Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyusuan. Show all posts

27 April 2017

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Ekslusif

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Semua .....

Hari ni nak kongsikan sesuatu info tentang kursus online bagi pegawai kakitangan kerajaan.
Kawan-kawan pernah dengar kursus melalui EKSA?

Kalau kawan-kawan nak tahu dalam E-Pembelajaran Sektor Awam (EKSA) dah ada modul kursus tentang Penyusuan Susu Ibu Dan Pengendalian Susu Secara Efektif untuk kita belajar secara online tau!

Link nya adalah http://www.epsa.gov.my/

Bagi ibu2 yang 1st baby bolehlah jadikan kursus ini sebagai persediaan ilmu anda untuk menyusukan anak secara online kan. Bagi ibu-ibu lama seperti saya yang sudah ada pengalaman menyusukan bayi pula bolehlah jadikan kursus ini untuk penambahan ilmu & ulangkaji semula untuk penyediaan next baby...hihihi ('',)


Bagi kawan-kawan yang kerja swasta atau yang suri rumah, jangan risau nnti saya akan kongsikan dengan anda. Saya akan masukkan slide nanti untuk perkongsian ilmu kita bersama. InsyaaAllah saya akan cuba update sedikit demi sedikit.

Antara tajuk yang di kongsikan adalah

1) Pengenalan Penyusuan Susu Ibu 
2) Mengapa Penyusuan Susu Ibu Penting
3) Bagaimana Hendak Menyusu
4) Penyediaan Susu Perahan Ibu 
5) Kaedah Pengendalian Susu Ibu Perahan
6) Penyusuan Susu Ibu Dan Kerjaya
7) Alternatif Sekiranya Ibu Tidak Dapat Menyusukan Bayinya

Untuk tajuk pertama saya kongsikan slide di bawah ni. Moga slide ni memberi manfaat pada kita bersama.

1) PENGENALAN PENYUSUAN SUSU IBU








Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)
Jika sudi rajin-rajin lah lagi singgah membaca di sini yer...

23 June 2015

20 Tips Ibu Menyusu Berpuasa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Korang ibu menyusu?? Nak tahu apa tips atau amalan nak teruskan kekal bertenaga walaupun anda berpuasa? Meh baca 20 tips kat bawah ni. Kebanyakkan senarai kat bawah ni memang saya amalkan. Syukur alhamdulillah saya dapat teruskan berpuasa walaupun saya ibu menyusu yang bekerja :) 


❤️20 Tip Ibu Menyusu Boleh Terus Berpuasa❤️


Biarpun mencabar namun ibu menyusu juga mampu meneruskan ibadah puasa dengan semangat dan iltizam yang tinggi. Kajian membuktikan bahawa puasa bagi ibu menyusu sememangnya selamat dan jumlah pengeluaran susu ibu tidak akan berkurangan asalkan ibu tidak mengalami dehidrasi.

Elakkan daripada mengalami stres kerana mengurus rumah tangga, mengasuh anak dan aktiviti lain. Justeru ibu menyusu juga boleh menikmati nikmat berpuasa di bulan Ramadan yang hanya datang setahun sekali. Cuba tip berikut agar memudahkan perjalanan puasa anda ketika menyusukan anak.

1) Dapatkan sokongan ibu menyusu lain

Sokongan satu sama lain membantu ibu menyusu menjadi lebih kuat dan bersemangat. Perkongsian pengalaman dan tip tentu sahaja berguna kepada semua.

2) Bereskan tugas rumah tangga waktu malam

Untuk mengelakkan keletihan di siang hari, selesaikan segala tugas rumah tangga pada waktu malam atau sebelum sahur.

3) Minta bantuan suami

Jangan lakukan tugas rumah tangga sendirian. Sebaliknya minta bantuan suami atau anak yang sudah besar. Berbahagi tugas itu lebih mengharmonikan rumah tangga.

4) Elakkan si kecil membuatkan ibu penat

Rancang aktiviti untuk anak agar dia sibuk sepanjang hari dan tidak merengek.

5) Elakkan berpanas

Jika boleh, jangan banyak lakukan aktiviti di luar rumah atau pejabat dalam cuaca yang panas. Jika terpaksa, pastikan pakai topi, pelindung cahaya matahari dan berpakaian cerah.

6) Banyakkan berehat

Walaupun sibuk di pejabat mahu pun di rumah, cari masa untuk berehat seketika.

7) Elak minuman berkafein

Minuman berkafein atau berkarbonat adalah penyebab utama dehidrasi. Kafein juga adalah zat diuretik yang meningkatkan keinginan mengunyah ibu.

