21 November 2014

Karnival Upin Ipin di PICC Putrajaya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….


Esok dah start cuti sekolah kan? Apa aktiviti korang weekend ni? Dah ada aktiviti ker yang korang dah rancang untuk anak-anak korang? Kalau belum apa kata bawa mereka pergi ke Karnival Upin Ipin di PICC Putrajaya yang berlangsung mulai hari ini 21 November sehingga 23 November 2014 di Dewan Perdana dan Dewan Putra B.




Karnival Upin Ipin 2014 di PICC Putrajaya 
21 - 23 November 2014  
Dewan Perdana & Dewan Putra B.

Dilampirkan ringkasan yuran kemasukkan bagi Karnival Upin Ipin 2014 :

Dewan Perdana 


Ultraman Show 
Upin & Ipin Show 
Aktiviti Mewarna
Aktiviti "Face Painting"
Pet Zoo
Aktiviti Jualan
Dan lain-lain aktiviti

Dewasa : Percuma
Kanak-Kanak ( 6 - 12 tahun ) : Percuma
Bawah 5 tahun : Percuma

Dewan Putra B 

Magical Performance Of Upin & Ipin
=============================

Dewasa : RM15
Kanak-Kanak ( 6 - 12 tahun ) : RM5
Bawah 5 tahun : Percuma

Jejak Kegembiraan
================

Dewasa : RM15
Kanak-Kanak ( 6 - 12 tahun ) : RM5
Bawah 5 tahun : Percuma

Angkasa Ria
==========

Dewasa : RM3
Kanak-Kanak ( 6 - 12 tahun ) : RM3
Bawah 5 tahun : Percuma

Karnival Upin & Ipin
 Karnival Upin & Ipin
Karnival Upin & Ipin

20 November 2014

Penyusuan Susu Ibu Permulaan Terbaik Bayi Anda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Hari ini saya ada pemeriksaan kehamilan minggu yang ke 39 :) Kejap jer masa berlalu kan. Minggu depan dah sampai tarikh 'due date'. 

Semasa tengah menunggu giliran untuk diperiksa, tiba2 nama saya dipanggil oleh nurse untuk diwajibkan mendengar sesi taklimat tentang "Penyusuan Susu Ibu". Masa nama kena panggil tu rasakan malas jer nak dengar. Dah pernah dengar pun. Dalam hati ni duk cakap tak payah dengar dah kot. Lagi pun dah pernah ada pengalaman menyusukan anak pertama dulu. Tapikan bila pikir balik, fikirkan positifnya baik dengar mana tahu leh dapat info2 baru untuk tambahkan ilmu kan. Lagi pun memang tak boleh nak elak, nurse kata wajib dengar yer. Tak perlah bukan lama pun dalam 10-15 minit jer. Lepas sesi taklimat tu tak sangka siap dapat free gift lagi tau... Tak menyesal pergi ('',)

Free Gift dari PPUKM

Pada pendapat saya, semua ibu-ibu yang hamil patut dengar taklimat ini untuk info persediaan menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun.. Walaupun saya berjaya menyusukan anak pertama sehingga lebih 2 tahun, tapi taklimat macam ni patut kita dengar untuk info2 baru dan mengingatkan kita semula cara penyusuan yang betul! Memang banyak info yang korang patut tahu. Jika kita kurang ilmu, mungkin untuk menjayakan penyusuan susu ibu tak kan tercapai. Ini pendapat saya lah kan, tapi terpulang pada pandangan individu masing-masing untuk menilainya macam mana... Setiap pendapat tak sama walaupun rambut sama hitam bak kata orang2 tua cakap..hehe...

Jururawat Terlatih PPUKM yang memberi taklimat 
Kat bawah ni antara pamphlet yang disediakan di dalam bilik taklimat tu. Saya kongsikan di blog ni untuk info bersama. Saya sempatlah ambik gambar slide yang disampaikan oleh jururawat tersebut. Nanti saya cerita info yang saya dapat masa mendengar taklimat Penyusuan Susu Ibu tu di entry yang lain yer. 

