Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kesihatan. Show all posts

03 November 2020

Kes Covid19 Semakin Meningkat Semula

Assalamulaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Hari ini 03.11.2020 kes Covid-19 meningkat semula ke 4 angka. Angka kematian juga menaik mendadak seperti sebelum-sebelum ini. Jadi berhati-hati lah semua. Jaga kesihatan kita. Kuatkan antibodi kita bersama. Sayangi diri anda kerana diriMu begitu berharga.😘


Adakah kita perlu meihat sahaja angka semakin meningkat atau kita perlu buat sesuatu untuk kesihatan kita. Marilah kita amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat untuk keluarga kita bersama. Anda jugalah adalah frontliner. Kita semua frontiner. #kitajagakita

4 Tips Kurangkan Risiko Jangkitan Covid-19


Jom amalkan 5 Tips Langkah Mudah Untuk Kesihatan Anda


Apa yang kita fikir, apa yang kita tulis, apa yg kita cakap tu semuanya doa.
Jadi, jaga lintasan minda kita, jaga lintasan hati kita. Fikir yang positif sahaja.

Ok dah jom kita tidur😴

09 May 2020

PERBEZAAN KRIM FOREVER DENGAN KRIM LAIN

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Malam ni nak cerita cikit apa beza krim Forever dengan krim lain yang pernah saya cuba sebelum ini.


Bahan utama semua krim yang dikeluarkan oleh Forever adalah Gel Daun Aloevera Barbadensis. Spesis ini adalah spesis aloevera yang terbaik di dunia.

Cuba korang baca bahan 1st sekali yang disenaraikan adalah gel daun aloe vera. Bukan air yer. Malah bukan jenis powder atau cecair juga. Gel daun Aloevera yang telah distabilkan 100%.

Kenapa perlu di stabilkan? 
Stabilise ini adalah proses bagi mengekalkan ramuan aktif supaya tahan lama & hanya akan bertindak apabila berada dalam keadaan yang sesuai seperti dalam usus etc. Aloevera kalau tak distabilkan akan menyusut nutrisi dia selepas beberapa jam. Itulah perbezaan krim produk Forever yang susah nak dapat di pasaran dengan harga yang mampu milik. 

Kalau nak buat sesuatu produk. Bahan asas kita xleh sorok sebelum dipasarkan. Nak tahu apa bahan utama yang digunakan dalam produk tu. Baca label bahan pertama yang di tulis kat bahan tu. Itulah bahan paling bnyk sekali ada dalam produk tu.

Cuba korang tengok contoh yang bukan produk Forever, bahan utamanya adalah water. Air yer. Tapi Forever bahan utama adalah pati Gel Daun Aloevera yang telah distabilkan. Itulah sebab bila guna kat kulit kita, memang cepat sangat kesan bila guna. Tiada masalah allergic pada sesetengah orang. 

"Better Late, Than Never" 
Bak kata org putih kan. Orang Melayu kata lebih baik lambat kita tahu daripada langsung tak pernah tahu🤭 hihihi....


ALOE VERA GELLY

✅Kandungan Aloe Vera yang distabilkan 100% adalah sangat tinggi (Aloe tulen)
✅Melegakan kesakitan luka
✅Cepat menyerap
✅Tidak berminyak dan tidak mengotorkan pakaian
✅Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
✅Ideal untuk luka kecil dan jerawat
✅Melegakan masalah kulit seperti - ekzema, psoriasis, ruam, kulit terbakar akibat radiasi
✅Baik untuk digunakan sebagai pelembap dan masker pelembap
✅Kegunaan lain - untuk buasir, gel penggayaan rambut, gigitan serangga

ALOE PROPOLIS CREME

Aloe Propolis Creme krim pelembab gabungan dua jenis penawar iaitu ALOEVERA dan PROPOLIS LEBAH.

Ianya mengandungi chamomile serta vitamin A&E yang meredakan kerengsaan dan luka-luka ringan.

KEBAIKAN :-

🛡Melegakan keseluruhan badan.
🛡pH seimbang, sesuai untuk semua jenis kulit.
🛡Mengandungi Bee propolis - antibiotik semulajadi.
🛡Mengandungi Aloe vera gel yg distabilkan 100%.

