Showing posts with label Forever Aloevera Gel. Show all posts
Showing posts with label Forever Aloevera Gel. Show all posts

17 November 2020

Cara Pilih Supplement

Kriteria pilih supplement uolls, harus la selamat dan tengok berapa tahun dah dia wujud, jangan sekali2 percaya produk timbang kilo tau.. 

Sekarang dia ok, soonnnn masalah kat badan, kulit kita sebab ada hidden ingredients yang kita tak tahu.. Cuma beringat je laa.. 

Jangan risau, di Forever, #AVG dan produk2 lain semua selamat digunakan sebab Produk Forever mempunyai kelulusan kesihatan di negara MALAYSIA dan juga peringkat ANTARABANGSA😍

Kalau produk tu tak ok, kenapa wujud dah 42tahun dan ada di 169 negara dan paling menarik, hanya produk Forever tembus pasaran Arab Saudi😘😚

 
  



Untuk Order & Info⤵️

15 November 2020

HEALTHY GUT, HEALTHY BODY


Tahukah anda bahawa di dalam usus kita terdapat sekitar 100 trilion mikroorganisma hidup yang meningkatkan fungsi GI normal, melindungi tubuh dari jangkitan, dan mengatur metabolisme dan sistem imun mukosa.

Sebenarnya, mereka merangkumi lebih daripada 75% sistem imun. 
Salah satu kunci kepada sistem imun tubuh yang sihat adalah mempunyai usus yang sihat.

Sejak akhir ni ramai lak tanya, AVG ni apa. Nak try la. macam best jurr..

AVG ni adalah singkatan dari perkataan Aloe Vera Gel. Ia adalah sejenis air ja. Gel daun aloevera di blend buat minum. 

Bukan benda baru pun, dah berabad orang guna gel aloevera buat minum sebab khasiat dia yang power. cer korang google😋

Rasa macam air kosong jurrr bukan lendir lekit
Nak lagi sedap tambah madu. 
Ramai pakar suggest amal aloevera+madu

Basicnya, AVG ni tambah baik kesihatan usus, detoks usus dan
Memudahkan penyerapan nutrient dari makanan harian kita.

Bila detoks dalaman konsisten, hasil nanti nampak dekat luar

Muka makin bersih kurang breakout, lagi lama minum lagi glowing, rambut makin lebat, rasa tenang less stress, stabilkan gula dalam darah, gastrik gerd bertambahbaik, mood makin okay, takde migrain sangat, sakit tumit ke sakit belakang kebas2 ke hilang, badan makin bertenaga, mudah membuang, rasa ringan badan, inchloss ketara, keputihan gone.

Eh ehh siyes banyak btul efek best. Nape ek

Sebabnya Aloe Vera Gel kaya dengan vitamin, mineral, fiber dan ada 200 enzim aktif. 
Haa bayangkan la powernya tumbuhan ciptaan Tuhan ni. Mashaallah. Patut lah daun sabir ni antara makanan sunnah 

Aloevera ni kategori prebiotic food. 
Prebiotic food ni makanan untuk bakteria baik. 
Healthy gut healthy body. 

Minum untuk usus TAPI tempias dapat kat semua organ, dalaman & luaran. Bijak betul. Worth your money gais

Sebab tu dah 42 tahun bilion manusia kat 169 negara tak penah stop repeat order Aloe Vera Gel ni. Takdan nak kuar produk baru, production nonstop, high demand. Kalo tak elok, kalo scam, takkanlah merata botoi kuning ni tersebar kan termasuk saudi

Utk bagi kulit cantik, badan sihat, inchloss secara selamat, muka berseri-seri, jom minum AVG dulu. 

Dah minum lepas tu nak buat extra income pun bulih.

Tapi janganlah beli kat sopee dgn seller yg tak beretika yang jual murah terlampau.Nanti takde orang nak guide cara gune, barang pun tak sure fresh ke tidak.

Meh beli dgn weolll ada 15%-48% less ikut level, 
siap ada consumer reward program taww!


