UmmiSyahmi

Kesihatan yang sempurna adalah salah satu rezeki dari Allah. Ia juga adalah anugerah yang paling bermakna dalam kehidupan kita sekeluarga. Apabila kesihatan kita terjaga, boleh lah kita keluar bekerja, beramal & mencari rezeki untuk keluarga tersayang. Badan kita adalah AMANAH dari Allah, jom mula berikan perhatian! JADILAH MODEL IBU BAPA YANG SIHAT SEMPURNA!

Tajuk

  • Home
  • Testimonial
  • Cawangan Forever
  • Nota Parenting
  • BEST KER JADI VIP?
Showing posts with label Berpantang. Show all posts
Showing posts with label Berpantang. Show all posts

31 March 2015

Berpantang Sihat Bertenaga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Hari ini siapkan bungkusan cantik2 vitamin set berpantang untuk kawan sepejabat husband... Syukur Alhamdulillah rezeki anak2 :)

Vitamin yang customer nak beli ialah Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc Complex. Antara set vitamin yang ramai order dengan saya salah satunya vitamin berpantang ni. Ramai sangat berpuas hati menggunakan vitamin ni semasa berpantang. Tak risau nak beli awal2 sebelum kelahiran sebab vitamin ni sesuai untuk yang bersalin normal atau operation.

Anak kedua ni saya berpeluang mencuba vitamin shaklee semasa berpantang. Alhamdulillah memang berkesan dan sangat best. Luka cepat baik, badan bertenaga dan susu badan meriah... Syukur sangat2.

Inilah vitamin yang kawan husband nak tu. Ini adalah vitamin basic untuk berpantang



Jika ada budget lebih korang leh tambah ESP untuk membantu banyakkan susu badan dan hilangkan strech mark. Tambah Ostematrix pula untuk melancarkan pembuangan. Biasakan waktu pantang proses membuang agak sukar. Vitamin ni juga membantu hilangkan kebas2 badan.. sakit2 badan dan melancarkan susu juga. Dapat kelahiran anak pertama memang susu susah cikit nak keluar.

Jika berminat, boleh hubungi kami :



No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: B-Complex, Berpantang, Vitalea, Vitamin C, Zinc

05 September 2014

Testimonial Pengguna Shaklee

Assalamualaikum  & Salam Sejahtera Semua.....

Biasa saya sharing testimonial kawan-kawan lain yang bukan customer sendiri. Hari ini saya nak sharing antara testimonial customer sendiri yang pernah saya cadangkan suplemen Shaklee pada mereka. Ada ramai lagi sebenarnya, tapi saya sempat 'print screen' yang ni  jer dulu. Kebanyakkan yang lain saya tanya 'feedback' melalui jumpa 'face to face' atau panggilan telefon. Alhamdulillah ramai menggunakan suplemen yang saya cadangkan pada mereka merasai keberkesanannya dan berpuas hati. Syukur sangat dapat membantu mereka semua lebih sihat.

Ni salah seorang kawan saya yang menggunakan suplemen shaklee semasa berpantang dan amat berpuas hati dengan kesan keatasnya... Yang penting suplemen Shaklee ini adalah selamat untuk ibu & bayi! Semoga beliau cepat sembuh dan dapat menyusukan anaknya sehingga umur 2 tahun.. InshaaAllah 

Antara vitamin yang beliau makan ialah ESP, Ostematrix, Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc Complex. Anda boleh rujuk disini untuk info lanjut mengenai vitamin tersebut.



Ni salah seorang kawan lagi yang turut merasai perbezaan pada dirinya selepas mengamalkan suplemen Shaklee semasa sedang berpantang... Beliau baru minum ESP jer, vitamin lain belum sempat makan. Syukur sangat dapat bantu & gembirakan dia dapat menyusukan bayinya... Semua dengan izin dariNya jua... Kita mampu ikhtiar dan berusaha menjalankan amanah sebagai ibu untuk menyusukan anak-anak kita.... Saya doakan mudahan dia & keluarga kekal sihat... InsyaaAllah


  

Jika anda juga berminat nak mencuba suplemen Shaklee ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Berpantang, ESP, Testimonial Shaklee

11 February 2014

Makanan Berkhasiat Membantu Ibu Berpantang Cepat Pulih!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Jika anda ibu yang baru lepas melahirkan bayi tapi tak tahu nak makan makanan berkhasiat semasa berpantang. Jom baca artikel yang saya jumpa di laman MingguanWanita ni untuk kita semak apa yang patut kita makan selepas bersalin bagi mengekalkan badan kita kekal jelita & sentiasa cergas walaupun semasa berpantang ('',)



Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Beberapa minggu pertama selepas kelahiran memang sukar mendapatkan pola makanan yang seimbang. Merasa lapar setelah menyusukan membuatkan ibu memakan apa sahaja di hadapan mata termasuklah yang kurang memenuhi keperluan nutrisi. 

