Showing posts with label Tips Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Tips Suami Isteri. Show all posts

02 October 2015

CINTA HIGH CLASS!

Assalamualaikum & Salam Jumaat Kawan2 Semua.....

Memandangkan saya masih bercuti-cuti menjaga anak chicken pox kan jadi saya berkesempatan menonton rancangan FIQH WANITA di TV3 tadi. Topiknya hari ni tadi Cinta High Class. Seronok gak dengar tadi. Belajar ilmu baru kan.. Alhamdulillah diberi peluang dengar tazkirah dari perbincangan Ustazah Fatimah Syarha yang comel serta ayu tu... Sopan santun sungguh ustazah tu. Moga info ni bermanfaat untuk kawan2.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

♡CINTA HIGH CLASS♡

Cintakan Allah dahulu sebelum kita mencintai sesama manusia. Itu baru dinamakan Cinta High Class!

Ada 3 jenis CINTA

1) CINTA AGUNG
Cinta kita kepada Allah, Rasul & Jihad ke atas jalanNya...

2) CINTA PERTENGAHAN
Cinta kita sesama manusia iaitu suami, anak2, ibu ayah, keluarga, harta benda, rumah, perniagaan dll

3) CINTA PALING BAWAH @ HINA
Cinta yang mengutamakan CINTA PERTENGAHAN daripada CINTA AGUNG. Contohnya bila kita berniaga sehingga melupakan solat. Bila lepas bernikah seronok sangat sehingga lupa menunaikan solat subuh paginya. Itulah antara contohnya yang boleh kita nampak CINTA yang dikategorikan CINTA HINA...

Oleh USTAZAH FATIMAH SYARHA♡

Semoga kita semua tidak tergolong dalam CINTA yang no 3 tu yer kawan2....

Korang memang Comeii sebab sudi membaca di blog saya. Jika sudi rajin-rajin lah lagi singgah membaca di sini yer('',)

24 August 2015

7 Tips Mengurus Pakaian!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Korang mesti ramai yang pening nak susun pakaian bila dah banyak2 kan... Dapat dalam rumah tu ramai orangnya...kan..kan.... Jom ambik tips idea dari sharing FB Kisah Suami Isteri. Mana tahu membantu korang kan... Sebenarnya tips ni memberi sumber ilham kepada saya juga ('',)


1) Jika anda menyimpan baju di dalam laci, susun baju menegak begini. Mudah untuk diambil ketika mahu dipakai nanti kerana tidak akan menyepahkan baju lain. Boleh menjimatkan ruang juga!


2) Tuala. Bagaimana kalau cuba gulung tuala dan letakkan di dalam bakul begini? Tuala biasa nya akan memakan banyak ruang di dalam almari kerana ia tebal. Cara ini lebih kreatif dan menarik! Tapi pastikan ia disimpan di tempat selamat atau anak-anak akan jadikan tuala sebagai satu permainan pula! 


3) Penggantung berpoket ini boleh didapati dengan harga yang sangat murah di Mr. DIY atau Daiso. Udah peningkan kepala mencari stokin dan panties lagi. Anda juga boleh labelkan mengikut nama Tuan punya supaya tidak bertukar-tukar pula! 


4) Satu perkara yang kita mungkin tidak perasan adalah kita sering mengurus dan menyimpan baju yang kita langsung tidak pakai! Pakaian tersebut kekal tersimpan di ceruk almari pakaian kita dan tiada siapa mahu memakainya lagi. Ini akan mengurangkan ruang almari dan menyemakkan! Apa kata sediakan kotak begini, yang mana sudah tidak mahu dipakai dimasukkan ke dalam kotak ini dan apabila penuh, susun kembali untuk diberikan kepada yang lebih memerlukan. Mudah, kemas dan tidak perlu pening-pening lagi! 


5) Apa kata asingkan baju anak-anak terus mengikut hari? Anak hanya ambil sahaja apa yang perlu di pakai untuk hari itu. Tidak perlu menjerit-jerit lagi memangil nama ummi bertanya “Mahu pakai baju apa hari ini?”


6) Selalu saya kepeningan apabila suami bertanya tentang kopiah nya sebelum ke masjid untuk berjemaah. Saya telah gunakan penggantung berpoket ini untuk menyimpan kopiah nya dan soalan itu tidak kedengaran lagi!


