31 May 2015

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sehingga 6 Bulan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Alhamdulillah anak saya yang ke 2 dah lepas fasa pertama dalam penyusuan susu ibu selama 6 bulan. Syukur sangat saya dapat menyusukan dia dengan penuh kasih sayang :)



Kawan-kawan pun pasti inginkan memberi yang terbaik buat anak2 kan? So jom susukan anak2 kita dengan susu ibu. Banyak kelebihan tau untuk ibu dan bayi kalau korang beri susu ibu.

Antaranya kebaikan penyusuan susu ibu untuk bayi ialah :

1) Menguatkan antibodi bayi
2) Mengurangkan risiko diabetes dan obesiti
3) Mengelakkan risiko KZM dan cirit birit
4) Mudah penghadaman
5) Mendapat zat dan nutrien yang cukup
6) Mengurangkan risiko alahan
7) Suhu yang sesuai
8) Kurang masalah pergigian
9) IQ tinggi
10) Tumbesaran yang sihat

Antara kebaikan penyusuan susu ibu untuk ibu pula ialah :

1) Mudah dan tidak perlu persediaan
2) Kecutkan ragim dan kurangkan pendarahan
3) Eratkan kasih sayang (bonding)
4) Jimat masa dan wang
5) Jarak kehamilan
6) Kurang risiko kanser payudara dan ovari

Kepentingan penyusuan sepenuhnya (Ekslusif) sehingga 6 bulan
  • Mengandungi nutrien/zat cukup untuk pertumbuhan bayi sehingga berumur 6 bulan.
  • Memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu
  • Air/ makanan pelengkap/ susu formula merbahaya-sistem pencernaan dan penghadaman belum matang
  • Makanan pelengkap terlalu awal-bayi mudah mendapat diarrhea (cirit-birit) kerana enzim belum bersedia sepenuhnya.
  • Air atau Cecair lain selain susu ibu- menghakis salutan pelindung penyakit pada sistem pencernaan - bayi terdedah risiko jangkitan dan alahan.

Edit Sumber : Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya, Pejabat Kesihatan Putrajaya

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

30 May 2015

Membantu 1001 Pelbagai Penyakit Kronik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Apa itu VIVIX???



Hari ni nak cerita dengan korang tentang 4 bahan utama yang ada pada VIVIX aka TONIK AJAIB SHAKLEE yang boleh membantu mengurangkan pelbagai penyakit kronik.



EMPAT bahan utama dalam Vivix ni iaitu Anggur Muscadine, Elderberry, Purple Carrot dan Polygonum Cuspidatum.

1) ANGGUR MUSCADINE

Satu-satunya anggur yg mempunyai lebih satu kromosom yg bermanfaat untuk kesihatan. Anggur ini mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser, juga sebagai anti-virus dan anti-bakteria.

Anggur muscadine dan bijinya adalah salah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang. Jika dibandingkan dengan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular,menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

2) ELDERBERRY / Sambucus Nigra

Berry yang bertaraf PREMIUM HIGH CLASS kalau dalam salasilah keluarga berry. Elderberry merupakan buah yang popular dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.

Antara manfaat lain yang sangat penting dari jus elderberry adalah:

♡Kemampuannya untuk mencegah dan mengubati cancer, fakta ini dikaitkan dengan antioksidan yang terkandung di dalamnya.
♡Meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta sangat membantu dalam mengubati penyakit AIDS dan cancer.
♡Berupaya untuk menurunkan kadar kolesterol untuk mencegah penyakit jantung.
♡Membantu mengatasi dan merawat masalah diabetes.
♡Meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal.

3) PURPLE CARROT

Purple carrot adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical termasuk lah carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, antioksidan yang mustajab. Anthocyanins bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Asid klorogenik adalah anti oksidan paling banyak dalam semua carrot termasuk lah Purple Carrot. Ia bertanggungjawab mengurangkan risiko penyakit diabetes.

4) POLYGONUM CUSPIDATUM (Knotweed Jepun)

Sejenis tumbuhan perenial yang besar berasal dari asia, juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed jepun adalah sumber komersial Resveratrol.

Polygonum Cuspidatum banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement anti penuaan. Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan resveratrol di dalamnya membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.

