28 August 2012

Kelebihan Lecithin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Petang ni nak cerita cikit pasal Lecithin..lepas2 raya ramai nak cari vitamin untuk buang lemak...hihi..salah satu produk dari Shaklee yg glamour untuk buang lemak ialah Lecithin...Lecithin ni memang terkenal sebagai pemecah lemak..tu yg ramai suka tu.. Lecithin ni bebas kolestrol....Bagi yg beli Lecitin bertujuan utk mengawal berat badan.. boleh ambilnya selepas heavy meal.. 6caps/day..Oh ya... dan yg bonusnya..

Lecithin ni ada banyak fungsi lain selain pemecah lemak..Mari kita baca apa lagi kelebihannya :-



1) lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.

2) lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.

3) lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.

4) lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.

5) lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf.

6) lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.

7) lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.

8) lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).

9) lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.

10) lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.

sumber



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Jika anda berminat ingin mendapatkan suplemen Lechitin ini, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!



Penyebab Perut Buncit!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Kawan-kawan masih dalam mood raya lagi kan? Jadi, di kesempatan ini saya nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri"...Maaf Zahir & Batin...

Mesti raya ni korg makan bnyk kan??hihi..biasalah tu...sama lah mcm saya...huhu...raya kan setahun sekali..so ni lah peluang kita untuk makan makanan sedap2..tul x? masalah perut buncit ni mmg masalah yg selalu kaum hawa risaukan...tul x kwn2? yerlah bkn jer kelihatan xcantik malah lebih ketara jika kita berpakaian yg tidak bersesuaian...lemak cini lemak sana..mmg malukan...

So, kat cini saya nak kongsi cikit apa Makanan penyebab perut buncit ;)




Kalau nak tahu senaman jer xcukup tanpa kawalan makanan yg boleh menyebabkan perut kita buncit...perlu hati2 dgn makanan & minuman ini demi utk elak perut buncit :)

1) Garam
- pengambilan garam secara berlebihan bukan berisiko dpt tekanan darah tinggi malah boleh menyebabkan badan kita 'mengikat' banyak air. Ia boleh membuatkan badan lesu, penampilan x menarik dan berat badan bertambah kerana peyerapan air dalam badan yg banyak...

2) Karbohidrat
- otot memerlukan karbohidrat utk bergerak kerana dlm badan, karbohidrat diubah menjadi glikogen. Dikatakan per gram glikogen mengandungi 3gram air. Jadi, utk hidup lebih sihat, hadkan diri kita x terlalu 'jatuh cinta' pada makanan yg terdiri dlm kategori karbohidrat supaya bdn x mengalami kenaikan berat badan... Lebih baik jika kita lengkapi dgn senaman yg teratur utk bakar lemak dan buang air (glikogen) hasil dari karbohidrat itu.

3) Bergoreng
- Makanan bergoreng adalah sumber makanan yg kaya dgn lemak. Makanan berlemak akan dihadam lebih lambat sehingga ia mengumpul di bahagian dalam perut.  Lemak yg baik bg badan adalh MUFA (Monounsaturated Fatty Acids) yg berfungsi utk hancurkan lemak2 di perut. MUFA bnyk terdapat dlm minyak zaitun, kekacang, avocado dan dark chocolate.

4) Minuman Berkarbonat 
- minumam ni glamor waktu raya coz cepat & senang disedikan..tul x? ciri2 utama minuman berkarbonat adalah gas2 (gelembung) yg terdapat di dalamnya. Tahu x mana pergi gelembung2 tu ketika kita meminumnya?? nak tahu kat mana? sudah semestinya dia pergi kat bahagian perut kita ;) belum lagi jumlah gula yg ada dlm air tersebut akan membuatkan kita berisiko alami diabetes pulak !