7) Pening mencari cadar dan sarung bantal secorak? Apa kata selepas kita melipat sarung bantal, selimut dan cadar, kita masukkan semuanya ke dalam salah satu sarung bantal untuk corak itu. Mudah! Ketika mahu menggunakannya, ambil dan keluarkan semua isi dalamnya (cadar/sarung bantal lain).

Sharing is Caring!

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

10 July 2015

10 Tip Murah Rezeki Suami Isteri

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua.....

Nak tahu tips murah rezeki Suami Isteri?? Mesti ramai nak tahu kan ('',) Info ni saya ambil dari laman web IRFAN KHAIRI jutawan internet. Siapa tak kenalkan... Jom kita baca apa yang beliau kongsikan untuk manfaat kita bersama...


.................................................
Tiada yang paling bernilai dalam hidup ini, selain memiliki sebuah keluarga bahagia. Tambah menggembirakan lagi, apabila keluarga kita dikurniakan Ilahi, rezeki yang melimpah ruah pula. Sesungguhnya, rezeki amat berkait rapat dengan cara kita menjalani hidup, dan menyayangi anugerah dariNya, iaitu, keluarga kita, Suami/Isteri dan anak-anak.

10 Tip Murah Rezeki Suami Isteri

1. Bermesra dan gembirakan sentiasa pasangan hidup

2. Murahnya rezeki suami bila belanja isteri

3. Ramaikan cahaya mata. cahaya mata adalah rezeki tidak ternilai

4. Makan bersama anak-anak dan isteri lagi banyak rezeki dikurniakan

5. Gunakan perkataan dan bahasa yang lembut bersama suami dan isteri serta berpanggilan manja

6. Menenangkan hati isteri ketika resah setiap masa

7. Cium dan peluk isteri sebelum keluar kerja

8. Salam dan cium tangan suami sebelum suami keluar rumah

9. Bermain-main dan berseloroh dengan anak-anak untuk menyeronokkan mereka

10. Bergurau senda bersama suami isteri sebelum tidur waktu malam

Mudahan rezeki anda bersama keluarga sentiasa dimurahkan!
Kongsikan dengan pasangan anda! 

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

13 September 2014

Awet Muda Untuk Papa & Mama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Nak bagi tips awet muda untuk ibu bapa :)


Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini!

01 September 2014

Suplemen Meningkatkan Kesuburan Suami & Isteri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Anda ingin hamil atau anda seorang suami dan ingin kan zuriat tapi tak tahu apa makanan tambahan yang bagus diambil bersama isteri/suami. Anda boleh baca info dibawah ini untuk tambahkan ilmu.... 

Suplemen yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami & isteri :-

ISTERI

1) ESP
2) Vitalea
3) B Complex
4) Vitamin C
5) Alfalfa (terutama yang sakit bila bersama/masalah keputihan)
6) GLA (jika period tak regular/selalu mengalami period pain)

SUAMI

1) ESP
2) Vitalea
3) B Complex
4) Vitamin C
5) Vitamin E
6) Zinc Complex


Bagaimana pengambilan supplement Shaklee boleh membantu merawat masalah kesuburan (infertility) ini? 

Vitamin Asas
ESP, Vitalea, B Complex & Vitamin C adalah vitamin asas dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

(1) ESP (Protein) - Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.

(2) Vitalea (Multivitamin) - Untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata-rata pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Keunikan Vitalea @ Multivitamin Shaklee ini adalah kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh badan.

(3) B Complex - Suplemen ini paling penting untuk mengelak kemurungan (anti-stress), menstabilkan hormon & memberi tenaga. Keunikan B Complex Shaklee adalah kerana turut mengandungi Folic Acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Asid Folic juga penting bagi pembentukan janin bagi mengelak melahirkan anak cacat.

(4) Vitamin C - Membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron.

Vitamin Kesuburan

(5) Vitamin E & Selenium - Membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita. Ia memang terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Keunikan Vitamin E Shaklee adalah mengandungi silenium dan kebanyakkan vitamin E di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

(6) Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, membantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif. Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). Jadi, zinc ni memang penting untuk kesuburan.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(7) Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

(8) GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Vitamin ini sebaiknya diambil bersama suami dan isteri. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak perlu ambil semua. Ianya bergantung pada sejarah kesihatan anda suami isteri. Kalau boleh vitamin ini sebaik-baiknya diambil secara konsisten. Kenapa ya?? Sebab vitamin ambil masa untuk membaiki sel badan kita sekurang-kurangnya selama 90 hari.


