Showing posts with label Pedoman Hidup. Show all posts
Showing posts with label Pedoman Hidup. Show all posts

02 October 2015

CINTA HIGH CLASS!

Assalamualaikum & Salam Jumaat Kawan2 Semua.....

Memandangkan saya masih bercuti-cuti menjaga anak chicken pox kan jadi saya berkesempatan menonton rancangan FIQH WANITA di TV3 tadi. Topiknya hari ni tadi Cinta High Class. Seronok gak dengar tadi. Belajar ilmu baru kan.. Alhamdulillah diberi peluang dengar tazkirah dari perbincangan Ustazah Fatimah Syarha yang comel serta ayu tu... Sopan santun sungguh ustazah tu. Moga info ni bermanfaat untuk kawan2.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

♡CINTA HIGH CLASS♡

Cintakan Allah dahulu sebelum kita mencintai sesama manusia. Itu baru dinamakan Cinta High Class!

Ada 3 jenis CINTA

1) CINTA AGUNG
Cinta kita kepada Allah, Rasul & Jihad ke atas jalanNya...

2) CINTA PERTENGAHAN
Cinta kita sesama manusia iaitu suami, anak2, ibu ayah, keluarga, harta benda, rumah, perniagaan dll

3) CINTA PALING BAWAH @ HINA
Cinta yang mengutamakan CINTA PERTENGAHAN daripada CINTA AGUNG. Contohnya bila kita berniaga sehingga melupakan solat. Bila lepas bernikah seronok sangat sehingga lupa menunaikan solat subuh paginya. Itulah antara contohnya yang boleh kita nampak CINTA yang dikategorikan CINTA HINA...

Oleh USTAZAH FATIMAH SYARHA♡

Semoga kita semua tidak tergolong dalam CINTA yang no 3 tu yer kawan2....

Korang memang Comeii sebab sudi membaca di blog saya. Jika sudi rajin-rajin lah lagi singgah membaca di sini yer('',)

21 May 2015

Duit Derma Duit Kita :)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

SELAMAT HARI GAJI pada kawan-kawan yang bekerja dengan kerajaan (Goverment) 
Jangan lupa zakat tau kawan-kawan.... bukan apa gaji kita ni bukan untuk diri kita jer, ada bahagian2 tertentu yang kita perlu agihkan. Antara utamanya adalah berzakat supaya bagi gaji kita suci bersih dan sentiasa diberkati.. InsyaaAllah. 
Peringatan ni bukan untuk kawan-kawan jer tapi untuk diri saya sendiri juga♡


Terima kasih kerana sudi menjengah di blog saya ('',)

03 November 2014

Salam Hari Asyura 10 Muharram

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Hari ini 03 November 2014 bersamaan 10 Muharram 1436 H. Dipanggil juga sebagai hari Asyura. Korang tahu tak apa sejarah Asyura ni? Saya jumpa artikel ini dari sumber http://ms.wikipedia.org/ untuk tambahan info saya sendiri. Saya letak di blog untuk kita sama-sama ambil tahu apa yang ada pada 10 Muharram :) 
Semoga bermanfaat untuk kawan-kawan yang membaca di blog ini...

...........................................................

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah keMadinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Sayyidina Hussein bin Ali r.a. telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di padang Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid dari Bani Umaiyah membunuh Saiyyidina Hussein r.a. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyyidina Hussein r.a.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura
  • Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  • Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
  • Memuliakan fakir miskin.
  • Menahan marah.
  • Menunjukkan jalan yang lurus / membetulkan orang yang sesat / orang yang salah (terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya).
  • Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka).
  • Bersedekah.
  • Memelihara kehormatan diri.
  • Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak.
  • Membaca Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali.
  • Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa.
Selamat Hari Asyura Semua!

19 September 2014

Jangan Malu Berdoa!

Assalamualaikum & Salam Pagi Jumaat Semua.....

Pagi ni sajer nak kongsi tazkirah... Orang kata kalau kita dapat ilmu yang baik elok dikongsikan bersama-sama.... Mudahan kita dapat manfaat dari perkongsian ini :)



Jangan kedekut berdoa. Ada satu doa yang Allah jamin akan maqbulkan bila-bila masa saja iaitu doa kepada seseorang tanpa orang itu mengetahui dia didoakan. Apabila kita mendoakan orang lain, akan hadir bersama seorang malaikat yang akan mendoakan DOA yang sama pula untuk kita. Syaratnya – JANGAN beritahu orang yang didoakan itu....

