30 September 2015

Nasi 3K (Kari.Kurma.Kismis)

Assalamualaikum & Selamat Malam Kawan2 Semua...

Hari ni tadi terajin nak cuba masak nasi kari daging sebenarnya. TAPI disebab kan daging yang ada tu daging kurban jadi tak dapatlah nak masukkan daging dalam nasi tu. Sebab my hubby tak makan dagimg kurban. Dia kata kesian lembu tu dikorbankan. Nak wat camner kan. Memang semenjak lahir dah gitu katanya. So kami redha ajerlah...hihi..Kalau masak daging kurban hubby tak makanlah.. rugikan. Daging kirban lah sedap & lembut suci gitu...

Jadi alkisahnya, maka terhasil lah nasi yang diberi nama NASI 3K tadi....hehe..suka suki jer aku kan nak letak nama nasi tu. Lantaklah yang penting sedap tekak nak makan & sedapp. Boleh dimakan. Inilah hasilnya. Sedap gak tadi.. Bertambahlah nasi makan ('',)



Korang nak resepinya? Ok kalau free2 nnti korang cubalah resepi ni yer..

NASI 3K

Bahan2 tumis
2 biji bawang besar*
2 biji bawang putih*
* dimayang halus
2 inci halia - diketuk
1 batang kulit kayu manis
4 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 buah pelaga

Beras basmathi 2 1/2 cawan - direndam 30 minit dan toskan
2 sudu rempah kurma
3 sudu rempah kari
Segenggam kismis
Sedikit minyak sapi @ majerin
Sedikit minyak masak

Cara2 memasak :-
1) Panaskan kuali atau terus guna periuk nasi jer. Masukkan minyak sapi. Kat rumah xder minyak sapi. So saya guna majerin dalam 2 sudu besar. Pastu tambah minyak masak sedikit.
2) Tumiskan rempah penumis 4 sekawan, halia, bawang putih serta bawang besar.
3) Bila dah wangi boleh masukkan rempah kari & kurma. Dah garing masukkan air sedikit.
4) Boleh masukkan air mengikut sukatan beras. Jika guna beras basmathi pastikan lebihkan 1 cawan air dari sukatan beras. Contoh 2 cawan beras. Airnya 3 cawan. Fahamkan ku terangkan ni..hehe..
5) Bila air dah mendidih sedikit boleh masukkan beras yang dah direndam dan ditoskan airnya tadi. Kacau rata bagi ramuan sebati dengan beras.
6) Jika korang masak guna periuk nasi tadi so terus masak nasi tadi macam biasa pakai rice cooker elektrik.
7) Nasi nak hampir masak, campakkan kismis dan gaul guna garfu tau jangan guna sudip nasi. Nanti nasi korang patah tak cantik..hihi...
8) Nasi dah masak, bolehlah makan dengan lauk kegemaran korang. Siap Nasi 3K!

SELAMAT MENCUBA KAWAN2...

Korang memang comel sebab sudi membaca di blog ini. Jika sudi lain kali leh singgah lagi membaca di sini.

28 September 2015

OST Mencintaimu-Slot Akasia TV3

Assalamualaikum & Selamt Pagi Semua Kawan-Kawan......

Baru-baru ni semenjak cerita MeNCintaiMu di slot Akasia di TV3 tu terminat lah pulak lagu OST dia...tak der lah suka sangat lagu tangkap leleh ni kan...hihi...tapi lirik dia tu macam kena dengan diri ni...chehh wahhh... adalah sikit2 kot.