Sebaiknya, elakkan cita-cita menurunkan berat badan dengan cepat. Berat badan anda mungkin hilang sekitar 2.2 hingga 6 kg setelah bayi lahir tetapi memerlukan masa untuk mengembalikan berat badan seperti sebelumnya. Jadi MW kongsikan beberapa info untuk ibu muda: 
  • Ibu yang melahirkan kaedah pembedahan akan berasa tidak selesa kerana luka dan kerap berangin. Bagi menguranginya, cubalah berjalan-jalan. Ambil makanan yang mengandungi vitamin C untuk membantu penyembuhan luka dan protein untuk mengembalikan tenaga. 
  • Apabila buah dimakan secara langsung, vitamin, mineral dan serat masih dalam keadaan baik. Berbeza jika disediakan dalam bentuk jus, beberapa serat terbuang tetapi vitamin dan mineralnya masih ada. 
  • Makanan bertepung yang kaya karbohidrat seperti roti, pasta, nasi dan kentang, selain merupakan sumber tenaga, ia kaya dengan vitamin B kompleks dan serat. Pilih jenis karbohidrat yang memiliki indeks glikemik rendah seperti beras perang, gandum, kacang-kacangan. 
  • Anda memerlukan 1000mg kalsium sehari ketika anda menyusu bayi. Kajian menunjukkan bahawa ibu kehilangan tiga hingga lima peratus massa tulang selama menyusu. Pasti kan anda mendapatkan cukup kalsium dan vitamin D selama dan setelah menyusui. Sumber kalsium boleh diperoleh dari susu dan produk olahannya seperti yogurt dan keju. 
  • Cecair sangat diperlukan oleh ibu menyusu. Minimum sehari ialah 2 hingga 2.7 liter cecair. Cecair ini boleh diperoleh dari air minuman, buah-buahan dan aneka sup. 
  • Pelbagai kajian menyatakan bahawa bayi yang diberi susu ibu dapat meningkatkan kecerdasan dari omega 3 pada makanan ibu. Otak bayi berkembang pesat dan omega 3 membantu perkembangan otak. Sumber makanan yang mengandungi khasiat ini ialah telur, ikan salmon, ikan tuna dan kacang walnut.

Jika anda ingin tahu suplemen Shaklee yang boleh membantu anda kekal jelita menawan & sentiasa cergas semasa dalam berpantang, anda boleh baca di sini untuk info lanjut.

Antara testimonial yang telah mengambil suplemen Shaklee semasa berpantang.. Syukur sangat Shaklee dapat membantu & menggembirakan mereka :)




Jika anda berminat nak mencuba suplemen dari Shaklee semasa berpantang, bolehlah menghubungi saya untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa-Allah, saya akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: B-Complex, Berpantang, ESP, Omega Guard, Ostematrix, Testimonial Shaklee, Tips Penyusuan, Vitalea, Vitamin C, Zinc

06 February 2014

Kenapa Ibu-Ibu Kerap Jadi Pelupa...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Selalu tak anda perasan kalau sedang hamil atau lepas melahirkan anak, ibu-ibu semakin menjadi pelupa.. "Lost memory" kejap.. Adakah tanda-tanda ini mungkin disebabkan umur anda makin meningkat? Anda nak tahu jawapannya? Ada cara untuk mengatasinya? Nak tahu jawapan kena baca penerangan selanjutnya di entry kat bawah ni ('',) Entry ni lebih kepada ibu hamil. Tetapi ramai jer ibu-ibu yang lepas bersalin jadi pelupa. Orang kata banyak sangat urut putus. Tak tahu lah kata-kata tu betul atau tidak. Mudahan kita sebagai kaum wanita terutama ibu-ibu muda ni tak naklah dikatakan orang yang kerap pelupakan...

...................................................................

Sumber : Aduh Kenapa Pelupa Sangat

Sebenarnya pelupa di kalangan ibu hamil atau sering disebut “pregnancy brain” berlaku akibat perubahan hormon, sehingga mempengaruhi tugas otak bahagian hippocampus. 

Perasaan yang tidak menentu dan meningkatnya rasa gelisah dan khuatir akibat perubahan hormon turut mempengaruhi fungsi memori bakal ibu. 