Untuk Order & Info⤵️
https://linktr.ee/UmmiSyahmi

#teamummisyahmi
#familymagika
#bizonline #bizmudah
#teemneeded #dropship
#janapendapatandarirumah

03 November 2020

Kesan Minum Madu Setiap Hari

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Selamat malam sahabat blogger. Malam ni saya nak share tentang produk forever yang sangat ramai peminatnya termasuk kami sekeluarga. 

SEBAB APA? 

Sebab produk ni dari peringkat baby dah boleh start makan sampai lah ke dewasa peringkat wara emas boleh amalkan. Sedap, senang dan pelbagi guna.

Produk tu adalah MADU Bee Honey Forever



KESAN MINUM MADU SETIAP HARI

1. MENGURANGKAN ANGIN DALAM BADAN
Jika anda selalu alami kembung perut, amalkan minum segelas air madu suam setiap pagi.

2. MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI
Madu asli mengandungi enzim, vitamin dan mineral yang mampu memerangi bakteria dalam badan dan pada masa yang sama akan meningkatkan sistem ketahanan diri.

3. MEMBUANG TOKSIN
Setiap pagi, cuba amalkan minum madu bersama air suam. Minum sewaktu perut masih kosong. Memang terbaik.

4. KULIT MAKIN CANTIK
Toksin dah berjaya disingkirkan melalui perkumuhan, darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar. Kulit pun makin cantik.

5. KURANGKAN BERAT BADAN
Jangan tak tahu, madu mampu mengurangkan 64% kalori dalam badan. Amalkan sekali dengan diet yang seimbang, terbaik.

6. PULIHKAN SAKIT TEKAK
Bila tekka dah mula terasa sakit atau batuk, cepat pergi minum madu bersama air suam kerana ianya akan dapat melegakan rasa gatal pada tekak.

7. MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG
Madu mengandungi flavanoid dan antioksidan yang baik untuk jantung.



FOREVER BEE HONEY Forever Living

Madu lebah asli forever living dikumpul oleh lebah madu dari lebih 1000 jenis tumbuhan gurun di sekitar gurun sonoran, arizona. Forever bee honey 100% tulen.
Madu mentah asli 100% dalam botol 500gram.
Madu mentah asli yang tidak diproses, ditapis atau dimasak.
Kaya dengan 16 jenis asid amino, karbohidrat, vitamin, mineral dan enzim.

Kenapa perlu ada FOREVER BEE HONEY?

Pensijilan halal IFANCA diiktiraf jakim
Kaya dengan vitamin, mineral dan asid amino
Dikumpul dari kawasan gurun sonoran yang bebas pencemaran dengan muka bumi yang tinggi
Ladang ternak lebah Forever living adalah yang terbesar didunia


Best Bestttt Madu Forever 100% tulen!
Sebotol RM86 sajaa bukan ahli. Meh jadi ahli untung banyak diskaun. 

Tips Minuman Bertambah Sedap!!!


#foreverlivingproducts #foreverlivingMalaysia #foreverlivingdengkil #foreverlivingkotawarisan #jadiahliforeverliving #pakejbisnesdarirumah #janapendapatan #bizterbaik #bisnespalingmudah #aloeveragel #madugurun #saleskecikbonusbesar #BONUSBESAR #hilangpekerjaan #teamummisyahmi #familymagika

Untuk Order & Info⤵️

12 June 2020

IKHTIAR GASTRIK DENGAN PRODUK ORGANIK

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Semua,

Petang tadi ada lah ahli group kami tanya soalan nak bagi customer cuba produk Forever yang mana untuk penyakit pelik dia. Nasib Kak Ru & Kak Nora ada pengalaman pernah sakit pelik tu. 

Nak tahu ker apa penyakit pelik tu?
Jom baca chating kami dalam group 😅

👩Sal : Slm smua.. nak tnya.. ada customer ni.. sakit misteri.. bila mkn, akan ada makanan tersangkut tau kat tekak dia.. jd dia takut nak mkn.. smpai susut berat 14kg.. Pastu bila mkn, hidung dia mcm tersumbat. Dah pergi hospital masukkan kamera kt tekak.. tp doktor ckp xde apa2..
Sy dh bg avg n madu. Dia minum avg rasa pahit dan ada rasa masin2 sikit. Apa cadangan supplemen yg lain ye? Mcm kesian kat akk ni.. nmpk cengkung muka dia

👩Kak Nora : Bukan sakit misteri ni, mcm symptoms GERD. AVG tu ok dh sbnrnya.. Nora pernah kena mcmni. Mmg merana tak senang rasa, nak makan nak minum tido sepanjang masa rasa mknn kat tekak tu.