***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja, ya. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini. Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. Sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InsyaaAllah..



Jika anda berminat nak mencuba suplemen Shaklee ini sebagai usaha anda untuk hamil, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



11 July 2014

Tips Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Kehamilan adalah impian semua orang yang telah berkahwin. Info yang saya nak kongsikan ini saya mencari di 'google' dan simpan untuk nota semasa ingin hamil dulu.  Saya dah lupa sumber ni saya ambil dari mana. Maaf lah yer siapa yang mengarang ni. Nota ni dah lama :) Saya rasa nota ini sangat berguna bagi ibu-ibu baru dan ibu yang ingin hamil. Jadi, saya letak di blog saya untuk rujukan anda menambahkan ilmu.... TQ yer pada siapa yang empunya info ni...

Tips Hamil......


1) Fahami bagaimana kehamilan terjadi.

2) Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil

3) Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda.

4) Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil.

5) Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. 

6) Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

7) Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

8) Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.

9) Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan.


#Bagi yang beragama Islam, anda boleh usaha dengan sentiasa berdoa pada Allah dan zikirkan ayat dibawah ini. Mudahan anda hamil dengan kuasa Allah s.w.t. Setiap kejadian di muka bumi ini adalah dengan izin dariNya juga...


TQ kerana sudi membaca disini :)

10 July 2014

Petua Islam Mendapatkan Anak Soleh & Solehah

Assalamualaikum  & Salam Sejahtera Semua.....

Pasangan yang dah bernikah, pastikan inginkan zuriat bukan? Tetapi biarlah kita lahirkan zuriat yang soleh & solehah agar zuriat kita nanti dapat megingati dan sentiasa mendoakan yang baik2 apabila kita tiada lagi di buka bumi Allah ini. Jadi nak dapat anak soleh & solehah.. Kita sebagai ibu bapa perlu mendidik diri kita sendiri jadi insan yang soleh & solehah... Barulah akan lahirnya anak yang soleh & solehah. InsyaaAllah.......


1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


2. Hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan seks agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana." 

Maksudnya:-
Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” 
(Riwayat al-Bukhari)

3. Hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

4. Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan mempengaruhi bayinya nanti. Antara amalan seorang ibu yang baik diamalkan ialah membaca Al-Quran. Surah-surah yang digalakkan untuk dibaca setiap hari.


5. Hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah s.w.t. menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang.

6. Memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan manis didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur atau menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang soleh.

7. Memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

8. Memberi pendidikan agama yang cukup.

9. Menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

Demikianlah panduan, tips, cara berkesan yang dianjurkan Islam atau petua mendapat anak soleh ini yang boleh kita jadikan panduan dalam mendidik dan menerima amanah Allah ini.

Semoga kita semua mendapat anak soleh & solehah yang sentiasa mendoakan kebaikan kita di dunia dan akhirat


08 January 2014

Menangani Sikap Pasangan Panas Baran!

Assalamualaikum Semua....

Belum terlambat lagikan saya nak wish "Selamat Tahun Baru 2014" kepada semua pembaca-pembaca yang sudi menjengah ke blog saya ni :) Semoga tahun baru ni kita semua lebih gembira & hati kita diberi hidayah untuk sentiasa berubah ke arah kebaikan. In Syaa Allah, mudah-mudahan... 

Saya terbaca di FB Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah tentang cara untuk menangani masalah pasangan atau ornag yang panas baran... So, saya salin semula dari FB Dato' untuk sharing dengan anda semua. Semoga bermanfaat & memberi sedikit tips pada kita semua.
....................................................

Dari : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum...
Ramai yang bertanya cara tangani pasangan/ orang yang baran. Baran ni mungkin sebab genetik/ keturunan, jahil coping skills untuk tangani baran, TAK JAGA SOLAT, hati yang kotor, alah dengan bisikan setan, terlalu stress, etc. Prinsip hidup, jika kita berubah maka Allah akan ubah semua orang di sekitar kita. Justeru mulai hari ini, cuba overhaul diri kita & pujuk orang yang baran tu untuk overhaul diri dengan: 

1) Jaga solat 5 waktu & lakukan solat-solat sunat qabliah & ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardu. 

