Showing posts with label Gout. Show all posts
Showing posts with label Gout. Show all posts

08 July 2015

Usaha Memulihkan Penyakit Gout

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Kawan-kawan tahu apa itu penyakit Gout?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    1. Kegemukan (Obesiti)
    2. Tekanan Darah tinggi
    3. Kolesterol Tinggi
    4. Hiperlipidemia
    5. Diabetes (Kencing Manis)

Jika anda ingin mencuba alternatif untuk memulihkan Gout dengan Shaklee seperti kawan2 saya ni anda boleh mencuba ambil Vivix. Vivix adalah sejenis minuman yang senang untuk kita ambil semasa perut kosong. Mana tahu dengan izin Allah penyakit Gout boleh dipulihkan.


Apa lagi erkk kelebihan Vivix yang boleh membantu anda??

  • Mengecutkan tiroid
  • Memudahkan perokok berhenti merokok
  • Merawat kencing manis
  • Merawat sakit jantung
  • Menurunkan darah tinggi
  • Menghilangkan migrain
  • Menyokong kesihatan sendi
  • Merawat resdung
  • Menjadikan anda 25 tahun lebih muda (Awet Muda)
  • Melawan Kanser
Jika anda ingin membeli suplemen VIVIX ini, boleh menghubungi kami untuk berurusan selanjutnya



Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

07 September 2014

Penderita Penyakit Gout 20 Tahun

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....


Hari ini saya nak kongsi pengalaman salah seorang ayah kepada pengedar shaklee. Ayahnya mengalami penyakit gout hampir 20 tahun. Kini ayahnya semakin pulih dengan mengambil suplemen Shaklee... Mari kita hayati bersama kisah ayah Siera Haiyi...


KISAH BENAR 
----------------------
[AYAHKU PENDERITA GOUT 20 TAHUN..…]

Kisah bermula ketika saya berumur 12 tahun. Ayah bawa saya ke Sunway Lagoon. Bukan main sukanya hati ni dapat berjimba-jimba disana bersama kakak saya.
Sedang bersukaria, tiba-tiba ayah mengerang kesakitan. Katanya kakinya amat sakit, nak bangun pun tak boleh. Ibu mula resah. Saya apatah lagi. Macam-macam yang terlintas di kepala waktu itu.

"Kenapa ayah tiba-tiba jadi begini?"
"Adakah ayah lumpuh?"

Astagfirullah…susahnya hati saya masa itu. Terbantut nak bersukaria. Hari yang gembira bertukar menjadi duka. Ayah ditolak dengan “wheel chair” ke kereta. Dan ibu terus memandu kereta menuju ke klinik berhampiran. Ayah diberi Pill Killer.

Sehingga kini umur saya 30 tahun.
Ayah masih makan pill killer setiap kali gout menyerang. Dah jadi macam gula-gula. Goutnye kerap bertandang. Sekarang makin teruk. Bengkak-bengkak di tumit dan juga di tangan. Bukan bengkak biasa. Siap bernanah besar-besar pula tu. Naik seram saya tengok. Dalam hati…bilakah semua ini akan berakhir??
Saya simpati ayah jalan henjut-henjut....
Saya sedih ayah solat tidak dapat duduk dengan betul ketika tahyat awal mahupun akhir.
Saya nangis belakang pintu lihat ayah terbaring mengerang sakit atas katil ketika mana dia tak kuat untuk berjalan.
Hanya doa yang mampu saya panjatkan. Doa yang tanpa usaha.
Ustaz masa sekolah cakap… Doa tanpa usaha adalah SIA-SIA.tetapi ituje yang saya mampu.
Sedih....

1 hari.. tergerak hati saya untuk berikan ayah OMEGA dan ALFAFA Shaklee. Saya ada terbaca yang Omega mampu mengurangkan radang sendi dan juga kesakitan. Manakala Alfafa mampu meneutralkan uric acid kepada alkali. Wahh menarik!! teruja saya nak berikan kepada ayah saya. Saya beri pada ayah dan tulis besar-besar pada botol. Tiba waktu makan, saya SMS ayah.
"Ayah dah makan OMEGA?"
"Dah makan ALAFA?"

Begitulah bersungguhnya saya inginkan ayah sihat. Ayah saya patuh dan konsisten menelan 2 supplemen ini.
Sambil saya tak henti-henti berdoa moga inilah usaha terbaik untuk ayah saya.

Hari yang cerah. Ayah baru pulang dari cek up di hospital. Wajahnya girang dan berseri.
Dihulurkan sehelai kertas kepada saya.

"Kertas apa ni?"
Masyallah!!terkejut saya lihat bacaan uric asid ayah saya berada di paras NORMAL!!!
Ya Allah..bergenang air mata saya.
"Dah 20 tahun…ayah tak pernah pun dapat bacaan uric asid NORMAL. Doktor pun terkejut. Bagus ye Shaklee " kata ayah

Dah setahun ayah bersama Shaklee… Saya asyik intai je kakinya. Tiada lagi bengkak… Tiada jalan hinjut-hinjut… Tiada nanah besar-besar.

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
Hati anak mana yang tak gembira apabila ayah tersayang kembali ceria menjalankan kehidupan…

Terima kasih Allah…..

"..Why i love this amazing company....Not a ringgit was earned without somebody first helping somebody else become healthier, giving somebody an opportunity to have better life for their family, making planet a more sustainable place.."
CEO Shaklee Corporation
..........................................................................

Alhamdulillah, baca kisahnya saya turut merasai betapa gembiranya hati beliau melihat perbezaan ayahnya yang semakin sihat... Syukur sangat. Saya juga turut tumpang gembira untuk ayah beliau. Mari kita doa bersama-sama untuk ayah beliau. Mudahan ayahnya kekal sihat, InsyaaAllah.....

Jika anda berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!