22 July 2014

Tampil Sihat & Kurus di Hari Raya

Assalamualaikum & Salam 24 Ramadhan Semua... 

Sekejap jer masa berlalu kan? Lagi 6 hari umat Islam nak menyambut bulan Syawal. Kebiasaannya kalau hari raya ni orang akan makan terlebih dari biasa. Al-maklum lah makanan banyak yang sedap-sedap depan mata. Tak makan nanti orang kata tak sudi kan :) Jadi nak ambil hati, makan lah cikit. Kalau 6 rumah dah jadi banyak kan?? Badan kita makin banyak kalesterol lah....

Jika anda nak tampil sihat & rasa nak jaga badan tak mahu naik terlalu mendadak disebabkan makanan sedap2 di hari raya, bolehlah mencuba suplemen shaklee. Suplemen shaklee ni berunsurkan bahan-bahan semulajadi supaya bila kita makan vitamin ni akan senang meresap dalam badan...

Istimewanya suplemen shaklee ni boleh diambil bersama-sama suami dan isteri yer... Join makan sekali untuk kawal nafsu makan tu.... Jimatkan? Suami isteri boleh ambil... Tak perlu beli asing-asing. 

Antara suplemen yang dicadangkan untuk anda ialah :- 

1) Alfalfa & Herblax 
2) Lechitin atau Omega Guard 
3) Esp atau Cinch Shake



Pertama : Detox

Herblax - kombinasi dari tumbuhan herba yang terkenal secara tradisional membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru la badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. 

Alfafa - bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega 

Kedua : Bakar atau Pecahkan Lemak (Lechitin/Omega) 

Lechitin - Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sgt diperlukan oleh badan. 

Omega Guard – Berfungsi membantu proses membakar lemak dan membantu mengawal selera makan. EPA & HDA didalam omega boleh merendahkan lemak dalam darah. 

Ketiga : Bina Otot & Tingkatkan Metabolisma (Cinch Shake/ESP) 

Kenapa perlu mengambil protein? 

Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan) 

Cinch Shake - didatangkan dalam perasa coklat, vanilla dan cafĂ© latte. Protein soya membantu rasa kenyang, meningkatkan metabolisma badan serta mengandungi Leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan, supaya badan anda tak menggeleber setelah berat badan turun nanti. 

ESP - sumber protein, mempunyai Indeks Glisemik yang rendah yang membantu dalam proses mengurangkan berat badan

Jika anda adalah ibu hamil boleh ambil ESP & Omega Guard untuk membantu mengawal selera makan... 

ESP- membantu ibu hamil tetap kekal bertenaga...yerlah musim raya banyak nak gunakan tenaga berjalan menziarahi sanak saudara & sahabat kenalan.... Bila minum Esp ni dapatlah membantu badan cergas sepanjang hari walaupun seharian berjalan sakan ('',)

Omega- membantu membakar lemak & membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. Disamping itu, omega ni baik untuk pembentukan otak & mata bayi..... Nak anak bijak makan lah omega guard...

************************************************************

TIPS LEBIH BERKESAN DENGAN PENGAMBILAN SUPLEMEN

  • JANGAN lupa minum banyak air masak 2-3 Liter sehari.. WAJIB (basically setiap 25kg berat, perlu ambil 1 liter air) 
  • JANGAN sesekali skip minum air putih ye.. 

************************************************************


Jom sediakan bekalan vitamin secukupnya untuk kekal badan ideal menawan tetapi juga sihat berseri di hari raya anda yang istimewa ini... Amalkan cara hidup sihat!



Jika anda berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!















Boleh juga membuat pembelian terus dengan Shaklee melalui Credit Card atau Debit Card
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d950e8c6b584dfac7d569aacf43519a7

14 July 2014

Cara Mudah Membuat Anak Rasa Disayangi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Saya ni memang suka mencari info di internet tentang cara didikan anak2. Yerlah sebab saya dikategorikan ibu muda yang tidak mempunyai banyak pengalaman. Jadi dengan ilmu yang saya baca dari majalah atau melalui internet sedikit sebanyak membantu saya menambah ilmu tentang cara mendidik anak2 yang lebih baik. Zaman sekarang ni semua perkembangan begitu cepat  tanpa kita sedari. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu sediakan banyak ilmu & info yang baru untuk mendidik anak2 zaman sekarang. Tanpa ilmu sukar untuk kita menjadi ibu bapa yang terbaik untuk mereka. Info ni sangat berguna untuk saya jadi saya patut sharing disini untuk rakan-rakan lain. Semoga info ni berguna untuk anda  & dimanfaatkan bersama... InsyaaAllah...

6 Cara Mudah Membuat Anak Rasa Disayangi


Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?

Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:-

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih

Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya

Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya

Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.

Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, “Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek” atau “Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca” atau “Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik.”

4. Dengarkan kata-katanya

Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.

Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti “Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?” Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.

Anak anda akan berfikir, “Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang.” Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.

5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya

Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.

Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.

Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.

6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya

Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, “Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang.”

Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, “Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu.” Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, “Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga.”

Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, “Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus.” Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.


