17 July 2015

5 Tips Beraya Rumah Saudara Dengan Anak Kecil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Sumber : http://gambar-kartun-lucu.blogspot.com/

Selamat Hari Raya Aidil Fitri pada kawan-kawan semua ('',)

Hari Raya tidak lengkap tanpa melakukan budaya berkunjung ke rumah sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Setahun sekali berjumpa mengeratkan silaturahim sememangnya amalan mulia.

Adat hidup berkeluarga, sudah pasti anak-anak akan turut dibawa bersama berhari raya. Selain mengajar mereka tentang budaya kunjung mengunjung, inilah masa untuk membawa anak berjalan.

Namun, ada juga ibu bapa yang memilih tidak mahu pergi menziarah rumah sanak saudara kerana ada anak kecil yang lasak. Alasannya bimbang anak meragam dan merosakkan perhiasan rumah orang!

Mungkin tip beraya dengan anak kecil ini boleh anda praktiskan.

  • Pilih waktu sesuai untuk beraya
Seeloknya ada anak kecil jangan pergi beraya ke rumah orang pada waktu tengahari hingga ke petang kerana ketika itu waktu tidur mereka. Bimbang nanti si kecil meragam hendak tidur. Susah pula papa dan mama hendak bersembang.
  • Galakkan anak bersosial
Anak kecil cepat berasa bosan. Sekiranya rumah yang dikunjungi mempunyai kanak-kanak lain, galakkan anak anda untuk berkawan dan bermain bersama. Sekurang-kurangnya mereka belajar bersosial dan berkenalan dengan orang lain.
  • Pesan dari rumah
Beritahu anak ke mana tujuan kita pada hari tersebut. Pesan kepada mereka agar berkelakuan sopan sepanjang berada di rumah orang. Pesanan tersebut mesti diberitahu berulang kali sejak dari rumah lagi.
  • Pantau pergerakan anak
Walaupun papa dan mama gembira dan asyik bersembang tetapi jangan sesekali abaikan pergerakan anak sepanjang di rumah orang. Mungkin boleh bergilir antara suami isteri untuk memerhatikan pergerakan anak. Pastikan mereka hanya bermain di hadapan anda sahaja. Jangan sampai anak anda masuk bermain hingga ke bilik tidur tuan rumah pula!
  • Jangan lama sangat di rumah orang
Ingatlah yang anda kini mempunyai anak kecil jadi janganlah lama sangat beraya di rumah orang. Anak kecil cepat bosan dan mereka tidak faham mengapa perlu lama di rumah orang. Yang penting anda sudah bertemu sanak saudara mengeratkan silaturahim.

Edit Sumber : http://pama.karangkraf.com



Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

10 July 2015

10 Tip Murah Rezeki Suami Isteri

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua.....

Nak tahu tips murah rezeki Suami Isteri?? Mesti ramai nak tahu kan ('',) Info ni saya ambil dari laman web IRFAN KHAIRI jutawan internet. Siapa tak kenalkan... Jom kita baca apa yang beliau kongsikan untuk manfaat kita bersama...


.................................................
Tiada yang paling bernilai dalam hidup ini, selain memiliki sebuah keluarga bahagia. Tambah menggembirakan lagi, apabila keluarga kita dikurniakan Ilahi, rezeki yang melimpah ruah pula. Sesungguhnya, rezeki amat berkait rapat dengan cara kita menjalani hidup, dan menyayangi anugerah dariNya, iaitu, keluarga kita, Suami/Isteri dan anak-anak.