Tip berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah ini:- 

1. Bertenang. Cuba luangkan satu masa untuk diri sendiri berehat tanpa memikirkan perkara yang berat. Secara tidak langsung, ia membantu tubuh dan fikiran juga akan lebih tenang. Kepenatan menjadi salah satu faktor utama masalah lupa. 

2. Makan ikan terutama yang kaya dengan asid lemak Omega-3 seperti salmon, tuna dan ikan kembung. Ia juga membantu memori atau daya ingatan ibu hamil, bahkan asid lemak Omega-3 juga baik untuk pertumbuhan dan perkembangan otak janin. 

3. Melakukan aktiviti sukan selama tiga kali dalam seminggu selama 20 minit, akan membuatkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak akan meningkat. Keadaan ini akan membuatkan otak memperbaiki sel-selnya serta sistem kerjanya. 

4. Latihan hujung jari. Rangsangan otak akan melancarkan peredaran darah ke otak. Pengaliran darah yang lancar akan membantu membuang “sampah-sampah” yang menghalang laluan nutrisi untuk mencapai otak. Lakukan aktiviti yang melibatkan hujung jari sebagai bentuk rangsangan. 

5. Lekatkan nota pengingat di kawasan yang selalu anda lalu seperti meja kerja, peti sejuk, cermin meja solek. Gunakan kertas nota warna-warni supaya lebih mudah mengingatkan anda. 

6. Gunakan sepenuhnya telefon pintar yang menyediakan aplikasi kalendar dan pengingat automatik untuk merekodkan apa yang perlu dilakukan dalam satu hari dan sebagainya.

Bagi saya salah satu cara untuk mengatasi risiko menjadi pelupa adalah mengamalkan suplemen omega & lechitin. 




Jika anda ibu hamil & menyusu, omega juga bagus untuk otak anak anda lebih bijak. Untuk ibu itu sendiri, kelebihan omega bagus untuk kecantikan kulit & pembakaran lemak dalam badan. Bagi suplemen lechitin pula selain untuk mengelakkan jadi pelupa atau menghalang Alzheimer, ia membantu sebagai agen pemecahan lemak yang degil. Kelebihan lain lechitin bagi ibu menyusu pula dapat mengatasi breast bengkak yang disebabkan pengaliran susu tersumbat (clog ducts).

Kelebihan suplemen Shaklee nak makan sebab tak nak jadi pelupa tapi dapat kelebihan yang lain. Best kan?? Tak perlu beli suplemen yang berasingan.. Lagi satu bukan kaum ibu jer leh ambil, kaum bapa, wanita bujang, lelaki bujang pun leh ambil suplemen ni.

Jika anda berminat nak mencuba suplemen bagi mengelakkan menjadi kurang pelupa, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Berpantang, Breastfeeding, Ibu Menyusu Ingin Kurus, Kehamilan, Lecithin, Omega Guard, Tips Penyusuan

29 January 2014

Risiko Minum Air Masak Banyak Semasa Berpantang!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua


Kawan-kawan yang sedang berpantang suka tanya kat saya soalan ni "Tak bahaya ker minum air masak banyak waktu berpantang?" Kalau anda ditanya soalan macam tu apa jawapan anda? 

Ok, Saya nak kongsi sedikit pengalaman diri sendiri berdiskusi dengan salah seorang Ketua Jururawat di HUKM. Sebelum saya keluar hospital ada satu group yang diketuai oleh Ketua Jururawat datang ke setiap katil ibu-ibu yang akan keluar hospital pada hari tu. Beliau akan terangkan cara penyusuan susu ibu dengan betul dan sedikit nasihat tentang perancangan keluarga. Jadi saya mengambil kesempatan bertanya kepada beliau tentang risiko minum air banyak semasa berpantang. Saya ingat lagi soalan beliau pada saya "Cuba awak pikir kalau badan kita tak cukup air, susu badan boleh banyak tak? Senang tak awak nak membuang air besar?" Ikut secara logiknya sudah tentu jawapan saya "TAK"... Apa jawapan dia pada saya? "BETUL", Saya tanya balik pada beliau "Nurse, kenapa mak-mak kita tak bagi minum air masak banyak waktu pantang yer? Betul ker tak boleh minum banyak masa pantang?Diorang cakap nanti kembang semua badan" Dia senyum jer dengar soalan saya. "Kan tadi saya dah cakap tiada masalah kalau kita nak minum air masak macam biasa. Badan kita memang memerlukan 8 cawan sehari. Ada ker orang minum sekaligus 8 cawan? Tak der kan.. Kalau minum sekaligus memang lah kembang.. Jadi awak minum macam biasa secara berperingkat dalam tempoh 24jam sampai cukup 8 cawan sehari. Barulah badan kita akan bertenaga dan dapat menyusukan bayi sepenuhnya"

Jadi, kawan-kawan yang tengah berpantang tu atau tengah menunggu masa untuk bersalin nak melalui proses berpantang... Jangan risau minum air masak secukupnya yer.. Kat bawah ni saya kongsi tentang kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari semasa berpantang.


