23 November 2012

Keputihan Boleh Merbahaya...Atasinya Sebelum Terlambat!!

Salam Jumaat Semua...hari ni saya nak kongsi maklumat yang saya baca di internet. Untuk kaum hawa di luar sana jemput baca yer...Anda wajib tahu tentang keputihan ni tau :) tak khesah lah dah berkahwin atau pun belum...

----------------------------------------------------
Sumber dari :  http://remaja.karangkraf.com

“Eeeeeee... apa ini? nak kata datang bulan pun bukan sebab ia bukan darah tetapi lendir kekuningan dan kerap terjadi,” keluh aishah keseorangan. Jangan pelik kerana sebenarnya bukan hanya aishah sahaja yang mengalami masalah ini, malah ramai gadis di luar sana turut mengalami masalah keputihan. Jadi reMaJa ingin membantu memberikan info lanjut untuk kamu mengatasi masalah keputihan.

Apakah itu keputihan?

Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. kamu perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan normal

Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.

Keputihan abnormal

Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal

hey,gadis!Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. ingin tahu apakah dia?Antaranya ialah:

1. Kamu terlalu penat.

2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.

3. Jangkitan.

Ketahui pula jenis jangkitan

Sekiranya kamu merasakan keputihan abnormal kamu berlaku kerana jangkitan, cepat kenal pasti jenis jangkitannya agar lebih mudah untuk kamu mencari penawarnya.

Sumber http://klinikibnuanafis.blogspot.com

1. Kurap Candidas atau Monilia

Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis

Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella

Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus

Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing

Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

Sumber dari : http://klinikibnuanafis.blogspot.com


Langkah-langkah pencegahan:

  • Selepas membuang air, selalulah mencuci bahagian alat sulit dari bahagian hadapan ke belakang bagi mengelakkan penyebaran kulat dari dubur ke faraj
  • Pastikan alat sulit sentiasa berada di dalam keadaan kering selepas mandi ataupun membuang air
  • Elakkan pemakaian seluar yang ketat atau seluar dalam jenis sintetik yang menghalang pengaliran udara yang baik
  • Bertukarlah kepada pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas bagi membantu mengekalkan kekeringan dan kebersihan faraj
  • Jika boleh, pakai seluar dalam kain kapas semasa tidur atau tidak memakainya langsung
  • Pakai pakaian dalam yang telah dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu
  • Cuci alat sulit anda setiap hari menggunakan sabun lembut atau krim gliserin
  • Elakkan daripada melakukan hubungan kelamin sejurus selepas membuang air besar
  • Sesetengah wanita mungkin sensitif terhadap haruman tertentu yang digunakan di dalam sabun, bahan pencuci atau produk semburan, gel mandian, losen, produk sanitari atau pencuci pakaian
  • Jika kerengsaan berlaku, elakkan penggunaannya sebaliknya beralihlah kepada produk yang bebas haruman.

Jika anda ingin mengetahui apa produk Shaklee yang boleh membantu untuk mengatasi keputihan boleh lah menghubungi saya untuk keterangan lebih lanjut yer... Jangan segan2 tau...saya sudi membantu anda.. Rawat lah  ia sebelum menjadi lebih merbahaya...


19 November 2012

Kesan Buruk Kekurangan Kalsium Terhadap Kehidupan Seks


Kalsium dikenali sebagai bahan yang penting untuk gigi dan tulang yang kuat. Tetapi nampaknya, kalsium juga boleh menjejaskan kehidupan seks anda.

Seperti dikutip dari Live Strong, apabila kelenjar parathyroid tidak bekerja secara baik maka tubuh akan kekurangan kalsium dan akan muncul beberapa gejala yang boleh mengganggu kehidupan seksual anda. Ini adalah kesan buruk yang boleh terjadi terhadap kehidupan seks akibat kekurangan kalsium.

1. Mudah marah
Kekurangan kalsium boleh mempengaruhi pada gangguan fikiran sehingga menyebabkan seseorang lebih mudah marah. Gejalanya disifatkan dengan rasa tidak mampu menikmati kegiatan sehari-hari. Perubahan perasaan ini seringkali menyebabkan penurunan ghairah seks.

