30 April 2013

Tips Amalkan Zikir Dengan Mudah...

Assalamualaikum Semua...


Hari ni saya nak share info yang susah orang nak amalkan boleh menjadi senang jika kita ada inisiatif nak cuba amalkan ('',) Biasa orang berzikir gunakan tasbih biasa atau tasbih digital kan? So, mulai hari ni anda boleh mencuba cara dibawah ni :



Mudah bukan cara ini.. Amalan zikir tidak sukar lagi di sangka untuk jadikan amalan seharian. Anda tidak perlu membawa tasbih di tangan, sudah boleh berzikir dengan cara mengira dijari dah lengkap satu pusingan 33x. 


Agama Islam itu Indah & Mudah.. Hati kita jer nak lakukan atau pun tidak :) Jadi, jangan lupa amalkan zikir setiap hari untuk mendekatkan diri kita pada Allah s.w.t supaya hati lebih bersih & hidup lebih sempurna... Peringatan ni termasuk untuk diri saya juga.. Dalam proses didik hati ingin jadi yang terbaik dari yang terbaik disisi Allah s.w.t, InsyaAllah....

26 April 2013

Suplemen Perlu atau Tidak!

Assalamualaikum Semua...

Semua sihat hari ni? Alhamdulillah saya sihat... Saya harap semua yang tengah membaca blog saya ni sihat hendaknya yer...mudah-mudahan.. Saya nak cerita tentang amalan nutrien yang seimbang dalam pemakanan kita seharian.

Badan yang sihat sebenarnya bermula dengan nutrien yang seimbang. Kalau kita lihat, untuk nak memulakan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang merupakan salah satu aspek terpenting dalam kehidupan seharian kerana kita perlu makan untuk hidup. Tapi, kita pun sebenarnya tak pasti dengan cara hidup zaman sekarang ini yang tidak sihat disebabkan pemakanan, pencemaran, tekanan hidup serta kurangnya aktiviti sihat seperti bersenam dan rekreasi.


Pada zaman dahulu, mereka tidak memerlukan suplemen sebab aktiviti harian seperti bertani membuatkan badan mereka sentiasa aktif. Berbeza dengan cara hidup kita sekarang yang bekerja depan komputer setiap hari, kalau keluar meeting pun ada kereta, LRT, bas dan sebagainya. Realiti sekarang kalau nak pergi kedai pun nak cari parking yang betul-betul depan kedai. Jadi, kurangnya senaman, bahan makanan yang tercemar, air bertoksik, dan ditambah lagi dengan pencemaran yang banyak unsur bebahaya menyebabkan kehadiran radikal bebas dalam badan kita.

Radikal bebas adalah sangat berbahaya kepada badan kita dan perlu adanya bantuan untuk mengeluarkannya sebelum ia merosakkan sel badan yang boleh menyebabkan kepada pelbagai penyakit degeneratif seperti kanser, sakit jantung, osteoporosis, diabetes, parkinson yang berisiko untuk tubuh badan kita. Logiknya kita lihat sendiri semakin banyak penyakit degeneratif yang meningkat setiap tahun, dan semakin ramai yang berisiko untuk mendapat penyakit ni.

Puncanya? Salah satu sebab ialah tak cukup nutrien yang seimbang dan diperlukan oleh badan, untuk menyingkirkan sel-sel radikal bebas yang hadir dalam badan kita, serta dapat menguatkan sistem imun badan untuk mencegah daripada dijangkiti pelbagai penyakit dan virus. Jika kita tak singkirkan radikal bebas daripada badan kita, sel-sel yang rosak akan menyebabkan kepada keadaan badan yang lebih teruk seterusnya boleh menyebabkan penyakit2 degeneratif yang berbahaya seperti kanser, jantung, diabetes dan sebagainya.

Jadi, jagalah kesihatan anda semua. "Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati". Mari kita amalkan gaya hidup sihat & ambil supplemen yang berkualiti tinggi.


Alhamdulillah saya semenjak amalkan supplemen Shaklee hampir 2 tahun ni dah jarang  sangat kena demam ngan selsema...Dalam setahun adalah kena sekali dua jer... Syukur sangat... Jika kawan-kawan nak mulakan makan suplemen boleh lah mula dengan asas vitamin yang dicadangkan oleh Shaklee iaitu "Family Wellness".