KEGUNAAN :-

✅Membantu masalah kulit akibat luka kecil, melecer, kulit twrbakar dan selaran matahari@sunburn.
✅Melegakan kegatalan kulit akibat gigitan serangga.
✅Melegakan ruam panas dan ruam lampin.
✅Memudarkan kesan parut akibat stretch mark.
✅Melegakan kegatalan & kerengsaan akibat demam campak dan chicken pox.
✅Bagus untuk kesihatan kulit kepala - hilangkam kelemumur, kerak kepala, eczema, kegatalan.
✅Melegakan rasa gatal bagi kulit bermasalah alergik seperti urticaria/hives (gegata).
✅Melegakan masalah kulit seperti kulit kering, kulit kaki pecah, eczema, psoriasis, jerawat.
✅Melegakan buasir luaran.

ALOE MOISTURIZING LOTION FOREVER


Diformulasi khas untuk kulit kering.
Amat sesuai untuk menenang dan melembapkan kulit muka dan badan.
Sebagai pelindung dan pelembap kulit dengan kolagen.
Elastin yang mengekalkan keseimbangan pH kulit.
Melawan kesan-kesan negatif pada kulit dari matahari dan udara yang tercemar.
Lotion ini boleh digunakan sebagai alas bedak.
Yang mempunyai kulit kering akibat terdedah dengan aircond terlalu lama.Andalah yang beruntung menggunakan losyen ini !

🧴Cara Pemakaian :-
Boleh digunakan di kulit wajah, tangan dan badan. Sapukan Aloe Moisturizing Lotion pada kulit dengan lembut.Ia memang cepat meresap ke dalam kulit.


Ramai bagi feedback gabungan 3 krim ini sangat best. Siapa yang dah guna jer tahu hasilnya😁. Cara saya, gabungkan semua krim ni ikut nisbah 1:1:1 ke dalam botol kecil. Nak guna,  just calit jer kat muka 3 krim dalam satu bekas ('',) 

Sebab tu wajib ada kat rumah 3 krim ni. Terutama ALOE VERA GELLY atau ALOE PROPOLIS CREAME sebab benda ni boleh jadi First Aid di rumah kita.
.
1 Rumah 1 Krim Gel Daun Aloevera tanpa bahan kimia❤️

I am Forever

Untuk Order & info lanjut 
https://linktr.ee/UmmiSyahmi

03 May 2020

7 Cara Kempiskan Perut

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Saya jumpa artikel bawah ni dari FB Dr Rizal Abu Bakar.
Jom kita baca cara2 nak kempiskan perut kita

Kenapa perlu kempiskan perut? 
Perut buncit tanda bermulanya tubuh dihinggap penyakit. Cuma menanti ledakan sahaja.

Minggu ini sahaja sudah 10 kali orang bertanya bagaimana kempiskan perut. Hari ini saya kongsikan caranya. Kaedah-kaedah ini dikumpul dari kajian dan praktis klinikal.

1. Ambil makanan kaya protein. Protein akan lepaskan hormon PYY. Hormon ini akan hantar isyarat ke otak.

Katanya “bro/sis engkau dah kenyang. Udah udahlah tu” Kita pun sebut “ oh ye ke, ok ok saya berhenti sekarang.”

2. Urus stres dengan bijaksana dan bijaksini. Stres sebabkan hormon kortisol mengalir laju. Hormon ini suka kumpulkan lemak.

Happy sungguh dia buat kerja kerja yang kita tak suka. Macam orang letak simen pada batu bata ketika buat rumah. Ditempek tempek.

Dia juga dengan bangganya bantu tingkatkan selera meningkat. Tahap melahap dna membantai makanan memuncak. Semua nampak sedap.

3. Katakan tidak pada gula putih. Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.”

Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni. Apabila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem.

4. Senaman - angkat berat, aerobik dapat segerakan misi kempiskan perut.

5. Tidur - kajian selama 16 tahun dapati wanita yang tidur kurang dari 5 jam akan alami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita tidur 7 jam.

Cuba semak, berapa jam tidur malam tadi. Cukup? Cuba usap perut dan sebut “alahai besar juga engkau ye”

6. Ambil lemak ikan - jadikan omega 3 sebagai rakan karib anda. Ambil 2000mg sehari. Cari yang anti reflux. No mercury.

7. Ambil makanan tinggi serat - serat dari sayur dan buahan akan bentuk gel di saluran pencernaan. Makan lambat nak lepasi saluran ini.