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

19 November 2014

Tips Rambut Bersinar Cantik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Suka tak kalau rambut kita berkilau & sihat cantik? Rambut kuat dan tak mudah gugur. Kalau korang nak kuatkan rambut kena rajin makan ikan salmon sebab dalam ikan salmon ada protein, vitamin d, asid lemak omega 3. 


Selain ikan salmon, omega 3 boleh terdapat menerusi ikan lain seperti sardin, trout dan kembung. Nutrisi lain yg boleh membantu kuatkan rambut adalah daripada avocado, biji labu, dan kacang walnut.

Jika korang rasa macam susah nak ambil makanan tu setiap hari boleh gantikan dengan suplemen semulajadi seperti Omega Guard Shaklee.. 
Mudah & senang diambil ('',)

Sebiji cuma rm1.50 (Harga Retail)
Nak tahu harga lebih jimat boleh hubungi kami untuk info lanjut. Bulan ini ada harga istimewa untuk pembelian Omega Guard. Jangan lepaskan peluang untuk mengekalkan kecantikan mahkota penting wanita!


18 November 2014

Mengoncang Bayi Boleh Membunuh!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Tadi saya ada pemeriksaan kehamilan untuk minggu ke 38. Masa tengah menunggu giliran untuk pemeriksaan oleh jururawat, saya terjumpa pamplet yang sangat berguna untuk info saya sebagai ibu bapa muda. Kadang-kadang kita terlepas pandang perkara-perkara yang kecil. Banyak ilmu yang perlu kita pelajari sebenarnya sebagai ibu bapa supaya kita dapat menjadi ibu bapa yang terbaik bagi anak-anak kita yang sedang membesar.


Apakah yang dimaksudkan dengan SINDROM BAYI TERGONCANG?

Sindrom bayi tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh MEMBUNUH BAYI tersebut.

Mengoncang bayi boleh membunuh

Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar di mana beratnya adalah 25% (1/4) daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.

Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak. Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan pendarahan.

Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakan hentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atas tilam). 

Apakah peringkat umur bayi yang paling berisiko?

Bayi berumur 0-9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayi tergoncang, walaubagaimanapun terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun.

Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan2 berikut :-
  • Apabila anak/bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yang menjaga anak/bayi tersebut berada dalam keadaan kecewa, marah dan stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat.
  • Penjaga bayi/kanak-kanak hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganas di bawah pengaruh dadah/alkohol/masalah kewangan. 

JANGAN MENGONCANG BAYI ANDA!

Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar, kembung perut, demam atau merasa tidak selesa. Setiap penjaga bayi harus bersabar dan tenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan makanan seimbang agar sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan belajarlah cara-cara menangani stress dengan bijak...

13 November 2014

Tanda Sakit Jantung Bagi Wanita

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….


Artikel ni kawan sharing di whatssapp group biz Shaklee. Saya rasa sangat berguna untuk wanita-wanita tahu tanda-tanda ni... Jadi saya kongsikan di blog ni. Semoga bermanfaat untuk semua :)

Nampak tak ayat yang bawah tu yang merisaukan wanita-wanita

Lebih kurang 50% wanita yang mendapat serangan jantung 
MATI sebelum tiba di hospital!

Takutkan dengar?? Jadi saya nasihatkan wanita-wanita yang cantik-cantik di luar sana berhati-hati yer... Jaga pemakanan anda. Buat pemeriksaan jika rasa badan kurang selesa. Kalau boleh ambil lah suplemen untuk jagaan kesihatan anda masa akan datang. 

Sayangilah diri anda untuk orang sekeliling anda yang masih memerlukan anda, menyayangi diri anda!

12 November 2014

Bahaya Tak Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil?


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Sumber Google
Sebenarnya memang dah lama nak kongsi tentang kebahayaan darah tinggi semasa hamil ni. Tapi tak reti sangat nak cerita macam mana... Boleh ker macam tu? Sebab masa anak pertama dulu pengalaman sendiri yer dah nak hujung bersalin tak silap 35 minggu ker 34 minggu gitu detect ada kencing kotor.  

