Showing posts with label Bila Anak Demam. Show all posts
Showing posts with label Bila Anak Demam. Show all posts

26 August 2014

Tips Menghadapi Anak Demam!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua..... 

Petang ni saya nak kongsi tips menghadapi suasana Anak Demam.... Ini adalah pengalaman saya sendiri kerana inilah pertama kali anak saya demam melebihi 3 hari semenjak dia lahir. Ini mungkin disebabkan dia menyusu badan sehingga 3 tahun menyebabkan dia jarang demam. Tapi bila dia di uji dengan dengan demam panas, hanya Allah sahaja tahu betapa risau hati seorang ibu & ayah bila anak kita sakitkan... Mana tahu info ni dapat digunakan oleh kawan-kawan...

1) Perkara wajib perlu ada dalam rumah ialah sediakan "first aid kit" seperti termometer digital, Cool Fever & Basic H (atau asam jawa, atau apa2 yang boleh digunakan untuk jerlum kepala & badan anak).

2) Sentiasa sukat suhu badannya bila dia mula menunjukkan ciri demam.. Pastikan jangan melebihi 38 degree. Jangan pakaikan stokin atau selimut tebal. Pakaikan pakaian nipis yang tak diserap haba. Lapkan badannya terutama di bahagian yang memerangkap panas seperti pelipat lutut, pelipat siku, bawah ketiak, leher.

3) Rutinkan anak dengan suplemen untuk kuatkan imuniti tubuhnya seperti Vit c Chew & Mealshakes. Ini bagi anak yang dah lebih setahun, jika masih bayi menyusu dengan susu ibunya adalah terbaik, InsyaaAllah.

4) Pastikan anak minum air masak. Kalau dia tak nak minum (pahit mulut) boleh berikan anak anda air jus atau ribena yang tidak mengandungi kafein & terlalu mains. Yang penting dia kerap minum supaya panas dalam badan dapat keluar. Boleh juga beri alternatif lain beri minum air kelapa atau air isotonik seperti Performance Drink.

5) Jika anak demam melebihi 2 hari bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan jika suhunya telah mencapai 38 degree. Jika suhu melebihi 38.5 degree pastikan masuk ubat bontot (Voren) untuk elakkan anak terkena sawan.

6) Jika demam melebihi 5 hari buat pemeriksaan semula dengan doktor. Jika doktor menasihatkan perlu membuat ujian darah. Jangan risau atau panik. Jalani sahaja ujian tersebut untuk memastikan anak kita bebas daripada sebarang jangkitan kuman atau denggi.

7) Disamping ubat yang diberikan oleh doktor saya berikan anak saya Nutriferon semasa mereka demam. (Nutriferon bagus untuk membunuh kuman dalam badan & mengaktifkan sistem pertahanan imun badan dengan cepat)

8) JANGAN BERI ANAK UBAT ORANG DEWASA ATAU UBAT TERKAWAL SEPERTI ANTIBIOTIK. Antibiotik hanya boleh diberi jika doktor telah membuat rawatan dan diberikan oleh doktor untuk keperluan anak.

9) Banyakkan berdoa & solat hajat minta Allah sihatkan anak kita. Elakkan dari berburuk sangka dengan Allah. Anak demam adalah tanda Allah sayang..Jangan bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia lihat ibunya sedih, dia lagi sedih.... Jadi kita sebagai ibu bapa perlu kuat semangat.

10) Doakan yang baik2 untuk anak kita... Doa ibu makbul.. Janganlah doa biar sakit anak berpindah pada ibu. Nanti ibu sakit, siapa pula nak jaga anak... Jadi, mintalah supaya anak cepat sembuh dan ibu diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk menjaga anak yang sakit....


Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ke-7 anak makin sihat... Syukur sangat... Mudahan anak ibu & ayah makin sihat sepenuhnya dan menjadi anak dan kakak yang lebih kuat untuk adik yang bakal lahir nanti, InsyaaAllah....