Jadi kita rasa kenyang. Kurang rasa nak berjajan. Perut terisi fokus meninggi.

Ada banyak lagi tips. 7 ni pun dah cukup kalau buat dengan konsisten. 
Soal pada diri, sayang sangat ke dengan “baby bump” tu? Kalau tak, bila mahu bertindak?

Ok, sebut pasal ambil lemak ikan tu kan? Bagi saya, saya suka ambil Omega 3 dari Forever. Sebab apa? 

Satu kapsul Omega 3 nya ada sekali Omega 9 & Vitamin E. Senang sekaligus ambil kan😍

Minyak ikan - Artic Sea Forever adalah satu2nya fish oil yang menggabungkan Minyak Ikan (Omega 3) & Minyak Zaitun (Omega 9). Juga mengandungi vit E. 

Artic Sea telah dipatenkan oleh Forever Living. 
Active Ingredients :
❤️Fish Oil 750mg 
❤️Olive Oil 250mg

Sedikit perkongsian tentang Artic Sea.


✔️Sumber Omega 3 Forever Artic sea adalah dari minyak ikan laut dalam,lautan Artik.

✔️Lokasi lautan Artik bebas dari sebarang pembangunan dan pencemaran. Bebas merkuri.

✔️Artic sea mengabungkan omega 9(minyak zaitun) di dalam satu softgel (satu-satunya di dunia) 

Di mana prosesnya 3x ganda lebih efektif dari minyak ikan biasa. 

➡️Di tambah dengan Natural vitamin E.
➡️Mendapat 5 star IFOS Rating.
➡️Teknologi berpaten.
➡️Forever membeli hak cipta formula Omega 3 dari Nobel Prize "Bapa Omega 3" Dr Jorn Dyerberg


Bapa Omega 3!
Dr John Dyerberg

Bukan calang2 siapa yang terlibat dlm penghasilan minyak ikan FOREVER LIVING. Bapa Omega dunia sendiri yang terlibat. Siap patented lagi minyak ikan kita. 

Sebab tu, carilah dimana sekali pun minyak ikan gabungan dgn minyak zaitun. Awak takkan jumpa. Semua yg anda jumpa pun pasti dijual dlm kapsul yang berasingan. 

Minyak Ikan + Minyak Zaitun kaya dgn OMEGA 3 dan OMEGA 9 hanya ada di dlm kapsul ARCTIC SEA by FOREVER LIVING.

Kalau diluar, harga omega 3 je beratus. Belum lagi omega 9 yang dibeli berlainan botol. Agak2 kos lebih murah kerrr??😂

Dalam sebotol Arctic Sea boleh dapat keduanya😱
Agak agak itu mahal ke SUPER JIMAT?? 😇

Produk terbaik,
Harga mampu milik!
Bukankah itu sangat membantu orang-orang yang rasa tak berduit tapi semangat nak hidup sihat??

Kita bukan sekadar jual. 
Tapi kita perkenalkan produk WORLD NO.1 HEALTH CHOICE to everyone in the globe!

Jika berminat untuk membeli Omega 3 terbaik Artic Sea dari Forever Living, boleh klik sahaja gambar di bawah untuk link whatsapp 👇



13 April 2020

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua,

Petang ini apa khabar sahabat maya semua? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga tersayang.

Sahabat semua tahu tak cara yang betul untuk minum madu supaya menjadi asbab dengan izinNya pengganti ubat untuk sembuhkan pelbagai penyakit dalam badan kita?

Jom kita semak


1. Pilih Madu Yang Original, Tulen & Asli

Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60% madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, berwarna gelap dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.

Cuma satu cara ini, teknologi manusia tidak boleh ditiru.
Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang (lenggang) piring tadi... Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk seperti corak sarang lebah atau hexagon

Boleh lihat video di bawah untuk melihat bagaimana cara-cara kita nak mengenal pasti madu yang kita beli itu betul-betul original, tulen dan asli.



2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala

Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum secara terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptaan alam semulajadi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepala, ambil madu selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu Dhuha.