👩Sal : Oo..gerd.. nnt sy nk search la pasal gerd ni.. Kena suggest dia amik rtc la ni.. Tq nora 😘😘

👩Kak Nora : Welcome 🥰

👩Kak Ru : Ya ..GERD .. gastritis or gastric.. Time kena gerd tu nak telan rtc pun macam lekat walaupun dah buang kapsul.. 🤣

ٱلْـحَـمْـدُ للهِ la ni takdak dah rasa macam tu.. kena minum Aloe Vera Gel banyak2. In fact time saya kena tu tambah dengan anxiety ingatkan dah nak mati sesak nafas. Mungkin I overthinking tentang covid pun sama 🤭Add madu jugak .. very good untuk perut

👩Sal : Sama mcm akk tu ckp.. dia pun rasa anxiety.. sampai rasa mcm nak mati..

👩Kak Ru : Hahaha 🙌 bagitau dia ada gang

************************

Bawah ni sharing dari blog Kak Ruziana

GASTRIK SAMPAI SESAK NAFAS?
Sapa besa kena sakit akibat #gastrik atau lebih tepat #gastritis? 
Memang sangat MEMERITKAN bagi yang pernah mengalaminya..Sampai nak tarik nafas pun seksa. 

Tapi Alhamdulilah..

Biiznillah. Dengan mengamalkan KOMBO tiga (3) ni : 
Aloe Vera Gel, Arctic Sea dan Bee Honey sakit tu dah takda.


BAGAIMANA GASTRITIS BOLEH BERLAKU?
Gastrik atau gastritis terjadi apabila berlakunya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut. Perlu diketahui umum bahawa, fungsi normal perut adalah mengeluarkan asid (gastric juice) bagi mencerna makanan serta membunuh kuman yang masuk melalui mulut. Oleh sebab itu, tahap keasidan di dalam perut amat tinggi berbanding bahagian lain dalam saluran pemakanan.

Bagi melindungi dinding perut itu sendiri daripada terhakis, suatu mekanisma telah terbentuk (protective mechanism), dimana tisu perut sendiri menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus, yang mampu menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada terkena dinding perut. Oleh itu, apa-apa yang mengganggu penghasilan lapisan ini boleh menyebabkan gastrik berlaku.

APAKAH PUNCA GASTRITIS
Terdapat beberapa penyebab atau punca yang boleh mengganggu penghasilan mukus di dalam perut, sehingga mendatangkan keradangan. Antaranya ialah:
  • Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’
  • Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
  • Tahap stress yang tinggi pada badan
  • Pengambilan alkohol berlebihanTindak balas dengan makanan atau ubat
  • Tindak balas dengan bahan kimia
  • Merokok
Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori’
8 dalam 10 kes gastrik berpunca daripada jangkitan bakteria ini. Nama singkatannya yang sering digunakan juga ialah ‘H.pylori’.

Bakteria ini boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang telah tercemar. Setelah berada di dalam perut, bakteria ini akan bergerak masuk ke dalam lapisan mukus yang memberi perlindungan tadi.

Dari sini, bakteria H.pylori akan bersarang dan menghasilkan bahan kimia yang mampu mengakis lapisan mukus yang memberi perlindungan tersebut. Tanpa lapisan ini, asid perut akan terkena pada dinding lalu menyebabkan rasa sakit dan pedih.

Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs
NSAIDs adalah singkatan kepada ‘Non-steroidal Anti-inflammatory Drugs’, iaitu sejenis ubat penahan sakit yang sering diberi oleh doktor. Ubat ini digunakan antaranya oleh mereka yang mempunyai sakit sendi (keradangan) atau sakit otot (myalgia).