10 June 2014

Tips Anak Demam Suhu Tinggi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Tadi saya terbaca di FB salah seorang kawan share tentang cara mengendalikan anak yang demam panas. Saya fikir baik masukkan dalam blog ni agar kawan-kawan lain boleh tahu dan simpanan untuk diri sendiri juga. Semasa anak saya demam panas dgn suhu yang tinggi, ini adalah antara cara saya juga utk mengatasi masalah tersebut. Sebagai ibu bapa kita perlu berhati2 yer jika anak demam. Pantau suhu mereka setiap jam. Sebab itu, setiap rumah jika mempunyai anak2 kecil wajib ada thermometer untuk memantau suhu anak2 jika badan mereka panas.


Kepada ibu bapa di luar sana.

Jika ada anak yang di bawah 9 tahun, ada baiknya simpan termometer di rumah.

Jika anak sakit demam :-
  • Monitor suhu anak sendiri.
  • Sediakan ubat demam jenis cecair dan suppository (ubat demam yang bagi kat punggung) sentiasa.
  • Jika anak demam 37.5, start bagi ubat ikut dos doktor suruh setiap 6 jam sampai demam dia baik.

Anak yang demam selalunya suhu paling tinggi waktu malam.
Jadi tuan puan jangan bersuka ria tidur tanpa monitor suhu anak sampai pagi.

Jika suhu anak lebih 38.5 bagi sahaja suppository (ubat melalui punggung) kepada dia walaupun tidak cukup waktu lagi nak bagi ubat.

Suppository memang boleh diberi antara masa makan ubat jika suhu anak tinggi sangat.

Jika sudah beri suppository :-
  • Sila lap badan, dahi, ketiak anak atau boleh letak cool fever.
  • Jangan pakaikan dia sweater atau baju lengan panjang masa dia demam.
  • Tidak membantu dia baik demam. Dia akan mengadu sejuk sebab fisiologi badan bertukar masa dia demam tapi itu tak bermakna suhu badan dia dah turun.
  • Check dan monitor suhu! 
#Target penjagaan anak masa ini adalah supaya suhu anak tidak lebih daripada 38 kalau boleh.


Selagi suhu tidak turun sampai bawah 38, sila jangan tidur dan lakukan sesuatu sampai suhu badan anak turun. Walaupun sudah turun, setiap 30 minit atau 1 jam sekali mesti bangun dan periksa suhu badan anak.

Apa pentingnya mesti kena jaga sampai macam ini sekali?
Sebab suhu yang terlampau tinggi boleh menyebabkan anak untuk dapat sawan.

Masalahnya, bila dah kena sawan anak tersebut berkemungkinan akan dapat epilepsi dan boleh jadi cacat seumur hidup.

Jadi, jangan ambil mudah kalau anak demam.

Pengorbanan anda berjaga semalaman untuk menjaga anak demam adalah sangat berbaloi.

Spread the words to all mothers. Let them know.

08 April 2014

Tips Jika Anak Demam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Kalau anak kita demam mesti kita sebagai ibubapa risaukan? Rasa tak tentu arah.. Begitu juga dengan saya. Sentiasa pantau suhu badan anak supaya tidak terlalu tinggi. Artikel dibawah ni memberi info serba sedikit mengenai DEMAM BAGI KANAK-KANAK... Info ni sangat berguna bagi saya, semoga berguna juga untuk anda terutama ibu bapa yang mempunyai anak-anak masih kecil.

Apakah itu demam?

Soalan sebegini amat mudah namun tidak mempunyai jawapan yang ringkas. Suhu badan manusia berubah mengikut masa dan aktiviti.

Lazimnya suhu badan akan menurun pada sebelah pagi dan akan meningkat sedikit pada sebelah malam dan sekiranya anak anak kita menjalani aktiviti fizikal seperti berlari, bersukan dan sebagainya.

