Showing posts with label Masalah Kulit Anak. Show all posts
Showing posts with label Masalah Kulit Anak. Show all posts

01 October 2015

Anak Chicken Pox Boleh Mohon Cuti Separuh Gaji

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Bismillahirrahmanirrahim...

"Selamat Tinggal September, Selamat Datang October``

Semoga hari yang mendatang akan membawa keberkatan pada kita semua. 
InshaaAllah.

Jangan lupa tau kawan-kawan setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua-dua ibu bapa kita samada yang masih hidup atau yang telah pergi. Aamin.......

Hari ni saya nak bercerita tentang anak2 saya. Dugaan nak membesarkan anak2 syurga kami.



Ada tak kawan2 seperti saya. Cuti dah tinggal sedikit tapi anak diserang penyakit "chicken pox". Yerlah sebagai ibu tak sampai hati kan nak bagi orang lain yang bela. Biarlah tangan ibu sendiri yang membersihkan bintik2 awak tu. Sebagai pekerja kerajaan korang boleh mohon cuti separuh gaji tau ikut berapa lama nak ambil. Yang penting ada surat doktor yang mengesahkan anak "chicken pox". Macam saya kebetulan si kecik tu kena chicken pox masa cuti raya haji. Jadi saya ambil tambahan cuti separuh gaji selama 6 hari jer sebab cuti tahunan dah tinggal cikit. Kalau tak boleh jer ambil lagi kan cuti tahunan. Biasalah nak membesarkan anak2... cuti memang selalu berkurang jer...



Itu contoh surat doktor mengesahkan anak saya diserang virus "chicken pox". Ringkas jer kan doktor tu tulis..

3minggu lepas kakak dia sebenarnya diserang virus chicken pox. Duduk taska kan. Berjangkitlah dari kawan2. Lepas 2minggu kakak dah beransur baik, adik pulak berjangkit. Kakak boleh lah lagi bawa ker opis kan sebab boleh harap tolong ibu buat kerja...keluarkan tape backup..duduk diam2 tengok movie. Kalau adik nak bawa pergi opis tak dapat buat kerja ibu.. Kang habis semua barang2 kat citu dia nak masuk dalam mulut. Tak pasal2 bertukar jadi transformers kan..hihi.. Aktif ko main adik ni walaupun badan ada bintik2. Jadi susur ngesot bawah meja ibu, mana taknya orang merangkak baya2 dia ni tapi dia mengesot('',)hehe...

Doakan anak2 saya cepat sembuh yer kawan2....

Kalau ada yang nak tahu macam mana saya merawat anak2 saya di serang virus 'CHICKEN POX' ni bolehlah hubungi saya untuk kita berkongsi info. Jangan segan tau saya memang suka berkongsi info...

Ummi Syahmi
017-6194784 (whatssapp & tele)


Korang memang comel sebab sudi membaca di blog saya ni. Semoga lain kali sudi-sudi lah membaca di sini lagi yer♡♡♡

27 April 2015

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Just nak share artikel dari page FB Kementerian Kesihatan Malaysia Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut yang disebabkan oleh virus yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun Dan Awasi Kanser Mulut! 

Jadi kawan-kawan mari kita awasi anak-anak supaya dielakkan dari penyakit-penyakit seperti ini. Kita doa sama-sama tau!



Kita sebagai ibu bapa patut cari alternatif untuk cuba elakkan dari anak-anak kita terkena penyakit pelbagai yang merisaukan. Memang orang kata kalau dah terkena nak wat camner kan.. tapi kita sebagai ibu bapa boleh berusaha cuba hindarkan dengan memberi perlindungan yang sebaiknya pada anak-anak kita. Bila dah diserang penyakit kadang2 kos perubatan lebih mahal dari kos mencegah atau perlindungan yang kita beri pada anak-anak. 

Bagaimana kawan-kawan melindungi anak-anak kesayangan dari dihinggapi pelbagai penyakit yang merisaukan?? Saya melindungi anak-anak dengan memberi nutrisi yang terbaik. Saya tahu saya tidak dapat memberikan makanan yang lengkap kepada anak-anak jadi saya perlu memberi mereka nutrisi terbaik melalui makanan tambahan dari Shaklee. Shaklee menerapkan makanan tambahan berunsurkan semulajadi dan selamat dimakan kerana tidak menggunakan bahan kimia, sintetik, perasa dan pewarna. Lagipun sebelum sesuatu produk baru dipasarkan Shaklee menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya, dan menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan pptensi sebenar produk tersebut... Itulah sebabnya saya jatuh cinta dengan produk Shaklee. Malah bukan saya seorang jer, seluruh ahli keluarga saya mengamalkan makanan tambahan dari Shaklee. Alhamdulillah kami lebih sihat dari sebelumnya. Kawan-kawan boleh memilih apa jenama pun tapi pastikan anda mengkaji dulu tau latar belakang syarikat tersebut dan bahan yang mereka guna untuk membuat makanan tambahan tersebut. Pastikan yang terbaik baru amalkan. Sayangilah badan anda♡