Sumber : http://pama.karangkraf.com/


Soalan:

Saya gemar minum air kosong. Maksimum tiga hingga empat liter, minimum dua liter. Bolehkah saya teruskan amalan ini ketika berpantang? Apakah akan ada kesan tertentu disebabkan kata orang tidak elok minum banyak air sewaktu pantang kerana rahim akan mengembang dan sebagainya. Apakah kerap membuang air kecil bakal memberi kesan buruk kepada jahitan luka jika saya melahirkan anak secara normal.

Jawapan:

Minum air kosong merupakan amalan yang sihat, sama ada di waktu hamil mahupun sewaktu berpantang. Tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air berlebihan.

Memang benar puan akan kerap buang air kecil jika minum banyak air. Ini tidak memberi kesan kepada luka, tidak kiralah sama ada ia luka akibat bersalin normal atau luka akibat pembedahan LSCS. Di antara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah:

  1. Hidrasi badan yang sempurna. Diri akan berasa lebih segar.
  2. Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!
  3. Membantu dalam proses nyahtoksin.
  4. Membantu dalam usaha menurunkan berat badan. (Kita sering salah tafsir rasa "lapar". Kerap kali "kelaparan" itu disebabkan oleh kurang "air dalam badan" dan bukan "kurang makanan"!)
  5. Mengurangkan serangan sakit kepala. (Dehidrasi merupakan salah satu punca sakit kepala.)
2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Berpantang, Tips Kesihatan, Tips Penyusuan

18 April 2013

Mengatasi Masalah Luka Lambat Sembuh & Keguguran Rambut

Assalamualaikum Semua.... 

Hari ni saya nak kongsi cerita tentang vitamin zink.. Dulu saya xtahu pun kepentingan zink ni sampai lah saya baca testimonial kawan-kawan yang dah mencuba makan vitamin ni.. Vitamin ni boleh sembuhkan luka dengan cepat & kurangkan keguguran rambut. Saya memang ada masalah ni lepas bersalin. Saya terpaksa bersalin operation sebab tiba-tiba jantung anak saya tak stabil masa dalam bilik 'laboor room'. Masa tu bau buka 3 cm tak silap saya. Tapi sebelum tu saya di kesan mengalami pre-eclampsia. Tapi doktor dapat kawal sayanya darah tinggi sebelum masuk 'laboor room' untuk cuba bersalin normal. Nak cerita tentang pre-eclampsia panjang ceritanya... Anda boleh baca di entry cini yer. Saya ada cerita tentang tanda-tanda awal penyakit pre-eclampsia ni.

Ok berbalik cerita tentang vitamin zink. Sebelum makan vitamin ni saya nya luka operation memang selalu berdenyut-denyut.. Lagi pula nak mendukung anak lagi. Kadang-kadang anak suka menekan-nekan kaki kat kawasan perut. Memang rasa sakit. Alhamdulillah lepas saya makan vitamin zink luka saya dah tak rasa berdenyut... Adik saya yang baru lepas bersalin secara operation pun mengakui luka dia cepat sembuh.. Saya masa dalam pantang belum mengenali Shaklee lagi... Kalau tak tentu luka saya cepat sembuh gak macam adik saya.. hihi.. Luka saya dulu memang lambat sembuh.. Hampir 2 bulan lebih bau ok luka operation tu.. Macam-maca cara gak lah saya cuba tapi tidak berhasil.. Bila saya nak masuk keja semula, bau nak cari suplemen.. masa tu nak wat stok susu untuk anak saya... Dari citulah saya mengenali Shaklee dan mula jatuh cinta dengan hampir semua suplemen Shaklee ('',) Alhamdulillah dengan izin Allah saya jarang demam dan dapat buat stok susu anak sehingga umurnya 2 tahun...