10 Tip Murah Rezeki Suami Isteri

1. Bermesra dan gembirakan sentiasa pasangan hidup

2. Murahnya rezeki suami bila belanja isteri

3. Ramaikan cahaya mata. cahaya mata adalah rezeki tidak ternilai

4. Makan bersama anak-anak dan isteri lagi banyak rezeki dikurniakan

5. Gunakan perkataan dan bahasa yang lembut bersama suami dan isteri serta berpanggilan manja

6. Menenangkan hati isteri ketika resah setiap masa

7. Cium dan peluk isteri sebelum keluar kerja

8. Salam dan cium tangan suami sebelum suami keluar rumah

9. Bermain-main dan berseloroh dengan anak-anak untuk menyeronokkan mereka

10. Bergurau senda bersama suami isteri sebelum tidur waktu malam

Mudahan rezeki anda bersama keluarga sentiasa dimurahkan!
Kongsikan dengan pasangan anda! 

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

09 July 2015

Suplemen Wajib Bagi Wanita Berkerjaya


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Apa khabar kawan2? Macam mana persiapan raya kawan2? Selagi belum raya ni memang ada jer kan barang yang tak cukup... Biasa lah tu. Tapi ingat tau kawan2 sebelum nak membeli tu fikir dulu kemahuan atau kehendak? hehe... Buat kira2 dulu sebelum membeli belah. Kang lepas raya, duit tinggal ciput. Zaman sekarang semuanya barang mahai... Nak buat macam mana kan. Sebagai rakyat kita harung jerlah selagi mampu. 

Ohh yer, saya nak cerita tentang wanita zaman sekarang. Kebanyakkan wanita zaman sekarang ramai yang bekerjaya kan? Macam saya ('',) Yerlah kalau kita tak bekerja macam mana nak mengharungi kos sara hidup zaman sekarang ni yang main tinggi. Tak khesah lah kita bekerja di opis atau bekerja di rumah.. Bekerja jugak kan.. Ramai sekarang ibu2 yang bijak pandai bekerja dari rumah jer menjalankan biz online. Tu cita2 saya sebenarnya. Insyaa Allah mungkin suatu hari nanti akan tercapai. Aminnn.... Yerlah dapat jaga anak2 di depan mata sendiri. Best kan.


Tahu tak kawan2 kenapa wanita memerlukan suplemen? Terutama wanita bekerjaya.
Kebiasaan wanita bekerjaya ni selalunya senang menghadapi stress dalam kehidupan. Lebih2 lagi wanita yang dah bekeluarga & mempunyai anak. Di pejabat tekanan dengan bebanan kerja dan pihak atasan, balik rumah pula perlu hadapi pelbagai ragam anak2 dengan timbunan urusan kerja2 di rumah lagi. Itu belum lagi nak melayan karenah si suami kan... Tidak hairan lah kenapa ramai wanita2 muda yang bekerjaya dah dapat pelbagai penyakit. Semuanya berpunca daripada tekanan hidup.

Kalau kawan2 nak tahu stress atau tekanan ni sebenarnya mampu mengundang pelbagai penyakit kronik yer! Stress juga akan menganggu sistem pencernaan (sakit perut,cirit birit), menjejaskan tahap imuniti (mudah sakit), meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah tinggi, sukar tidur, dan pertambahan berat badan...

Jadi macam mana nak kawal stress? 
Wanita2 bekerjaya ni harus mengambil vitamin B Complex kerana vitamin ini memainkan peranan yang sangat penting kerana mampu membantu sebagai penenang. Vitamin B Complex Shaklee mengandungi - Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12. Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan kita. Bila jiwa seorang wanita tenang, maka urusan kerja dan rumahtangga dapat diuruskan dalam keadaan teratur.

Apa lagi suplemen yang boleh wanita bekerjaya perlu ambil? 
Korang boleh refer pamplete kat bawah ni. Antara yang penting secara minimum untuk mengambil suplemen adalah Multivitamin dan Protein. Kemudian berasaskan keperluan dan gaya hidup tambah vitamin C, B Compleks dan Vitamin E. 


Kenapa perlu memilih Suplemen Shaklee?
Ramai yang bertanya kenapa perlu memilih Shaklee daripada jenama lain? Shaklee sering menekankan THE SHAKLEE DIFFERENCE ~ SENTIASA SELAMAT, SENTIASA BERKESAN, SENTIASA MESRA ALAM. Semua produk Shaklee semuanya sentiasa selamat digunakan kerana bersumberkan bahan semula jadi yang mesra alam sesuai sangat dengan tubuh badan manusia. Ia juga sentiasa berkesan kerana telah menjalani uji kaji dan mempunyai bukti sains yang kukuh yang dibukukan di dalam jurnal-jurnal perubatan.