BAHAN-BAHAN dalam penghasilan ViViX adalah menggunakan bahan semulajadi tau. Jadi korang tak perlu risau untuk makan sebagai makanan tambahan membantu pelbagai penyakit kronik atau makan ViViX sebagai pencegah mendapat penyakit kronik ni. Kesihatan juga adalah rezeki buat kita kan.

Nak tahu lagi apa manfaat ViVix?



Jadi lepas ni korang tak perlu teragak-agak untuk membeli satu botol demi kesihatan anda. TAPI TUNGGU.....

Apa kata korang beli 2 botol sekaligus sebab korang dapat diskaun 5% dan akan dapat Multivitamin Shaklee secara PERCUMA dan satu lagi korang berpeluanag menjadi ahli Shaklee secara PERCUMA juga tau... pastu korang akan dapat duit Cash Rebate dari Shaklee lagi sebab 2 botol Vivix melayakkan korang dapat BONUS berbentuk wang ringgit pada bulan depannya. Bestkan?? Memang super JiMATTTTT. Rugi tak ambil peluang ni. Tawaran ni sah sehingga bulan Oktober 2015 sahaja!



Jika berminat nak tahu info lanjut atau ingin membeli untuk diri sendiri ker atau nak bagi hadiah kepada ayah ibu korang boleh hubungi kami:

















Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

6 Tips Penawar Denggi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Kawan-kawan tahu tak fasa demam denggi? Simptom2 nya bagaimana? Boleh refer gambar kat bawah ni tanda-tanda demam denggi.



Saya nak kongsi sedikit tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar membantu merawat denggi :

1) Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

2) Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.

3) Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.

4) Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.

5) Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.

6) Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

29 May 2015

Cara Menangani Anak-Anak Zaman Moden

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua...

Untuk perkongsian bersama kita sebagai ibu bapa zaman moden. Saya dapat info ni dari kawan group Shaklee di telegram. Mudah-mudahan info ini bermanfaat untuk kita semua😊

1) Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2) Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3) Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4) Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5) Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6) Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan: "Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Perkongsian dari Ustaz Hanif.
Daripada Jabatan Syariah.

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

24 May 2015

Minyak Ikan Untuk Siapa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Siapa yang perlukan minyak ikan ni?


☆Saya dan suami makan untuk bakar lemak-lemak degil & kurangkan alergic
☆Anak saya umur 4 tahun makan untuk bagi otak bijak dan kurangkan alergic
☆Anak saya 5 bulan dapat melalui susu ibu untuk perkembangan otak & kurangkan alergic

Kami memang senang alergic (",)
Jadi kami perlukan Omega untuk membantu mengurangkan alergic♡

Ummi Syahmi | 018-2465 122
SID : 858047
ummirdinacong.blogspot.com

22 May 2015

Kepentingan DHA Pada Minda Kanak-Kanak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...


Kawan-kawan tahu tak apa kepentingan DHA pada minda untuk kanak-kanak?

Dalam kebanyakan produk makanan untuk kanak-kanak sering menekankan kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas. Namun apakah sebenarnya DHA tersebut? Benarkah ia penting dalam tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan cerdas.

DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik. DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh.

DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral dan vitamin. DHA adalah salah satu lemak baik yang terdapat di seluruh badan. Ia adalah lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:

  • Meningkatkan daya fokus
  • Perkembangan otak yang baik
  • Menajamkan penglihatan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mencegah ekzema

Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:

  • 1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari
  • 2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari
  • 4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari

Makanan yang kaya DHA:

*Ikan laut seperti tuna, salmon, trout, sardin, ikan bilis mengandungi 10 hingga 100 kali lebih DHA daripada sumber makanan yang bukan berasal dari laut seperti kacang, bijirin penuh dan sayuran hijau.

*Telur, ayam, kekacang, sayur-sayuran seperti brokoli dan alga.


Edit Sumber : http://www.karangkraf.com/


Jika anda ingin tahu Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.


Terima kasih sudi membaca di blog saya!

21 May 2015

5 Tips Susu Banyak!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Untungkan jadi ibu menyusu ni...hehe. Yerlah makan banyak tak perlu risau badan naik. SEBAB lemak2 yang kita makan tu dah bagi kat anak melalui susu ibu♡

Semalam saya makan banyak... memang ibu menyusu ni kerap lapar tau kawan2. Jangan risau kalau korang rasa macam pelik jer nafsu makan semenjak susukan anak ni... Selagi korang nak makan...makan jer...tapi jangan lah 24jam nak makan nasi jer kan... itu memang pelik dan ajaib lah...huhuhu...