Ohh sebut pasal rambut gugur... lepas bersalin memang rambut gugur banyak.. tak tahu kenapa.. Orang kata sebab anak duk sembur2...tapi sama jer tengok bila anak dah makin besar... still rambut gugur banyak lagi... Alhamdulillah dengan izin dariNya saya makan zink, masalah rambut gugur makin kurang... Selain vitamin zink ni vitamin asas "Family Wellness" memang saya konsisten amalkan.

Jom kita tengok apa lagi kelebihan vitamin zink ni yer? Selain gambar dibawah anda boleh baca di entry cini untuk mengetahui lebih terperinci lagi tentang kelebihan zink

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas
*Untuk Tambahan Info* 

Pengambilan zinc untuk jangka panjang bagi kaum adam mampu memperbaiki kemampuan seks mereka, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga. Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Definisi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.


Bagi kaum hawa pula, mereka memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.

Sumber : Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Jadi jangan anggap wanita sahaja yang memerlukan vitamin/suplemen ni. Banyak kelebihan dan fungsi penting yang terdapat dalam zinc terutama untuk kaum lelaki,  maka anda jangan ambil mudah tentang kekurangan zinc di dalam tubuh. Zinc yang mencukupi dengan dos yang bersesuaian terhadap tubuh memberi banyak manfaat kepada badan kita. Pastikan anda mengambil suplemen zinc yang bahannya dari sumber yang semulajadi dan bukan sintetik.

Jika anda ada masalah seperti saya atau ada mengalami simptom-simptom seperti yang disenaraikan di atas dan ingin mencuba suplemen Shaklee boleh menghubungi saya.



No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Berpantang, Zinc

08 February 2013

Sembelit Selepas Bersalin

Assalamualaikum Semua...

Adakah anda pernah mengalami kesukaran untuk membuang air besar selepas bersalin? Jom kita baca artikel dari Majalah Pa&Ma Ogos 2012 untuk mengatasi masalah ini.

Kesukaran membuang air besar atau lebih dikenali sebagai sembelit ini disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba. Bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit.

Selain itu, kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan turut menjadi penyumbang kepada masalah sembelit. Alasannya, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’. Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh. 

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:

1) Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
2) Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
3) Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

Pencegahan Awal


Bagi memastikan anda tidak menghadapi seksa akibat sembelit, anda perlu melakukan langkah pencegahan sejak daripada hamil lagi. Dengan yang demikian, ia dapat mengelakkan sebarang simptom berkaitan buasir. 

Sehubungan itu, perubahan hormon progesteron sering kali menyebabkan pergerakan usus bertambah perlahan. Ini bagi membolehkan lebih banyak penyerapan makanan berlaku. Walau bagaimanapun, penyerapan air turut bertambah dan ia menyebabkan sembelit mudah berlaku. 

Harus diingat! Masalah sembelit sewaktu hamil menjadi bertambah teruk kerana anda kurang bersenam, mengabaikan pengambilan zat besi tambahan, makanan berserat tinggi dan air yang mencukupi. 

Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang cukup serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin sejak daripada awal kehamilan lagi. Dalam pada itu, senaman ringan adalah amalan baik untuk mengurangkan sembelit yang boleh menyebabkan buasir.


Untuk mengatasi masalah ini, cubalah cara-cara ini:
  • Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.
  • Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.
Vitamin Shaklee yang boleh membantu ialah:-

1) Ostematrix - untuk melawaskan pembuangan air besar
2) Zink & Vitamin C - Jika sembelit dah makin teruk untuk pembaikan luka
3) Alfalfa - Untuk membantu pembuangan air besar dengan 'smooth' dan tidak perlu meneran...

* Bagi ibu yang baru melahirkan bayi tidak digalakkan mengambil alfalfa dahulu sehingga bayi disahkan oleh doktor tidak mengalami jaundis(kuning)

Jika berminat untuk mendapatkan produk shaklee bolehlah menghubungi saya 


No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Berpantang, Sembelit

30 October 2012

Vitamin Shaklee Selamat Untuk Berpantang & Menyusukan Bayi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Alhamdulillah, sekarang ni ramai ibu-ibu yang mengambil vitamin untuk berpantang. Pengambilan vitamin bukan sahaja membantu ibu segar dan kekal sihat, malah memberi kesan positif kepada penyusuan susu ibu supaya dapat meneruskan penyusuan sepenuhnya selama 6 bulan dan digalakkan meneruskan sehingga bayi berumur 2 tahun... InsyaAllah, suplemen ni selamat digunakan dan tidak memudaratkan bayi anda...

Dalam Al-Quran pun ada menyebut tentang penyusuan ibu selama 2 tahun ni.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 233 




"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan...” 


Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika berkemampuan. Bagi bapa pula sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu.