Apa ada dalam Set "Family Wellness" ni? 
  • Vitalea (Multivitamin)
Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.
  • B Complex
Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.
  • Vitamin C
Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • ESP
Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.


Apa yang perlu anda ADD-ON bersama-sama set ini?


Jika anda berminat untuk dapatkan supplemen Shaklee ni.. Boleh pm/sms/call saya seperti dibawah :


24 April 2013

Misi Membakar Lemak Semasa Penyusuan Susu Badan!

Assalamualaikum Semua....

Hari ni saya nak cerita lagi tentang penyusuan susu ibu dapat bakar lemak pada badan.. Saya memang menyokong 100% penyusuan susu ibu... Sebab saya memang sangat kagum dengan ibu-ibu yang menyusu kan bayi mereka secara ekslusif selama 6 bulan dan diteruskan penyusuan susu ibu sehingga anak 2 tahun... Alhamdulillah, syukur sangat saya adalah salah seorang ibu di kalangan itu.. 

Ikutkan pengalaman, saya memang agak berisi badan semasa hamil ... Kalau lihat balik gambar lama waktu saya hamil memang orang tidak kenal itu saya ('',) Jika diingat semula kenangan lama memang kelakar.. Semua lah kembang... hidung kembang.. badan kembang... kaki kembang... hihihi.. Anda boleh lihat gambar saya di sini jika tidak percaya... Tapi, Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat turunkan berat badan secara perlahan sambil menjayakan penyusuan susu ibu.. Itulah impian saya dari awal kehamilan... Saya memang dah set minda ni dari awal kehamilan ingin menyusu anak sendiri... Allah mendengar impian saya dan alhamdulillah saya berjaya melakukan walaupun bersalin secara pembedahan. 

Yerlah ada orang kata, sebab bersalin pembedahan susah nak berjaya misi penyususan susu ibu ni sebab mula-mula lagi jururawat dah bagi anak kita susu formula masa kita lepas pembedahan... Selepas bersalin, anak saya memang telah diberi susu formula sebab saya agak lemah masa tu. Tapi saya nekad minta suami bawa pam ke hospital... saya pam susu sebab nak bagi anak minum pakai botol.. tapi memang agak kecewa kerana susu yang keluar dari badan adalah dalam 2, 3 titik sahaja. Saya menangis.. Mungkin sebab saya melahirkan anak sulung dan tiada pengalaman... Saya agak kecewa dan sedih... Tapi hasil dorongan & nasihat dari suami serta jururawat di hospital.. Akhirnya, saya berjaya menyusukan anak sendiri pada hari ketiga di hospital.. Tapi untuk menjayakan misi tu memang agak tertekan dan perlukan kesabaran yang tinggi... Jadi ibu-ibu di luar sana jangan putus asa jika di awal kehamilan anak tidak mahu menyusu dengan kita... Yang penting kita perlu berusaha, berdoa banyak2 pada Allah, dan cakap pada anak yang kita ingin beri dia yang terbaik, belai dia... susukan dia secara betul dengan bantuan jururawat.. Lebih-lebih lagi pada ibu muda yang bersalin anak pertama.. Ohh yer, sokongan suami juga penting yer.. Tanpa dorongan & bantuan dari suami disisi juga agak sukar untuk kita mengatasi masalah secara sendiri..

Wahh panjang lebar saya bercerita.... Saya hanya ingin kongsi cerita pengalaman saya pada kawan-kawan yang mengalami masalah seperti saya.. Jadi jangan kecewa tau... Usaha tangga kejayaan. Ok, sebut tentang penyusuan susu ibu dapat membakar lemak badan. Tahu tak anda bila kita menyusukan bayi, dapat membakar lemak lebih daripada 600 kalori sehari!

Mari kita baca info dibawah sumber dari : http://pama.karangkraf.com/

Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan antara agenda utama yang mahu dilaksanakan oleh para ibu yang baru melahirkan bayi. Ada segelintirnya gusar dengan keupayaan diri mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu berlangsung. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak mahu sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu. 

Atasi dilema anda dengan fakta ini. Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Malah, kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan. 

Jadi, anda tidak perlu khuatir lagi. Matlamat anda dapat dipenuhi dengan menyusukan bayi secara eksklusif. Sewaktu hamil dahulu, anda menambah berat untuk menyimpan tenaga bagi menghasilkan susu ibu. Kini, sudah tiba masanya untuk anda menggunakan simpanan lemak itu dengan menyusukan bayi. 