3. Untuk Rawatan Bahagian Badan


Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, ia kena dicairkan dengan air.

Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu antara selepas Dhuha hingga Zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

4. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah

Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu Zohor dan Asar.

5. Rawatan Bahagian Bawah

Waktu minum madu adalah antara Asar dan Maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

Tips Penting!

√ Penyakit datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.

√ Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan kita sejuk.

√ Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.


Jika Badan Panas

Cara minum madu -> tuang madu terlebih dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk
Dan bila diminum dengan cara ini ia akan bantu sejukkan badan.

Jika Badan Sejuk

Ini cara minum madu -> tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas

√ Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.

√ 1 sudu kecil madu kelulut bersamaan dengan 10 sudu kecil madu biasa. Ini kerana lebah kelulut itu kecil, ia boleh masuk sampai ke rongga bunga. Tapi hati-hati ketika membeli madu kelulut. Jangan cari yang berwarna susu kerana dibimbangi ada campuran buah laici yang masam.

√ Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.

√ Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.

√ Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan pada mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titiskan antara waktu selepas Subuh dan sebelum Dhuha. Ini mengikut prinsip minum madu untuk rawatam di bahagian kepala seperti yang dinyatakan di atas.

Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.

Credit: Hanif Idrus

*********************************************


Forever Living Product adalah syarikat penternak lebah terbesar di dunia - Gurun Sonoran. Produk lebah Forever adalah 100% semulajadi tanpa sebarang bahan pengawet, perisa tiruan, dan pewarna tiruan. 

Madu GRED A seperti madu tualang atau madu gurun ke lazimnya orang jual berapa? 500g dalam RM200-RM300. Sebab apa agak-agak? 

Sebab bukan mudah nak dapat madu asli ni, jadi berbaloilah harga tu!
Rumit kaedahnye dari nak mencari, mengumpul madu sampailah nak menjualnya. 

Di Forever, untungnya, di sebabkan kami adalah merupakan pengeluar produk lebah terbesar DUNIA. Ya, Forever MEMONOPOLI pengeluaran produk lebah di DUNIA. Bukan itu sahaja, 

ForeverBee Honey :

🍯Tidak dicampur gula, tidak ditapis, tidak dimasak, tidak diproses. 100% asli!
🍯 Sumber dari pelbagai bunga di gunung Sonoran, Arizona
🍯 Bebas pencemaran kerana lokasi nun jauh di gurun
🍯 Mengandungi kurang dari 17% kandungan air kerana cuaca panas di gurun sepanjang tahun (madu gurun lebih pekat, likat). Madu di Malaysia kebanyakannya mempunyai kandungan air 25% disebabkan hujan (belum sebut lagi hujan asid yang disebabkan oleh tangan tangan manusia)
🍯 Botol plastik istimewa yang dipatenkan, direka khas untuk ketahanan madu (anti UV). Senang simpan, senang bawak sebab bukan kaca. 

Atas sebab - sebab ni, Forever Bee Honey BERGRED AA. Double A. 

Wow, mesti mahal kan subhanallah 😱 Yelah, yang Gred A pon dah beratus. 

Tetapi disebabkan Forever ada ladang sendiri dan memonopoli pengeluaran madu ini, anda boleh dapatkan madu bergred tinggi ini pada harga mampu milik & sangat berbaloi dengan nilai madu yang anda beli untuk setengah KILO 😱 

Tinggi sangat nilai yang akan kita dapat insyaaAllah
Bukan madu yang dicampur gula atau air, yang ori barulah kita dapat rasa manfaatnya!
Madu yang terbaik dah pasti madu asli. 

Madu adalah makanan yang mempunyai pelbagai khasiat. Khasiatnya sangat penting untuk manusia sehingga disebut dalam kitab Al-Quran, malah ada surah khusus An-Nahl (The Bee) 




Berminat untuk membeli Madu Original, Tulen, & Asli dari Forever Living?
Klik sahaja gambar di bawah untuk link whatsaap 👇

11 November 2016

Sembuhkan Batuk Secara Semulajadi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....


Kawan-kawan tahu tak daun oregano boleh sembuhkan batuk? 

Caranya pun simple jer. Paling penting perlu ada daun oregano. 