NSAIDs bertindak menghalang pembentukan sejenis bahan kimia yang menyebabkan rasa sakit dalam tubuh manusia, iaitu ‘prostaglandin’. Namun begitu, pada masa yang sama prostaglandin juga diperlukan untuk menghasilkan lapisan mukus di dalam perut. Sekiranya NSAIDs diberi, penghasilan mukus ini akan turut menurun kerana berkurangnya jumlah prostaglandin yang diperlukan dalam proses penghasilan.

Apabila situasi ini berlaku, asid perut boleh menghakis sebahagian dinding perut kerana ketiadaan lapisan mukus protektif ini.

APAKAH TANDA BERLAKUNYA GASTRITIS 
Gejala yang hadir dalam penyakit gastrik selalunya adalah ringan dan boleh menghilang sekiranya langkah yang betul diambil oleh pesakit. Antara gejala yang boleh berlaku ialah:
  • Senak perut (ketidakhadaman)
  • Sakit di bahagian ulu hati
  • Hilang selera makan
  • Perut kembung
  • Loya
  • Muntah
#mestiikhtiar
#RuForever
#Rukongsitestimoni
#AloeVeraGel
#ArcticSea
#Madu
#teamMamiCery
#FamilyMagika
*****************************

Ahli NOVUS  RM293 
BUKAN AHLI RM317
(UNTUNG RM24... dan banyak lagi.... BILA JADI AHLI)

Untuk Order & Info⤵️
https://linktr.ee/UmmiSyahmi

07 June 2020

Minuman Bertenaga Sihat Tanpa Gula

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Semua,

Aloe Vera Gel Sumber Tenaga Yang Terhebat! 
Wajib Amalkan👍

Kenapa ❓
Jom lihat video ini




Ingin dapatkan Aloe Vera terbaik dari Forever.

Klik link ⤵️
https://aloeveramaduorganik.wasap.my/

Apa maksud DETOX???

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Kita selalu dengar perkataan DETOKS. Tetapi berapa ramai yang betul-betul TAHU dan FAHAM apa MAKSUD detoks??? 

Jom baca ni 👇👇👇


Detoks adalah proses MENYINGKIRKAN lebihan toksin dan kotoran yang merupakan bahan yang tidak diperlukan badan.

Detoks dilakukan bagi MENCUCI bahan-bahan beracun yang terkandung dalam badan dan disebabkan oleh radikal bebas.

MAKSUD Detoks secara ringkasnya Cuci Organ-Organ Penting dalam badan.

Detoks ini sangat PENTING dan harus diamalkan bagi MENGEKALKAN badan supaya KEKAL sihat dan janganlah hairan, mengapa sesetengah orang yang berdiet, bersenam dan ambil macam-macam suplement/ubat-ubatan tapi berat badan masih TIDAK turun dan kalau turun pun nanti naik balik kan.

DETOKS ADA PELBAGAI CARA

Detoks... Usus, Hati, Salur Darah, Kulit, Flushout Angin dan Buah Pinggang serta sel-sel.
Organ-organ ini WAJIB dicuci dan dibersihkan agar segala aktiviti dan rutin harian yang dilakukan berjalan lancar.

KENAPA DETOKS SANGAT PENTING???

Bayangkan kalau organ-organ penting kita TERSUMBAT dan dipenuhi oleh lemak, toksin, kolestrol dan sisa buangan ADAKAH organ-organ ini berfungsi dengan baik dan lancar??? Jawapannya TIDAK!!!

Apabila organ kita TIDAK berfungsi dengan baik, kita akan menghadapi masalah- masalah seperti berikut :-

➡ Sakit kepala dengan kerap
➡ Penyakit-penyakit KRONIK
➡ Mudah keletihan
➡ Lenguh badan
➡ Sakit lutut
➡ Nafas berbau
➡ Peluh dan badan berbau
➡ Kulit kusam
➡ Selalu jatuh sakit
➡ Sembelit
➡ Penyerapan vitamin dan mineral menjadi lemah dan menyebabkan badan tidak cukup nutrisi yang diperlukan.