8) Banyak makan buah dan sayuran segar

Buah dan sayuran mengandungi banyak air yang dapat menambahkan pengambilan cecair dalam badan.

9) Jangan banyak minum semasa sahur

Semasa sahur elakkan pengambilan air yang terlalu banyak kerana ia menyebabkan ibu kekenyangan. Sebaiknya aturkan pengambilan minuman sejam sekali selepas berbuka puasa sehingga mencukupi 2.5 liter air sehari.

10) Elakkan makanan pedas

Makanan pedas memang membuka selera tetapi ia hanya menambah risiko membuang banyak air sehinggakan badan akan mengeluarkan banyak cecair.

11) Elakkan terlalu banyak memasak

Memasak sendiri juadah berbuka puasa memang lebih menyeronokkan tetapi jangan terlalu sibuk di dapur sehingga membuatkan ibu cepat penat. Mungkin sesekali boleh ajak kawan atau saudara mara ‘pot luck’ berbuka puasa di mana setiap orang membawa satu hidangan.

12) Hadkan pengambilan produk tenusu

Makanan hasil tenusu seperti keju atau yogurt akan membuatkan badan lebih banyak mengeluarkan mukosa (cecair badan yang kental dan lekit).

13) Kurangkan kegiatan berbelanja di siang hari

Sebaiknya rancang menu mingguan dan buat perbelanjaan seminggu sekali.

14) Jangan lupa makan kurma

Berbuka puasa dengan segelas air dan tiga atau empat biji kurma supaya paras gula ibu kembali normal.

15) Sentiasa bertenang

Lakukan tadarus Al-Quran untuk membantu ibu tenang. Susu tidak lancar jika ibu tertekan.

16) Banyakkan berzikir

Sentiasa berzikir sepanjang hari dengan menyebut asma Allah Ar-Razaq (Maha Pemberi Rezeki) agar ibu sentiasa diberi kekuatan untuk berpuasa.

17) Membaca selawat

Jangan lupa perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam setiap doa yang dibaca.

18) Bersolat tepat pada waktunya

Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT akan menanamkan rasa percaya bahawa Dialah yang memberikan rezeki susu kepada anak dan kemampuan berpuasa kepada ibu.

19) Pastikan cukup tidur

Sentiasa pastikan ibu cukup tidur. Sekiranya ingin melakukan ibadah di malam hari, ibu boleh tidur awal dahulu dan bangun kemudian.

20) Jangan terlalu banyak minum air ketika berbuka

Biarpun ibu terlalu dahaga namun jangan banyak minum air sehingga hilang selera untuk menjamah makanan. Pastikan mengikut sunah Nabi dalam bab makan dan minum iaitu sepertiga air, makanan dan udara.

Edit Sumber : PA & MA

Jom kawan-kawan ibu menyusu bertahan berpuasa walaupun anda sedikit letih.


Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

31 May 2015

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sehingga 6 Bulan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Alhamdulillah anak saya yang ke 2 dah lepas fasa pertama dalam penyusuan susu ibu selama 6 bulan. Syukur sangat saya dapat menyusukan dia dengan penuh kasih sayang :)



Kawan-kawan pun pasti inginkan memberi yang terbaik buat anak2 kan? So jom susukan anak2 kita dengan susu ibu. Banyak kelebihan tau untuk ibu dan bayi kalau korang beri susu ibu.

Antaranya kebaikan penyusuan susu ibu untuk bayi ialah :

1) Menguatkan antibodi bayi
2) Mengurangkan risiko diabetes dan obesiti
3) Mengelakkan risiko KZM dan cirit birit
4) Mudah penghadaman
5) Mendapat zat dan nutrien yang cukup
6) Mengurangkan risiko alahan
7) Suhu yang sesuai
8) Kurang masalah pergigian
9) IQ tinggi
10) Tumbesaran yang sihat

Antara kebaikan penyusuan susu ibu untuk ibu pula ialah :

1) Mudah dan tidak perlu persediaan
2) Kecutkan ragim dan kurangkan pendarahan
3) Eratkan kasih sayang (bonding)
4) Jimat masa dan wang
5) Jarak kehamilan
6) Kurang risiko kanser payudara dan ovari

Kepentingan penyusuan sepenuhnya (Ekslusif) sehingga 6 bulan
  • Mengandungi nutrien/zat cukup untuk pertumbuhan bayi sehingga berumur 6 bulan.
  • Memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu
  • Air/ makanan pelengkap/ susu formula merbahaya-sistem pencernaan dan penghadaman belum matang
  • Makanan pelengkap terlalu awal-bayi mudah mendapat diarrhea (cirit-birit) kerana enzim belum bersedia sepenuhnya.
  • Air atau Cecair lain selain susu ibu- menghakis salutan pelindung penyakit pada sistem pencernaan - bayi terdedah risiko jangkitan dan alahan.