2. Keletihan
Kekurangan kalsium boleh menyebabkan insomnia yang kemudian berakhir pada penurunan ghairah seks. Ketika seseorang mengalami insomnia, maka tubuhnya akan terasa penat sehingga menurunkan ghairah seks.

3. Sakit kepala
Rasa sakit di tulang kaki ataupun kepala boleh terjadi kerana badan kekurangan kalsium. Rasa sakit tersebut dapat mengurangkan ghairah seks secara ekstrem, kerana fikiran tak boleh menumpukan perhatian. Bukannya menikmati seks, anda justeru memikirkan bagaimana menghilangkan rasa sakit yang tak kunjung hilang.

4. Gangguan Jantung
Dilaporkan Mayo Clinic, kekurangan kalsium boleh menyebabkan kerja denyut jantung menjadi terganggu yang diketahui juga sebagai penyebab disfungsi seks pada wanita. Perlu diketahui, jantung yang bekerja optimum dapat mengepam darah ke seluruh tubuh dan ke organ seks untuk meningkatkan ghairah baik bagi lelaki mahupun wanita.

Cara mencukupi pengambilan vitamin D dan kalsium untuk tingkatkan kehidupan seks:

Ketika tubuh mendapatkan pengambilan vitamin D dan kalsium yang cukup, maka kesihatan fizikal termasuk kualiti seks akan meningkat. Untuk itu, Makanlah makanan yang mengandungi vitamin D sehingga tulang boleh menyerap kalsium secara baik. Makanan yang mengandung vitamin D antara lain ikan salmon, tuna, bijirin, dan telur.

sumber dari : https://bestoneoffour.wordpress.com TQ info yang baik...

--------------------------------------------------------------------

Jika anda kekangan masa untuk mengambil kalsium dari sumber makanan.. Anda boleh mengambil kalsium dalam bentuk tablet.. Pilihan tablet kalsium saya ialah Ostematrik Shaklee :) Selamat, Berkesan & Mesra Alam...Di Shaklee, suplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix.
Ostematrix Shaklee


Paling best tentang Ostematrix Shaklee sudah tentu TIADA SILIKA GEL ! Gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D … Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Jika ingin mencuba kalsium dari Shaklee boleh menghubungi saya




AIR UNTUK KURUS ???

Salam Semua...

Hari ni saya nak cerita tentang pengambilan air masak membantu kita untuk KURUS...Betul kerr?? 

Sumber Google
Iya...Sebenarnya, kekurangan peratusan air dalam badan boleh membantutkan proses pelansingan anda terutamanya jika anda memang sedang giat berdiet. Mengapa saya berkata demikian? Di bawah disenaraikan mengapa air sangat penting dalam proses pengurusan dan pelangsingan badan:

1. Peratusan penurunan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh juga. Pernah dengar “gemuk air”? Sebenarnya bukan air yg menggemukkan tetapi lemak. Jadi, sangatlah penting untuk minum byk air bagi menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan.

2. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.

3. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.

4. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.

5. Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.

6. Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup.

7. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. 2 gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, 1 gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, 1 gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.

8. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

9. Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anada tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.

10. Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keprluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian

Perlu ingat yer, jangan pula anda mengharapkan 
dengan minum air banyak-banyak saja 
anda boleh kurus dengan kadar yang sekelip mata.. 
Selain pengambilan suplemen 
untuk membantu anda kurus,
kalori kena pantau, exercise pun kena ada sikit-sikit... 
Kalau 24 jam setiap saat anda makan, 
golek sana golek sini tak bergerak-gerak, jangan harap hanya 
minum air banyak-banyak anda boleh kurus tau ('',)


* Setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter. Contohnya, berat 50kg, memerlukan 2 liter air.