👉 Kesan dan akibat yang nyata jika KURANG mengambil berat tentang pentingnya detoks akan menyebabkan masalah jerawat yang melampau, jerawat yang banyak melarat ke belakang badan adalah PETANDA nyata bahawa badan kita terlalu KOTOR dan BERASID.

👉 Bagi wanita ini sangat bermasalah kerana hilang KEYAKINAN diri untuk tampil berhadapan dengan masyarakat.

👉 Pentingnya detoks untuk mengelakkan kita dari penyakit-penyakit yang berbahaya seperti kanser kolon/usus. Berapa RAMAI yang menderita disebabkan oleh KANSER usus pada masa kini selain daripada penyakit JANTUNG??? Begitu ramai sekali.

👉 Tahu tak badan kita ada parasite (cacing) yang membuatkan kita "craving" nak makan itu dan ini.. JANGAN biarkan cacing-cacing itu membiak!!! 😱😱

Detox terbaik bila ada nya Saponin dalam air detox yang kita minum itu...😍😍😍😍
Tahukah anda dalam Aloe Vera sahaja yang ada Saponin tau.
Sebab tu Aloe Vera adalah air detox yang terbaik di dunia dan yang paling berkesan.

Pilihan saya dan ramai team saya adalah Aloevera Gel Forever

Kenapa Aloevera Gel Forever?

🌱 Detoks denganALOE VERA GEL ni membantu mengembalikan fungsi usus. 

🌱 Ia TIDAK bersifat penghakis macam asid. 

🌱 Dua bahan semula jadi yang Allah swt bagi pada alovera tu sendiri namanya LIGNIN dan SAPONIN. Bila kita minum AVG, masuk dalam usus kita. So usus tu akan serap dua beradik ni maka luruh lah segala sisa makanan, kerak-kerak lama yang melekat kat usus kita tu. 

Haaa camtu lah AVG buat kerja dia.. 

Belum ada satu kes pun usus bocor kerana minum aloevera gel ni gais.. 

𝑩𝒂𝒈𝒂𝒊𝒎𝒂𝒏𝒂 𝑺𝑨𝑷𝑶𝑵𝑰𝑵 𝒅𝒆𝒕𝒐𝒌𝒔 𝒖𝒔𝒖𝒔❓

Saponin ni sebenarnya sifat dia macam sabun. Ada buih semulajadi. Buih-buih ni kalau tengok guna mikroskop dia terdiri daripada molekul yang sangat kecil (lebih kecil daripada molekul air) dan sangat banyak.

Sebab tu saponin ni ada kuasa tembus masuk kat celah-celah liang-liang bulu usus kita, pecahkan then last sekali menguraikan toksin-toksin, kerak-kerak  30 tahun lepas yang dah mampat kat usus kita ni ikut liang-liang bulu usus kita.

Toksin bercampur najis akan di flash-out keluar  ikut sistem perkumuhan badan kita. 

Haaa tu yang keluar najis warna gelap gelita, busuk lain macam tu toksin la tu. Haa elok sangat la dah keluar tu usus pun dah sihat. Alhamdulillah.

So lepasni korang telan la apa-apa vitamin pun, InshaAllah khasiat vitamin tu 100% usus serap. Maka terpancarlah kecantikan kat wajah korang tu. Ok dah habis dah kelas sains.. Boleh balik 😝

Ehhh jangan lupa plak klik ni untuk masuk order ⤵️

06 June 2020

Kenapa nak kena minum Aloevera & Ambik Artic Sea

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,



Kenapa nak kena minum aloevera & ambik Artic sea❓

Kerana dlm Badan Kita Hanya ada 2 saluran wajib yg perlu dijaga utk mengelakkan pelbagai penyakit yg x diingini terus ganggu sistem badan kita.

🎯Salur usus.. Kerana 80% penyakit dtgnya dari perut.

🎯Salur darah.. Kerana 20% penyakit dtgnya dari salur darah yg tersumbat.

☘️Salur usus.. Aloevera Gel
☘️Salur darah.. Artic Sea

Apa yang ada dlm aloevera???

✅ Saponin 👉🏾 Sabun yg mencuci & menanggalkan kerak² & kotoran yg terlekat kat dinding usus kita. Lebih sifat antiseptik.