Bahan-bahan :-

1) 1 cawan daun oregano (yang telah di potong-potongkan menjadi kecil)

2) 2 cawan air (untuk merebuskan daun oregano selama 15minit)


Cara-Caranya :-
Boleh refer pada video di bawah. 





Ini sukatan cara pengambilannya ('',)



Selamat mencuba kawan-kawan! 
Ubah cara hidup kita secara semulajadi untuk kesihatan kita bersama.


Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

Jika sudi rajin-rajin lah lagi singgah membaca di sini yer...

26 August 2015

Ingin Mata, Kulit, kuku & Rambut Cantik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Kawan-kawan selalu dengar kan banyak kelebihan vitamin B. Apa yang kawan-kawan tahu tentang kepentingan vitamin B ini? 

Ok, saya kongsikan serba sedikit tentang kelebihan vitamin B...

Kelebihan dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 
Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA
Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
Kalau kawan-kawan nak tahu Shaklee ada vitamin B tau. Namanya dalah B Compleks. Sebenarnya terdapat banyak kelebihan dan manfaat vitamin B Compleks ini yang membuatkan ianya sangat berbaloi untuk kawan-kawan miliki. 

♡Kepentingan vitamin B yang terdapat di dalam B Compleks Shaklee♡.


1.Mencegah anemia dan penting utk proses pembaikan sel darah merah.

2.Mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh.

3.Merangsang pertumbuhan kanak-kanak.

4.Menghasilkan tenaga dan membantu meningkatkan kemampuan berfikir.

5.Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku & rambut.

6.Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

7.Memelihara pergerakan sistem saraf.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?

Merangsang pertumbuhan.
Meningkatkan kemampuan berfikir.
Memberikan tambahan tenaga.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?

Menambah tenaga.
Mengurangkan stress.
Melambatkan proses uban di rambut.
Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?

Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

Siapakah yang perlu mengambil vitamin B Complex Shaklee?
  • Ibu yang menyusukan 
  • Ibu yang hamil 
  • Ibu yang sedang berpantang 
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat
  • Mereka yang ingin mendapatkan anak
  • Mereka yang mengalami masalah migrain 
  • Mereka yang mengalami alahan/eczema
  • Mereka yang mengalami masalah rambut 
  • Mereka yang ingin mengawal paras kolestrol
Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

30 May 2015

6 Tips Penawar Denggi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Kawan-kawan tahu tak fasa demam denggi? Simptom2 nya bagaimana? Boleh refer gambar kat bawah ni tanda-tanda demam denggi.



Saya nak kongsi sedikit tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar membantu merawat denggi :

1) Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

2) Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.

3) Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.

4) Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.

5) Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.

6) Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

22 May 2015

Kepentingan DHA Pada Minda Kanak-Kanak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...


Kawan-kawan tahu tak apa kepentingan DHA pada minda untuk kanak-kanak?

Dalam kebanyakan produk makanan untuk kanak-kanak sering menekankan kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas. Namun apakah sebenarnya DHA tersebut? Benarkah ia penting dalam tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan cerdas.

DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik. DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh.

DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral dan vitamin. DHA adalah salah satu lemak baik yang terdapat di seluruh badan. Ia adalah lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:

  • Meningkatkan daya fokus
  • Perkembangan otak yang baik
  • Menajamkan penglihatan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mencegah ekzema

Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:

  • 1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari
  • 2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari
  • 4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari

Makanan yang kaya DHA:

*Ikan laut seperti tuna, salmon, trout, sardin, ikan bilis mengandungi 10 hingga 100 kali lebih DHA daripada sumber makanan yang bukan berasal dari laut seperti kacang, bijirin penuh dan sayuran hijau.

*Telur, ayam, kekacang, sayur-sayuran seperti brokoli dan alga.


Edit Sumber : http://www.karangkraf.com/


Jika anda ingin tahu Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.


Terima kasih sudi membaca di blog saya!

27 April 2015

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Just nak share artikel dari page FB Kementerian Kesihatan Malaysia Cegah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut yang disebabkan oleh virus yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun Dan Awasi Kanser Mulut! 

Jadi kawan-kawan mari kita awasi anak-anak supaya dielakkan dari penyakit-penyakit seperti ini. Kita doa sama-sama tau!