14 November 2012

Tips Bakal Ibu Ketika Hamil

Salam Semua...
Dah beberapa hari tak sempat nak update blog..rindu plak rasa..padahal baru seminggu jer..hihi.. 

Hari ni saya nak share tentang tips bakal ibu ketika hamil...saya ada terbaca kat blog ni Petua Untuk Bakal Ibu Ketika Hamil. Saya dah edit untuk anda baca kat bawah ni untuk info erkk...

Setiap pasangan yang dah berkahwin mesti impikan zuriat?? saper tak nak zuriat kan? Zuriat ni adalah sebagai pengikat kasih sayang kita. Pengalaman kehamilan buat pertama kali bagi seorang wanita pasti memberi pengalaman baru yang manis dan tidak boleh dilupakan sampai bila-bila...

Sumber Google
Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu berbadan dua bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu.Inilah pengalaman manis yang Allah berikan pada insan yang bergelar seorang ibu.

Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh dikongsi untuk wanita yang bakal jadi ibu.


Perkara perlu dielakkan sewaktu hamil:


* Penjagaan kuku tangan kaki  
Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda.
Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.

* Jalani rawatan muka  
Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

* Mewarna rambut  
Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.

* Kasut bertumit  
Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.

* Ubat nyamuk 
 Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

* Derma darah 
Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

* Bawa barang  
Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

* Durian  
Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.

* Kapal terbang  
Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.

* Gincu bibir  
Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan boleh membahayakan janin.

* Krim pemutih  
Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.

* Ubat jerawat  
Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.



* Protin - Pastikan tiga makanan utama diambil mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju yang berfungsi membina tisu dan otot bayi

* Kalsium - Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu dan produk tenusu yang penting untuk menguatkan tulang dan gigi bayi

* Zat besi - Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi dan ibu di samping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang

* Asid folik - Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 'embryonic' dan 'fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin

* Serat - Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protein. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung

* Air - Amalkan meminum air putih lapan hingga 12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus dan sup


Makanan tambahan sewaktu hamil


Pengambilan makanan tambahan dengan dos berlebihan boleh membahayakan ibu kerana ia larut dalam lemak. Paling penting adalah kalsium, asid folik dan zat besi.


Makanan yang harus dielak sewaktu hamil


Makanan mentah dan separuh masak, misalnya kafein, sushi, telur separuh masak, steak, makanan ringan, alkohol dan nikotin kerana mengakibatkan gejala tidak elok. Gula juga tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis ketika mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar.

-------------------------------------------------------------------------------

Nanti saya cerita tentang apa vitamin yang penting untuk pasangan yang inginkan zuriat pula yer...Sekian dulu untuk hari ni...

Salam Awal Muharram semua...Jangan lupa petang ni kita baca Doa Awal Akhir Tahun & Awal Tahun yer...Sama-sama kita memulakan penghijrahan baru dalam hidup yang lebih sempurna..InsyaAllah...

08 November 2012

Kelebihan Susu Ibu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Semalam saya baca buku RAHSIA MINDA HEBAT... Penulis Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood Haji Muhammad Zakaria, salah seorang kaunselor yang saya kagumi...rugi saper xbeli buku ni..memang best tau..banyak tips untuk dapatkan minda yang hebat..salah satunya ada disebut tentang penyusuan susu ibu. Susu ibu salah satu makanan berkhasiat untuk mencerdaskan akal bayi :)  

"Pemakanan merupakan asas utama bagi perkembangan dan pertumbuhan seseorang bayi. Pemakanan itu hendaklah seimbang dan mencukupi keperluan, sesuai dengan usia mereka"

Jadi hari ni saya nak share dgn kawan-kawan dari pembacaan saya dalam buku tu tentang kelebihan susu ibu...
Susu Ibu merupakan makanan paling berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Kolostrum (susu permulaan yang berwarna kekuningan) mengandungi tahap protein yang tinggi.

Susu ibu selain membekalkan bahan keperluan untuk pembesaran, pertumbuhan dan perkembangan tubuh dan otak bayi, ia juga mempunyai kuasa pelindung bayi daripada jangkitan pelbagai jenis penyakit.

