29 May 2012

Hilangkan Rasa Kekok Menyusukan Si Manja

Hari ni baca paper Berita Harian..tersuka lah nk kongsi tajuk kat ruangan Ratu :) 
"Buang Rasa Kekok"...


1st aku nk cerita kat ibu2 yang 1st time jadi ibu...mesti malu kan nk susukan baby..tp kita pikirkan jer utk kebaikan si manja tersayang kita..mesti xderlah lah perasaan malu tu...bila kita susukan dia..kita akan rasa perasaan yg lain dari yg lain..org lain yg xsusukan baby dia xkan rasa perasaan tu :) try lah susukan baby kita..kita pasti suka...



Apa perlu kita lakukan Hari Pertama menyusukan si manja

  • Belajar yakinkan diri sendiri
  • Perlu berlatih sebelum anda dapat menjadikan penyusuan ibu sebagai satu proses semulajadi
  • Belajar untuk relaks (biasanya susu ibu akan ambil masa 3-4 hari untuk keluar dgn lancar
  • Belajar bersabar
  • Tidak boleh tertekan & menunggu susu utk kluar, kerana tekanan yg kita alami akan menyebabkan melambatkan pengeluaran susu.
Cadangan Praktikal membantu untuk merasa rehat menyusukan si manja
  • Cari tempat, sudut atau bilik sunyi utk elak gangguan
  • Pada peringkat awal, mintalah bantuan suami ker, ibu ker, ibu mertua ker, atau saudara mara terdekat utk uruskan hal lain ketika anda susukan baby
  • Tarik nafas panjang utk bantu merasa tenang ketika susukan baby
  • Minum air masak utk tambah susu dalam badan 
  • Duduk atas kerusi yg selesa dgn sokongan belakang & lengan yang baik
  • Dengar muzik perlahan
  • Pakai baju longgar
  • Renung, peluk dan usap bayi dgn tangan, mata & suara
  • Sendawakan baby beberapa kali selepas susukan baby utk keluarkan angin berlebihan