✅ Lignin 👉🏾 Kuasa pembusan lebih jauh untuk membawa segala khasiat aloe vera masuk ke dalam tubuh kita..

✅Asid Amino 👉🏾 Hat ni best banyak wooo... Menghasilkan collagen semulajadi.. Tu pasal org yg amal aloe vera.... nampak mude je...

✅ Vitamin aktif: A, B1, B2, B3, B6, B12, C, D, E

✅ Lebih 200 sebatian yg menjadikan aloe vera forever menjadi pilihan No 1 orang² jepun.. Bak kata maruko chan.. ALOE VERA DOKTOR SEMULAJADI

*bonusnya anda awet muda dgn adanya asid amino dlm aloevera*

💕Arctic Sea ni ape pulak?

✅ Untuk detoks salur darah kita... Jaga² walaupun kurus...
tak semestinya sihat... sebab tu byk kes mati mengejut di kalangan muda mudi yg kurus..

✅ Campuran minyak ikan dari laut Artic dengan Minyak Zaitun.
Minyak terbaik di laut & di darat di gabungkan dalam 1 soft gel yg di patentkan.

✅ Satu² nya Omega 3 yg digabungkan dengan Omega 9. & ramuan ni telah di patentkan..
So tak boleh beli dari company lain...

💕 Lelaki & wanita.. mesti makan set detox ni... Bila usus lancar...peredaran darah lancar.. Barulah kekal cergas.

Kandungan omega 9 iaitu minyak zaitun dpt membersihkan kolestrol pada dinding salur darah punca penyakit darah tinggi.. Strok.. Jantung.

JOM CLEANSING‼️

Untuk Order & Info⤵️
https://linktr.ee/UmmiSyahmi

03 May 2020

Set Ramadhan Forever

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,



Alhamdulillah, hari ini dah 10 Ramadhan dalam tahun 2020. Macam mana kesihatan anda semua? Saya doakan semoga anda berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 

Saya nak cerita sedikit tentang tentang Set Ramadhan yang Forever sediakan pada kita untuk menambahkan tenaga dan memberikan kesihatan berpanjangan. Bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja tetapi boleh digunakan sepanjang masa bila-bila waktu. 

Ramadhan Pack ini direka khas untuk memastikan badan anda mendapat nutrisi seimbang dengan vitamin, mineral, dan protein. Apa yang lebih penting ialah untuk anda kekal bertenaga dan kekal sihat. 

Jika anda tiada masa untuk mengambil real food yang berkhasiat, jadi saya cadangkan anda ambil set ini untuk kekalkan anda sentiasa mengambil makanan sihat untuk badan kita kekal segar & sihat selalu. Senang kan?


FREE POSTAGE!!



Forever baik hati bagi penghantaran percuma dengan Set Ramadhan ini. Jangan lepaskan peluang tau! Bukan penghantaran jer percuma, dapat FREE bag kuning yang cantik lagi😍 

Jom kita semak. apa yang ada dalam set ramadhan?


Set Ramadhan Forever
👉2 Botol Aloevera Gel
👉1 Botol Arctic Sea
👉1 Botol Bee Honey
👉1 Botol Bee Pollen
👉1 Botol Pomesteen

Fungsi


✅ Aloevera Gel - Membantu Mengeluarkan toksik dalam badan, memberi tenaga , & membekalkan 200 nutrien untuk tubuh


✅ Arctic Sea – Membantu mengeluarkan kolestrol & lemak jahat daripada badan , meningkatkan fungsi otak, mata & kulit


✅ Bee honey – Membantu meningkatkan tenaga tambahan semasa puasa , meningkatkan fungsi penghadaman, sumber antibiotik semulajadi, di perkaya dengan vitamin & zat galian


✅ Bee Pollen – Diperkaya dengan 8 komponen vitamin B, mengawal berat badan, membakar lemak, meningkatkan metabolisma & melindungi sistem saraf


✅ Pomesteen – Mengandungi 7 jenis buah²an yang sangat kaya dengan antioksidan seperti Vitamin C dan polifenol iaitu delima, pir, manggis, raspberry, blackberry, blueberry dan biji anggur. Turut diperkaya dengan aloe vera tulen yang distabilkan 100%. Berkuasa Melindungi sel tubuh dan membantu melawan penyakit.