KANDUNGAN SUSU IBU


Kajian menunjukkan susu ibu dpt melindungi bayi daripada penyakit. Antara penyakit-penyakit yang biasa menyerang bayi adalah seperti sakit telinga, kolkol(pertussis), taun(typhoid), lumpuh(polio), gastro enteritis dan meningitis. Malah bayi yang diberikan susu ibu dikatakan kurang terdedah kepada kemungkinan mendapat penyakit lelah dan juga pelbagai penyakit alahan.

Malangnya ada segelintir ibu-ibu moden sekarang tidak memberikan susunya ada bayi mereka kerana sibuk bekerja,sering berjauhan dgn bayi atau faktor-faktor lain seperti bimbang payudara akan mengendur dan menghilangkan kecantikannya apabila menyusukan bayi. Sangkaan ini tidak berasas sama sekali.

Maha Suci Allah 
Yang Menjadikan Payudara Yang Dipenuhi Susu 
Ketika Melahirkan Bayi Kalau Bukan Untuk 
Makanan Bayi Itu Sendiri !!!


Sumber Google
Mari kita lihat apa KELEBIHAN SUSU IBU...
  • Susu ibu sesuai untuk bayi secara semulajadi.
  • Susu ibu tersedia dalam keadaan steril atau terpelihara dan bebas drpd kuman atau hama.
  • Kandungan nutrien yang seimbang.
  • Susu ibu kurang kandungan protein dan kasein berbanding susu lembu. Kasein(casien) ialah protein yang dimendakkan drpd susu dan merupakan asas keju dan plastik
  • Susu  ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu haiwan yang pekat dan susah dihadam, terutama bayi.
  • Susu ibu mengandungi protein yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan keman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan cirit-birit
  • Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. Laktase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa (gula ringkas) dan galaktosa (gula ringkas yg kurang larut dan kurang manis drpd glukosa)
  • Najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksuaian utk pembiakan kuman dalam sistem usus
  • Susu ibu juga mempunyai sel yang datangnya daripada badan ibu. Sel itu berupaya membasmi jangkitan kuman serta virus selain mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi
  • Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi drpd susu ibu dgn lebih sempurna berbanding susu lembu
  • Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan ransangan kasih sayang kedua-dua pihak, ibu dan bayi.
  • Hisapan mulut membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan semula rahim ibu. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selagi menyusukan bayi.

05 November 2012

Testimonial Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Petang ni cuaca agak sejuk kan...Ohh yer, bulan November ni Shaklee bagi offer untuk ALFALFA...Raja segala tumbuhan :) 


Info Credit : Group Mamafaiz & Jutawan Shaklee

Alfalfa ni merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. 


Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. 

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.


Alfalfa sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah)..Nak tahu tak kelebihan Alfalfa yang lain? Boleh rujuk CINI. Bukan kaum hawa sahaja boleh makan alfalfa ni tau..kaum adam pun boleh...

Kat bawah ni saya share antara pengalaman pengguna-penguna Shaklee yang telah mencuba KEHEBATAN ALFALFA ni... 

Dilema eczema baby yang minum susu ibu
Dilema yang inginkan zuriat
Dilema untuk penyusuan ibu
Dilema untuk penyusuan susu ibu
Dilema untuk penyusuan susu ibu

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kita hanya mampu berikhtiar..tapi Allah maha berkuasa segalanya...Sekurang-kurangnya kita perlu berusaha untuk memperolehi kesihatan yang terbaik dalam hidup... So, jangan sampai stok habis pulak macam offer ESP bulan lepas :) Borong 1 set terus...dapat free 1. Jika anda berminat untuk mencuba Alfalfa dan ingin tahu harga istimewa untuk bulan ni bolehlah menghubungi saya.