Pastu setiap minggu kena pergi ambil ujian urine mesti protein tinggi. Sampai lah kena simpan kencing dalam tabung besar sepanjang 12jam.. Sebab nak tahu keputusan samada urine kita ni memng betul2 ada protein tinggi atau tak. Masa 38 minggu tahu keputusan.. YES, urine ku protein tinggi. Salah satu sebabnya kurang minum air masak. Sebab tu ketika hamil penting yer minum air masak secukupnya dan jaga pemakanan dengan betul. Dan vitamin pun jangan lupa ambil untuk memenuhi nutrisi yang mencukupi untuk bb dan ibu sekali. 

So, apa lagi kena tahan terus lah untuk bersalin awal.. walaupun belum ada tanda sakit nak bersalin. Time2 tu gak lah bila check darah tinggi ku naik. Tak turun-turun.. pastu ada pening-pening cikit. Doktor kata tak boleh tunggu lama, perlu bersalin gak hari ini.  Sebab tu tanda-tanda pre-eclampsia (hampir nak ke sawan = kencing kotor+tekanan darah tinggi) 

Jadi ku terpaksa lah induce :( Tulah kurang lagi minum air masak kan.. pemakanan pun tak jaga.. vitamin tu tak ambil port sangat.. Jadi bersalin kali ini saya lebih berhati2 dan rajin makan vitamin tau.. Alhamdulillah dah nak masuk 38 minggu ni semuanya berjalan baik.. Syukur sangat. Mudahan kekal hingga bersalin dan melahirkan bayi secara normal. Insyaa Allah

Ok, jom baca info kat bawah ni perkongsian dari kawan baik saya Siti Amilia.

**************************
Tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110-70 atau 120-80.

Berlaku selepas usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Gestational Hypertension. Inilah yang dikatakan tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Bagaimana ini terjadi?
Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna”. 

Risiko / Komplikasi
  • Bayi
Apabila darah tidak dpt mengalir degnan baik, tentunya nutrisi secukupnya tidak dapat diberikan kepada janin. Ini akan mengakibatkan risiko kecacatan, kelahiran pra matang dan juga ekmatian dalam perut.
  • Ibu
Ibu mungkin mengalami sawan, malahan boleh menyebabkan strok jika tekanan darah terlalu tinggi.Ini akn menyebabkan risiko kematian ibu dan bayi sekaligus.
  • Cadangan
Pengambilan Omega Guard Shaklee seawal trimester ke-2 membantu mengawal tekanan darah. Ini kerana omega 3 bertindak membersihkan saluran darah dari dipenuhi kolesterol yang menyebabkan saluran darah sempit. Selain itu kandungan DHA dan EPA baik untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. 

*****************************

Omega Guard Shaklee ni banyak kelebihan jika korang rajin amalkan.. 
Siapa yang memerlukan Omega ni?

  • Ibu hamil (perkembangan otak bayi dalam kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi selepas bayi dilahirkan)
  • Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)
  • Kanak-kanak (Usia 0-6 tahun adalah peringkat umur yang sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yang pintar perlukan makanan yang kaya denagn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus untuk sistem imunisasi kanak2, asma, eczema)
  • Individu yang ingin mengawal berat badan (Omega 3 meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • Individu yang ingin meningkatkan kepekaan , daya ingatan, kecekapan kerja 
  • Lelaki yang mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan banyak lagi
  • Wanita yang mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan (tulang dan sendi)

Jika berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



11 November 2014

Pemeriksaan Kehamilan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Alhamdulilah selesai check up untuk 37 minggu 5 hari. Jika belum bersalin jumpa lagi nurse next week yer!


Mudahan kesihatan baik-baik sehingga bersalin. Sekarang berat 70kg Naik 16kg dari awal pregnant. 