JANGAN BIARKAN STRESS MENGGANGU KEHIDUPAN SEHARIAN ANDA SEBAGAI WANITA BEKERJAYA YANG PROFESIONAL!

08 July 2015

Usaha Memulihkan Penyakit Gout

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Kawan-kawan tahu apa itu penyakit Gout?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    1. Kegemukan (Obesiti)
    2. Tekanan Darah tinggi
    3. Kolesterol Tinggi
    4. Hiperlipidemia
    5. Diabetes (Kencing Manis)

Jika anda ingin mencuba alternatif untuk memulihkan Gout dengan Shaklee seperti kawan2 saya ni anda boleh mencuba ambil Vivix. Vivix adalah sejenis minuman yang senang untuk kita ambil semasa perut kosong. Mana tahu dengan izin Allah penyakit Gout boleh dipulihkan.


Apa lagi erkk kelebihan Vivix yang boleh membantu anda??

  • Mengecutkan tiroid
  • Memudahkan perokok berhenti merokok
  • Merawat kencing manis
  • Merawat sakit jantung
  • Menurunkan darah tinggi
  • Menghilangkan migrain
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Merawat resdung
  • Menjadikan anda 25 tahun lebih muda (Awet Muda)
  • Melawan Kanser
Jika anda ingin membeli suplemen VIVIX ini, boleh menghubungi kami untuk berurusan selanjutnya



Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

07 July 2015

Alhamdulillah Hamil 5 Minggu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Petang ni nak cerita testimonial customer saya mengambil suplemen berjaya hamil 5 minggu. Syukur sangat... Rezeki bulan ramadhan untuk beliau ('',)

Beliau ni menghubungi saya melalui whatsapp bertanya tentang suplemen untuk membantu kesuburan dia untuk hamil. Baru sebulan kahwin. Tapi biasalah pasangan mana yang tak nak ada baby cepat2 kan.. So beliau nak mencuba suplemen shaklee untuk bantu kesuburan dia. Jadi saya cadangkan pada beliau ambil B compleks dan ESP. Tujuan nya untuk apa?

B Compleks - Sebelum kita plan nak hamil persediaan yang paling baik adalah ambil asid folic untuk menjaga fetus kita sihat. Kalau kita baca info2 di internet dari blog pakar kedoktoran memang menyarankan wanita ambil asid folic selama 3 bulan sebelum merancang untuk hamil. Kenapa saya minta beliau ambil B Compleks? Sebab dalam B Compleks dah siap ada asid folic.

ESP - Tujuannya pula untuk membantu menguatkan rahim dan membaiki sel-sel badan kita lebih sihat. Minuman ESP ini juga membantu membekalkan tenaga agar kita tidak letih dan sentiasa segar. 

Tapi disebabkan customer saya dah membuat 'servey' dan membaca di internet dan berminat untuk mencuba zinc dan b compleks dulu. Bulan berikut baru nak order ESP pula. Tapi tak sempat order nak mencuba ESP, beliau telah berjaya hamil dengan mengamalkan B Compleks dan Zinc. Syukur alhamdulillah. Saya tumpang germbira untuk beliau dan pasangannya. Semoga kandungan beliau sihat dan membesar dengan sempurna sehingga kelahiran... Doakan yer kawan-kawan semua.


Jika kawan-kawan ingin mencuba alternatif mengamalkan suplemen untuk berjaya hamil, boleh lah menghubungi kami untuk info lanjut. Kami sudi memberikan servis yang terbaik untuk anda semua... Insyaa Allah...















Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

06 July 2015

Amalan 10 Terakhir Ramadhan Bagi Muslimah Haid atau Nifas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Sekejap jer kan masa berlalu... Dah nak habis bulan ramadhan yang istimewa ni... Sedihnya. Diharapkan kita semua akan berjumpa lagi ramadhan akan datang yer kawan2 :)

Sumber Google
Ramai yang tahu kelebihan 10 ramadhan terakhir ni.. Yerlah pada 10 malam terakhir ni lah akan adanya malam Lailatul Qadar. Malam yang sangat istimewa buat seluruh umat Islam berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . 

Firman Allah SWT :


Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. 

Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" 
(Riwayat Muslim, no 1175 )

Tapi macam mana kan kalau golongan wanita yang uzur di 10 malam terakhir. Apa yang boleh kita buat? Nak gak rasa dapatkan kenikmatan berkatnya malam Lailatul Qadar kan. Semangat dah berkobar-kobar nak memenuhi 10 terakhir Ramadhan ini dengan lipat gandakan amalam ibadah tambahan. Tapi, apakan daya. Ia adalah taqdir ALLAH S.W.T  yang seseorang wanita itu mesti redha. 

Kawan-kawan muslimah jangan sedih tau jika 'uzur' di saat-saat akhir 10 Ramadhan sedangkan hati kawan-kawan bersemangat hendak beribadah. Jom kita semak beberapa senarai amalan ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa yang dilarang dilakukan ketika datangnya haid/nifas.


Ibadah & Amalan Muslimah Uzur Di Bulan Ramadhan


1) Membaca Al Quran tanpa Mus’haf seperti membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertulis di dinding atau di website dan youtube.
2) Mendengar bacaan Al-Quran daripada CD, TV, Radio dan seumpamanya
3) Membaca dan memahami ayat Al-Quran dari kitab tafsir
4) Perbanyakkan berzikir, selawat ke atas Nabi dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat

Bagi yang berzikir: 
Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka 
dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab 
dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari 
dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya

5) Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset, CD dan seumpamanya.
6) Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu
7) Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan
8) Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu
9) Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat dhuha, tarawikh, tahajud dan witir

Disamping amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan, wanita dalam haid dan nifas juga boleh mendapat ganjaran pahala bulan Ramadhan Al Mubarak dengan melaksanakan tugas-tugas harian rumahtangga.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a. daripada Nabi SAW sabdanya,
“Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, 
ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan 
pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. 
(At-Tirmidzi)

10) Menyediakan juadah berbuka dan bersahur .
11) Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan.
12) Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur.
13) Melibatkan diri dalam aktiviti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar.

Kesimpulannya setiap wanita yang datang haid dan nifas, tidak pernah dibeza dan diketepikan oleh Islam. Walaupun mereka tidak dapat menunaikan ibadah puasa (dan solat) mereka tidak kehilangan peluang untuk menikmati kelebihan bulan Ramadhan Al Mubarak.





Kadang2 kita sebagai wanita kurang sedar yang ibadah-ibadah lain yang ada di dalam islam yang boleh kita amalkan walaupun dalam keadaan uzur. Kita hanya terfikir solat dan puasa sahaja ibadah ('',) 

Ketidaksedaran ini membuatkan para wanita yang didatangi haid mati akal dalam mengisi masa yang berharga di dalam bulan Ramadhan. Terbuanglah peluang begitu sahaja. Malah ada juga yang tidur sahaja disebabkan beranggapan mereka tidak boleh melakukan ibadah. Mudahan kita kaum-kaum hawa ni dijauhkan dari sifat macam ni yerk...

ALLAH Maha Pemurah & Penyayang. Banyak peluang lain yang ALLAH sediakan buat hamba-hambaNYA. Dan pahala dariNYA memang DIA sediakan buat hamba-hambaNYA yang suka mencari keredhaanNYA. Konsep ibadah ini terlalu luas. Seluruh kehidupan kita juga boleh dijadikan ibadah jika kita melakukan perkara-perkara kebaikan. 
Selamat beribadah kawan-kawan di 10 terakhir Ramadhan ni.

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)