01 November 2012

"Supply On Demand" Dalam Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Petang ni saya nk share tentang penyusuan susu ibu. Alhamdulillah, saya masih menyusukan permata hati saya & suami Irdina Nor Syahmi Binti Mohd Syahir Akmal... Anda tahu tak penyusuan susu ibu bergantung pada "Supply On Demand"...bukan semata-mata makan vitamin/suplemen susu akan banyak yer...Jika kita tidak memahami konsep supply on demand...mmg susah untuk susu kita meriah.. So petang ni saya nak kongsi cikit apa perlu kita buat lepas melahirkan bayi supaya impian kita untuk menyusukan bayi kita akan tercapai :) Aminn... 

Sumber ni dari http://www.sarakids.com. Masa saya pregnant lagi saya memang suka baca blog kak Farah ni.. Saper xkenal dia kan..Kaunselor Laktasi...Dia adalah salah seorang sumber saya untuk lebih kuat semangat ingin susukan anak saya sehingga hari ini.. Anak saya sekarang sudah hampir 1 Tahun 10 Bulan dah :) Masih menyusu dengan saya lagi..Alahmdulillah...


MEMAHAMI KONSEP SUPPLY ON DEMAND DALAM PENYUSUAN SUSU IBU


Sumber Google

Copy Dari Blog Kak Farah


Breastfeeding is a matter of supply and demand. Konsep bekalan dan permintaan. The more demand, the more milk will be supplied. Ya, Semakin banyak susu diminum/dihisap oleh baby, semakin banyak susu akan dihasilkan. Saya suka ibaratkan seperti satu flushing system di rumah. Selepas selesai menunaikan hajat, kita akan tarik flush dan tank itu akan kosong. Tak lama kemudian, ia akan penuh semula ikut amount yang sepatutnya yang dikawal oleh pelampung. Atau perumpamaan saya sedang menjamu rakan2 makan di satu majlis. Jika sate yang ditempah oleh saya berlebihan setelah selesai majlis, saya akan tempah/kipas smaller amount next time. Tetapi jika tetamu saya menghabiskan sate tersebut and look around for more, saya akan mengipas sate lebih banyak utk next event.

Know what, Lactating breasts work in the same way! Ya, ianya sama sahaja. Terdapat satu protein di panggil Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) yang akan kawal dan adjust penghasilan susu dalam badan ibu. Apabila kuantiti susu yang banayk tidak dikeluarkan (apabila payudara penuh namun tak diberi/dikeluarkan samada menyusu anak atau mengepam, akan menyebabkan FIL berkumpul dalam payudara, pengeluaran akan berkurangan. FIL diibaratkan seperti pelampung dalam flushing system, pada satu takat bila air dah penuh, air takkan diisi lagi ke dalam tangki flush. Ini akan meningkatkan takat penghasilan FIL. Jadi disini saya harap anda jelas tentang pentingnya mengosongkan payudara.

Jika baby nurse dgn baik dan susu dikeluarkan dgn baik dr payudara, badan akan mencukupkan susu yang terhasil. Penyusuan atau Pengepaman (jika bekerja) yang kerap dari payudara dan “mengosongkan” payudara akan meningkatkan supply/bekalan/pengeluaran susu ~ untuk memberitahu pd badan “anak saya perlu lebih susu” seperti kisah tetamu yang mencari sate2 lebih yang habis tadi. Baby akan mendapat susu yang cukup setiap kali dia menyusu.

Dengan konsep supply ini, apa yang penting bukanlah “BERAPA BANYAK SUSU YANG IBU ADA” namun lebih kepada “BERAPA BANYAK YANG BABY DAPAT/PERLUKAN”. Saya ingin sekali highlight perkara ini: Payudara ibu akan sentiasa mengeluarkan susu, setitik dua titik atau lebih NAMUN TIADA SETITIK pun yang baby akan dapat jika cara perlekapan yang salah atau sucking problem. So, cara perlekapan bayi masih satu perkara yang sgt penting dan berkait rapat dlm setiap hal penyusuan. Sudah tentu lama kelamaan susu ibu akan drop off. Dan juga selalu ibu berpendapat susunya makin kurang kerana breastnya sudah lembut dan tidak penuh/tegang seperti dlm confinement/pantang kerana babynya menyusu dgn kerap. Dont worry, its a good sign =) Kuantiti susu yang dihasilkan telah di adjust oleh hormon mengikut keperluan baby dr masa ke semasa =)