Edit Sumber : Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya, Pejabat Kesihatan Putrajaya

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

21 May 2015

5 Tips Susu Banyak!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Untungkan jadi ibu menyusu ni...hehe. Yerlah makan banyak tak perlu risau badan naik. SEBAB lemak2 yang kita makan tu dah bagi kat anak melalui susu ibu♡

Semalam saya makan banyak... memang ibu menyusu ni kerap lapar tau kawan2. Jangan risau kalau korang rasa macam pelik jer nafsu makan semenjak susukan anak ni... Selagi korang nak makan...makan jer...tapi jangan lah 24jam nak makan nasi jer kan... itu memang pelik dan ajaib lah...huhuhu...

Disebabkan malam tadi saya makan banyak...sarapan pun makan banyak.. hasil perahan susu saya pagi tadi untuk sekali sessi pam. Syukur alhamdulillah ada rezeki untuk anak kedua saya.



Tips dari saya :-

1) Minum susu atau pil kalsium sebelum tidur bagi tidur yang lena.
2) Pagi sebelum sarapan minum susu atau minuman protein seperti ESP bagi kita kekal bertenaga
3) Wajib ambil heavy sarapan dan selepas makan ambil multivitamin, B compleks dan vitamin c bagi kita tenang serta antibodi sihat untuk menghasilkan susu yang meriah
4) Solat Dhuha sebelum mengepam dan minta doa pada Allah agar anak2 kita sentiasa diberi kesihatan yang baik dan kita dapat susukan anak sehingga 2tahun
5) Baca doa ini sebelum memulakan sessi mengepam :)



Terima kasih sudi membaca di blog saya!

20 November 2014

Penyusuan Susu Ibu Permulaan Terbaik Bayi Anda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Hari ini saya ada pemeriksaan kehamilan minggu yang ke 39 :) Kejap jer masa berlalu kan. Minggu depan dah sampai tarikh 'due date'. 

Semasa tengah menunggu giliran untuk diperiksa, tiba2 nama saya dipanggil oleh nurse untuk diwajibkan mendengar sesi taklimat tentang "Penyusuan Susu Ibu". Masa nama kena panggil tu rasakan malas jer nak dengar. Dah pernah dengar pun. Dalam hati ni duk cakap tak payah dengar dah kot. Lagi pun dah pernah ada pengalaman menyusukan anak pertama dulu. Tapikan bila pikir balik, fikirkan positifnya baik dengar mana tahu leh dapat info2 baru untuk tambahkan ilmu kan. Lagi pun memang tak boleh nak elak, nurse kata wajib dengar yer. Tak perlah bukan lama pun dalam 10-15 minit jer. Lepas sesi taklimat tu tak sangka siap dapat free gift lagi tau... Tak menyesal pergi ('',)

Free Gift dari PPUKM

Pada pendapat saya, semua ibu-ibu yang hamil patut dengar taklimat ini untuk info persediaan menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun.. Walaupun saya berjaya menyusukan anak pertama sehingga lebih 2 tahun, tapi taklimat macam ni patut kita dengar untuk info2 baru dan mengingatkan kita semula cara penyusuan yang betul! Memang banyak info yang korang patut tahu. Jika kita kurang ilmu, mungkin untuk menjayakan penyusuan susu ibu tak kan tercapai. Ini pendapat saya lah kan, tapi terpulang pada pandangan individu masing-masing untuk menilainya macam mana... Setiap pendapat tak sama walaupun rambut sama hitam bak kata orang2 tua cakap..hehe...

Jururawat Terlatih PPUKM yang memberi taklimat 
Kat bawah ni antara pamphlet yang disediakan di dalam bilik taklimat tu. Saya kongsikan di blog ni untuk info bersama. Saya sempatlah ambik gambar slide yang disampaikan oleh jururawat tersebut. Nanti saya cerita info yang saya dapat masa mendengar taklimat Penyusuan Susu Ibu tu di entry yang lain yer. 