Kenapa agak susah nak buang lemak2 kat perut erkk?? Semua salahkan lemak  di perut kerana ada sebab2 tertentu yg anda lupakan ketika jalankan program diet...Agak2 ap kesalahan tu...Mari kita lihat adakah kita ada lakukan...

1) Pulang Kerja 'Lepak' Di Depan TV

Pernah x kita balik jer keja terus ambil makanan atau snek sambil menuju ke ruang tamu.. habiskan makanan tersebut sambil tonton TV. Tanpa kita sedari jumlah hidangan makanan malam yg sepatutnya sedikit menjadi hampir sama dgn jumlah makanan waktu tgh hari. University Of Oulu mengatakan mereka yg melakukan kebiasaan spt ini akan membantu meningkatkan 10% lemak di perut bahkan 10% ini akan bertambah dlm jangka masa 2jam.

Bagi yg tidak menghabiskan makanan smbil tonton TV pada waktu malam @ lakukan senaman ringan ketika iklan TV akan bantu kurangkan lemak di perut.

2) Ketagihan Makanan Ber'tepung'

Jika kita selalu sarapan dgn roti, mungkin agak sukar utk kita tukarkan dgn  makanan lain. Sebenarnya, kita boleh gantikan roti kepada roti penuh mil, sekurang2 nya ia boleh kurangkan 85gram lemak perut setiap hari.

3) Sering Tertekan

Rasa panik, cemas, takut dan tertekan akan menaikkan hormon kortisol. Hormon ini akan memberi kesan domino yg negatif apda badan. Kesannya, kita mudah rasa lapar dan metabolisme badan bekerja lebih lambat. Akibatnya perut semakin buncit dan lingkaran pinggang pun melebar.

Untuk tangani tekanan ni, kita boleh cuba duduk dgn tenang, tutup kedua belah mata dan tarik nafas dalam2. Lepas tu, hembuskan nafas dari mulut dgn  8 kiraan. Terus lakukan sehingga kita rasa tenang.

4) Mengunyah Waktu Malam

Bila kita alami sukar utk tidur, secara automatik kita akan rasa lapar terutama ketika jam menunjukkan lewat tgh malam. Kaki akan melangkah ke dapur dan buka peti ais @ almari makanan. Tangan kita pasti akan memilih coklat, kerepek @ mee segera. Jika keaadaan ini berlaku, tidak hairanlah perut kita diselaputi timbunan lemak :) Sebenarnya kita boleh kunyah waktu malam tapi hendaklah pilih makanan yg 'aman' bagi perut dan lingkaran pinggang. contohnya, kacang badam, susu rendah lemak @ yogurt rendah lemak. Snek2  ini akan buatkan perut anda kenyang lebih lama dan jauh dari tumpuan lemak.

Menurut Janis Jibrain, pakar nutrisi dan penulis buku The Supermarket Diet, sebaiknya 2 jam sebelum tidur, kita harus berhenti mengunyah. Matikan lampu & tutuplah mata. Tidur & bangunlah pada pagi hari dgn lebih bersemangat.

Mari Nikmati Makanan...

Setelah teliti makanan yg jadi penyebab kepada perut buncit, kini tibalah masanya utk kita menikmati makanan yg istimewa tanpa membuatkan perut kita buncit. Cuba lah makanan ini :

Snek : Kacang Badam
Jika nak mengunyah jangan sesekali membeli biskut atau kerepek. Sebaliknya, boleh cuba ambil kekacang. 
Kajian dari UCLA menunjukkan bahawa wanita yg mengunyah kekacang dapat kurangkan ukuran lingkaran pinggang sebanyak 50% lebih banyak berbanding mereka tidak mengambilnya.

Lebih Kenyang : Protein
Dari ambil makanan berlemak, lebih baik kita pilih protein. Jumlah kalori di dalam protein 50% lebih sedikit berbanding dgn jumlah kalori yg terdapat dalam lemak. 
Jumlah kalori yg ada pada protein sama dgn karbohidrat tetapi protein lebih lambat dihadam sehingga kita merasa kenyang lebih lama. Selain itu, protein juga mampu menurunkan pengeluaran hormon ghrelin yg menjurus kepada nafsu makan.