Terima kasih sudi membaca disini! 
Semoga bermanfaat untuk kawan-kawan :)


24 September 2012

Mengenali Masalah Kulit Pada Anak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Petang ni saya nak share tentang artikel masalah2 kulit yg dihadapi oleh anak-anak kita...Artikel ni saya baca di Pa & Ma bulan Disember 2011..Kadang kita sebagai ibu bapa terutama yg tiada pengalaman dlm penjagaan anak...1st baby akan panik bila anak kita mengalami masalah kulit...risau..termasuk lah saya :) Saper yg xrisau jika anak duk garu2 gatal..merah2 badan..so, mari kita menambah ilmu tentang artikel yg saya jumpa ni utk kita kongsi apa masalah kulit yg biasa dihadapi oleh anak2 kita dan cara rawatannya...


sumber dari google
  • Ruam panas
Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.

Rawatan 
Elakkan memakaikan bayi anda dengan baju yang tebal dan selalulah memastikan keadaan bilik berada pada suhu yang sederhana. Kain kapas merupakan alternatif terbaik untuk dipakaikan kepada bayi anda berbanding nilon dan poliester.
  • Ruam Lampin
Ruam lampin pula merupakan radang yang sering berlaku pada kawasan sekitar punggung bayi. Ruam lampin boleh berlaku jika bayi anda dibiarkan terlalu lama memakai lampinnya yang kotor kerana air kencing mahupun najis.

Rawatan 
Segera ganti lampin setiap kali bayi buang air besar atau kecil. Bersihkan dengan air suam, bila perlu dengan sabun halus dan bilas sampai bersih dan keringkan. Hati-hati pada keadaan bayi yang alah pada penggunaan sabun. Sapukan krim atau losen khusus yang melindungi kulit yang sedang radang terhadap hubungan dengan iritasi.
  • Ruam Susu
Ruam susu ialah bintik-bintik putih yang sering muncul di muka, leher dan atas dada bayi.

Rawatan 
Jika anda terlihat bintik-bintik seperti ini, tidak perlu risau kerana ia akan hilang begitu sahaja.
  • Ekzema
Biasanya bayi yang ekzema, mempunyai dermatitis (kemerahan, kupingan dan bengkak) pada muka, tangan dan kaki dan badan. Pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut atau pergelangan kaki mungkin terjejas dengan lebih teruk. Keadaan ini menyebabkan rasa sangat gatal.

Rawatan  
Tiada ubat yang boleh mengubati ekzema sehingga pulih. Mengawal ekzema secara berkesan boleh dibuat dengan mengamalkan sistem rawatan asas yang mudah.
  • Alergi
Kulit terdapat kemerahan disertai rasa gatal yang timbul secara tiba-tiba. Biasanya ia berpunca daripada makanan, perubahan cuaca,ubat, binatang peliharaan, serangga dan sebagainya. Reaksi alergi pada kulit terjadi setelah tubuh berhubungan dengan suatu alergen, sama ada yang dihirup (misalnya debu), dimakan (misalnya makanan dan ubat), yang menempel di kulit (alergi kontak), disuntikkan (alergi ubat), atau gigitan (alergi gigitan serangga).

Rawatan  
Untuk mengelakkan bekas, jangan digaru (memang susah untuk menahan apatah lagi bayi). Sapukan krim anti gatal seperti phenergan cream atau berikan salap yang mengandung kortikosteroid untuk mencegah hiperpigmentasi (bintik hitam). Tetapi ubat-ubat tersebut apabila digunakan tanpa panduan doktor boleh menipiskan kulit anda.

Alhamdulillah anak saya jika mengalami masalah kulit..hanya 2-3 hari jer..paling lama 5 hari.. tak sampai seminggu... Kita hanya ikhtiar.. hanya Allah yang menentukan segalanya...Siapa tak nak anak kita kulit cantik comel kan... Ni lah anak saya


Semoga artikel ni dapat manfaat erkk pada anda semua... Jika ingin tahu apa rahsia saya menangani masalah ruam panas/ruam lampin/allergik/eczema pada anak saya... Boleh pm saya... email atau sms...