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

20 June 2014

Panduan Menyusukan Bayi Ketika Berpuasa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Lebih kurang 8 hari lagi jer umat Islam nak menyambut bulan Ramadhan. Kebanyakkan ibu-ibu yang menyusu pasti risaukan bagaimana nak meneruskan penyusuan di bulan puasa ni. Mampu ker tak saya nak teruskan penyusuan.... Nak buat stok susu.. Jangan risau tau. Anda semua ibu-ibu semunya hebat, pasti boleh meneruskan penyusuan walaupun di bulan Ramadhan. Ok, saya ada jumpa simpanan artikel saya untuk dikongsikan bersama dengan ibu-ibu menyusu yang hebat... Yerlah saya pun pernah merasai perasaaan macam tu dulu, jadi saya faham situasi anda ('',) Jangan risau tips dibawah ini mungkin boleh membantu anda meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa dengan selamat. Good Luck you all!



Sumber : Pa & Ma Julai 2012

Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.

Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.

FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.

Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.

Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.

Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.

Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.

Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.

Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.

Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.

Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.

Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.

PANDUAN PEMAKANAN

1) Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum 2-3 liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2) Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3) Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.

Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4) Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5) Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6) Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7) Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Anda boleh baca di sini untuk membaca pengalaman saya berpuasa ketika meyusukan anak & di sini juga untuk info selanjutnya......

11 March 2014

Caffein Salah Satu Punca Faktor Penyebab Susu Badan Berkurangan

Assalamualaikum & Salam Pagi Semua...

Pagi ni macamana keadaan anda semua? Sihat ker? Jika sihat, alhamdulillah syukur. Jadi, mari kita panjatkan doa kesyukuran pada Ilahi kerana diberi peluang untuk kita bernafas lagi di muka bumi ini. Saya ada jumpa artikel berkenaan sessi soal jawab beberapa faktor penyebab susu badan tidak mencukupi. Semoga info ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi dan ibu-ibu baru yang ingin menambah ilmu :)


SOALAN

SAYA ingin bertanya, adakah bekalan susu badan tidak mencukupi disebabkan oleh faktor keturunan? Ibu saya pernah bercerita, beliau hanya berkesempatan memberikan susu badan kepada anak-anaknya dalam tempoh berpantang sahaja. Masalah yang sama turut dialami oleh kedua-dua kakak saya.

- Melati, Kajang Selangor.

JAWAPAN

Kebanyakan wanita merasa terganggu dan risau bila mengenangkan kisah dan cerita ibu mereka yang menghadapi masalah bersalin dan penyusuan. Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikal yang akan menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil. Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadi. Kebanyakan masalah yang wujud pada awal-awal minggu penyusuan adalah sementara. Masalah ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil. Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.

Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan, mengehadkan masa penyusuan dan kedudukan penyusuan yang tidak betul. Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari. Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih daripada itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu dara anda 'kosong' dan semakin banyaklah susu dihasilkan. Kebanyakan bayi akan mengambil masa selama 30 hingga 40 minit untuk setiap penyusuan.

Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga dia sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.

Beberapa faktor menyebabkan susu tidak mencukupi seperti merokok, mengambil kafein berlebihan (mengambil lebih daripada lima cawan kopi sehari), penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang keluarga.

Bayi juga boleh menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan susu. Mungkin bayi menghadapi masalah menghisap susu ibunya (biasanya ia bersifat sementara).

© Utusan Melayu (M) Bhd

11 February 2014

Makanan Berkhasiat Membantu Ibu Berpantang Cepat Pulih!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Jika anda ibu yang baru lepas melahirkan bayi tapi tak tahu nak makan makanan berkhasiat semasa berpantang. Jom baca artikel yang saya jumpa di laman MingguanWanita ni untuk kita semak apa yang patut kita makan selepas bersalin bagi mengekalkan badan kita kekal jelita & sentiasa cergas walaupun semasa berpantang ('',)



Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Beberapa minggu pertama selepas kelahiran memang sukar mendapatkan pola makanan yang seimbang. Merasa lapar setelah menyusukan membuatkan ibu memakan apa sahaja di hadapan mata termasuklah yang kurang memenuhi keperluan nutrisi. 