2. Solat taubat & istighfar 70X sehari setiap hari. Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, doa makbul & semua orang sayang. Memang elok jika dapat SOLAT HAJAT UNTUK MOHON PASANGAN BERUBAH, JADI INSAN YANG SOLEH & SAYANG KELUARGA . Lakukan juga istikharah untuk mohon panduan tangani sikap baran ni & tutup dengan solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap malam sepanjang hayat sebagai pembalut kepada segala amalan kita seharian agar dapat di serahkan kepada Allah dengan sempurna. 

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul & semua orang maafkan kita & Allah pulihkan pasangan daripada masalah baran. 

4. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 & ayat qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa2 tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, selesai masalah, langsai hutang, terhakis sifat mazmumah, dsbnya. Doa2 ni ada di Fanpage saya ni. Scrol ke bwh hingga jumpa doa2 tu. 

5. Pagar diri dgn Al-fatehah & surah 3 Qul, hembus tapak tgn & sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin & sihir. 

6. Lembutkan hati pasangan dengan Al-fatehah, Surah Al Hasyr: 21-24, Surah Ta Ha 1-5, Ayat qursi & hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang dah di pakai sebelum di cuci. Untuk lembutkan hati sendiri, sedut & telan air liur selepas membaca ayat2 di atas. 

7. Layan pasangan lebih baik daripada biasa agar Allah ubah hatinya & buat dia rasa bersalah melayan anda secara kasar & kurang sopan. 

8. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat, baca Bismillah 3X, senyum, beri salam & masuk dengan melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM yang duduk atas pintu daripada masuk kepala & ganggu supaya manusia bergaduh, suami isteri bertengkar, ahli keluarga mudah jadi BARAN, mudah melakukan maksiat, anak2 melawan ibubapa, anak2 bergaduh sesama sendiri, dsbnya. 

9. Setiap kali nak bercakap dengan orang yang baran, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & hembus ke arah org tu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hati sesiapa agar dapat mendengar cakap atau hujah anda. 

10. Puji dulu sebelum menegur agar tak tercalar egonya. 

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi saw: 

  • Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. 
  • Ya Allah, aku redha dengan segala ujian dari Mu ya Allah 
  • Ya Allah, aku ada masalah dengan pasangan yang baran, tak jaga solat, enggan terima nasihat ya Allah. Kau bantulah selesaikan masalah kami ya Allah. Jadikan dia insan yang soleh, pemaaf, lemah lembut, boleh di ajak berbincang, sayangi keluarga, bertanggungjawab, tidak baran,ELAK BUAT MAKSIAT, dsbnya. 
In Syaa Allah hati akan tenang & doa akan makbul. 

12. Rawat gangguan meta fizikal atau sihir yang ada pada pasangan (jika ada) dengan membaca DOA MANZIL & YAASIIN SEKERAP YANG MUNGKIN. Dapatkan DOA MANZIL daripada mana2 kedai buku Islam. 

13. Tukar penampilan agar lebih ayu dengan tukar fesyen rambut, tukar perfume baru, buat rawatan muka, exercise, tukar warna kegemaran kepada warna yang pasangan suka. Lakukan apa saja mengikut kemampuan kewangan & kemampuan diri. 

14. Tukar hiasan rumah -- recycle langsir, rearrange kerusi meja -- apa saja perubahan agar rumah nampak berbeza. Bila suasana di rumah berbeza, In Syaa Allah pasangan akan mudah berubah ke arah yang positif. 

Cuba amalkan amalan di atas selama 40 hari kerana tabiat baru terbentuk dalam 40 hari. In Sya Allah akan nampak perubahan positif, langkah demi langkah. Selepas istikharah & bincang dengan ahli keluarga yang lain, buatlah keputusan yang muktamad. Moga Allah bantu kita semua. Aamiin, wassalam.
...............................................

Semoga info yang saya kongsikan ni bermanfaat untuk kita semua jadikan sebagai amalan terutama yang berugama Islam agar hidup kita sentiasa tenang dikelilingi oleh insan-insan yang berhati lembut & bukannya insan-insan yang panas baran ('',)

18 December 2013

Tips 8P Keluarga Bahagia...

Assalamualikum Semua...

Petang ni saya nak sharing tips "Keluarga Bahagia" dari Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Binti Mahamood. Ustazah mengguna istilah 8P ('',) Semoga kita mendapat manfaat bersama dari info ini. 