Kita sebagai ibu bapa patut cari alternatif untuk cuba elakkan dari anak-anak kita terkena penyakit pelbagai yang merisaukan. Memang orang kata kalau dah terkena nak wat camner kan.. tapi kita sebagai ibu bapa boleh berusaha cuba hindarkan dengan memberi perlindungan yang sebaiknya pada anak-anak kita. Bila dah diserang penyakit kadang2 kos perubatan lebih mahal dari kos mencegah atau perlindungan yang kita beri pada anak-anak. 

Bagaimana kawan-kawan melindungi anak-anak kesayangan dari dihinggapi pelbagai penyakit yang merisaukan?? Saya melindungi anak-anak dengan memberi nutrisi yang terbaik. Saya tahu saya tidak dapat memberikan makanan yang lengkap kepada anak-anak jadi saya perlu memberi mereka nutrisi terbaik melalui makanan tambahan dari Shaklee. Shaklee menerapkan makanan tambahan berunsurkan semulajadi dan selamat dimakan kerana tidak menggunakan bahan kimia, sintetik, perasa dan pewarna. Lagipun sebelum sesuatu produk baru dipasarkan Shaklee menjalankan lebih daripada 350 ujian pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya, dan menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan pptensi sebenar produk tersebut... Itulah sebabnya saya jatuh cinta dengan produk Shaklee. Malah bukan saya seorang jer, seluruh ahli keluarga saya mengamalkan makanan tambahan dari Shaklee. Alhamdulillah kami lebih sihat dari sebelumnya. Kawan-kawan boleh memilih apa jenama pun tapi pastikan anda mengkaji dulu tau latar belakang syarikat tersebut dan bahan yang mereka guna untuk membuat makanan tambahan tersebut. Pastikan yang terbaik baru amalkan. Sayangilah badan anda♡

Terima kasih sudi membaca disini! 
Semoga bermanfaat untuk kawan-kawan :)


07 April 2015

Khasiat Budu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Tadi saya berpeluang tonton rancangan Wanita Hari Ini. Saya memang suka bual bicara WHI ini. Pelbagai topik yang dibincangkan terutama isu2 kekeluargaan dan kesihatan wanita boleh saya dengar untuk ilmu baru secara percuma :) 

Ohh yer, topik WHI hari ini adalah : Khasiat Budu!

BUDU?? Ore kelate kalau dengar mesti sukaa kan? Hehe... walaupun saya berasal dari melaka tapi memang suka makan budu gak.. memang sedapp! 



Ini adalah antara khasiat BUDU yang sempat saya salin tadi :-

♧ Bahan budu mengandungi antioksida yang tinggi membantu mengawal kanser
♧ Bahan budu adalah serat tinggi boleh membantu untuk kurus
♧ Kalau menyusu badan budu boleh elakkan anak2 kena cirit birit
♧ Budu ada ikan bilis adalah sumber kalsium yang boleh buatkan tulang kuat
♧ Makan budu membantu memberi tenaga 
♧ Makan budu boleh membantu otak bijak

Banyakkan khasiat dia? Yang menjadi kebanggaan makanan yang nampak mcm biasa2 jer ni dah dipasarkan sampai New York dan USA!

Ok pas ni nak makan budu setiap hari. Tapi vitamin Shaklee tetap di dalam hatiku setiap masa ('',) hehe...

29 March 2015

Bahaya Kekurangan Protein!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Adakah anda mengalami simptom-simptom berikut :

1) Kulit wajah yang kusam?
2) Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
3) Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
4) Rambut sering gugur?
5) Lemah dan tidak bertenaga?

Tahukah anda itu adalah antara punca badan kekurangan protien!!



Risiko Kekurangan Protein :

1) Anemia iaitu kurang darah atau kurang oksigen dalam darah
2) Penyakit buah pinggang
3) Penyakit hati
4) Kolesterol tinggi
5) Tekanan darah rendah
6) Kandungan gula dalam darah rendah
7) Fungsi saraf tidak stabil
8) Ulser perut dan usus
9) Luka lambat sembuh
10) Pengaliran darah yang tidak lancar
11) Penglihatan kurang baik
12) Badan menggeletar
13) Selalu letih dan lesu
14) Lemah
15) Tinggi kandungan air dalam tisu badan
16) Terancat akal
17) Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan


Jadi anda sudah memiliki tanda2 seperti di atas itu maksudnya badan anda memerlukan makanan tambahan berunsurkan protein seperti ESP... Jangan tunggu badan dah sakit teruk baru terfikir untuk ambil makanan tambahan. Bermulalah dari sekarang.



