Showing posts with label Amalan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Amalan Hidup. Show all posts

09 October 2015

Renungan Bersama Nak Ikhlas Solat Dhuha

Assalamualaikum & Salam Jumaat Kawan-Kawan ('',)

Renungan peringatan kita bersama sebagai hamba Allah.
..........................♡♡♡♡♡...........................

Google Picture
Pernah ada satu soalan maut dari seorang sahabat. Dia cakap, dia buat Dhuha tapi rasa tak Ikhlas. Sebab dia buat dhuha sebab nak kaya, nak sales jalan. Nak rezeki banyak. Lama dah dia simpan, tapi tak tahu nak tanya sapa. Lalu dia tanya saya.

Sahabat tu kata. Dia buat dhuha, kadang bila dia buat dhuha, tapi takde sales, lagilah dia tak ikhlas. Ermmm, saya pun bukan ustazah. Tapi saya cuba menjawab untuk menukar persepsi dia. Bukan saya juga boleh buat dia ikhlas. Saya pun masih berlobang sini sana. Keihlasan saya pun masih belum tentu solid. Entah-entah 5% pun penat nak sampai.

Saya jawab.....
Laila (bukan nama sebenar), awak rasa tak ikhlas sebab awak rasa dhuha tools untuk awak minta lebih dengan Allah. Buat sebab nak dapat ganjaran. Sebenarnya, nilai kehambaan dalam diri awak tinggi, awak nak buat dengan rasa kehambaan.

Jadikah dhuha surat cinta, catatan syukur, ekpressi terima kasih dari awak untuk Pencipta. Awak bangun pagi, jantung awak berdengup sihat, tiada sesak dada - ada orang bangun, mesin oksigen di tepi, jantung dah tak boleh operasi sendiri. Syukurlah...

Ada orang bangun, sudah tidak dapat melihat. Meraba-raba dalam kegelapan dunia. Awak boleh melihat orang yang awak sayang, boleh melihat senyuman si anak.

Awak bangun dalam kekalutan, masih sempat sediakan sarapan walaupun roti dan telur untuk anak-anak, menghantar mereka kesekolah. Ada orang anakknya makan rumput, mencari makanan di tong sampah. Tak mampu nak hantar anak kesekolah. Anak kecil terpaksa bekerja membantu keluarga.

Laila (bukan nama sebenar), 
Terlalu banyak nak di syukurkan. tak perlu saya beritahu satu persatu. Mulai esok, tukar persepsi. Jadikah dhuha sebagai surat cinta, catatan syukur, ekpressi terima kasih awak pada Allah. 
Nikmat buka hanya wang ringgit. Nikmat bukan hanya pada harta.

Allah janji : Barangsiapa bersyukur pasti Allah tambah nikmat. disitulah kunci Dhuha menjadi Kaya.

Saya harap ianya membantu menukar persepsi. Terlalu banyak keluhan berbanding kesyukuran. Ruginya siapa tak solat Dhuha...


Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)
Jika sudi rajin-rajin lah lagi singgah membaca di sini yer...

25 August 2015

DOA AGAR REZEKI BERTERUSAN SEHINGGA KE ANAK CUCU

Assalamualaikum & Selamat Pagi Dhuha Semua.....

♡DOA AGAR REZEKI BERTERUSAN SEHINGGA KE ANAK CUCU♡



"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; 
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah 
dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. 
Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya 
ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa 
yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur
 empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: 

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur 
akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku 
dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh 
yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan 
meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. 
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, 
dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam 
(yang tunduk patuh kepadamu)"....

|Surah Al-Ahqaaf 46:15 |

06 July 2015

Amalan 10 Terakhir Ramadhan Bagi Muslimah Haid atau Nifas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Sekejap jer kan masa berlalu... Dah nak habis bulan ramadhan yang istimewa ni... Sedihnya. Diharapkan kita semua akan berjumpa lagi ramadhan akan datang yer kawan2 :)

Sumber Google
Ramai yang tahu kelebihan 10 ramadhan terakhir ni.. Yerlah pada 10 malam terakhir ni lah akan adanya malam Lailatul Qadar. Malam yang sangat istimewa buat seluruh umat Islam berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . 

Firman Allah SWT :


Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. 

Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" 
(Riwayat Muslim, no 1175 )

Tapi macam mana kan kalau golongan wanita yang uzur di 10 malam terakhir. Apa yang boleh kita buat? Nak gak rasa dapatkan kenikmatan berkatnya malam Lailatul Qadar kan. Semangat dah berkobar-kobar nak memenuhi 10 terakhir Ramadhan ini dengan lipat gandakan amalam ibadah tambahan. Tapi, apakan daya. Ia adalah taqdir ALLAH S.W.T  yang seseorang wanita itu mesti redha. 