Terdapat pelbagai cara untuk menyukat suhu badan. Suhu badan boleh disukat melalui mulut atau di bawah ketiak apabila berada di rumah. Termometer digital yang boleh menyukat suhu melalui telinga boleh didapati secara komersil di pasaraya-pasaraya atau di farmasi-farmasi seluruh negara. Salah satu alat yang boleh menyukat suhu badan dengan hanya ditampal di atas dahi juga boleh didapati secara komersil tetapi kaedah ini memberi bacaan yang kurang tepat. Secara umum, seseorang itu dikatakan demam apabila suhu badannya melebihi 37.5 darjah Celsius atau 99.5 darjah Fahrenheit. Penggunaan unit Celsius untuk menyukat suhu adalah lebih meluas di negara kita dan digunakan oleh hampir kesemua pengamal perubatan.

Mengapa demam terjadi?

Pada otak manusia terdapat satu struktur yang dipanggil ‘hypothalamus‘ yang mempunyai pelbagai fungsi penting dalam menyelenggara aktiviti-aktiviti badan yang normal.

Antara fungsi hypothalamus adalah bertindak sebagai ‘thermostat‘ dalaman yang menetapkan suhu badan yang normal iaitu antara 36.5°C ke 37.5°C.

Keadaan seperti jangkitan kuman atau penyakit-penyakit tertentu boleh merangsang hypothalamus untuk meningkatkan suhu badan manusia. Keadaan ini dipercayai berlaku sebagai langkah ‘pertahanan’ badan yang normal untuk melawan jangkitan atau penyakit. Fenomena ini merupakan suatu kebaikan demam kepada tubuh badan kita.

Apakah penyebab demam?

Demam selalunya berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman atau penyakit. Antara punca demam bagi kanak – kanak adalah seperti:
  1. Batuk dan selesema akibat jangkitan virus
  2. Jangkitan pada tekak atau telinga
  3. Jangkitan paru paru
  4. Jangkitan saluran kencing
  5. Radang otak
  6. Demam denggi
  7. Demam campak
  8. Penyakit tidak berjangkit seperti Systemic Lupus Erythematosus, Juvenile Idiopathic Arthritis
Kadang kala suhu badan anak-anak boleh juga meningkat walaupun tanpa sebarang penyakit seperti selepas mendapat immunisasi ataupun jika dikenakan terlalu banyak pakaian dan balutan selimut bagi bayi yang kecil. Suhu badan juga boleh meningkat apabila bayi mula ” tumbuh gigi ” tetapi selalunya tidak melebihi 37.8°C.

Bilakah patut berjumpa doktor dan tanda- tanda amaran yang perlu dikenalpasti?

Walaupun demam selalunya boleh ditangani tanpa ubat-ubatan, ibubapa dan penjaga dinasihatkan membawa anak-anak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya:
  1. Demam mencapai 38°C atau lebih bagi bayi berumur kurang daripada 3 bulan
  2. Demam mencapai 39°C atau lebih bagi bayi berumur 3 bulan sehingga 6 bulan
  3. Demam dan mempunyai tanda- tanda penyakit yang lain bagi bayi dan kanak – kanak berusia 6 bulan ke atas
Demam yang disebabkan penyakit berbahaya jarang berlaku tetapi tanda- tandanya hendaklah diketahui agar keadaan anak dapat dipantau dan sekiranya terdapat tanda-tanda itu, anak tersebut dapat menerima rawatan awal tanpa berlengah. Antara tanda tanda yang mungkin menandakan jangkitan atau keadaan yang lebih serius termasuklah -:
  1. Perubahan dalam kelakuan seperti menangis tanpa henti atau dengan suara yang nyaring dan sukar untuk ‘dipujuk’, tidak memberi tindak balas yang biasanya diberikan apabila berinteraksi
  2. Kurang aktif atau terlalu banyak tidur daripada kebiasaannya
  3. Sawan
  4. Kurang minum dan kurang kencing daripada kebiasaanya (minum adalah lebih penting daripada selera makan)
  5. Muntah atau cirit birit yang berterusan
  6. Demam yang sangat tinggi tetapi tangan dan kaki kesejukkan atau kebiru – biruan
  7. Perubahan warna kulit atau kelihatan ‘berpetak-petak’ (mottling)
  8. Terdapat ruam yang berwarna merah pekat / keungguan pada kulit badan
  9. Bernafas dengan laju atau kesukaran untuk bernafas
  10. Bengkak pada sendi-sendi
  11. Demam yang berpanjangan
  12. Demam dan tinggal di kawasan wabak denggi
Walaubagaimanapun, anak anak patut dibawa berjumpa doktor sekiranya ibubapa atau penjaga merasa risau tentang sebarang aspek keadaan anak. Sebagai insan yang paling rapat dan kerap berinteraksi dengan anak-anak tersayang, pemerhatian ibubapa dan penjaga terhadap anak adalah informasi yang penting dan tidak wajar dipandang ringan oleh pengamal perubatan.