Next week monitor berat lagi. Alahai camner nak wat selera bertambah mestilah berat bertambah kan..hehe... So, kena kawal lah pemakanan lepas ni :)

Ohh yer hujung2 kehamilan ni jangan lupa yer catit pergerakan bb...penting nurse kata..penat hamil...nanti dalam pantang xder baby. Nurse cakap ada kawan dia dah 38weeks bb meninggal dalam perut sebab terbelit tali pusat.. bahayakan... sebab tu penting monitor pergerakan bb. Mintalah jauhkan dari perkara macam tu... Doa banyak-banyak yer kawan-kawan yang seangkatan dengan saya. Semoga kita dan bb selamat hingga bersalin. AMEEN!

Jika korang nak tahu suplemen apa yang saya ambil semasa kehamilan? Korang boleh baca kat sini untuk tambahan info demi kesihatan yang terbaik untuk bayi dan anda yang sedang hamil ('',)

Minyak Ikan Untuk Kesihatan Jantung

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Tahu tak anda yang minyak ikan dapat membantu untuk kesihatan jantung! Anda boleh baca artikel dibawah untuk pemahaman yang lebih jelas.


Penyelidikan menunjukkan banyak manfaat yang boleh didapati menerusi minyak ikan untuk kesihatan tubuh badan. Namun, bukti ilmiah menunujukkan minyak ikan paling bermanfaat untuk kesihatan jantung.

Tubuh kita tidak dapat menghasilkan omega-3, oleh sebab itu untuk mendapatkan jumlah yang diperlukan kita perlu mengambil makanan yang mengandungi omega-3 tau suplemen.

Sebaiknya pilih ikan yang berukuran kecil seperti sardin kerana ia mengandungi toksin yang sedikit berbanding ikan lain yang berada di atas rantai makanan. Semakin besar ukuran ikan, semakin besar juga kemungkinan ia tercemar. Pastikan juga anda membeli ikan yang berkualiti tinggi.

Jika anda ingin mencari suplemen untuk kesihatan jantung, anda boleh mencuba minyak ikan terbaik dari produk Shaklee Omega Guard.

Shaklee Omega Guard merupakan suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Bagi setiap satu hidangan Omega Guard memberikan 10000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA dan EPA.

Asid Lemak Omega-3 (EPA&DHA) merupakan sejenis asid lemak yang penting dan diperlukan untuk keseluruhan kesihatan manusia. Memandangkan ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh, maka kita perlu mendapatkannya melalui diet atau pengambilan suplemen. Asid Lemak Omega-3 sangat penting dalam perkembangan dan fungsi otak yang sihat, juga untuk keseluruhan proses perkembangan


Ultra tulen dan berkualiti tinggi ikan laut dalam kaya dengan Omega-3 namun ia sarat dengan merkuri dan PCB ekoran dari pencemaran laut. Namun, OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari molekul pelbagai peringkat bagi memekatkan asid lemak Omega-3 tulen yang berkhasiat sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya lain seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakkan ikan.

Pilihlah minyak ikan yang terbaik untuk kesihatan jantung anda!

Jika berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk info lanjut untuk membuat pilihan minyak ikan terbaik anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!




10 November 2014

Minyak Ikan Untuk Kanak-Kanak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Petang ni saya nak kongsikan video anak saya sendiri makan Omega Guard. Alhamdulillah dia sekarang dah boleh makan dengan hanya menggigit sahaja Omega tu tanpa paksaan. Kalau tak sebelum ni nak bagi dia makan mesti berlari menyorok dalam bilik :)


Antara kebaikan Omega Guard untuk kanak-kanak adalah :-
  • Meningkatkan kecerdasan otak kanak-kanak
  • Membantu merawat asma di kalangan kanak-kanak
  • Membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD
  • Membantu mengekalkan kesihatan optima kepada kanak-kanak
  • Meningkatkan keupayaan pembelajaran dan kemahiran kognitifkanak-kanak

Puding Soya Bubur Cha Cha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Semalam hujung minggu kebiasaan memang suka mencuba resepi baru untuk masak terutama kek atau puding-puding ni. Saje wat makan-makan untuk kudapan si comel Irdina :) Berapa kali ulang dia makan puding tu.