Kawan-kawan muslimah jangan sedih tau jika 'uzur' di saat-saat akhir 10 Ramadhan sedangkan hati kawan-kawan bersemangat hendak beribadah. Jom kita semak beberapa senarai amalan ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa yang dilarang dilakukan ketika datangnya haid/nifas.


Ibadah & Amalan Muslimah Uzur Di Bulan Ramadhan


1) Membaca Al Quran tanpa Mus’haf seperti membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertulis di dinding atau di website dan youtube.
2) Mendengar bacaan Al-Quran daripada CD, TV, Radio dan seumpamanya
3) Membaca dan memahami ayat Al-Quran dari kitab tafsir
4) Perbanyakkan berzikir, selawat ke atas Nabi dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat

Bagi yang berzikir: 
Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka 
dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab 
dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari 
dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya

5) Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset, CD dan seumpamanya.
6) Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu
7) Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan
8) Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu
9) Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat dhuha, tarawikh, tahajud dan witir

Disamping amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan, wanita dalam haid dan nifas juga boleh mendapat ganjaran pahala bulan Ramadhan Al Mubarak dengan melaksanakan tugas-tugas harian rumahtangga.

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a. daripada Nabi SAW sabdanya,
“Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, 
ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan 
pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. 
(At-Tirmidzi)

10) Menyediakan juadah berbuka dan bersahur .
11) Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan.
12) Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur.
13) Melibatkan diri dalam aktiviti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar.

Kesimpulannya setiap wanita yang datang haid dan nifas, tidak pernah dibeza dan diketepikan oleh Islam. Walaupun mereka tidak dapat menunaikan ibadah puasa (dan solat) mereka tidak kehilangan peluang untuk menikmati kelebihan bulan Ramadhan Al Mubarak.





Kadang2 kita sebagai wanita kurang sedar yang ibadah-ibadah lain yang ada di dalam islam yang boleh kita amalkan walaupun dalam keadaan uzur. Kita hanya terfikir solat dan puasa sahaja ibadah ('',) 

Ketidaksedaran ini membuatkan para wanita yang didatangi haid mati akal dalam mengisi masa yang berharga di dalam bulan Ramadhan. Terbuanglah peluang begitu sahaja. Malah ada juga yang tidur sahaja disebabkan beranggapan mereka tidak boleh melakukan ibadah. Mudahan kita kaum-kaum hawa ni dijauhkan dari sifat macam ni yerk...

ALLAH Maha Pemurah & Penyayang. Banyak peluang lain yang ALLAH sediakan buat hamba-hambaNYA. Dan pahala dariNYA memang DIA sediakan buat hamba-hambaNYA yang suka mencari keredhaanNYA. Konsep ibadah ini terlalu luas. Seluruh kehidupan kita juga boleh dijadikan ibadah jika kita melakukan perkara-perkara kebaikan. 
Selamat beribadah kawan-kawan di 10 terakhir Ramadhan ni.

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

20 June 2015

Cara Solat Tarawih Bersendirian di Rumah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Bijaksananya Allah swt.. wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..

Selain menghindar diri dari fitnah, wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, meh tengok caranya..


Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah


Niatnya :

أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


Bilangan rakaat suka hati.. buatlaa yang termampu. Paling ringkas buat 13 rakaat, 10 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

NOTA:

Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)

SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


Zikir Selepas Solat Witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :

Doa Solat Witir

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,

dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.

Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid/surau. Dan tiada alasan bagi yang ada anak kecil. Kita boleh buat lepas anak-anak dah tidur. Mari kita sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak buat solat tarawih, tahun ni kita buat.

Jika korang nak tahu klik kat cini PANDUAN SOLAT SUNAT TERAWIH

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

10 June 2015

Amalan Wajib Menjemput Rezeki

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Saya dapat ilmu ni dari kawan2 group tele beautiful & charming Shaklee. Best kawan kat citu. Walaupun kami hanya kenal melalui online tapi kami saling berkongsi ilmu...berkongsi pendapat tentang masalah customer..berkongsi testimonial...macam2 lah ilmu kami dapat. Itulah antara sebab kenapa saya pilih Shaklee di bawah group kami :)

Jadi saya letak kat blog ni untuk kawan2 lain dapat manfaat bersama dan nota peringatan untuk diri saya sendiri juga♡

♡Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

♡Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

♡Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

♡Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

*Pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk buka tabung-tabung ni!