Rawatan untuk demam dan apa yang boleh dilakukan oleh ibubapa atau penjaga

Sekiranya demam tidak tinggi dan anak masih aktif serta boleh minum dengan baik , demam boleh dikawal dengan menyapu atau mengelap badan dengan kain yang dibasahi air pada suhu bilik.

Pastikan anak anda mendapat jumlah air dalam badan yang mencukupi sama ada dalam bentuk susu bagi bayi atau air kosong, jus buah-buahan dan sebagainya bagi kanak – kanak yang lebih besar. Kenakan pakaian yang tidak tebal agar anak anda berasa selesa. Bagi demam yang disebabkan oleh jangkitan yang tidak serius, rawatan berbentuk ubat seperti Paracetamol atau Ibuprofenboleh diberikan di rumah.

Namun demikian, nasihat doktor tentang penggunaan ubat-ubat ini adalah disarankan kerana kedua-duanya perlu diberikan pada dos yang sesuai dengan berat badan anak anda dan tidak sepatutnya diberikan sekaligus atau melebihi kekerapan dos yang ditetapkan. Pemberian ubat Aspirin untuk mengawal demam dalam kanak kanak di rumah tidak digalakkan sama sekali.

Rumusan

Demam bagi kanak- kanak selalunya disebabkan oleh jangkitan tidak serius dan boleh dirawat di rumah dengan nasihat doktor. Demam juga boleh disebabkan jangkitan atau keadaan yang berbahaya tetapi keadaan ini tidak kerap berlaku. Tanda- tanda keadaan yang lebih serius perlu diketahui dan dikenalpasti agar ianya boleh dipantau di rumah dan mendapatkan rawatan dengan cepat sekiranya perlu.

Ibubapa dan penjaga digalakkan menyimpan ‘thermometer‘ atau alat penyukat suhu badan yang boleh didapati dengan mudah pada harga yang berpatutan secara komersil dan mendapat nasihat pengamal perubatan tentang cara penggunaannya. Tidak semua jangkitan yang menyebabkan demam perlu dirawat dengan antibiotik.

Demam yang suhunya tidak terlalu tinggi (low grade fever) boleh dirawat tanpa ubat-ubatan tetapi sekiranya perlu, hendaklah mendapatkan nasihat pengamal perubatan agar ubat dengan dos yang betul dapat diberikan.

Dr. Alya Hamzah merupakan pegawai perubatan paediatrik yang kini bertugas di Sabah. Beliau amat mementingkan pendidikan pesakit dan keluarga pesakit dalam memastikan rawatan yang diberikan adalah optimum. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan:
Paediatric Secrets – 5th Edition 2011 , Richard Polin & Mark Ditmar


............................................

Bagi yang beragama Islam, sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan pelbagai penyakit bolehlah mengamalkan doa meminta pertolongan dari Allah SWT agar dapat mengurangkan sedikit rasa sakit.  Senjata umat Islam adalah doa :)

Amalan untuk mengatasi DEMAM PANAS

1) Pertamanya, dibaca Surah Al-Fatihah (sekali)

2) Keduanya, dibaca selawat penyembuh/syifa (sekali)


3) Ketiga, dibaca doa ini :


Cara : Dihembuskan atas segala air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini. 