1. Jaga Corak Pemakanan
Pengurangan berat badan sepanjang tempoh menyusukan bayi adalah sesuatu yang pasti! Dalam memastikan kejayaan ini, anda hanya perlu mengekalkan diet yang sihat agar anda dan bayi memperoleh zat makanan yang diperlukan. 

Cara terbaik ialah dengan ambil hanya sedikit kalori dengan mengurangkan amaun “tambahan” yang biasa diambil. 

Apa yang dimaksudkan ialah gula tambahan dan lemak tepu yang biasanya terkandung di dalam makanan seperti manisan, masakan bergoreng, keju, susu penuh krim dan daging berlemak. Sebagai alternatif, gantikan jenis-jenis makanan ini dengan pilihan rendah lemak, bebas lemak, kurang manis dan tanpa gula tambahan. 

2. Senaman
Ada pendapat menyatakan sesetengah jenis senaman boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Merujuk kepada kenyataan Kumpulan Penyokong Penyusuan Susu Ibu Antarabangsa La Leche League, setakat ini tiada data kajian yang membuktikan pandangan berkenaan. 

Faktanya, kajian yang pernah dilakukan oleh C.A Lovelady pada 1990 mendapati ramai wanita yang melakukan senaman secara tetap mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Oleh yang demikian, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara rutin. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu terutamanya bagi anda yang melahirkan bayi secara caesarean. Dengan cara ini, anda dapat menyingkirkan lemak dan pada masa yang meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga tubuh. 

3. Diet
Pakar laktasi menyarankan anda untuk memulakan rutin berdiet hanya selepas 2 bulan menyusukan bayi. Ini bagi memastikan penghasilan susu sedia ada berada di tahap yang stabil. Selepas tempoh itu, anda boleh mengurangkan pengambilan kira-kira 100 kalori sehari. Usah khuatir, pengurangan ini tidak akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anda dan bayi. Menurut kenyataan La Leche League, anda boleh mengurangkan kira-kira 0.7 kg seminggu sepanjang menyusukan bayi tanpa kesan merbahaya. 

Untuk makluman, kekurangan zat makanan tidak akan menjejaskan kualiti dan amaun susu ibu tetapi ia memudaratkan tahap kesihatan diri anda. Walaupun begitu, anda tidak perlu melakukan diet melampau kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada diri anda dan bayi juga. 

4. Buat pertimbangan
Beringatlah! Anda perlu mengambil makanan antara 1500 hingga 1800 kalori sehari untuk mengekalkan kestabilan amaun susu. Jadi, diet melampau yang menjurus kepada pengurangan berat badan secara pantas berpotensi memudaratkan bayi. Ketahuilah, toksin dan racun perosak boleh hadir dalam tahap yang rendah menerusi susu ibu. 

Lebih daripada itu, ia mungkin boleh dilepaskan ke dalam susu ibu. Jadi, diet melampau sememangnya boleh menyingkirkan lemak di tubuh anda tetapi dalam masa yang sama menghapuskan zat makanan berharga di dalam susu ibu. 

5. Pandangan Pakar
Kebanyakan pakar perubatan menasihatkan agar anda tidak perlu bimbang tentang pengurangan berat badan sehingga usia bayi mencecah 6 bulan. Memandangkan penyusuan susu ibu membantu melenyapkan lemak yang ada. Oleh yang demikian, sentiasa dapatkan pandangan daripada mereka yang pakar sebelum memulakan apa jua jenis program pengurangan berat badan.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu bukan perkara sukar tapi bukan mudah seperti yang disangka. Dalam proses menjayakan misi penyusuan susu ibu anda perlu konsisten mengepam & melengkapkan diri dengan makanan berzat serta nutrisi lengkap dari sumber makanan yang kita makan. Kebanyakkan ibu pada zaman sekarang kurang menjaga pemakanan yang berkhasiat termasuklah saya.. Oleh sebab itu, saya mengambil suplemen tambahan untuk melengkapkan nutrisi lengkap dalam badan. Apa yang ibu makan, itulah makanan yang akan disalurkan pada anak melalui susu badan. Jadi saya memang pengamal suplemen yang konsisten. Kelebihannya, saya berjaya mencapai misi untuk menyusukan anak saya sehingga 2 tahun. Alhamdulillah badan pun sihat, kurang dapat demam & selesema. Begitu juga dengan anak saya... Syukur sangat.. Apa yang saya dapat, anak saya pun turut sama memperolehinya. Bagi saya, suplemen amat membantu dalam penyusuan susu ibu & mengembalikan badan kepada bentuk asal sebelum hamil di samping membantu tumbesaran anak saya berkembang dengan baik & sentiasa sihat. 

