02 September 2014

Petua Sihat Segar Ibu Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Jika anda sedang hamil.. Tahniah yer saya ucapkan. Siapa yang tidak gembira kan apabila dapat khabar berita yang diri disahkan hamil oleh doktor. Sudah tentu berita gembira ni kita akan kongsikan pada keluarga terdekat dan kawan-kawan yang rapat. Menjadi seorang ibu bapa bukan lah mudah yer. Banyak cabaran & tanggung jawab yang perlu kita hadapi apabila membesarkan anak-anak. Oleh itu sebelum lahirnya anak itu, kita perlu belajar & mendidik diri mencari info bagaimana nak jadi ibu bapa yang hebat dari segi dalaman atau luaran untuk bakal anak-anak yang lahir nanti. Jika kita tersilap didik, mungkin kita perlu hadapi masalah-masalah yang kurang baik di masa akan datang. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam ibu bapa yang cukup ilmu untuk memikul amanah dari Allah S.W.T ini sebaik yang mungkin, InsyaaAllah... 

Saya nak kongsikan serba sedikit artikel yang saya baca di majalah Era muslimah ini untuk info kita bersama. Apa kelebihan kita sebagai ibu jika melakukan amalan-amalan yang baik semasa kita sedang hamil walaupun pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. 

Edit Sumber : Majalah Era Muslimah  Bil.23

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan ianya sebahagian daripada ujian Allah kepada kita hamba-hambanya. Firman Allah :-

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." 
( Surah At-Taghabun : Ayat 15)

Sebagai ujian, anak-anak akan dipertangungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah saw diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?" Berkata para sahabat: orang yang mandul itu ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah saw berkata, orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia".

Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya hamil. Perempuan hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah SWT dan memohon doa kepadaNya semoga nak dalam kandungan sentiasa sihat dan dipermudahkan segalanya untuk ibu tersebut.

Antara doa yang boleh ibu hamil amalkan:-




Antara Kelebihan Ibu Mengandung

1) Apabila seorang wanita mengandung, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2) Rakaat solat seorang ibu mengandung adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil. Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama.

3) Ibu mengandung perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Nabi saw menyatakan bahawa ibu mengandung akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar disisi Allah.

4) Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

5) Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

6) Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

7) Sekiranya seorang wanita meninggal dunia didalam tempoh 40hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

8) Jika seseorang wanita menyusukan bayinya sehingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat dilangit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

9) Jika seseorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

10) Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
............................................
Dan jangan lupa ambil vitamin yer jika anda sedang hamil...

Anda perasan tak bila wanita disahkan hamil, doktor akan bagi beberapa vitamin untuk memastikan wanita yang hamil serta kandungannya memperolehi zat & nutrisi yang cukup.... 

Untuk apa vitamin tu yer??

Untuk pengetahuan anda, dalam tempoh kehamilan tubuh kita memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu.

Untuk info lebih tentang vitamin yang disarankan ketika hamil anda boleh klik disini

"Terima kasih kerana sudi membaca blog ini"

No comments:

Post a Comment