♡Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1) Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2) Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3) Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar mak dan ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi..

4) Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,


✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dan lain2

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni('',)

02 May 2015

7 Tips Pembuka Rezeki Anda!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezeki. Siapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.

Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang..

Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”..

Kita mengaku kita muslim,kita ada Allah tapi mengapa tidak dekatkan diri denganNYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi..

Berikut ini saya kongsikan kepada anda suatu amalan pemanggil rezeki dan pembuka pintu-pintu rezeki yang menjadi amalan orang-orang soleh..

1) Banyakkan beristighfar

Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam: Aku katakan kepda kaumku "Beristighfarlah kamu kepada Tuhan, sesungguhnya DIA adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai"

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri: “BERISTIGHFARLAH”..Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang anak, jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan yang berbeza. Kata imam Hasan al Basri:“Ini bukanlah pendapatku,inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”

2) Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…

Doa ini untuk didoakan kepada seorang lelaki..kerana Nabi doakan kepada Anas..kalau nak doakan untuk (dia) seorang wanita maka tukarlah dhomir(kata ganti nama) huwa(hu) kepada dhomir hiya(ha) seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَها وَوَلَدَها ووالسع لها في دارها وَبَارِكْ لَها فيما اعطيتها واحسن اعمالها والغفرلها

Adapun jika anda mahu amalkan doa ini untuk diri sendiri maka tukarkan dhomir huwa(dia lk) atau hiya(dia wanita) kepada dhomir ana seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي

Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi’ li fi dari, wa barikli fi ma a’toitani, wa ahsin a’mali, warghfirli.

Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartaku dan anak-anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku…

Berkat doa Nabi s.a.w kepada Anas r.a Allah telah panjangkan umur Anas bin Malik dan kurniakannya anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah,hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”
Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak (120 orang) dan umurnya ketika wafat 104 tahun (saturiwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW.

Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh mengharapkan rezeki yang diminta..

3) Selawat Murah Rezeki

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim

Ya.Allah rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya

Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi s.a.w..Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..

4) Ayat Seribu Dinar



Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja
Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib,
Wamayyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.
Innallah baalighul amrih.
Qod ja’allahu Likulli syai’in qodroo

Terjemahannya :

Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq,dari ayat dua dan tiga..

Kaedah beramal:

Amalkan setiap selepas solat subuh..Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu lagilah baik.Baca sebnyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib”

P\S:Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.Cara ini salah..Nak murah rezeki\maju dalam perniagaan bukan dengan gantung ayat 1000 dinar di permis perniagaan tapi kaedahnya ialah istiqamah membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan kepada Allah..

5) Banyak Bersedekah

Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah..Cara ini juga berkesan seperti tips-tips yang disebutkan di atas..Inilah kunci rahsia kekayaan ahli-ahli koprat muslim seperti Tan Sri Syed Bukhari..Sedekah adalah satu amalan yang ajaib,kerana semakin kita bersedekah semakin Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita..tapi bersedekah itu mesti niat kerana Allah(ikhlas)

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَلَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَـعِفُ لِمَن يَشَآءُ وَاللَّهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261).

6) Berbakti kepada Ibu Bapa

Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran Surah Al-Isra' Juz 15 Ayat
23 & 24:


Disebutkan di dalam Hadis:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

7) Melazimi Membaca surah al Waqi’ah

Diriwayatkan Sa’ad bin Abi waqas seorang Nabi s.a.w yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya di infaqkan ke jalan Allah

Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin waqas:”Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”

Jawabnya: "Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya

Ditanya kepada”Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”

Jawabnya”Aku tinggalkan kepada ank-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan surah al waqi’ah”..

Surah al waqi’ah ini menjadi amalan keluarga Prof Dato Dr Haron Din..sejak dari kecil lagi bapanya(Lebai Din)mewajibkan anak-anaknaya menghafaz dan mengamalkan surah al waqi’ah sebagai ikhtiar murah rezeki

Kata Dr Haron Din:

“Saya hafal sejak zaman ayah lagi..Ayah suruh kami baca surah al waqi’ah..Kami baca surah al waqi’ah Pada tiap-tiap malam jumaat dan ayah akan mengapalai membaca al waqi’ah dan dia latih kesemua anak-anak dia surah al waqi’ah,dan saya dapati betul..Ayah tidak meninggalkan sebarang harta..Emak hanya tinggalkan kedapa kami dalam 2 ekar setengah tanah tapi semua adik beradik tak nak dan kita waqafkan kepada sekolah S.A.R..Masing-masing berbekalkan dengan al Waqi’ah dan saya tak tinggal waqi’ah, dalam kereta,atas kapal terbang,di rumah nak tidur saya baca..so jangan tinggal waqi’ah..Orang-orang yang agak bermasalah rezeki ni baca waqi’ah..Kena yakin bahawa waqi’ah menjadi satu pendorong utama,tapi janganlah harap hari ni baca esok boleh jadi kaya..so beramal..saya beramal lama”

Pesanan saya:

1. Beramallah dengan tips-tips diatas secara konsistan..Jangan mengharap hari ini amal esok nak dah persoal kenapa tak kaya-kaya pun..