Teringat pesanan saya oleh Ustaz Don masa pergi Festival Makanan Halal kat Mines hari tu... Jika kita/family sakit atau sedang mengalami pembedahan selalulah menyebut perkataan "LailahaillAllah" seberapa banyak yang mungkin. Tak yah kira. Sebut jer, InsyaaAllah akan mengurangkan kesakitan dan mempermudahkan kesakitan tu...

Lagi satu Ustaz Don pesan, selepas solat jangan lupa zikir "Subhaanaallah, Alhamdulillah, Allahuakbar" sebanyak 33x setiap satu. Banyak kelebihannya... Amalan ni adalah amalan yang disukai Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w. Jom kit aamalkan bersama, mudahan kita tergolong di kalangan orang yang beriman & orang yang sentiasa dilindungi Allah selalu..
Amennnnn.........

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini!

06 March 2014

Pesanan LUQMAN AL-HAKIM kepada anak-anaknya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Anda dah makan tengah hari? Petang ni saya nak kongsi antara pesanan Luqman Al-Hakim pada anak-anaknya untuk pegangangan hidup. Semoga pesanan ini kita boleh aplikasikan pada anak-anak kita :) Sama-sama menjadi insan yang lebih sempurna... InsyaaAllah.


25 PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA


01- Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam layari lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA . ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02- Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH . Orang yang insaf akan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan ALLAH juga.

03- Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH , maka dia tawwaduk kepada ALLAH , dia akan dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04- Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

05- Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06- Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07- Hai anakkku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah , memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08- Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat,tetapi akan lebih berat daripada semua itu bilamana engkau mempunyai tetangga ( jiran ) yang jahat.

09- Hai anakku, janganlah engkau mengirim orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang cerdik , sebaiknya dirimu saja yang layak menjadi utusan.

10- Jauhilah dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan bagaikan memakan daging burung padahal berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11- Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12- Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13- Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14- Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang bertakwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka .

15- Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih ia mahu menambahnya.

16- Hai anakku, bilamasa engkau mahu mencari kawan sejati , maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

17- Selalulah baik tuturkata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.


18- Hai anakku, bila engkau berteman tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19- Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau menghadap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20- Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu hatimu selalu disusuhkan oleh dunia sahaja, kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21- Hai anakku, usahakanlah mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalu berbicara usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22- Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalu bukan sesuatu yang mengelikan , janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidal ada guna bagimu, janganlah sia-siakan hartamu.

23- Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun , dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya daripada berkata kotor tentu akan menyesal.

24- Hai anakku, bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikan kata nasihatnya kerana kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya. Hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.


25- Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

21 February 2014

Tips Mudah Bangun Pagi

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua...

Tips mudah bangun pagi ni sebenarnya untuk saya buat rujukan seharian hidup.. Ni tips yang dikongsi oleh Kak Shareena atau glemer dipanggil Kak Long :) TQ kak atas perkongsian yang sangat berguna untuk diri saya... Semoga info ni juga bermanfaat untuk anda semua.
.........................................

Sharing tips bagaimana untuk bangun awal pagi sebelum Subuh.

Tips ini hanyalah peringatan untuk diri sendiri untuk diamalkan dan dilaksanakan. Moga bermanfaat buat semua.
  • Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Niat juga dalam hati, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Contoh : “Esok saya akan bangun pada jam 5.00 pagi."
  • Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin. Akan ada malaikat yang mendoakan kita sepanjang tidur hingga sedar esok harinya
  • Dirikan solat sunat taubat dua rakaat sebelum tidur. Sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  • Gunakan alat bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Setkan alarm telefon berhampiran dengan kita. 
  • Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  • Baca doa sebelum tidur dan baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas. Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.

  • Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan beristighfar, memuji dan memuja Allah SWT.  Astaghfirullahalla'zim, SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

  • Selepas itu bayangkan impian anda/ fikirkan yang positif-positif sampailah tertidur.
  • Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan jadi habit dengan amalan ini jika dilakukan terus-menerus tanpa berputus asa.
  • Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini pagi. 
Semoga tips ni berguna untuk anda semua :)