Boleh rujuk cini untuk info lebih lanjut : Penyusuan Susu Ibu Menurut Islam 

ANTARA SUPLEMEN YANG DICADANGKAN UNTUK IBU BERPANTANG DAN MENYUSUKAN BAYI


1) Vitalea 
2) B complex 
3) Vitamin C 
4) Zinc 
5) Alfalfa 
6) Ostematrix 
7) ESP-soy protein isolate powder 


**alfalfa tidak boleh diambil oleh ibu/anak pesakit SLE @ G6PD dan selagi anak ada kuning@ jaundis 


VITALEA WITH IRON FORMULA 
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. 
  • Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih, lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik. 
  • Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg... 
  • Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. 
  • Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan. 

B COMPLEX 
  • B complex perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. 
  • B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang. 
  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang) 
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan. 
  • Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga.
  • Membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik) So, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. 
  • Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan supplemen b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. 
  • Wajah ibu berseri dan tidak kusam. 

VITAMIN C 500MG SUSTAINED RELEASE 
  • Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. 
  • Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran. 
  • Menjaga salur darah
  • Sebagai antioksidan 
  • Membantu meningkatkan antibodi ibu dan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari... dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,InsyaAllah akan mudah sembuh... 
  • Kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik 
ZINC 
  • Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. 
  • Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. 
  • Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi. 
  • Mengatasi masalah rambut gugur pada ibu yang menyusu bila bayi berusia 3-6 bulan. 

ALFALFA 
  • Merupakan supplement penting utk mempercepatkan penghasilan susu (dengan syarat memenuhi asas penyusuan) kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. 
  • Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. 
  • Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)
  • Membantu membuang angin dalam badan....secara automatik kesan baik pada baby..susah nak kena kembung. 
  • Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. "The more we take the more we have to drink" 
Nota: Semasa dalam pantang, jika anak masih ada kuning @ jaundis, alfalfa tidak boleh diambil kerana ada unsur herba. Ibu perlu tunggu sehingga kuning anak telah betul2 tiada. 

**alfalfa juga tidak boleh diambil oleh ibu@anak yang menghidapi penyakit SLE atau pun G6PD. 


OSTEMATRIX 
  • Mengatasi masalah sembelit 
  • Memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur 
  • Mengekalkan tekanan darah normal 
  • Membantu kita segar 
  • Mengelakkan kemurungan 
  • Mengatasi masalah "water retention" 
  • Mengatasi masalah pra-haid 
  • Mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang 
  • Membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi 
  • Mengatasi masalah pereputan tulang 
  • Memastikan tulang padat bg mengampu tubuh yg berat (jika ada masalah berat berlebihan) 
  • Paling penting, ia mudah ditelan. Jika anda mengalami masalah untuk minum susu.. dapatkan ostematrix kerana ia tidak berbau dan tidak mempunyai rasa. 

ENERGISING SOY PROTEIN (ESP) 
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar. 
  • Memberikan rasa kenyang dan membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat 
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit 
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster) (dengan syarat memenuhi asas penyusuan) 
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot 
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal 
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat 
Keistimewaan vitamin Shaklee ini 
ialah ia diperbuat dari bahan semulajadi 
disamping menjalani ujian klinikal 
(yang mana TIDAK ADA RULES untuk produk nutraceutikal untuk dibuat ujian klinikal). 
Shaklee terbukti selamat dan berkesan. 

Sumber Info: http://hani-dex.blogspot.com 
(TQ erkk kak Norhanita Mohd Yusof)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Jika anda berminat untuk mendapatkan Vitamin/Suplemen Shaklee yang selamat untuk ibu & bayi anda semasa berpantang, bolehlah menghubungi saya untuk info lanjut :-



No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Alfalfa, B-Complex, Berpantang, Breastfeeding, ESP, Ostematrix, Tips Penyusuan, Vitalea, Vitamin C, Zinc
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Jom Cari

DOA PEMBUKA SEGALANYA

DOA PEMBUKA SEGALANYA

About Me

My photo
Ummi Syahmi
Forever Business Owner Malaysia
View my complete profile

Page Facebook

Forever Business Owner Malaysia

Forever Business Owner Malaysia
SIHAT ITU ANUGERAH TERINDAH! Produk Forever berasaskan aloevera & madu. Kualiti taraf kayangan, tapi rakyat marhaen mampu beli. Jom ikhtiar untuk sihat. Jangan sayang DUIT untuk kesihatan sendiri & keluarga anda. COD di Kawasan berdekatan Dengkil, KipMall Kota Warisan, Alamanda Putrajaya & Tangkak, Johor.