Disebabkan malam tadi saya makan banyak...sarapan pun makan banyak.. hasil perahan susu saya pagi tadi untuk sekali sessi pam. Syukur alhamdulillah ada rezeki untuk anak kedua saya.



Tips dari saya :-

1) Minum susu atau pil kalsium sebelum tidur bagi tidur yang lena.
2) Pagi sebelum sarapan minum susu atau minuman protein seperti ESP bagi kita kekal bertenaga
3) Wajib ambil heavy sarapan dan selepas makan ambil multivitamin, B compleks dan vitamin c bagi kita tenang serta antibodi sihat untuk menghasilkan susu yang meriah
4) Solat Dhuha sebelum mengepam dan minta doa pada Allah agar anak2 kita sentiasa diberi kesihatan yang baik dan kita dapat susukan anak sehingga 2tahun
5) Baca doa ini sebelum memulakan sessi mengepam :)



Terima kasih sudi membaca di blog saya!

Duit Derma Duit Kita :)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

SELAMAT HARI GAJI pada kawan-kawan yang bekerja dengan kerajaan (Goverment) 
Jangan lupa zakat tau kawan-kawan.... bukan apa gaji kita ni bukan untuk diri kita jer, ada bahagian2 tertentu yang kita perlu agihkan. Antara utamanya adalah berzakat supaya bagi gaji kita suci bersih dan sentiasa diberkati.. InsyaaAllah. 
Peringatan ni bukan untuk kawan-kawan jer tapi untuk diri saya sendiri juga♡


Terima kasih kerana sudi menjengah di blog saya ('',)

06 May 2015

Inginkan Anak Sihat dan Kuat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Alhamdulillah rezeki anak syurga ibu hari ini('',)
Bawah meja pun jadilah untuk menjayakan penyusuan susu ibu...



Sambil-sambil saya pam dibawah meja ada rezeki masuk dari repeat customer nak membeli suplemen untuk anaknya yang sering demam "On Off" setelah memasuki alam persekolahan. Beliau mengambil keputusan untuk membeli Mealshake & Vitalea Chew untuk kesihatan anak kesayangannya

Saya sentiasa mendoakan kesihatan anak2 customer saya lebih sihat dan bijak macam ibu2 mereka juga♡







Anda memerlukan suplemen untuk anak2 kesayangan. Sila hubungi kami untuk info selanjutnya dan penerangan yang lebih jelas :)

02 May 2015

7 Tips Pembuka Rezeki Anda!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezeki. Siapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.

Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang..

Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”..

Kita mengaku kita muslim,kita ada Allah tapi mengapa tidak dekatkan diri denganNYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi..

Berikut ini saya kongsikan kepada anda suatu amalan pemanggil rezeki dan pembuka pintu-pintu rezeki yang menjadi amalan orang-orang soleh..

1) Banyakkan beristighfar

Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam: Aku katakan kepda kaumku "Beristighfarlah kamu kepada Tuhan, sesungguhnya DIA adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai"

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri: “BERISTIGHFARLAH”..Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang anak, jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan yang berbeza. Kata imam Hasan al Basri:“Ini bukanlah pendapatku,inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”

2) Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…

Doa ini untuk didoakan kepada seorang lelaki..kerana Nabi doakan kepada Anas..kalau nak doakan untuk (dia) seorang wanita maka tukarlah dhomir(kata ganti nama) huwa(hu) kepada dhomir hiya(ha) seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَها وَوَلَدَها ووالسع لها في دارها وَبَارِكْ لَها فيما اعطيتها واحسن اعمالها والغفرلها

Adapun jika anda mahu amalkan doa ini untuk diri sendiri maka tukarkan dhomir huwa(dia lk) atau hiya(dia wanita) kepada dhomir ana seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي

Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi’ li fi dari, wa barikli fi ma a’toitani, wa ahsin a’mali, warghfirli.

Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartaku dan anak-anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku…

Berkat doa Nabi s.a.w kepada Anas r.a Allah telah panjangkan umur Anas bin Malik dan kurniakannya anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah,hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”
Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak (120 orang) dan umurnya ketika wafat 104 tahun (saturiwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW.

Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh mengharapkan rezeki yang diminta..

3) Selawat Murah Rezeki

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim

Ya.Allah rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya

Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi s.a.w..Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..