Tapi kan seriously bila kita dengar lagu tu kan & menghayati liriknya macam tiba2 jer tersuka... macam mana tu...layan kan ajee.. Orang yang bawa lagu tu pun suara memang sedap kan...apa lagi jadi lagu idaman saya lah. Khas lagu ni dituju untuk my sweet hubby yang comeii loteh tu ('',)

♡LIRIK LAGU SETIA♡
ELIZABETH TAN feat FAIZAL TAHIR
☆OST MENCINTAIMU -SLOT AKASIA TV3☆



Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu

Maafkan andai mengganggu lenamu
Andai pernah melukakan
Maafkanku tak sengaja
Harus kau dan aku selalu bicara

Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku mungkin tak sempurna
Kau dan aku tahu takkan mudah
Kau dan aku mahukan sempurna
Kau dan aku mengharap bahagia

Setia aku demi dirimu
Setia aku hanya padamu

Andai hatimu berubah
Pastiku cuba fahami
Tetapku melangkah terus berani

Kau tahu kau satunya
Ku mahu kita selamanya

Kau dan aku mungkin tak sempurna
Kau dan aku tahu tak semudah
Kau dan aku mahukan sempurna
Kau dan aku mengharap bahagia

Setia aku demi dirimu
Setia aku hanya padamu

Terima seadanya
Perbezaan kau dan aku
Biarpun apa saja
Ku percaya kau setia

Kau dan aku mengharap bahagia

Setia aku demi dirimu
Setia aku hanya padamu

Setiaku demi dirimu
Setiaku hanya padamu

Selamat pagi sayangku
Apa khabar dirimu

.........................................♡♡♡♡♡..................................

Terima kasih korang sudi membaca di blog saya yang comel ni. Korang memang comel. Harap korang sudi lagi lepak di blog ni lagi.

22 September 2015

Baby Carrier Jenis SSC Cuddle Me!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Ada tak kawan-kawan yang sedang mencari baby carrier jenis SSC yang harga bawah RM200? Ok, saya baru jer beli baby carrier jenama Cuddle Me. Cepatlah pengurusan nya.. Alhamdulillah. Barang saya sampai semalam. Saya membuat pembayaran pada hari jumaat minggu lepas. 

Kawan-kawan nak tahu saya order kat mana? Meh saya bagi link. Kawan2 bolehlah singgah tengok di ONE BABY WORLD. Harga2 barangan keperluan baby di sini berpatutan juga. Saya dah berurusan dengan syarikat ni dari tahun 2011 lagi. Masa tu beli keperluan barangan untuk si kakak. Sekarang untuk si adik pula :) Servis terbaik. 

Mana-mana kawan yang nak beli baby carrier SSC (Soft Structured Carrier) yang bawah RM200 tu boleh lah klik di sini. Tapi kalau nak membuat urusan pembelian perlu berdaftar dulu tau. Alaa yang simple2 jer soalan nya. Jangan risau data yang diperlukan hanya untuk urusan pembelian.

Saya order corak yang ni... Cantik tak?? hehe...


Harga siap postage bersama GST RM190.51. Ok lah kan dari nak beli SSC yang sampai RM300 ker RM500.. Bagi yang kurang kemampuan seperti saya boleh lah beli jenama Cuddle Me. Saya dah cuba pakai sangat selesa & yang paling penting anak suka dan happy duduk dalam tu kan. 

Kawan-kawan boleh juga join group FB Malaysian Babywearers untuk memahami tentang terperinci pemakaian baby carrier untuk anak2 anda & dan membuat pilihan yang mana satu carrier yang terbaik. Boleh juga tengok2 jualan baby carrier di group FB Malaysian Babywearers FSOT and Rental.

Semoga info yang saya kongsikan bermanfaat untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang baru nak berjinak-jinak nak wearing baby korang kan.... 


Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

02 September 2015

Anak Sering Demam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

RM0.00 Shaklee: Thank You for placing your order with us. Your Sales Order Transaction No 20150902000775 dated 2 September 2015, Wednesday, 02:04 PM was successful. TQ

Alhamdulillah kawan order untuk cuba bagi anak dia yang sering demam sebab tonsil...

Kawan-kawan nak tahu details demam anak-anak boleh klik link di sini yer!




Siapa lagi nak order??? Mai pm kami. Kami bagi servis terbaik๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Ummi & Syahir
Pengedar Comeii Shaklee Anda
018-2465 122 & 012-6196164 
(Whatsapp & Telegram diterima pakai)