2.Yakinlah serta letakkan spenuh pengharapan kepada Allah supaya dengan ikhtiyar ini Allah melimpah rezeki kepada kita tidak putus-putus biarpun tidak kaya..

3. Beramal dengan tips-tips murah rezeki di atas bukanlah bermakna kita tidak payah keluar cari kerja..kita bukanlah seperti orang-orang yang telah sampai ke maqam beroleh rezeki tanpa sebarang kerja..

4. Pengalaman orang-orang yang beramal secara istiqamah salah satu dari tips-tips di atas memang menjadi..rezekinya mudah je..mereka yang saya kenali tidaklah sehingga menjadi jutawan tapi mereka tidka pernah rasa susah mendapat rezeki,rezeki ada sahaja..

5. Anda perlu tahu bila sebut rezeki,rezeki bukan sahaja WANG atau HARTA..ulama berpendapat kadang-kadang rezeki itu datang dalam bentuk seperti diberi kesihatan yang baik,mudah urusan,selamat dari musibah dan mendapat kebahagian..

6. Yang paling penting ialah tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah..Bila kita bertakwa pasti Allah memelihara rezeki kita..Bila kita buntu pasti Allah akan memberi jalan keluarnya dan Allah akan memberi kepada orang-orang yang bertakwa itu rezeki yang tidak pernah ia duga.

27 March 2015

Al-Kahfi Pagi Jumaat

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua.....

Semoga pagi yang indah ni memberikan kebahagiaan dan rezki yang lebih baik untuk kawan2.....

Mari kita amalkan 10 ayat dalam surah Al-Kahfi ni :)



Ummi Syahmi
ummirdinacong.blogspot.com

21 March 2015

Doa Rasulullah s.a.w Suka

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Petang ni nak sharing Doa yang Rasulullah s.a.w suka :) 

Info ni saya dapat dari mentor saya tau... Saya sayang sangat kat dia walaupun jarang jumpa... Sebab kerana dialah saya banyak berubah dari segi penampilan... cara pemikiran... dan yang paling penting beliau bukan sahaja mengajar saya dari segi nak naikkan taraf hidup melalui biznes tapi mengajar saya bagaimana cara amalan2 mendekatkan diri kepada pemberi rezeki... Ya Allah syukur sangat saya berjumpa dengan insan2 hebat seperti beliau dan kawan2 shaklee.. Kalau kawan2 nak sertai group kami boleh jer.. Jom lah pm saya untuk info lanjut. Tak best citer panjang2 kat cini. Wahhhh panjang plak saya membebel erkkk.. :) hehe...

ok nak tak doa tu?
Doa ini adalah salah satu antara 3 doa yang Rasulullah s.a.w suka

Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa bersyukur pada Mu...
Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati Mu...
Ya Allah, bantulah aku untuk memperelokkan ibadah ku kepada Mu...

Mudahkan doanya tapi sangat berkesan ke dalam jiwa... Mudahan info ni bermanfaat untuk kawan2 amalkan erkk!

13 June 2014

Rindu Bertemu Ramadhan Semula

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua..... 

Hari ini 15 Sya'aban... Sekejap jer dah separuh bulan Sya'aban kan... Rasa masa berlalu begitu pantas. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf pada sahabat-sahabat yang sedang membaca blog ini segala kekurangan atau kata-kata yang kurang manis dalam blog ini menyingung perasaan anda semua. Apa yang baik datangnya dari Allah s.w.t, mana yang buruk datang dari diri saya sendiri.....

Lebih kurang 15 hari jer lagi kita akan menyambut ramadhan kan. Jadi apa kata kita sama2 menghayati bersama kemunculan bulan Ramadhan yang bakal tiba ini... Hanya setahun sekali. Semoga kita memanfaatkan ramadhan kali ini dengan perubahan yang lebih baik dari segi perlakuan, kata-kata atau amalan kita pada Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w. 
InsyaaAllah :)



18 December 2013

Tips 8P Keluarga Bahagia...