Dah lama sebenarnya simpan resepi ni tau, semalam baru ada kelapangan untuk mencuba. Memang mudah nak membuatnya, cuma rajin dengan tak jer.. Lagi pun empunya resepi ni Kak Yatie memang bagi resepi mudah faham. Suka sangat refer resepi dari blog dia.. So far cuba memang menjadi... TQ Kak Yatie! 

Saya ada olah cikit resepi tu sebab cendol tak der, gantilah dengan bubur cha cha. Pastu tambah cikit gula dengan susu pekat manis supaya tak payah letak sirap gula melaka. Boleh makan macam tu jer. Tak manis sangat, tak tawar sangat.... Sedang-sedang jer manisnya ('',)

Puding Untuk Irdina :)

Bahan-Bahan

10 gm serbuk agar-agar
1 cawan air
1/4 cawan gula pasir (saya guna 1/2 cawan)
1/2 cawan susu cair
4 cawan air soya Yeo's- (1 liter)
2 sudu besar tepung kastad-(bancuh dngn air soya dulu)
1 sudu kecil esen vanilla
250 gm cendol-toskan airnya (saya ganti dengan bubur cha cha)
*tambah 4 sudu besar susu pekat manis

Cara-Caranya
  1. Rebus bubur cha cha sehingga masak dan toskan airnya.
  2. Dalam periuk lain masukkan 1 cawan air, gula dan serbuk agar-agar dalam periuk. Masak guna api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan susu cair, susu pekat, minuman soya Yeo's dan esen vanilla. Masak hingga mendidih dan kacau sentiasa. 
  4. Bila dah siap, tutup api dan ketepikan dulu. Sementara tu masukkan bubur cha cha dalam acuan.
  5. Tuangkan adunan puding dalam bekas yang berisi bubur cha cha tadi.
  6. Biarkan sejuk dan mengeras. Masukkan dalam peti ais.
  7. Sedap di makan sejuk.
Kalau nak tahu soya Yeo's mana yang saya guna. Saya guna yang macam gambar bawah ni sama macam Kak Yatie guna gak.. Soya dia lemak-lemak dan tak manis sangat...


Korang boleh lah mencuba resepi yang simple dan sedap ni untuk aktiviti hujung minggu anda dengan keluarga...

Selamat mencuba!

07 November 2014

Petua Mudah Bersalin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Ada banyak petua tradisional yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil menjelang tarikh kelahiran bayi mereka. Jom semak petua tersebut yang mudah diamalkan.


Makan Kurma



Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan makan kurma. Ia berperanan membekalkan tenaga ketika sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim.

Minum Air Kelapa



Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.

Makan Bendi


Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia direbus terlebih dahulu. Lendir yang ada pada bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.

Telur Ayam Kampung



Supaya mudah bersalin, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. InshaAllah proses kelahiran menjadi mudah.

Minyak Kelapa Dara


Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InshaaAllah berkesan.

********************************
Semua petua diatas kebanyakkannya saya boleh amalkan, satu jer tak sanggup :) Makan telur ayam kampung mentah... Wahhh ini memang tekak ku tak boleh nak telan. Alangkan telur separuh masak pun tak boleh nak telan, ni kan telur mentah... Memang tak lah kan..hihi.. Kalau korang boleh, memang hebatt lah ('',)

Selamat mencuba kepada ibu-ibu hamil seperti saya..... Mudahan kita dipermudahkan segalanya semasa proses bersalin nanti.. Dah 37weeks saya... Nerves makin terasa... Doakan yang terbaik buat saya yer!

06 November 2014

Tips memilih suplemen/makanan tambahan anak-anak


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Adakah kawan-kawan runsing atau tak tahu bagaimana nak memilih suplemen atau makanan tambahan yang sesuai untuk anak-anak? Hari ini saya nak kongsi serba sedikit info vitamin & mineral yang diperlukan oleh anak-anak kita. Semoga membantu ibu bapa zaman sekarang untuk membuat pilihan yang terbaik demi masa depan anak-anak comel kita :)

Tahu tak anda pemakanan seimbang & berkhasiat adalah perkara penting untuk kita memastikan anak-anak membesar dengan baik yer. Kita sebagai ibu bapa perlu memilih makanan yang sesuai untuk tumbesaran mereka. Di pasaran banyak pelbagai pilihan produk makanan tambahan dijual sama ada yang mengandungi khasiat semula jadi atau pun produk yang langsung tiada khasiat untuk si kecil. Jadi berhati-hati membuat pilihan tau! Jangan tersalah pilih...