Sebaiknya, elakkan cita-cita menurunkan berat badan dengan cepat. Berat badan anda mungkin hilang sekitar 2.2 hingga 6 kg setelah bayi lahir tetapi memerlukan masa untuk mengembalikan berat badan seperti sebelumnya. Jadi MW kongsikan beberapa info untuk ibu muda: 
  • Ibu yang melahirkan kaedah pembedahan akan berasa tidak selesa kerana luka dan kerap berangin. Bagi menguranginya, cubalah berjalan-jalan. Ambil makanan yang mengandungi vitamin C untuk membantu penyembuhan luka dan protein untuk mengembalikan tenaga. 
  • Apabila buah dimakan secara langsung, vitamin, mineral dan serat masih dalam keadaan baik. Berbeza jika disediakan dalam bentuk jus, beberapa serat terbuang tetapi vitamin dan mineralnya masih ada. 
  • Makanan bertepung yang kaya karbohidrat seperti roti, pasta, nasi dan kentang, selain merupakan sumber tenaga, ia kaya dengan vitamin B kompleks dan serat. Pilih jenis karbohidrat yang memiliki indeks glikemik rendah seperti beras perang, gandum, kacang-kacangan. 
  • Anda memerlukan 1000mg kalsium sehari ketika anda menyusu bayi. Kajian menunjukkan bahawa ibu kehilangan tiga hingga lima peratus massa tulang selama menyusu. Pasti kan anda mendapatkan cukup kalsium dan vitamin D selama dan setelah menyusui. Sumber kalsium boleh diperoleh dari susu dan produk olahannya seperti yogurt dan keju. 
  • Cecair sangat diperlukan oleh ibu menyusu. Minimum sehari ialah 2 hingga 2.7 liter cecair. Cecair ini boleh diperoleh dari air minuman, buah-buahan dan aneka sup. 
  • Pelbagai kajian menyatakan bahawa bayi yang diberi susu ibu dapat meningkatkan kecerdasan dari omega 3 pada makanan ibu. Otak bayi berkembang pesat dan omega 3 membantu perkembangan otak. Sumber makanan yang mengandungi khasiat ini ialah telur, ikan salmon, ikan tuna dan kacang walnut.

Jika anda ingin tahu suplemen Shaklee yang boleh membantu anda kekal jelita menawan & sentiasa cergas semasa dalam berpantang, anda boleh baca di sini untuk info lanjut.

Antara testimonial yang telah mengambil suplemen Shaklee semasa berpantang.. Syukur sangat Shaklee dapat membantu & menggembirakan mereka :)




Jika anda berminat nak mencuba suplemen dari Shaklee semasa berpantang, bolehlah menghubungi saya untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa-Allah, saya akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



06 February 2014

Kenapa Ibu-Ibu Kerap Jadi Pelupa...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Selalu tak anda perasan kalau sedang hamil atau lepas melahirkan anak, ibu-ibu semakin menjadi pelupa.. "Lost memory" kejap.. Adakah tanda-tanda ini mungkin disebabkan umur anda makin meningkat? Anda nak tahu jawapannya? Ada cara untuk mengatasinya? Nak tahu jawapan kena baca penerangan selanjutnya di entry kat bawah ni ('',) Entry ni lebih kepada ibu hamil. Tetapi ramai jer ibu-ibu yang lepas bersalin jadi pelupa. Orang kata banyak sangat urut putus. Tak tahu lah kata-kata tu betul atau tidak. Mudahan kita sebagai kaum wanita terutama ibu-ibu muda ni tak naklah dikatakan orang yang kerap pelupakan...

...................................................................


Sebenarnya pelupa di kalangan ibu hamil atau sering disebut “pregnancy brain” berlaku akibat perubahan hormon, sehingga mempengaruhi tugas otak bahagian hippocampus. 

Perasaan yang tidak menentu dan meningkatnya rasa gelisah dan khuatir akibat perubahan hormon turut mempengaruhi fungsi memori bakal ibu. 

Tip berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah ini:- 

1. Bertenang. Cuba luangkan satu masa untuk diri sendiri berehat tanpa memikirkan perkara yang berat. Secara tidak langsung, ia membantu tubuh dan fikiran juga akan lebih tenang. Kepenatan menjadi salah satu faktor utama masalah lupa. 

2. Makan ikan terutama yang kaya dengan asid lemak Omega-3 seperti salmon, tuna dan ikan kembung. Ia juga membantu memori atau daya ingatan ibu hamil, bahkan asid lemak Omega-3 juga baik untuk pertumbuhan dan perkembangan otak janin. 

3. Melakukan aktiviti sukan selama tiga kali dalam seminggu selama 20 minit, akan membuatkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak akan meningkat. Keadaan ini akan membuatkan otak memperbaiki sel-selnya serta sistem kerjanya. 

4. Latihan hujung jari. Rangsangan otak akan melancarkan peredaran darah ke otak. Pengaliran darah yang lancar akan membantu membuang “sampah-sampah” yang menghalang laluan nutrisi untuk mencapai otak. Lakukan aktiviti yang melibatkan hujung jari sebagai bentuk rangsangan. 

5. Lekatkan nota pengingat di kawasan yang selalu anda lalu seperti meja kerja, peti sejuk, cermin meja solek. Gunakan kertas nota warna-warni supaya lebih mudah mengingatkan anda. 

6. Gunakan sepenuhnya telefon pintar yang menyediakan aplikasi kalendar dan pengingat automatik untuk merekodkan apa yang perlu dilakukan dalam satu hari dan sebagainya.