Ini adalah antara cadangan vitamin untuk penyusuan susu ibu. Vitamin ni lah antara vitamin yang saya makan semasa menyusukan anak.. Alhamdulillah, misi saya berjaya! (Susukan baby hingga 2 tahun + kembalikan bentuk badan sebelum melahirkan baby)


Jika anda inginkan suplemen tambahan untuk melengkapkan nutrisi yang lengkap dalam badan & ingin menjayakan misi membakar lemak semasa penyusuan susu badan boleh menghubungi saya untuk keterangan lebih lanjut.



18 April 2013

Mengatasi Masalah Luka Lambat Sembuh & Keguguran Rambut

Assalamualaikum Semua.... 

Hari ni saya nak kongsi cerita tentang vitamin zink.. Dulu saya xtahu pun kepentingan zink ni sampai lah saya baca testimonial kawan-kawan yang dah mencuba makan vitamin ni.. Vitamin ni boleh sembuhkan luka dengan cepat & kurangkan keguguran rambut. Saya memang ada masalah ni lepas bersalin. Saya terpaksa bersalin operation sebab tiba-tiba jantung anak saya tak stabil masa dalam bilik 'laboor room'. Masa tu bau buka 3 cm tak silap saya. Tapi sebelum tu saya di kesan mengalami pre-eclampsia. Tapi doktor dapat kawal sayanya darah tinggi sebelum masuk 'laboor room' untuk cuba bersalin normal. Nak cerita tentang pre-eclampsia panjang ceritanya... Anda boleh baca di entry cini yer. Saya ada cerita tentang tanda-tanda awal penyakit pre-eclampsia ni.

Ok berbalik cerita tentang vitamin zink. Sebelum makan vitamin ni saya nya luka operation memang selalu berdenyut-denyut.. Lagi pula nak mendukung anak lagi. Kadang-kadang anak suka menekan-nekan kaki kat kawasan perut. Memang rasa sakit. Alhamdulillah lepas saya makan vitamin zink luka saya dah tak rasa berdenyut... Adik saya yang baru lepas bersalin secara operation pun mengakui luka dia cepat sembuh.. Saya masa dalam pantang belum mengenali Shaklee lagi... Kalau tak tentu luka saya cepat sembuh gak macam adik saya.. hihi.. Luka saya dulu memang lambat sembuh.. Hampir 2 bulan lebih bau ok luka operation tu.. Macam-maca cara gak lah saya cuba tapi tidak berhasil.. Bila saya nak masuk keja semula, bau nak cari suplemen.. masa tu nak wat stok susu untuk anak saya... Dari citulah saya mengenali Shaklee dan mula jatuh cinta dengan hampir semua suplemen Shaklee ('',) Alhamdulillah dengan izin Allah saya jarang demam dan dapat buat stok susu anak sehingga umurnya 2 tahun...

Ohh sebut pasal rambut gugur... lepas bersalin memang rambut gugur banyak.. tak tahu kenapa.. Orang kata sebab anak duk sembur2...tapi sama jer tengok bila anak dah makin besar... still rambut gugur banyak lagi... Alhamdulillah dengan izin dariNya saya makan zink, masalah rambut gugur makin kurang... Selain vitamin zink ni vitamin asas "Family Wellness" memang saya konsisten amalkan.

Jom kita tengok apa lagi kelebihan vitamin zink ni yer? Selain gambar dibawah anda boleh baca di entry cini untuk mengetahui lebih terperinci lagi tentang kelebihan zink

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas
*Untuk Tambahan Info* 

Pengambilan zinc untuk jangka panjang bagi kaum adam mampu memperbaiki kemampuan seks mereka, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga. Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Definisi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.


Bagi kaum hawa pula, mereka memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.

Sumber : Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Jadi jangan anggap wanita sahaja yang memerlukan vitamin/suplemen ni. Banyak kelebihan dan fungsi penting yang terdapat dalam zinc terutama untuk kaum lelaki,  maka anda jangan ambil mudah tentang kekurangan zinc di dalam tubuh. Zinc yang mencukupi dengan dos yang bersesuaian terhadap tubuh memberi banyak manfaat kepada badan kita. Pastikan anda mengambil suplemen zinc yang bahannya dari sumber yang semulajadi dan bukan sintetik.