Jika anda terfikir untuk memberikan makanan tambahan pada anak-anak pastikan makanan tambahan atau suplemen yang akan diberikan kepada anak-anak anda perlulah diperbuat daripada bahan semula jadi yang sesuai & selamat untuk mereka.

Vitamin & Mineral yang diperlukan anak-anak kita :-

1) Vitamin A
Untuk kesihatan mata. 
Sumber daripada lobak merah, telur dan marjerin.

2) Vitamin B1
Membekalkan tenaga kepada badan. 
Sumber daripada gandum, daging dan susu.

3) Vitamin B2
Membekalkan tenaga. 
Sumber daripada susu, daging dan ikan.

4) Vitamin C
Meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. 
Sumber daripada sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.

5) Kalsium 
Pembentukan tulang dan gigi. 
Sumber daripada susu, keju dan lain-lain produk tenusu.

Pada pendapat saya, nutrisi yang lengkap dan gaya hidup yang sihat ketika kanak-kanak bukan sahaja pada kesihatan tetapi juga memberi kesan pada masa depan mereka. Jadi makanan tambahan masa kini amat diperlukan oleh anak-anak kita supaya mereka lebih tangkas, bijak dan menyerlah demi masa depan mereka... Lagi-lagi ibu bapa zaman sekarang kebanyakkannya bekerja. Jadi masa untuk memberikan makanan yang berkhasiat pada anak-anak sangat lah terhad. Salah satu cara yang mudah dan ringkas adalah memberikan makanan tambahan atau suplemen yang berkualiti dan semulajadi. Ini lebih selamat dari kita membelikan makanan 'fast food' atau makanan ringan yang mungkin banyak mengandungi msg atau bahan pewarna terlarang.

Memerlukan suplemen untuk tumbesaran anak-anak anda? Anda boleh cuba memberikan makanan tambahan dari produk Shaklee. 


Jika berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk info lanjut untuk membuat pilihan makanan tambahan terbaik anak-anak anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!




05 November 2014

Tanda Kontraksi Awal Kehamilan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Semalam saya pergi check up di klinik kesihatan untuk 36 minggu. Alhamdulillah tiada masalah kesihatan. Just bagitahu nurse hari sebelum tu rasa tegang di perut. Tapi tak kerap sangat. Datang dalam beberapa jam sekali. Kira on off lah gitu. Nurse suruh refer dengan doktor klinik kesihatan. Nurse adalah bagi info cikit tanda-tanda bersalin. Kalau ada salah satu tu perlu segera pergi ke hospital.

1) Pecah air ketuban
2) Keluar darah bercampur lendir
3) Sakit kontraksi yang kuat dan kerap

So jumpalah doktor, dia scan semua ok baby tiada masalah, alhamdulillah. Baby dah berat 2.687 kg. Kedudukan uri, air ketuban dan jantung semua dalam keadaan baik. Tapi doktor suruh refer hospital bersalin. Jadi semalam saya pergi PPUKM untuk check samada baby dah nak keluar atau belum. Pakai lah CTG tu untuk monitor pergerakan baby. Doktor check laluan bawah belum buka. Syukur tak kena tahan wad, boleh balik rumah. Kalau dah turun tanda darah atau pecah ketuban berserta kontraksi yang kerap, sila datang semula hospital.

Tu lah kadang2 konfiuskan macam mana kontraksi yang nak hampir kita nak bersalin. Semalam tu adalah tanda2 awal jer. Nak kenal tanda2 awal kontraksi jom baca kat bawah ni. Sumber dari PaMa.