Bagi saya salah satu cara untuk mengatasi risiko menjadi pelupa adalah mengamalkan suplemen omega & lechitin. 




Jika anda ibu hamil & menyusu, omega juga bagus untuk otak anak anda lebih bijak. Untuk ibu itu sendiri, kelebihan omega bagus untuk kecantikan kulit & pembakaran lemak dalam badan. Bagi suplemen lechitin pula selain untuk mengelakkan jadi pelupa atau menghalang Alzheimer, ia membantu sebagai agen pemecahan lemak yang degil. Kelebihan lain lechitin bagi ibu menyusu pula dapat mengatasi breast bengkak yang disebabkan pengaliran susu tersumbat (clog ducts).

Kelebihan suplemen Shaklee nak makan sebab tak nak jadi pelupa tapi dapat kelebihan yang lain. Best kan?? Tak perlu beli suplemen yang berasingan.. Lagi satu bukan kaum ibu jer leh ambil, kaum bapa, wanita bujang, lelaki bujang pun leh ambil suplemen ni.

Jika anda berminat nak mencuba suplemen bagi mengelakkan menjadi kurang pelupa, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


30 January 2014

Panduan Memberi Susu Botol Untuk Bayi Anda!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Hari ni nak kongsi info yang saya jumpa kat laman web Kementerian Kesihatan tentang Panduan Memberi Susu Botol Untuk Bayi atau Kanak-kanak :) Semoga info ni berguna pada ibu-ibu yang baru menerima cahaya pertama terutama anak pertama...

......................................

Makanan terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai dua tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan apabila bayi mencapai umur enam bulan.

Botol susu kerap digunakan untuk memberi susu sama ada susu ibu atau rumusan bayi atau minuman lain kepada bayi. Walau bagaimanapun, botol susu merupakan salah satu cara utama penyebaran kuman kerana ianya amat sukar untuk dibersihkan dengan sempurna. Penggunaan botol susu yang tidak bersih meningkatkan risiko jangkitan di kalangan bayi dan kanak-kanak. Maka, penggunaan botol susu yang bersih dan selamat adalah penting dan ianya patut diberikan perhatian dan dijadikan amalan oleh ibu bapa atau penjaga bayi dan kanak-kanak.

Ibu bapa atau penjaga perlu diingatkan bahawa penggunaan botol susu hanya sesuai untuk pemberian cecair atau minuman seperti susu, rumusan khas atau susu ibu perahan atau air kepada bayi. Tekstur makanan pepejal seperti bijirin atau separa pepejal seperti makanan yang dipuri (makanan dikisar bersama sup/ kuah) tidak sesuai diberikan dengan mengguna botol susu. Ini kerana puting akan tersumbat disebabkan saiz makanan yang lebih besar daripada lubang puting dan menyukarkan bayi untuk menghisap. Sekiranya saiz lubang puting dibesarkan pula ia boleh menyebabkan bayi tercekik disebabkan pengaliran cecair atau susu yang cepat.

Bagaimana Membersih, Menyahkuman Dan Menyimpan Botol Susu?

Kebersihan peralatan yang digunakan untuk memberi susu/ minuman kepada bayi dan kanak-kanak adalah penting. Botol, puting dan penutup botol susu perlu dibersih dan dinyahkuman sebelum digunakan. Pembersihan dan penyahkuman botol susu dan peralatannya dapat menghapuskan bakteria berbahaya yang menyebabkan jangkitan.

1) Cara membersihkan botol susu


2) Cara menyahkuman botol susu

Botol susu dan peralatannya boleh dinyahkuman dengan menggunakan penyahkuman komersial atau dengan merebus botol susu dengan air yang sedang mendidih.

Penyahkuman komersial

Ikut arahan pengilang jika menggunakan alat penyahkuman menggunakan wap (steam sterilisation), ketuhar gelombang mikro atau ubat penyahkuman

Rebus dengan air yang mendidih

Jenis botol susu yang direbus mesti bebas dari bahan kimia Bisphenol A (BPA). Langkah-langkah merebus peralatan adalah seperti berikut:


3) Cara menyimpan botol susu

Untuk mengekalkan botol susu dan peralatannya supaya berada di dalam keadaan yang nyahkuman dan tidak berlaku pencemaran semula, cara yang paling baik ialah dengan mengeluarkannya dari alat penyahkuman hanya apabila diperlukan.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlu mengeluarkan botol susu dan peralatannya sebelum benar-benar memerlukannya, pastikan peralatan tersebut disimpan di tempat yang bersih dan tertutup untuk mengelakkan pencemaran berulang.