Jom kekal sihat dan bertenaga dengan SET RAMADHAN FOREVER!


Boleh tambah Forever Lite Soy Protein Shake untuk minuman Sahur anda yang sangat lazat.



✅Forever Lite - Diperkaya dengan Aminotein memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan membekalkan tenaga 

Forever Lite Ultra
Untuk yang nak sahur mudah dan cepat, boleh ambil ni. Shake shake, siap. Mengenyangkan, beri tenaga, susu jadi meriah dan boleh kurus juga. Pastu tetiba kukit muka makin cantik dan gebu😆

FAKTA MENARIK TENTANG FOREVER LITE ULTRA
✅ Setiap skup (25g) membekalkan sebanyak 13g protien
✅ Bebas laktosa
✅ Sesuai untuk vegetarian, tiada bahan tenusu
✅ Baik untuk kesihatan jantung
✅ Membantu dalam pengurusan berat badan
✅ Meningkatkan tahap tenaga dan stamina
✅ Sokongan otot
✅ Free Gluten
✅ GI yang rendah sesuai untuk pesakit kanser kencing manis ekzema dan lain-lain


Anda duduk di rumah sahaja, kami hantar ke depan rumah anda secara PERCUMA!

Jika berminat untuk membeli Set Ramadhan Forever, boleh klik sahaja gambar di bawah untuk link whatsapp 👇

11 April 2020

Sistem Imun Badan Anda Adalah Perlindungan Terbaik Anda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua,


Anda yang tengah membaca ini semua sihat? Saya doakan anda sekeluarga di berikan kesihatan yang baik & sempurna yer. Jagalah kesihatan anda sebaiknya tau. Kita rakyat Malaysia perlu MENANG & BERJAYA menangani kes Covid19 yang melanda di seluruh dunia. Kita semua perlu bekerjasama antara satu sama lain. Kalau tak, sukar negara kita untuk pulih dari virus ini.

Anda tahu tak antibodi anda atau keluarga kuat atau tidak? Jika anda kerap selsema, demam, atau ada pelbagai masalah penyakit. Saya nasihatkan pada anda kuatkanlah antibodi anda masing2. Sayangilah diri anda semua.

Adakah anda telah membuat sesuatu untuk membina sistem ketahanan badan anda?

Tahukah anda sistem imun badan anda adalah perlindungan terbaik anda!
Pastikan sistem imun anda kuat dan fit untuk melawan sebarang penyakit.

Bagi saya sekeluarga adalah mengamalkan Set Immunity Support dari Forever Living Products untuk kuatkan sistem imunisasi dan antibodi kami di musim virus halimunan merata2 yang tak boleh nampak dengan mata kasar kita.




.
Untuk Dalaman
🍯Madu tulen asli bertindak sebagai prebiotic.
🍋🍊Vitamin C untuk immune support.
🐝Bee Propolis bantu badan hasilkan interferon secara semulajadi.
🍀🍹AVG. Aloe Vera Gel as well as best known as great cleanser and great detoxifier, it really helps as it acts as a very good source of prebiotic.

Boleh tengok video di bawah penjelasan dari Pakar Nutrisi Forever tentang Set Immunity Support boleh membantu menguatkan antibodi kita.



Untuk Luaran 
Amal basuh tangan dengan sabun Aloe Avocado atau Aloe Handsoap. Buat kiraan dalam 20saat tau. Barulah kuman atau virus tak hinggap di tangan kita.


Kenapa kita perlu basuh tangan kita? 
Jom tengok video di bawah ini untuk kita lebih faham lagi dan terangkan pada anak-anak kita amalan membasuh tangan itu adalah wajib.



Berminat untuk mencuba Set Immunity Support dari Forever Living Products?

Nak beli secara berasingan mengikut budget anda? 
Saya boleh bimbing anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


Klik sahaja gambar di bawah untuk link whatsaap 👇