Sumber Dari Google

1) Pujian
P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Pujian tidak memerlukan wang ringgit. Pujian juga tidak memerlukan tenaga yang banyak. Jadi pasti tip yang pertama ini tidak sukar untuk kita amalkan! 

2) Pelukan
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Hasil dari kajian ahli-ahli pyschology mendapati dengan pelukan dapat memberi semangat & memberi ketenangan kepada pasangan sepanjang hari. Hasil kajian juga mendapati seseorang itu akan lebih panjang umurnya jika memeluk isterinya setiap hari kerana hasil dari pelukan dan sentuhan tersebut mengeluarkan hormon endorfin yang mana ianya baik untuk kesihatan tubuh.

3) Penghargaan
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal. Kalau mampu tidak menjadi masalah. Tetapi sebenarnya membelikan makanan kegemaran pasangan juga boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan diingati.

4) Perhatian 
Adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. Sebuk menguruskan anak-anak tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memberi perhatian yang cukup kepada suami. Sibuk dengan urusan kerja juga bukan alasan bagi sang suami. Carilah masa untuk pasangan kita. Apa salahnya sesekali kita telefon pasangan bertanya khabar kerana perkara-perkara yang sebegini kecil sebenarnya akan menghangatkan lagi hubungan suami isteri.

5) Persefahaman 
Adalah mustahil untuk kita sentiasa memahami sifat atau perangai pasangan kita. Tetapi dengan kamunikasi yang berkesan kita akan memahami diri pasangan. Persefahaman akan dapat dicapai apabila kita dapat duduk berbincang & sikap toleransi anatara satu sama lain. Terimalah pasangan kita seadanya. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita seharusnya bersyukur dan redha dengan jodoh yang ditetapkan olehNya.

6) Pergaulan 
Pergaulan yang dimaksudkan d sini ialah pasangan suami isteri haruslah menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Mungkin pada mulanya sekadar ingin berkawan tetapi sekiranya pergaulan sebagai seorang kawan itu tidak dibataskan dengan batas-batas agama tidak mustahil akan mendatangkan masalah kepada rumahtangga. Cuba letak diri kita di kedudukan suami atau isteri...pasti kita mahukan pasangan seorang yang setia!

7) Percutian
'Percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. Sekiranya sukar untuk meninggalkan anak dibawah penjagaan ahli keluarga yang lain tidak salah membawa mereka bersama. Hubungan kekeluargaan pasti lebih kukuh & mesra. Sekiranya anak-anak boleh ditinggalkan dibawah penjaaan ahli keluarga yang lain....nahh..ianya satu bonus buat kita.....2nd honeymoon! :))

8) Permohonan
P yang terakhir ialah 'Permohonan' iaitu berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Semoga pasangan kita diampunkan dosa, sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur, mendapat lindungan dari sebarang bencana, tenang bersama kita sebagai pasangannya dan juga anak-anak.


Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke 31.



Beliau juga menekankan kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. Kita hendaklah sentiasa dekat dengan Allah S.W.T...dan In Shaa Allah DIA juga akan sentiasa mendengar seterusnya memakbulkan doa kita untuk mengecapi kebahagian rumahtangga bersama pasangan :)

28 October 2013

Wanita berstatus Isteri Bekerjaya mengutip PAHALA

Assalamualaikum Semua...

Pagi ni saja nak sharing tentang seorang wanita yang berstatus isteri bekerjaya dengan mudah nak mengutip Pahala Besar ('',) Jadi wanita-wanita di luar sana walaupun anda penat bekerja membantu suami mencari nafkah, jangan khuatir Allah s.w.t telah sediakan ganjaran pahala yang sangat besar untuk wanita-wanita bekerjaya seperti saya melaksanakan beberapa perkara mudah untuk kita mengejar ganjaran pahala di akhirat nanti...

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.


Mari kita muhasabah diri sebagai insan yang kerdil di sisi Allah s.w.t, adakah anda telah cuba perbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dimataNya? atau hanya membaca tanpa membuat perubahan dalam diri anda.. Orang kata, tepuk dada, tanya lah iman! Betapa mulianya Allah s.w.t telah memudahkan kita sebagai insan -insan yang bergelar isteri bekerjaya mengejar ganjaran pahala dengan mudah. InsyaAllah kita sama-sama menjadi insan yang lebih disukai oleh Allah S.W.T & di sayangi oleh suami-suami tercinta...