Doa dan cara amalan diatas saya rujuk pada buku "Indahnya Hidup Bersyariat" Terbitan Telaga Biru di muka surat 278.

Semoga amalan doa yang saya kongsikan ini membantu anda meringankan demam panas untuk anak-anak kita. InshaaAllah, dengan izinNya...

13 March 2014

Nutriferon Mengurangkan Demam/Selsema

Assalamualaikum & Salam Petang Semua 

Tahu tak anda buah labu adalah buah kesukaan Rasulullah dari Pohon Nabi Allah Yunus a.s. Manusia pertama memakan buah labu adalah Nabi Allah Yunus a.s dan menjadi kecintaan Rasulullah dalam meraikan buah labu saudaranya Nabi Allah Yunus a.s.


Seperti mana dikisahkan di dalam Al-Quran:

“Dan kami tumbuhkan untuk dia (Nabi Allah Yunus a.s) sebatang pohon dari jenis labu,” (Ash- Shaffat [37]: 146)

Ayat ini menceritakan kisah Nabi Yunus setelah ditelan ikan paus lalu Allah s.w.t menyelamatkannya dan menumbuhkan pohon yaqtin atau labu.

Antara Khasiat Buah Labu :-

  • Vitamin A 
Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

  • Kulit Halus Berseri 
Amalan memakan buah labu, dapat mencantikkan kulit yang kusam menjadi halus berseri.

  • Antioksida 
Amalan memakan buah labu adalah baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.

  • Rabun Malam 
Buah labu juga elok bagi mereka yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.

  • Masalah Paru-Paru 
Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Caranya dengan mengambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum.

Jika anda nak tahu antara bahan utama produk Shaklee, iaitu Nutriferon mengandungi biji labu selain biji Plantago, bunga Japanese Honey suckle dan Bunga Safflower. Nak tahu lebih lanjut apa itu Nutriferon. Anda boleh klik disini


Disebabkan saya tak berapa nak suka makan buah labu.. jadi saya mengambil inisiatif lain mengamalkan Nutriferon sebagai pengganti untuk pertahanan menguatkan sistem imunasi badan ahli keluarga saya. Untuk anak saya berumur 3 tahun, saya memberikan 1/4 dari sepeket nutriferon. Untuk saya & suami pula mengambil 1 paket nutriferon setiap seorang. Jika demam inilah yang kami ambil. Alhamdulillah, memang berkesan pada saya, suami dan anak. Syukur sangat demam/selsema kami cepat baik :) Minggu lepas anak saya demam panas sehingga menggigil tapi dengan izin dariNYA, selain ubat klinik diberi saya memberi nutriferon padanya. Alhamdulillah, hanya 2 hari sahaja demam. Hari ke-3 demamnya beransur hilang.

Jika anda berminat untuk mencuba Nutriferon ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


16 October 2012

Bila Anak Demam... Apa Perlu Buat???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Pagi ni saya nak share tentang pengalaman saya apa yang saya buat bila anak demam.. Sekarang ni mmg musim demam kan?? xkiralah anak ker..ibu ker ayah...tapi bila anak demam...ibu ngan ayah mmg risau kan...saper xrisau bila badan anak panaskan?? Lebih-lebih lagi anak bau sorang macam saya ni..hihi..tu lah pengerang jantung..tulah tempat kita berkasih saying bila si ayah sibuk ;) melalut plak..ok terus pada point apa saya buat bila anak demam??? 

Sumber Google
Pertama – Ambik bacaan suhu badan anak guna thermometer…benda ni boleh beli kat farmasi atau Watson..Setiap rumah perlu ada benda ni terutama bagi kita yang ada anak.. Setiap sejam sukat suhu badan anak bila badan anak mula terasa panas.. Bila saya sukat suhu badan dekat ketiak anak saya dah mencapai suhu 37°c…saya dah risau..nak tahu naper?coz anak saya pernah kes demam gigil2 mcm nak ke sawan tu…hanya Allah jer yg tahu perasaan saya masa tu..tu lain kali saya cerita erkk..apa yg saya wat plak.. 