Cuci tangan dengan sabun dan air, dan keringkan sebelum memegang peralatan yang telah dinyahkuman. Disarankan agar anda menggunakan penyepit yang bersih semasa mengendalikan b lain yang telah dinyahkumankan


4) Cara penjagaan keselamatan botol susu

Apa itu Bisphenol A (BPA)?
  • BPA merupakan bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat.
  • Elakkan pendedahan Bisphenol A (BPA) dalam botol susu.
Kesan BPA kepada kesihatan manusia
  • BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.
  • Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil keputusan mengharamkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat mulai 1 Mac 2012. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
  • Dalam tempoh satu (1) tahun ini, sekiranya pengguna masih menggunakan botol susu polikarbonat, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA.
5) Panduan penggunaan botol susu

Kenal Pasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  • Nombor 7
  • Nombor 7 dan PC
  • Nombor 7 dan ‘other’

Pengendalian botol susu bayi polikarbonat

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.
  • Nyahkuman botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  • Elak mengguna air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai botol susu bayi alternatif di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain

29 January 2014

Risiko Minum Air Masak Banyak Semasa Berpantang!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua


Kawan-kawan yang sedang berpantang suka tanya kat saya soalan ni "Tak bahaya ker minum air masak banyak waktu berpantang?" Kalau anda ditanya soalan macam tu apa jawapan anda? 

Ok, Saya nak kongsi sedikit pengalaman diri sendiri berdiskusi dengan salah seorang Ketua Jururawat di HUKM. Sebelum saya keluar hospital ada satu group yang diketuai oleh Ketua Jururawat datang ke setiap katil ibu-ibu yang akan keluar hospital pada hari tu. Beliau akan terangkan cara penyusuan susu ibu dengan betul dan sedikit nasihat tentang perancangan keluarga. Jadi saya mengambil kesempatan bertanya kepada beliau tentang risiko minum air banyak semasa berpantang. Saya ingat lagi soalan beliau pada saya "Cuba awak pikir kalau badan kita tak cukup air, susu badan boleh banyak tak? Senang tak awak nak membuang air besar?" Ikut secara logiknya sudah tentu jawapan saya "TAK"... Apa jawapan dia pada saya? "BETUL", Saya tanya balik pada beliau "Nurse, kenapa mak-mak kita tak bagi minum air masak banyak waktu pantang yer? Betul ker tak boleh minum banyak masa pantang?Diorang cakap nanti kembang semua badan" Dia senyum jer dengar soalan saya. "Kan tadi saya dah cakap tiada masalah kalau kita nak minum air masak macam biasa. Badan kita memang memerlukan 8 cawan sehari. Ada ker orang minum sekaligus 8 cawan? Tak der kan.. Kalau minum sekaligus memang lah kembang.. Jadi awak minum macam biasa secara berperingkat dalam tempoh 24jam sampai cukup 8 cawan sehari. Barulah badan kita akan bertenaga dan dapat menyusukan bayi sepenuhnya"

Jadi, kawan-kawan yang tengah berpantang tu atau tengah menunggu masa untuk bersalin nak melalui proses berpantang... Jangan risau minum air masak secukupnya yer.. Kat bawah ni saya kongsi tentang kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari semasa berpantang.


Sumber : http://pama.karangkraf.com/


Soalan:

Saya gemar minum air kosong. Maksimum tiga hingga empat liter, minimum dua liter. Bolehkah saya teruskan amalan ini ketika berpantang? Apakah akan ada kesan tertentu disebabkan kata orang tidak elok minum banyak air sewaktu pantang kerana rahim akan mengembang dan sebagainya. Apakah kerap membuang air kecil bakal memberi kesan buruk kepada jahitan luka jika saya melahirkan anak secara normal.

Jawapan:

Minum air kosong merupakan amalan yang sihat, sama ada di waktu hamil mahupun sewaktu berpantang. Tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air berlebihan.

Memang benar puan akan kerap buang air kecil jika minum banyak air. Ini tidak memberi kesan kepada luka, tidak kiralah sama ada ia luka akibat bersalin normal atau luka akibat pembedahan LSCS. Di antara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah:

  1. Hidrasi badan yang sempurna. Diri akan berasa lebih segar.
  2. Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!
  3. Membantu dalam proses nyahtoksin.
  4. Membantu dalam usaha menurunkan berat badan. (Kita sering salah tafsir rasa "lapar". Kerap kali "kelaparan" itu disebabkan oleh kurang "air dalam badan" dan bukan "kurang makanan"!)
  5. Mengurangkan serangan sakit kepala. (Dehidrasi merupakan salah satu punca sakit kepala.)