Good Latch =)


Tips for keeping the milk flowing:


1) susui baby seawal yang mungkin (within 1 hour selepas bersalin) dan amalkan rooming in supaya boleh menyusu bayi on demand/bila2 masa di hospital.
2) Jauhi susu formula, atau makanan pelengkap lain atau air masak (baby bawah 6 bulan) utk mengelakkan gangguan bekalan/supply susu ibu dan mengurangkan risiko jangkitan.
3) Biar baby yang tentukan masa bila dia mahu menyusu bila2 masa sahaja tanpa melihat jam atau mengira waktu feedingnya. A normal time frame for a newborn feeding is ten to thirty minutes on each side =0
4) Offer kedua-dua belah payudara setiap kali sesi penyusuan pada minggu awal kelahiran baby. Bekalan susu utk setiap payudara tidak sama, ianya bergantung kpd kekerapan memberi pada baby.
5) Biar baby habiskan penyusuan pada sebelah payudara ~ he’s done bila dia let go mama’s breast/lepaskan puting atau menghisap secara perlahan atau tertidur. Menyekat sesi penyusuan baby di tengah2 penyusuan ibarat menyuruh baby skip “desert”nya atau dlm erti kata lain, baby tidak akan dpt susu akhir/hindmilk yang tinggi lemak (utk mengenyangkannya) And please, ibu tentu tidak mahu baby nya put on diets =)

6) Susui bayi at least 8-12 kali pada hari/minggu awal kelahirannya termasuklah waktu mlm

7) Hubungilah pakar laktasi jika penyusuan menyakitkan atau baby tidak menunjukkan minat pd penyusuan. Kesakitan menyusukan akibat poor latch/perlekapan tidak betul dan akan affect supply susu

8)Avoid pacifiers, please. Puting akan mengakibatkan mama tidak perasan anaknya lapar dan ‘penyusuan on demand’ affected.

9) Makanlah supplemen atau makanan yang berkhasiat dan boleh menambahkan air susu. Sila rujuk SINI

Sumber Google

Banyak ibu yang amat risau bila stok susu mereka sudah mulai ‘surut’ dan masa inilah ibu2 panik. Saya amat sarankan anda mula mengumpul stok susu semasa di dalam pantang. Kumpullah sebanyak yang mungkin supaya apabila kita kembali bekerja, kita tidak akan ada masalah “stok ngam-ngam sui”. apabila anak anda tidur, anda mula lah mengepam kerana semasa pantanglah susu kita overflow dan kita tidak akan dpt sebanyak itu apabila sudah mula bekerja dan seterusnya. Dan cuba tidak berikan stok EBM semasa dalam pantang dan susuilah anak anda secara direct feeding.

Harap entry hari ini dapat membantu mama2 memahami apakah konsep "supply dan demand dalam penyusuan susu ibu. sehingga berjumpa lagi.
________________________________________

So ibu-ibu di luar sana jika anda dah tanam minat dari masa mengandung lagi untuk susukan baby anda..TAHNIAH....ANDA TELAH BUAT KEPUTUSAN YANG BIJAK... Susu Ibu adalah yang terbaik untuk anak kita..banyak kelebihannya bila kita susukan anak kita sendiri..Salah satu kebaikannnya ialah dapat merapatkan hubungan kita dengan dia..Saper yg susukan baby nya sahaja akan dapat rasa hubungan magnetik tu...Tak percaya..cubalah ;) 


Ingat yer kawan-kawan... Perlu berdisplin mengepam susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi mengepam. Bila di rumah waktu hujung minggu jangan ponteng mengepam... waktu tu la masa yang terbaik untuk buat stok susu anak. Mudahan tips di atas dapat membantu ibu yang menyusukan baby anda terutama bagi ibu baru ('',)