Kedua – Saya mandikan anak saya dengan Basic-H… Orang2 tua kata bila anak demam jgn mandikan dia..nnti tambah teruk…salah sebenarnya..kita perlukan mandikan dia untuk buang haba panas dalam badan dia…lagi satu jgn selubung2 anak dgn selimut ker kain ker..pakai baju sejuk ker.. fakta ni memang betul..saya refer ngan doctor…masa anak saya kna demam panas teruk dulu…bagi anak-anak terutama yg bawah 5 tahun..kita mandikan dia air suam yer…doctor cakap antibody budak lain dgn orang dewasa..bila mandikan air suam..pengewapan panas dalam badan dia akan keluar bila mandikan air suam. Ohh yer apa tu Basic H..benda ni dalam bentuk cecair.. banyak kegunaannya yang lain ..cecair tu titiskan 2-3 titik dalam air mandian anak…pastukan mandikan dia.. fungsi dia untuk turunkan suhu. Kalau anak xmahu mandi..ambik kain rendam dalam air mandian dia tadi..kain tu perahkan..lap pada seluruh badan anak… 


Ketiga – Makan Vitamin C… Dinasihatkan agar mengambil 2 biji vitamin C. Satu pagi dan satu malam.. Sebiji vitamin dipatah dua sebelum dimakan. Kenapa erkk perlu di patah dua??? Ianya untuk mempercepatkan penyerapan Vitamin C sebab Vitamin C Shaklee ni sustained release. Maksudnya ia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam badan. Tapi in case of demam/selesema/batuk, badan kita perlukan lebih Vitamin C dari biasa dan perlukan ianya cepat. Bila kita patahkan, ia akan terus masuk ke dalam tubuh. Disebabkan anak saya masih menyusu dengan ibunya lagi. Jadi ibu dia yang makan vitamin C ni. Vitamin C yang si ibu makan akan disalurkan ke dalam susu ibu dan manfaat dapat kat anak. 


Keempat – Bagi nutriferon…Nutriferon ni dalam bentuk minuman dalam paket kecil..leh campur ngan air panas,suam atau sejuk..sehari 1 paket jer.. Disebabkan anak saya 1 tahun 9 bulan.. masih menyusu dengan saya..jadi sayalah minum..saya just bagi dia 2-3 sudu jer..coz sibuk nak minum gak bila nampak ibu dia minum..hihi..Apa erkk fungsi dia?? Minuman ni untuk menguatkan system imun@ sebagai immune booster..bagi ibu menyusu..awak minum nutriferon tu..pastu kerapkan susu anak..so minuman tu akan berpindah pada anak..tambahan ngan khasiat susu ibu memang tidak boleh ditandingi J betul tak?? Yerlah bila anak kena kuning pun..nurse akan paksa kita susukan baby sekerap yg mungkin utk hilangkan kuning…

Shaklee Nutriferon (Credit : ShakleeGL Group)
Selain Nutriferon ni bagus untuk demam, selsema, batuk & resdung... sebenarnya, ada BANYAK LAGI faedah Nutriferon ni ...

Antara faedah utama Nutriferon :

Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangs
ang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi  kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

Kelewatan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

Meningkatkan Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.

Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

Alhamdulillah..lepas 3 hari saya berusaha untuk anak saya...demamnya hilang...dah xpanas dah...Syukur sangat...Kita hanya berusaha kan..Allah penentunya...disamping kita ambil inisiatif makan supplement jangan lupa berdoa padaNya cepat sembuhkan anak kita...mudahan pengalaman saya ni dapat dimanfaatkan pada anda semua...

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Jika anda berminat untuk mencuba produk Shaklee yang selamat untuk anak-anak kita ni bolehlah menghubungi saya...