Assalamualikum Semua...

Petang ni saya nak sharing tips "Keluarga Bahagia" dari Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Binti Mahamood. Ustazah mengguna istilah 8P ('',) Semoga kita mendapat manfaat bersama dari info ini. 


Sumber Dari Google

1) Pujian
P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Pujian tidak memerlukan wang ringgit. Pujian juga tidak memerlukan tenaga yang banyak. Jadi pasti tip yang pertama ini tidak sukar untuk kita amalkan! 

2) Pelukan
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Hasil dari kajian ahli-ahli pyschology mendapati dengan pelukan dapat memberi semangat & memberi ketenangan kepada pasangan sepanjang hari. Hasil kajian juga mendapati seseorang itu akan lebih panjang umurnya jika memeluk isterinya setiap hari kerana hasil dari pelukan dan sentuhan tersebut mengeluarkan hormon endorfin yang mana ianya baik untuk kesihatan tubuh.

3) Penghargaan
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal. Kalau mampu tidak menjadi masalah. Tetapi sebenarnya membelikan makanan kegemaran pasangan juga boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan diingati.

4) Perhatian 
Adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. Sebuk menguruskan anak-anak tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memberi perhatian yang cukup kepada suami. Sibuk dengan urusan kerja juga bukan alasan bagi sang suami. Carilah masa untuk pasangan kita. Apa salahnya sesekali kita telefon pasangan bertanya khabar kerana perkara-perkara yang sebegini kecil sebenarnya akan menghangatkan lagi hubungan suami isteri.

5) Persefahaman 
Adalah mustahil untuk kita sentiasa memahami sifat atau perangai pasangan kita. Tetapi dengan kamunikasi yang berkesan kita akan memahami diri pasangan. Persefahaman akan dapat dicapai apabila kita dapat duduk berbincang & sikap toleransi anatara satu sama lain. Terimalah pasangan kita seadanya. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita seharusnya bersyukur dan redha dengan jodoh yang ditetapkan olehNya.

6) Pergaulan 
Pergaulan yang dimaksudkan d sini ialah pasangan suami isteri haruslah menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Mungkin pada mulanya sekadar ingin berkawan tetapi sekiranya pergaulan sebagai seorang kawan itu tidak dibataskan dengan batas-batas agama tidak mustahil akan mendatangkan masalah kepada rumahtangga. Cuba letak diri kita di kedudukan suami atau isteri...pasti kita mahukan pasangan seorang yang setia!

7) Percutian
'Percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. Sekiranya sukar untuk meninggalkan anak dibawah penjagaan ahli keluarga yang lain tidak salah membawa mereka bersama. Hubungan kekeluargaan pasti lebih kukuh & mesra. Sekiranya anak-anak boleh ditinggalkan dibawah penjaaan ahli keluarga yang lain....nahh..ianya satu bonus buat kita.....2nd honeymoon! :))

8) Permohonan
P yang terakhir ialah 'Permohonan' iaitu berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Semoga pasangan kita diampunkan dosa, sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur, mendapat lindungan dari sebarang bencana, tenang bersama kita sebagai pasangannya dan juga anak-anak.


Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke 31.



Beliau juga menekankan kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. Kita hendaklah sentiasa dekat dengan Allah S.W.T...dan In Shaa Allah DIA juga akan sentiasa mendengar seterusnya memakbulkan doa kita untuk mengecapi kebahagian rumahtangga bersama pasangan :)

30 April 2013

Tips Amalkan Zikir Dengan Mudah...

Assalamualaikum Semua...


Hari ni saya nak share info yang susah orang nak amalkan boleh menjadi senang jika kita ada inisiatif nak cuba amalkan ('',) Biasa orang berzikir gunakan tasbih biasa atau tasbih digital kan? So, mulai hari ni anda boleh mencuba cara dibawah ni :



Mudah bukan cara ini.. Amalan zikir tidak sukar lagi di sangka untuk jadikan amalan seharian. Anda tidak perlu membawa tasbih di tangan, sudah boleh berzikir dengan cara mengira dijari dah lengkap satu pusingan 33x. 


Agama Islam itu Indah & Mudah.. Hati kita jer nak lakukan atau pun tidak :) Jadi, jangan lupa amalkan zikir setiap hari untuk mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t supaya hati lebih bersih & hidup lebih sempurna... Peringatan ni termasuk untuk diri saya juga.. Dalam proses didik hati ingin jadi yang terbaik dari yang terbaik disisi Allah s.w.t, InsyaAllah....