Jika anda ada masalah seperti saya atau ada mengalami simptom-simptom seperti yang disenaraikan di atas dan ingin mencuba suplemen Shaklee boleh menghubungi saya.



15 April 2013

Menyusukan Bayi Bantu Kuruskan Badan

Assalamualaikum Semua...

Just nak share info dari sumber berita harian yang saya google ('',) Jom baca...


Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan

---------------------------------------------------------------------------
Dr, apakah cara yang terbaik menurunkan berat badan. Saya juga ingin bertanya, benarkah berat badan seorang ibu akan turun apabila menyusukan anak dan akan bertambah selepas berhenti menyusukan anak?

n Nor, Shah Alam

Jawapan

Soalan yang diutarakan amat praktikal sekali. Masalah berat badan ini amat sensitif dalam kalangan wanita. Saya tahu ramai wanita di luar sana yang mencuba pelbagai produk pelangsing yang ditawarkan dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk masalah ini.

Sudah menjadi lumrah, sebagai wanita dan isteri, kita semua berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk dan yang gemuk pula nak kurus. Bukan tidak puas dengan apa yang dikurniakan, tapi nak menjadi yang lebih baik. Tapi maklum sahajalah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun. Tambahan pula, bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh mengambil ubat pelangsing sebarangan tetapi nak berdiet berlebihan pun kurang digalakkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.

KesabaranMenurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang diberi kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan.

Ada beberapa panduan yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan. Paling utama ibu tersebut perlu minum air secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum air setengah jam selepas makan. Ibu juga dinasihatkan untuk makan apabila perut berasa lapar. Mereka juga perlu ingat pada wasiat Rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik sekali adalah makan empat ke enam kali sehari dengan kuantiti yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur.

Makanan yang dimakan juga perlu dikunyah secara perlahan-lahan. Paling baik sekali jika makanan tersebut dikunyah 44 kali untuk mengurangkan beban penghadaman. Selain itu, otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Kalau makan laju sangat, otak tidak sempat memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang. Kurangkan percakapan semasa makan untuk mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.

Makanan yang diambil perlu seimbang. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

Kesimpulannya, makanan yang diambil perlu seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan makanan rapu. Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes mellitus apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan sahaja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal bahkan dikaitkan dengan risiko penyakit hipertensi (darah tinggi).

Aktiviti fizikalBanyakkan aktiviti fizikal. Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Walaupun tidak dapat meluangkan masa ke gimnasium atau senamrobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15 minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan.

Bagaimanapun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti menggunakan jalan lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan, berjalan sambil menghayunkan tangan, melakukan kerja rumah, aktiviti santai bersama anak-anak dan banyak menggunakan tangga daripada lif.

Puan juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan banyak bersabar kerana pengurangan berat badan ini adalah lebih kurang dua kilogram sahaja dalam masa sebulan. Teruskan dengan penyusuan kerana ada banyak lagi keistimewaan yang anda akan kecapi.

Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Alhamdulillah saya adalah ibu menyusu. Memang banyak kelebihan lain selain dapat membantu kuruskan badan kita.. Antaranya :-

  • Meningkatkan IQ anak
  • Ikatan kasih sayang antara ibu & anak lebih kuat
  • Anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema & batuk
  • Anak akan terlindung daripada risiko kembung perut dan tersedak susu
  • Susu ibu juga melindungi anak dari risiko obesiti
  • Mengurangkan risiko kanser payudara & servik
  • Dapat menjarakkan kehamilan seterusnya
  • Jimat kewangan kerana tidak perlu membeli susu formula :)
Dari pengalaman saya sendiri, sebelum saya melahirkan anak berat badan saya yang terakhir adalah 78kg... Inilah saat-saat manis saya sebelum melahirkan anak saya ('',)


Inilah pula selepas kelahiran permata saya, Irdina Nor Syahmi Binti Mohd Syahir Akmal


Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana saya masih boleh meneruskan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun dan dapat menurunkan berat badan dengan sihat dan semulajadi disamping kekal sihat bertenaga walaupun saya bekerja. Bolehlah menghubungi saya seperti di bawah. Saya sudi membantu anda.