"BETTER LATE THAN NEVER"

Hubungi kami untuk pembelian yang lebih menjimatkan wang anda.

Ummi Maisaharah & Mohd Syahir Akmal
018-2465122 & 018-2476007
maisaharah@gmail.com
ummirdinacong.blogspot.com

18 February 2015

Info Kalsium

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua...

Info tentang kalsium.

Supplement kalsium yang bagus mestilah lengkap bersama magnesium.

Sebab apa?

Bila kita ambil suplemen kalsium tanpa adanya magnesium, ianya boleh mengakibatkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu dan bukannya dalam tulang.

Ini akan meningkatkan lagi risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan strok!

Ostematrik lengkap dengan Magnesium, Zinc, Vitamin D, kuprum, manganes dan boron.

13 November 2014

Tanda Sakit Jantung Bagi Wanita

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….


Artikel ni kawan sharing di whatssapp group biz Shaklee. Saya rasa sangat berguna untuk wanita-wanita tahu tanda-tanda ni... Jadi saya kongsikan di blog ni. Semoga bermanfaat untuk semua :)

Nampak tak ayat yang bawah tu yang merisaukan wanita-wanita

Lebih kurang 50% wanita yang mendapat serangan jantung 
MATI sebelum tiba di hospital!

Takutkan dengar?? Jadi saya nasihatkan wanita-wanita yang cantik-cantik di luar sana berhati-hati yer... Jaga pemakanan anda. Buat pemeriksaan jika rasa badan kurang selesa. Kalau boleh ambil lah suplemen untuk jagaan kesihatan anda masa akan datang. 

Sayangilah diri anda untuk orang sekeliling anda yang masih memerlukan anda, menyayangi diri anda!

23 October 2014

Sumber Makanan Cantik & Cergas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Korang tahu tak sumber makanan utama yang boleh jadikan kulit kita tak kusam? Cantik selalu & cergas sentiasa... Sebenarnya, apa saja makanan yang kita pilih, pengetahuan tentang makanan dan pemakanan amat penting jika matlamat adalah untuk cantik dan cergas.



Sesetengah orang tidak mempedulikan jenis makanan yang diambil setiap hari hingga menghadapi masalah kesihatan serta menjejaskan ketrampilan diri. Tapi, jangan risau masih belum terlambat untuk mengubah tabiat pemakanan anda. Pengetahuan mengenai makanan serta khasiat yang terkandung dalamnya boleh membantu anda secara beransur-ansur menjadi lebih sihat dan pada masa sama, ceria dan cergas.

  • Protein
Kekurangan protein boleh menjejaskan ketrampilan diri kerana menyebabkan rambut bermasalah, kuku mudah pecah dan kulit cepat kendur. Protein penting untuk melawan penyakit kerana antibodi dibuat dari bahan ini. Kekurangan protein menyebabkan tubuh mudah mendapat penyakit dan akhirnya perawakan kurang menarik dan kecergasan menurun.

Selain itu, protein menarik cecair dari tisu dan kekurangan bahan ini menyebabkan muka kelihatan sembab seperti yang biasa berlaku membabitkan perempuan mengandung dan orang tua. Di Barat, kekurangan protein menyebabkan bentuk kaki seperti batang pisang. Protein juga diperlukan kerana membuatkan manusia gembira dan tenang. Sumber protein meliputi pelbagai kekacang dan haiwan.
  • Asid Lemak Perlu
Asid ini diperlukan untuk membuat sel tubuh. Kekurangan akan menyebabkan rambut tidak berkilat dan kulit kering serta kemandulan. Oleh kerana tubuh tidak boleh membuat asid ini, sumber utama asid ini adalah dari minyak sayur-sayuran. Orang yang berdiet untuk menurunkan berat badan boleh membahayakan diri jika tidak mengambil langsung minyak bagi suatu tempoh yang lama.