Kerja Kosong di Forever

Kerja Kosong di Forever
Seat Limited! Jom Join!

Forever Living Product

☘FOREVER LIVING - Rangkaian produk kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman berasaskan ketulenan gel daun aloevera dan juga madu asli.

☘FOREVER LIVING-penanam , pengeluar Aloevera terbesar di dunia (92.5%)

☘FOREVER LIVING -pengeluar madu terbesar dunia, lebah diternak di Gurun Sonoron

☘Produk2 FOREVER LIVING pengiktirafan HALAL IFANCA.

☘Produk2 FOREVER LIVING disahkan KKM.

☘42 tahun di pasaran 169 negara termasuk Brunei dan Arab Saudi.

☘ Jaminan pulangan wang 30hari.

☘ Cruelty free

☘Forever AVG was the first to receive certification by INTERNATIONAL Aloe Science Council for purity and potency

Consume FOREVER with Confidence!

Consume FOREVER with Confidence!
1) Forever sudah ada di dunia sejak 1978, well establish, DIIKTIRAF 169 buah negara, lebih 10 juta FBO (AHLI ) seluruh dunia, membina ribuan jutawan. Pengurusan perniagaan Forever semuanya secara CASH. Semua bangunan headquarters seluruh dunia, kebanyakannya dibeli secara cash dan dipelihara. TIADA HUTANG SYARIKAT. 2) Produk2 BERASASKAN aloe vera dan hasil penternakan MADU. Forever merupakan pengeluar dan pembekal aloe 92.5% aloe dunia, penternak lebah terbesar dunia di gurun sonoran, menghasilkan madu gred AA. Produk MONOPOLI dunia. 3) Lebih 200 lebih produk keluaran Forever cover head to toe. Dalaman dan luaran. Repeat sales tinggi. 4) Kesemuanya mendapat pengiktirafan IFANCA - pengesahan HALAL dunia, serta pengiktirafan dari pelbagai institusi dan agensi. FDA, IASC, KKM. 5) Produk dan packaging DIPATENKAN. Serta dipack dan diseal terus ditempat asal sebelum dihantar ke setiap negara. Tiada repackaging. 6) Sumber bahan ASAS adalah monopoli Forever MAKA harganya mampu milik bagi semua. 7) Semuanya diurus sendiri oleh Forever, dari penanaman hingga sampai pada FBO, maka harganya mampu milik. 8) Pelan pemasaran sangat simple, lumayan, mudah rakan kongsi nak ikut. Dan paling penting , FUN & PROFITABLE.

HOT | POPULAR | MARVELLOUS

HOT | POPULAR | MARVELLOUS
Hadith Rasulullah SAW berkenaan madu. Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a.: Ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Saudara saya sakit perut." Rasulullah menjawab: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk kedua kalinya. Rasulullah berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi untuk ketiga kalinya. Rasul berkata lagi: "Beri ia madu!" Kemudian orang itu datang lagi dan berkata: "Telah saya lakukan." Rasul menjawab: "Tuhan benar. Perut saudara mu yang bohong. Beri ia madu'" Setelah itu diberikannya lagi madu kepada saudaranya, dan sembuhlah penyakitnya. (Hadis Sahih Bukhari, Jilid 4, Hadis # 1665) Pelajaran ringkas dari hadis Rasulullah SAW ini: 1) madu ternyata mampu dijadikan sebagai ikhtiar menyembuh. 2) penggunaan madu sesuai sunnah Rasulullah SAW harus minimum 3 kali/dos atau lebih. Jom! Beramal dengan saranan Rasulullah SAW.

Tampak Hebat Tampak Sihat!

Tampak Hebat Tampak Sihat!
Kesihatan yang sempurna adalah salah satu rezeki dari Allah. Ia juga adalah anugerah yang paling bermakna dalam kehidupan kita sekeluarga. Apabila kesihatan kita terjaga, boleh lah kita keluar bekerja, beramal & mencari rezeki untuk keluarga tersayang. Badan kita adalah AMANAH dari Allah, jom mula berikan perhatian! JADILAH MODEL IBU BAPA YANG SIHAT SEMPURNA!

Membeli Sendiri Secara Online

Membeli Sendiri Secara Online
Anda ingin membeli produk Forever dengan sendiri??? Caranya mudah sahaja hanya klik gambar diatas dan anda sudah boleh membeli secara online tanpa menjadi ahli. Forever akan pos ke rumah. Penghantaran adalah PERCUMA jika membuat pembelian RM300 ke atas. Senang bukan? Dapatkan konsultasi secara percuma dengan menghubungi saya setelah anda membeli disini. Selamat bershopping online....

