Showing posts with label Keputihan. Show all posts
Showing posts with label Keputihan. Show all posts

09 January 2014

Alfalfa Untuk Detox

Assalamualaikum Semua...

Bulan januari 2014 ni Shaklee membuat promosi produk Alfalfa Complex untuk botol kecil & besar. Bagi botol kecil mengandungi 330biji. Manakala botol yang besar pula mempunyai 700biji.. Dah tentu botol besar paling menjimatkan.. Nak tahu lebih info tentang produk Alfalfa anda boleh kilik di sini



Untuk pengetahuan anda, Alfalfa boleh diambil untuk semua golongan dari berusia 12 tahun dan keatas. Jangan fikir orang perempuan jer boleh ambil.. Lelaki pun boleh ambil yer ('',) Contoh macam suami saya mengambil alfalfa untuk masalah resdung & elergic/ekzema. Saya pula mengambil alfalfa untuk merawat keputihan & bagi sessi pembuangan berjalan lancar. Semasa saya membuat stok susu badan dulu, alfalfa sangat membantu meningkatkan pengaliran susu badan, Alhamdulillah saya dapat fully menyusukan anak saya selama setahun setengah. Selepas dari itu baru mix dengan susu formula. 

Alfalfa ni terkenal dengan bahan semulajadi untuk detoks segala toksin dalam badan... Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Jadi, sebelum kita mengambil sebarang suplemen untuk kecantikan ker, untuk kesihatan berpanjangan ker, atau pelbagai masalah kesihatan... sebaiknya perlu detox dulu badan kita. Baru lah badan rasa lebih ringan dan sebarang vitamin/suplemen yang kita makan dapat menyerap lebih baik...

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Alfalfa Complex Shaklee dengan harga promosi hanya untuk bulan Januari ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... In Shaa Allah, kami akan cuba membantu untuk membuat pilihan yang terbaik!


23 November 2012

Keputihan Boleh Merbahaya...Atasinya Sebelum Terlambat!!

Salam Jumaat Semua...hari ni saya nak kongsi maklumat yang saya baca di internet. Untuk kaum hawa di luar sana jemput baca yer...Anda wajib tahu tentang keputihan ni tau :) tak khesah lah dah berkahwin atau pun belum...

----------------------------------------------------
Sumber dari :  http://remaja.karangkraf.com

“Eeeeeee... apa ini? nak kata datang bulan pun bukan sebab ia bukan darah tetapi lendir kekuningan dan kerap terjadi,” keluh aishah keseorangan. Jangan pelik kerana sebenarnya bukan hanya aishah sahaja yang mengalami masalah ini, malah ramai gadis di luar sana turut mengalami masalah keputihan. Jadi reMaJa ingin membantu memberikan info lanjut untuk kamu mengatasi masalah keputihan.

Apakah itu keputihan?

Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. kamu perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan normal

Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.

Keputihan abnormal

Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal

hey,gadis!Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. ingin tahu apakah dia?Antaranya ialah:

1. Kamu terlalu penat.

2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.

3. Jangkitan.

Ketahui pula jenis jangkitan

Sekiranya kamu merasakan keputihan abnormal kamu berlaku kerana jangkitan, cepat kenal pasti jenis jangkitannya agar lebih mudah untuk kamu mencari penawarnya.

Sumber http://klinikibnuanafis.blogspot.com

1. Kurap Candidas atau Monilia

Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis

Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella

Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus

Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing

Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

Sumber dari : http://klinikibnuanafis.blogspot.com


Langkah-langkah pencegahan:

  • Selepas membuang air, selalulah mencuci bahagian alat sulit dari bahagian hadapan ke belakang bagi mengelakkan penyebaran kulat dari dubur ke faraj
  • Pastikan alat sulit sentiasa berada di dalam keadaan kering selepas mandi ataupun membuang air
  • Elakkan pemakaian seluar yang ketat atau seluar dalam jenis sintetik yang menghalang pengaliran udara yang baik
  • Bertukarlah kepada pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas bagi membantu mengekalkan kekeringan dan kebersihan faraj
  • Jika boleh, pakai seluar dalam kain kapas semasa tidur atau tidak memakainya langsung
  • Pakai pakaian dalam yang telah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu
  • Cuci alat sulit anda setiap hari menggunakan sabun lembut atau krim gliserin
  • Elakkan daripada melakukan hubungan kelamin sejurus selepas membuang air besar
  • Sesetengah wanita mungkin sensitif terhadap haruman tertentu yang digunakan di dalam sabun, bahan pencuci atau produk semburan, gel mandian, losen, produk sanitari atau pencuci pakaian
  • Jika kerengsaan berlaku, elakkan penggunaannya sebaliknya beralihlah kepada produk yang bebas haruman.

Jika anda ingin mengetahui apa produk Shaklee yang boleh membantu untuk mengatasi keputihan boleh lah menghubungi saya untuk keterangan lebih lanjut yer... Jangan segan2 tau...saya sudi membantu anda.. Rawat lah  ia sebelum menjadi lebih merbahaya...