Antara sumber terbaik ialah minyak ikan yang baik untuk jantung, otak dan mata, tetapi minyak ikan tidak stabil. Minyak sawit lebih stabil kerana tidak banyak ikatan tidak tepu dan boleh digunakan berulang kali.
Pilihan lain ialah mengambil minyak ikan dalam bentuk pil, tetapi orang selalu memikirkan minyak ikan adalah dari ikan iklim sederhana. Pandangan ini tidak betul kerana ikan tempatan seperti patin dan keli mempunyai kualiti setanding.
Bahan Lain

Karbohidrat tidak begitu diperlukan untuk kecantikan, manakala serat penting untuk usus dan membuang toksik dari badan.
Komponen Mikro

Semua jenis vitamin diperlukan sel badan, tetapi ada beberapa jenis vitamin yang mempunyai hubungan erat terhadap kecantikan dan kecergasan.
  • Vitamin A
Antara simptom kekurangan vitamin ini ialah sel kulit mati dengan cepat menyebabkan kulit tidak cantik kerana bertompok dan berbintik. Bahagian bawah kulit mempunyai selaput lendir dan kekurangan vitamin ini menyebabkan selaput ini mati dengan cepat dan kuman pantas membiak. Kesannya mudah menghidap penyakit berkaitan kulit seperti jerawat dan bisul. Penyakit berkaitan saluran pernafasan seperti sakit tekak dan selesema juga mudah diperolehi.

Bagi mengatasi masalah ini, pengambilan vitamin A yang sumbernya adalah haiwan seperti daging, hati, telur, susu dan minyak ikan adalah penting. Vitamin ini berfungsi sebagai antioksidan, malah antara teori untuk merawat jerawat ialah mengambil vitamin A dengan banyak hingga hampir mencapai tahap toksik.
  • Vitamin C
Berfungsi untuk membuat gam antara sel. Kehadiran vitamin ini memberikan kekenyalan dan memutihkan kulit. Vitamin ini adalah antara ramuan krim kosmestik pemutih kulit, tetapi vitamin ini diubah suai kerana sifat semula jadinya tidak stabil.
Vitamin E

Vitamin ini dan rakannya, C, adalah untuk mengekalkan keremajaan. Sumber vitamin ini adalah dari minyak sayur-sayuran, daging dan kekacang. Kita tidak perlu banyak, tetapi lebih banyak lebih baik kerana setakat ini belum ada kes toksik membabitkan vitamin ini. Kajian mendapati, vitamin ini baik untuk mencegah banyak penyakit, termasuk jantung dan kanser.
  • Vitamin B
Vitamin ini adalah untuk kecergasan serta baik untuk mereka yang hidup dalam tekanan yang memerlukan banyak tenaga. Sumber vitamin ini adalah dari haiwan seperti daging dan kekacang, tetapi sifat vitamin B yang tidak stabil, iaitu rosak apabila dimasak terlalu lama serta larut air menyebabkan vitamin ini hilang begitu saja. Sehubungan itu, cara masakan penting dan antara cara mengekalkan vitamin ini ialah dengan daging yang dipotong selepas dibasuh terus disimpan dalam peti ais dan apabila hendak dimasak, terus dimasukkan dalam periuk.Kekacang seperti kacang tanah dan dal direndam terlebih dulu antara tiga jam hingga semalaman kerana kekacang yang bertindak balas seperti hendak bercambah akan meningkatkan paras vitamin ini.
Mineral
  • Kalsium
Mineral ini mudah diperolehi dari tumbuhan atau susu. Di Barat, ibu bapa memberikan susu kepada anak untuk meningkatkan ketinggian anak-anak. Susu asli lebih baik, tetapi susu tepung sekarang semakin berkualiti dan boleh diambil sebagai sumber kalsium. Sumber lain adalah dari tulang dan sirip ikan yang boleh digoreng rangup.
  • Zat Besi
Kekurangan mineral ini menyebabkan seseorang itu kelihatan pucat dan lesu. Zat besi bertugas untuk membuat sel darah merah dan kekurangannya menyebabkan menyebabkan penerimaan oksigen menurun. Wanita yang kehilangan banyak darah ketika haid jika tidak cukup makan daging akan kelihatan pucat, letih dan cepat marah.


"Happy Sharing"

Terima kasih kerana sudi membaca diblog ini!