20 January 2014

Kelebihan Susu Ibu

Assalamualaikum Semua...

Tadi belek2 nota terjumpa keratan akhbar yang saya simpan nak masuk dalam blog ni. Asyik terlupa jer nak taip :) Info ni dari surat khabar Berita Harian |20 Ogos 2013. Info tentang faedah susu ibu. Banyak lagi sebenarnya kelebihan susu ibu terhadap bayi & ibunya itu sendiri. Dibawah ni antara kelebihan yang anda boleh baca.
  • Kajian menunjukkan bayi diberikan susu ibu mempunyai risiko obesiti yang rendah berbanding kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Risiko penyakit kronik ibu yang tidak menyusukan bayi adalah 30% hingga 200% lebih tinggi berbanding ibu menyusukan bayi mereka.
  • Keadaan ini menyebabkan berlaku peningkatan dramatik penyakit kencing manis dan lain-lain dan menambah kos penjagaan kesihatan individu dan negara.
  • Manfaat kepada ibu termasuk cepat pulih selepas bersalin, membantu mengurangkan berat badan, kurang risiko terhadap osteoporosis serta barah ovari dan payudara.
  • Pelbagai kajian menjelaskan penyusuan susu ibu memberi manfaat jangka panjang, termasuk meningkatkan pencapaian intelek, perlindungan terhadap tekanan darah tinggi, menurunkan paras kalesterol darah serta mengurangkan kejadian diabetes mellitus dan obesiti ketika dewasa.
Sekarang ni banyak pasaraya-pasaraya dah menyediakan bilik penyusuan untuk kelesaan ibu-ibu di Malaysia menyusukan bayi mereka. Jadi bagi ibu-ibu muda jangan segan atau malu untuk meyusukan bayi kita. Jika segan menyusukan di khalayak ramai, anda boleh ke bilik penyusuan yang telah disediakan untuk memberikan susu terbaik ini untuk bayi anda.. Dibawah ni salah satu kata-kata dalam bilik penyusuan yang saya pernah masuk, tapi maaflah saya dah lupa kat mana.. tak silap salah satu pasaraya di negeri Melaka. Saya sangat suka ayatnya...

12 September 2013

Panduan Cairkan Susu Perahan

Assalamualaikum Semua....

Petang ni nak bagi tips cara mencairkan susu perahan. Artikel ni saya jumpa di laman web PA & MA... Jom kita share ilmu ni :)

Dari Google

Mungkin ada di kalangan ibu-ibu berkerjaya yang menyusukan bayi menghadapi dilema bagaimana cara terbaik untuk menyimpan dan mencairkan susu beku ketika mereka bekerja.

Tidak kira sama ada anda meletakkan bayi di bawah penjagaan pengasuh atau nurseri, pastikan mereka sudah maklum tentang cara pengendalian susu perahan beku sebelum diberikan kepada bayi.

Berikut adalah garis panduan yang boleh dijadikan maklumat berguna kepada para ibu agar bayi tetap menerima khasiat susu ibu biarpun tidak menyusu secara terus dari payu dara ibu.

1) Sentiasa menggunakan susu yang paling awal diperah.

2) Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.

3) Lalukan susu perahan beku di bawah aliran air paip untuk mencairkannya.

4) Bila sudah cair, rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja).

5) Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, gunakan pemanas botol elektrik yang kini banyak dijual dipasaran.

6) Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.

7)  Jangan cairkan susu beku dalam suhu bilik.

8) Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa satu jam (tidak boleh disimpan semula).

9) Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.

10) Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan sebelum diberi kepada bayi.

11) Elakkan memanaskan susu di awal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.

12) Susu yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, jadi ibu kene pandai mengagak kuantiti yang diperlukan anak supaya susu perahan tidak membazir.

13) Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.


Tip Penyimpanan Susu Perahan
  • Di tempat kerja
Simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais, jangan dibekukkan (jika ada peti sejuk). Jika tiada, simpan sahaja dalam beg penyejuk susu ibu yang banyak terdapat di pasaran. Ia untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan.
  • Sampai di rumah
Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk kegunaan pada keesokan hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais untuk stok seterusnya.
  • Seeloknya labelkan bekas perahan susu dengan nama bayi, tarikh dan masa pemerahan sebagai memudahkan anda menggunakan susu yang awal terlebih dahulu.
  • Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan.
  • Jangan lupa membersihkan dan mensteril semua bekas penyimpanan susu ibu termasuk aksesori pengepam.
Sumber : http://pama.karangkraf.com/famili