Wajib : Serat
Menurut Marie Severd, penulis buku The Body Shape Solution to Weight Loss and Wellness mengatakan penghadaman yg lambat akan menyebabkan kitaran glukosa lambat dan pengeluaran insulin lebih sedikit.
Kajian ke atas 2900 sukarelawan turut membuktikan bahawa sukarelawan yg makan 25gram serat setiap hari dapat menurunkan berat badan lebih banyak berbanding dgn sukarelawan yg mengambil serat kurang dari 25% per hari.

Jauhi : Pemanis Buatan
Penelitian Purdue University membuktikan bahawa pemanis buatan lebih berisiko menyebabkan kegemukan berbanding pemanis semulajadi.
Menurut peneliti pula, pemanis buatan dapat menurunkan kemampuan badan utk mengenali rasa manis. Akibatnya, kita terdorong utk mengambil makanan manis dlm jumlah yg banyak.

Buang : Makanan Tinggi Kalori
Senaman akan memberikan hasil maksimum jika diikuti dgn pola pemakanan yg baik. Dgn menyingkirkan makanan tinggi kalori seperti caffe latte, nasi dan keju, secara mudahnya jumlah kalori kita menjadi sedikit.

sumber : majalah rapi bil.191

Selain tu korang boleh ambil supplement untuk mempercepatkan proses kempiskan perut atau penurunan berat badan :) Saya semestinya mengamalkan supplement dari Shaklee... Antara yg saya ambil utk penjagaan badan saya..


1) Alfalfa


Alfalfa ni saya ambil untuk detoks..Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. tahukah kamu semua... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..)

Selain Alfalfa, Herb-lax boleh juga digantikan dgn Alfalfa..Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa, Herb-lax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Disebabkan saya ibu yg masih menyusukan bayinya, so tak disyorkan Herb-lax kerana risau jika kesannya akan dapat pada bayi...

2) Lechitin (fat emulsifier)



Lecithin ni berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak….dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Boleh tengok kat cini antara kelebihan lain untuk Lecithin ni.

3) ESP

ESP ni ialah Soy Protein. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
Untuk protein terbaik, korang boleh pilih samada Cinch Shake/ESP/Mealshake. Saya masih menyusukan bayi saya so saya x ambil Cinch Shake ni, tapi saya gantikan dengan ESP kerana ESP juga boleh membantu mempercepatkan penghasilan susu badan.


4) Gla Complex

Saya ambil Gla ni untuk cantikkan kulit..tapi saya perasan bila saya ambil Gla ni perut saya lebih kempis dari dulu :) Maybe sebab antara kelebihannya menstabilkan hormon dalam badan kita, so secara automatik dia akan stabilkan mana2 part body kita yg xbetul...Gla ni banyak kelebihan lain lagi..boleh tgk kat cini

Walau apa juga supplemen yang korang makan untuk kurus @ kempiskan perut korang haruslah menjaga pemakanan seharian erkk, jangan main hentam je makan sesuka hati. 

Produk di atas cuba membantu mempercepatkan proses pengurangkan berat badan. Ia perlu selari dengan pemakanan. Jadi pemakanan perlu juga jaga ya! Kene kurangkan lemak dan minyak dan rajin-rajin lah bersenam. Jangan lupa minum banyak air masak juga ya sekurang-kurangnya 3 liter sehari!

Bukan sahaja badan kurus menawan tetapi juga sihat berseri! Amalkan cara hidup sihat yer kawan-kawan!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika ingin mendapatkan suplemen kesihatan Shaklee ini, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!







