26 March 2018

Kenapa Ibu Perlu Sihat & Cantik?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Anda seorang ibu? 
Adakah anda ingin tampil sihat dan cantik di mata suami dan anak-anak tersayang?

Jadi anda perlu selalu membaca blog kami ibunaksihatnakcantik dan follow kami di Page FB Natural Organik By Syahmi untuk dapatkan tips-tips kesihatan, tips penampilan  diri yang cantik, dan info-info menjadi ibu yang sentiasa hot ('',)



Meh baca sedikit intro dari saya tentang kesihatan & kecantikan bagi seorang ibu. 


Setiap insan yang bergelar ibu inginkan kelihatan cantik pada zahirnya. Bukan sahaja nampak cantik luaran tetapi kesihatan yang berpanjangan adalah idaman bagi golongan insan yang bergelar seorang ibu. Lebih-lebih lagi ibu bekerjaya.



Jadi kami NATURAL ORGANIK BY SYAHMI ingin membantu ibu-ibu di luar sana sentiasa sihat sempurna dan tampil cantik di mata suami serta anak-anak tersayang. 

Cantik itu bukan hanya pandangan luaran sahaja, tetapi cantik dari dalaman. Untuk cantik dari dalaman, ibu-ibu patut menjaga kesihatan yang sempurna dengan cara menjaga pemakanan yang sihat. Ini kerana seorang ibu memikul tugas sebagai pembantu keluarga yang sangat penting di sisi seorang suami. Perlu menjaga anak-anak, perlu menjaga makan pakai keluarga dan perlu melakukan tugasan di rumah seperti mencuci baju, membersih rumah dsb. Jika ibu seorang yang bekerjaya, tugas bertambah lagi.

Oleh itu, ibu-ibu perlu SANGAT menjaga kesihatan yang sempurna supaya diri kita sentiasa bertenaga untuk menguruskan anak-anak dan suami. Apabila seorang ibu menjaga kesihatan dengan baik, menjaga pemakanan dengan baik dan menjaga emosi diri dengan baik, secara automatik akan lahirlah kecantikan seorang ibu secara semulajadi. 

Sebagai seorang ibu, kita perlu menjadi model yang baik untuk anak-anak. Pandai menjaga penampilan diri, pandai menguruskan pemakanan yang sihat, dan pandai menguruskan emosi dengan baik. 

Pemakanan yang sihat untuk anak-anak kita adalah bermula dari anak-anak kita dari dalam rahim lagi. Kenapa ibu-ibu perlu jaga pemakanan yang seimbang dan nutrisi yang lengkap? Ini adalah kerana segala zat-zat makanan yang kita makan semasa mengandungkan bayi kita akan pergi pada anak kita untuk melahirkan seorang anak yang bijak, cerdik dan sihat sempurna dengan izin dariNya.

Jadi sebagai seorang ibu, anda perlu menjaga pemakanan yang sihat agar diri sentiasa bertenaga, sihat berpanjangan dan cantik secara semulajadi demi suami serta anak-anak tersayang. 

JOM JADI ISTERI/IBU YANG SIHAT  & CANTIK UNTUK SUAMI/ANAK-ANAK TERSAYANG !