLEE? Kerana KEISTIMEWAANNYA..


Sentiasa Selamat
  • Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar.
  • Lebih daripada 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya.
Sentiasa Berkesan
  • Lebih $250 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk.
  • Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen.
  • Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan.
Sentiasa Mesra Alam
  • Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk kita, rumah dan juga bumi kita.
  • Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam.
Untuk permulaan bagi anda yang ingin mencuba atau berminat dengan Vitamin/Suplemen Shaklee, boleh mulakan dengan "Family Wellness Set". Set ni sesuai untuk seisi keluarga...


Set Shaklee Family Wellness memberkan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Kebaikan :-
  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Menguatkan sistem imun anda
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika anda berminat untuk mencuba Family Wellness Set dari Shaklee ini, boleh menghubungi saya untuk mendapatkannya :-