15 August 2012

Kelebihan Vitamin ZINC

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

ZINC COMPLEX SHAKLEE
Sebelum itu tahu ker kawan-kawan bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim. Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Mari kita lihat apa dia 17 kelebihan Zinc...
  1. Penjagaan Kulit : Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan. 
  2. Ekzema : Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna. 
  3. Jerawat : mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. 
  4. Penyembuhan luka : Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka. 
  5. Gangguan Prostat : Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat. 
  6. Hilang berat badan : Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan. 
  7. Mengandung : Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan. 
  8. Pembiakan : Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan. 
  9. Fungsi Biologi : Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman. 
  10. Jangkitan : Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis. 
  11. Antioksidan : Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat . 
  12. Aturan Enzim : Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink. 
  13. Kanser : Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser
  14. Kelesuan Kronik : Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  15. Botak : Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
  16. Kehilangan tulang : Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang
  17. Buta Malam : Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.
Berapa banyak zinc yg kita perlukan? 




Nutrition Fact : Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan




Jika ingin mendapatkan vitamin Zinc Complex Shaklee ini, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!



ESP (Energizing Soy Protein)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...


KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN

Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :- 

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY !

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM): 

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

KELEBIHAN ESP :-
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?
  •     Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
  •      Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)
  •    Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
  •     Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?

Especially yang baru beli atau dah lama beli tapi dah bosan dah..asik bancuh dengan susu jerrr. Basically satu sudu besar ESP dibancuh bersama satu gelas besar air suam. air suam ni samada air suam kosong tapi tak terhad cara tu je.. Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak (air kosong) / sejuk atau air suam2 kuku seperti milo, susu atau oren....JANGAN BANCUH dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.. Disini ada variasi resipi ESP. ikut tekak masing2 lah yer :) 

  • ESP + plain water (suam/sejuk)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP...boleh add on almond or fruits.bukan sahaja bertenaga..boost milk production malah energized)
  • ESP + susu tepung (any brand)
  • ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)

Jika ingin mendapatkan ESP yang HOT & SEDAPP ini, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!




14 August 2012

Kelebihan Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

OSTEMATRIX SHAKLEE

Ostematrix - Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis


Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan
Ostematrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

Kalsium sahaja tidak mencukupi

Negara Amerika Syarikat merupakan kadar tertinggi dalam penggunaan tenusu dan pengambilan kalsium, namun mereka merupakan kadar tertinggi dalam osteoporosis.

Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.

Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.


Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

*** Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. 


KESIMPULANNYA
  • Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.
  • Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!
  • Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.
  • Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.
  • Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang (osteoporosis)
  • Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!

OSTEOMATRIX SHAKLEE SESUAI PADA
  • Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
  • Sakit kepala yang teruk dan berhari2.
  • Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  • Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.


Di Shaklee....supplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix.. gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D … Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..

Supplemen kalsium Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sumber


Jika ingin mendapatkan produk Ostematrix ini, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!


10 Kebaikan Kalsium

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.

  1. Menguatkan Tulang
  2. Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.

  3. Mencegah Obesiti
  4. Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

  5. Melindungi Otot Jantung
  6. Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

  7. Mengelakkan Kanser Kolon
  8. Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

  9. Mencegah Blues Pra-haid
  10. Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

  11. Mencegah Batu Karang
  12. Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain-lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

  13. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat
  14. Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

  15. Kawalan Tekanan Darah
  16. Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi (DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.

  17. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat
  18. Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.

  19. Membantu Pengangkutan Nutrien
  20. Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.

Supplement kalsium pilihan saya?

Semestinya Ostematrix Shaklee kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur kalsium, magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dgn lebih efektif. Perfect... Alhamdulillah saya perasan bila saya amalkan Ostematrix Shaklee ni dah kurang sikit sakit belakang & kebas2 tangan… Saya adalah ibu yang menyusukan anak :) so saya memang memerlukan kalsium lebih kerana kalsium saya telah diambil oleh anak saya melalui penyusuan tersebut...




Jika ingin mendapatkan produk Ostematrix ini anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!