Mulai hari ini mari kita menjadi ibu bapa yang sentiasa bersahabat dan berkasih sayang dengan anak-anak dan tunjukkan kepada mereka bahawa kita sememangnya menyayangi mereka. Mungkin disebabkan kesibukan kita sebagai ibu bapa menyebabkan mereka rasa tersisih atau tidak disayangi..... Bagi yang beragama Islam, kita boleh amalkan ayat ni sebagai ayat penghubung kasih sayang antara keluarga. InsyaaAllah :)


Terima Kasih Sudi Membaca & Selamat Mendidik Anak-Anak!

12 July 2014

Tanda DENGGI & Cara Pencegahan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Semenjak akhir-akhir ni kes diserang Denggi semakin meningkat. Jadi saya nak ingatkan pada sahabat-sahabat semua termasuk diri saya perlu ambil masa 10-15 minit seminggu membersihkan persekitaran kawasan luar & dalam rumah kita yang boleh membuatkan  nyamuk denggi semakin membiak. 



TANDA DAN GEJALA
  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.
RAWATAN
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
PENCEGAHAN


Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:
  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
  • Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:
  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

11 July 2014

Tips Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Kehamilan adalah impian semua orang yang telah berkahwin. Info yang saya nak kongsikan ini saya mencari di 'google' dan simpan untuk nota semasa ingin hamil dulu.  Saya dah lupa sumber ni saya ambil dari mana. Maaf lah yer siapa yang mengarang ni. Nota ni dah lama :) Saya rasa nota ini sangat berguna bagi ibu-ibu baru dan ibu yang ingin hamil. Jadi, saya letak di blog saya untuk rujukan anda menambahkan ilmu.... TQ yer pada siapa yang empunya info ni...

Tips Hamil......


1) Fahami bagaimana kehamilan terjadi.

2) Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil

3) Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda.

4) Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil.

5) Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. 

6) Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

7) Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

8) Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.

9) Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan.


#Bagi yang beragama Islam, anda boleh usaha dengan sentiasa berdoa pada Allah dan zikirkan ayat dibawah ini. Mudahan anda hamil dengan kuasa Allah s.w.t. Setiap kejadian di muka bumi ini adalah dengan izin dariNya juga...


TQ kerana sudi membaca disini :)

10 July 2014

Petua Islam Mendapatkan Anak Soleh & Solehah

Assalamualaikum  & Salam Sejahtera Semua.....

Pasangan yang dah bernikah, pastikan inginkan zuriat bukan? Tetapi biarlah kita lahirkan zuriat yang soleh & solehah agar zuriat kita nanti dapat megingati dan sentiasa mendoakan yang baik2 apabila kita tiada lagi di buka bumi Allah ini. Jadi nak dapat anak soleh & solehah.. Kita sebagai ibu bapa perlu mendidik diri kita sendiri jadi insan yang soleh & solehah... Barulah akan lahirnya anak yang soleh & solehah. InsyaaAllah.......


1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


2. Hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan seks agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana." 

Maksudnya:-
Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” 
(Riwayat al-Bukhari)

3. Hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

4. Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan mempengaruhi bayinya nanti. Antara amalan seorang ibu yang baik diamalkan ialah membaca Al-Quran. Surah-surah yang digalakkan untuk dibaca setiap hari.


5. Hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah s.w.t. menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang.

6. Memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan manis didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur atau menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang soleh.

7. Memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

8. Memberi pendidikan agama yang cukup.

9. Menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

Demikianlah panduan, tips, cara berkesan yang dianjurkan Islam atau petua mendapat anak soleh ini yang boleh kita jadikan panduan dalam mendidik dan menerima amanah Allah ini.

Semoga kita semua mendapat anak soleh & solehah yang sentiasa mendoakan kebaikan kita di dunia dan akhirat


08 July 2014

Minuman Bertenaga & Mengurangkan Haus di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Petang-petang ni tengok air ni nampak sedap kan??? Tapi minuman ni memang sangat SEDAPPP bila diminum semasa bersahur atau berbuka... Saya dan suami memang setiap kali bersahur pasti akan minum ni bersama ESP... Memang SEDAPP dan sangat berbeza rasa tenaga bila terlupa minum :) Bila minum, Alhamdulillah sangat membantu kekal bertenaga sehingga berbuka puasa. Lagi-lagi ramadhan kali ini saya hamil. Saya memerlukan suplemen tambahan untuk kekal bertenaga supaya dapat berpuasa penuh sebulan... InsyaaAllah... 


Anda nak tahu tak apa lagi yang istimewa minuman ini?? 

  • Bebas gas atau tidak berkarbonat. 
  • Kurang kandungan gula (less sugar). 
  • Mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS! 
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 

Siapa yang sesuai memerlukan Performance Drink Shaklee ni?? 


  • Para ibu yang menyusukan anak (BF Mum) 
  • Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan. 
  • Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka. 
  • Para pesakit yang menghidap gout. 
  • Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi. 
  •  Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain. 
  • Anak-anak yang demam. 
  • Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam. 
  • Mereka yang diserang cirit birit 
  • Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan. 

Jika anda berminat nak mencuba minuman ini, bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan minuman bertenaga & membantu mengurangkan haus di bulan Ramadhan.... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!















atau anda boleh juga klik sahaja link dibawah untuk order sendiri secara online..... Kami akan beri konsultasi secara percuma setelah anda membeli disini. Jangan lupa menghubungi kami.

Minuman Bertenaga Bulan Ramadhan