4) Ayat Seribu Dinar



Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja
Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib,
Wamayyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.
Innallah baalighul amrih.
Qod ja’allahu Likulli syai’in qodroo

Terjemahannya :

Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq,dari ayat dua dan tiga..

Kaedah beramal:

Amalkan setiap selepas solat subuh..Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu lagilah baik.Baca sebnyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib”

P\S:Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.Cara ini salah..Nak murah rezeki\maju dalam perniagaan bukan dengan gantung ayat 1000 dinar di permis perniagaan tapi kaedahnya ialah istiqamah membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan kepada Allah..

5) Banyak Bersedekah

Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah..Cara ini juga berkesan seperti tips-tips yang disebutkan di atas..Inilah kunci rahsia kekayaan ahli-ahli koprat muslim seperti Tan Sri Syed Bukhari..Sedekah adalah satu amalan yang ajaib,kerana semakin kita bersedekah semakin Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita..tapi bersedekah itu mesti niat kerana Allah(ikhlas)

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَلَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَـعِفُ لِمَن يَشَآءُ وَاللَّهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261).

6) Berbakti kepada Ibu Bapa

Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran Surah Al-Isra' Juz 15 Ayat
23 & 24:


Disebutkan di dalam Hadis:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

7) Melazimi Membaca surah al Waqi’ah

Diriwayatkan Sa’ad bin Abi waqas seorang Nabi s.a.w yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya di infaqkan ke jalan Allah

Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin waqas:”Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”

Jawabnya: "Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya

Ditanya kepada”Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”

Jawabnya”Aku tinggalkan kepada ank-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan surah al waqi’ah”..

Surah al waqi’ah ini menjadi amalan keluarga Prof Dato Dr Haron Din..sejak dari kecil lagi bapanya(Lebai Din)mewajibkan anak-anaknaya menghafaz dan mengamalkan surah al waqi’ah sebagai ikhtiar murah rezeki

Kata Dr Haron Din:

“Saya hafal sejak zaman ayah lagi..Ayah suruh kami baca surah al waqi’ah..Kami baca surah al waqi’ah Pada tiap-tiap malam jumaat dan ayah akan mengapalai membaca al waqi’ah dan dia latih kesemua anak-anak dia surah al waqi’ah,dan saya dapati betul..Ayah tidak meninggalkan sebarang harta..Emak hanya tinggalkan kedapa kami dalam 2 ekar setengah tanah tapi semua adik beradik tak nak dan kita waqafkan kepada sekolah S.A.R..Masing-masing berbekalkan dengan al Waqi’ah dan saya tak tinggal waqi’ah, dalam kereta,atas kapal terbang,di rumah nak tidur saya baca..so jangan tinggal waqi’ah..Orang-orang yang agak bermasalah rezeki ni baca waqi’ah..Kena yakin bahawa waqi’ah menjadi satu pendorong utama,tapi janganlah harap hari ni baca esok boleh jadi kaya..so beramal..saya beramal lama”

Pesanan saya:

1. Beramallah dengan tips-tips diatas secara konsistan..Jangan mengharap hari ini amal esok nak dah persoal kenapa tak kaya-kaya pun..

2.Yakinlah serta letakkan spenuh pengharapan kepada Allah supaya dengan ikhtiyar ini Allah melimpah rezeki kepada kita tidak putus-putus biarpun tidak kaya..

3. Beramal dengan tips-tips murah rezeki di atas bukanlah bermakna kita tidak payah keluar cari kerja..kita bukanlah seperti orang-orang yang telah sampai ke maqam beroleh rezeki tanpa sebarang kerja..

4. Pengalaman orang-orang yang beramal secara istiqamah salah satu dari tips-tips di atas memang menjadi..rezekinya mudah je..mereka yang saya kenali tidaklah sehingga menjadi jutawan tapi mereka tidka pernah rasa susah mendapat rezeki,rezeki ada sahaja..

5. Anda perlu tahu bila sebut rezeki,rezeki bukan sahaja WANG atau HARTA..ulama berpendapat kadang-kadang rezeki itu datang dalam bentuk seperti diberi kesihatan yang baik,mudah urusan,selamat dari musibah dan mendapat kebahagian..

6. Yang paling penting ialah tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah..Bila kita bertakwa pasti Allah memelihara rezeki kita..Bila kita buntu pasti Allah akan memberi jalan keluarnya dan Allah akan memberi kepada orang-orang yang bertakwa itu rezeki yang tidak pernah ia duga.