12 February 2013

Perkara yang pelu diambil dan elak ketika BERDIET!

Assalamualaikum Semua...

Hari ni saya nak kongsi tentang perkara-perkara yang perlu diambil atau elak ketika misi mengurangkan berat badan ('',) sumber ni saya dapat dari majalah Mingguan Wanita Bil:1522. 

Jadi jika ada kawan-kawan yang sedang dalam proses berdiett jom baca artikel yang saya jumpa ni... Kadang-kadang ilmu pengetahuan dan amalan tentang perkara-perkara mcm inilah akan cuba membantu kita makin kurus dan kekal langsing..


JAUHI MAKANAN DARIPADA PRODUK TEPUNG YANG DIPERTINGKATKAN
Tepung putih atau tepung yang dipertingkatkan perlu dielakkan bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan. Anda boleh cuba menggantikannya dgn sayuran. Utamakan sayur-sayuran hijau.

ELAKKAN MENGAMBIL GULA
Sebaiknya kurangkan pengambilan gula atau produk yang mengandungi gula. Makanan seperti coklat, gula-gula getah, biskut dan sebagainya memang enak dimakan tetapi ia tinggi gula.

MAKAN LIMA KALI SEHARI DALAM KUANTITI KECIL
Biasakan makan lima kali sehari, mengikut waktu yg betul dari bersarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam. Tetapi AWAS, pastikan anda mengambil makanan dlm kuantiti yg kecil serta pilih makanan yg bersesuaian dgn waktu makan anda.

MINUM BANYAK AIR
Anda perlu minum lebih banyak air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia akan membantu anda menurunkan berat badan dgn cepat.

JALANI OLAHRAGA
Olahraga membantu anda mengeluarkan peluh, membakar lemak sekaligus membantu tubuh bergerak dgn lebih aktif. Jika tidak gemar berolahraga, rajin-rajinkan diri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Atau anda boleh pilih utk berjalan-jalan di sekitar taman atau  padang permainan.

AMBIL LIMA SAJIAN BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN SETIAP HARI
Buah dan sayuran dapat diambil sebagai snek diantara sarapan pagi dan tengah hari, atau diantara waktu minum petang dan makan malam.

MAKAN DUA HINGGA EMPAT SAJIAN PROTEIN SETIAP HARI
Makanan sumber protein seperti ikan, produk susu, susu, dan telur, soya dan kacang-kacangan.

MAKAN SEDIKIT (DUA SAJIAN) IKAN KAYA OMEGA-3
Kurangi lemak, terutama lemak jenuh. Gunakan minyak zaitun seperti di dlm hidangan salad sebagai pengganti mayonis, dan pilih daging atau ayam tanpa lemak.

KURANGI GULA
Tambahkan gula secukupnya pada jus, gantikan minuman bersirap dgn air putih, dan elakkan minuman berkarbonat.

KURANGI MAKANAN SEGERA
Makanan segera mengandungi banyak lemak jenuh dan kurang nutrisi penting seperti serat, vitamin dan mineral.

08 February 2013

Sembelit Selepas Bersalin

Assalamualaikum Semua...

Adakah anda pernah mengalami kesukaran untuk membuang air besar selepas bersalin? Jom kita baca artikel dari Majalah Pa&Ma Ogos 2012 untuk mengatasi masalah ini.

Kesukaran membuang air besar atau lebih dikenali sebagai sembelit ini disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba. Bagi masyarakat Melayu, ibu-ibu yang baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut jadi buncit.

Selain itu, kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan turut menjadi penyumbang kepada masalah sembelit. Alasannya, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’. Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh. 

Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor:

1) Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
2) Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormon progesterone yang tinggi semasa hamil.
3) Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka episiotomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

Pencegahan Awal


Bagi memastikan anda tidak menghadapi seksa akibat sembelit, anda perlu melakukan langkah pencegahan sejak daripada hamil lagi. Dengan yang demikian, ia dapat mengelakkan sebarang simptom berkaitan buasir. 

Sehubungan itu, perubahan hormon progesteron sering kali menyebabkan pergerakan usus bertambah perlahan. Ini bagi membolehkan lebih banyak penyerapan makanan berlaku. Walau bagaimanapun, penyerapan air turut bertambah dan ia menyebabkan sembelit mudah berlaku. 

Harus diingat! Masalah sembelit sewaktu hamil menjadi bertambah teruk kerana anda kurang bersenam, mengabaikan pengambilan zat besi tambahan, makanan berserat tinggi dan air yang mencukupi. 

Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang cukup serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin sejak daripada awal kehamilan lagi. Dalam pada itu, senaman ringan adalah amalan baik untuk mengurangkan sembelit yang boleh menyebabkan buasir.


Untuk mengatasi masalah ini, cubalah cara-cara ini:
  • Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.
  • Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caesarean.
Vitamin Shaklee yang boleh membantu ialah:-

1) Ostematrix - untuk melawaskan pembuangan air besar
2) Zink & Vitamin C - Jika sembelit dah makin teruk untuk pembaikan luka
3) Alfalfa - Untuk membantu pembuangan air besar dengan 'smooth' dan tidak perlu meneran...

* Bagi ibu yang baru melahirkan bayi tidak digalakkan mengambil alfalfa dahulu sehingga bayi disahkan oleh doktor tidak mengalami jaundis(kuning)

Jika berminat untuk mendapatkan produk shaklee bolehlah menghubungi saya