Disclaimer/Penafian

Dapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan yang berkaitan sebelum menggunakan produk jika anda hamil, sedang menyusu atau mempunyai masalah kesihatan.


Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini

tidak bertujuan untuk mendiagnosis,

merawat, menyembuhkan

atau mencegah sebarang penyakit.

Semak ID Tracking J&T

Semak ID Tracking J&T

Kuatkan Antibodi Anda Sekeluarga!

Kuatkan Antibodi Anda Sekeluarga!

Bertenaga & Sihat

Bertenaga & Sihat
Kekal Bertenaga & Sihat Sepanjang Masa

Personal Care

Personal Care
Set Keperluan Harian Dari Forever Living Product

Blog Archive

  • ▼  2021 (3)
    • ▼  July (1)
      • Kelebihan Ladang Forever Aloe Vera Terbaik
    • ►  June (2)
  • ►  2020 (43)
    • ►  November (19)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (7)
  • ►  2018 (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
  • ►  2017 (4)
    • ►  October (1)
    • ►  April (3)
  • ►  2016 (2)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2015 (75)
    • ►  October (4)
    • ►  September (4)
    • ►  August (7)
    • ►  July (6)
    • ►  June (13)
    • ►  May (10)
    • ►  April (14)
    • ►  March (14)
    • ►  February (3)
  • ►  2014 (113)
    • ►  November (15)
    • ►  October (11)
    • ►  September (26)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (7)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (14)
    • ►  February (6)
    • ►  January (9)
  • ►  2013 (49)
    • ►  December (7)
    • ►  November (5)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (7)
  • ►  2012 (44)
    • ►  December (2)
    • ►  November (7)
    • ►  October (12)
    • ►  September (9)
    • ►  August (10)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (18)
    • ►  October (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (4)

Produk Forever

  • Ahli Forever
  • Ahli VIP
  • Aloe Avocado Face & Body Soap
  • Aloe Deodarant Stick
  • Aloe Hand Soap
  • Aloe Moisturizing Lotion
  • Aloe Propolis Cream
  • Aloe Vera Gelly
  • Artic Sea
  • Bisnes Forever
  • COD Forever
  • Ejen dropship
  • Forever Absorbent-C
  • Forever Aloe Lips
  • Forever Aloevera Gel
  • Forever Bee Honey
  • Forever Bee Pollen
  • Forever Bee Propolis
  • Forever Bright Toothgel
  • Forever Certifications
  • Forever Lite Ultra
  • Halal Forever
  • Jana Pendapatan Dari Rumah
  • Kelebihan Produk Forever
  • Kenapa Perlu Suplemen
  • Minuman Bertenaga Tanpa Gula
  • Pomesteen
  • Sejarah Forever
  • Sembelit
  • Set Immunity Support
  • Set Personal Care
  • Set Ramadhan Forever
  • Starter Pack
  • Testimoni Aloe Vera Gel (AVG)
  • Testimonial Forever

Perkongsian Tips

  • Anemia
  • Batuk
  • Berpantang
  • Bila Anak Demam
  • Breastfeeding
  • Gegata
  • Gout
  • Hilangkan Stress
  • Ibu Menyusu Ingin Kurus
  • Jimat Elektrik
  • Kanser Payudara
  • Kehamilan
  • Kenapa Perlu Suplemen
  • Keputihan
  • Masalah Kulit Anak
  • Resdung
  • Sawan Beranak
  • Sembelit
  • Semulajadi
  • Suami Isteri
  • Tampil Menawan & Kurus
  • Teknologi
  • Tips Bulan Puasa
  • Tips Ibu Sihat
  • Tips Kecantikan
  • Tips Kesihatan
  • Tips Kuatkan Antibodi
  • Tips Pecahkan Lemak
  • Tips Pengambilan Suplemen
  • Tips Penjagaan Anak
  • Tips Penyusuan
  • Tips Perniagaan
  • Tips Suami Isteri

My Personal

  • Amalan Hidup
  • Barangan Keperluan Anak
  • Giveaway
  • My Life
  • My Resepi
  • Pedoman Hidup
  • Percutian;
  • Tips Perniagaan

Laman Web Kegemaran Saya

  • True love is FOREVER !
  • Ummi Syahmi Forever
  • FileHippo.com
  • Hanieliza's Cooking

Blog Counter

Ummi Syahmi. Ethereal theme. Powered by Blogger.