Kehamilan pertama selalu menjadi pengalaman yang mendebarkan bagi setiap orang. Apatah lagi sekiranya semakin hampir waktu hendak melahirkan. Pergerakan rancak si comel dalam perut ibu menambahkan lagi debaran yang dirasakan.

Biasanya pada usia kehamilan memasuki trimester ke-3, kontraksi awal akan mula dialami oleh ibu hamil. Kontraksi ini merupakan tanda bahawa kelahiran semakin hampir. Tetapi jangan sampai anda berasa panik kerana ia mungkin juga adalah false kontraksi awal sahaja.

Jadi untuk membuatkan anda boleh mengenal pasti rasa yang dialami itu adalah kontraksi lebih baik anda kenali cirri-ciri kontraksi awal tersebut agar tidak bingung.

  • Sakit pada punggung
Kontraksi akan menyebabkan anda berasa sakit pada punggung dan sakit tersebut cukup jelas terasa. Namun rasa sakit tersebut akan cepat berkurangan dan hilang apabila tubuh badan kembali relaks.
  • Perut terasa tegang
Rasanya sama seperti saat anda sedang menahan untuk membuang air kecil, perut akan terasa tegang dan seperti ditarik. Itu tandanya sakit kontraksi sedang datang menyerang.
  • Sakit perit
Rasa sakit yang sangat perit menyerang bahagian atau mahu pun bawah yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
  • Rembesan air
Apabila Anda merasa ada air yang merembes keluar dari saluran air kencing, maka periksa sama ada iar tersebut adalah air ketuban atau bukan. Bila diikuti dengan pendarahan, anda harus segera menuju ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan.

Biasanya sakit kontraksi akan semakin cepat jaraknya apabila proses melahirkan semakin hampir. Oleh itu pastikan anda sudah menyediakan segala kelengkapan barang-barang bersalin yang hendak di bawa ke hospital. Jadi apabila sakit kontraksi kuat sedang dialami anda tidak perlu kelam kabut dan panik memikirkan apa barangan yang hendak dibawa.

Jom kita tengok perkembangan bayi dari minggu 36 hingga minggu 40. Apa yang tubuh ibu dan bayi akan rasa tempoh tersebut.

Perkembangan Bayi Minggu 36-40

Minggu 36

Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Minggu 37

Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38

Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39

Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.


Tubuh andaMasa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40

Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.

03 November 2014

Salam Hari Asyura 10 Muharram

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Hari ini 03 November 2014 bersamaan 10 Muharram 1436 H. Dipanggil juga sebagai hari Asyura. Korang tahu tak apa sejarah Asyura ni? Saya jumpa artikel ini dari sumber http://ms.wikipedia.org/ untuk tambahan info saya sendiri. Saya letak di blog untuk kita sama-sama ambil tahu apa yang ada pada 10 Muharram :) 
Semoga bermanfaat untuk kawan-kawan yang membaca di blog ini...

...........................................................

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah keMadinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pendalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Sayyidina Hussein bin Ali r.a. telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di padang Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid dari Bani Umaiyah membunuh Saiyyidina Hussein r.a. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyyidina Hussein r.a.

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura
  • Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  • Melapangkan masa / belanja anak dan isteri.
  • Memuliakan fakir miskin.
  • Menahan marah.
  • Menunjukkan jalan yang lurus / membetulkan orang yang sesat / orang yang salah (terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya).
  • Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka).
  • Bersedekah.
  • Memelihara kehormatan diri.
  • Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak.
  • Membaca Qulhuwallah (Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali.
  • Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa.
Selamat Hari Asyura Semua!

01 November 2014

Promosi November 2014

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Alhamdulillah dah masuk 1November 2014. Bulan dijangka kelahiran anak yang kedua :) Rasa berdebar-debar pun ada.. Korang doakan saya selamat yer melahirkan baby nanti. Mudahan dipermudahkan segalanya. InsyaaAllah.

Bulan ini ada promosi untuk Omega Guard. Saya sekeluarga memang ambil suplemen ni. Jadi tak boleh lepaskan peluang untuk beli Omega ni. Suami, anak & saya sendiri makan omega ni untuk kesihatan, kecantikan dan otak yang bijak....