16 January 2013

Cara Menenangkan Anak Apabila Dia Memberontak

Assalamualaikum Semua...

Semalam saya ada terbaca salah satu page kat FB. Saya suka baca info yang dia share.. So, saya nak share kat blog saya untuk tatapan kawan-kawan baca.. Sebab saya ada anak umur 2 tahun... Dia memang suka memberontak & membaling barang-barangnya bila saya mara kesilapan dia... Saya ingat dia degil... Rupa-rupanya bukan ('',) Ni adalah disebabkan proses dia sedang belajar sebenarnya.. Baca info ni baru tahu..huhu.. Bau anak sorang kan.. So,xder pengalaman... TQ pada yang share info ni..Sangat berguna bagi saya... 


Jom kita baca...



Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu. 

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang: 
  1. Pegang dia seperti dalam gambar di atas. 
  2. Bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia. 
  3. Baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepada nya dan anda. 
  4. Tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang 
  5. JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak. 
Salam kasih, 

kredit prof.dr.rozieta shaary

15 January 2013

Kelebihan Mengambil Kalsium

Assalamualaikum Semua...


Kalsium merupakan nutrien penting untuk pembentukan tulang, pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh manusia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan bersama 20 cerita menarik tentang kalsium ini.

  • Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium (99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.
  • Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot.
  • Keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja seseorang.
  • Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.
  • Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.
  • Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk membina asas tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari kelak.
  • Kanak-kanak berusia di antara satu hingga tiga tahun disarankan agar mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, mereka memerlukan kira-kira 800gm kalsium sehari.
  • Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.
  • Pengambilan kalsium terbaik ialah dengan minum susu. Keadaan semula jadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh.
  • Segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250mg hingga 500mg kalsium. Jadi, pastikan anak anda minum dua gelas susu sehari untuk memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.
  • Bagi kanak-kanak yang tidak gemar minum susu, ibu bapa perlulah mencari alternatif lain yang dapat membekalkan kalsium pada anak.
  • Makanan yang kaya dengan kalsium selain susu ialah keju, yogurt, tauhu, brokoli, roti gandum penuh dan susu soya.
  • Kini, ada banyak makanan seperti bijirin sarapan pagi dan biskut telah diperkaya dengan kalsium. Lihatlah label makanan tersebut untuk mengenal pasti kandungan kalsium yang ada di dalamnya.
  • Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D.
  • Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit ‘rickets’.
  • Kalsium tidak digalakkan diambil bersama produk yang tinggi lemak seperti coklat kerana asid ‘oxalic’ yang ada dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.
  • Tahu kah anda bahawa secawan susu kambing mengandungi 327mg kalsium.
  • Kalsium dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya daripada sumber makanan.
  • Kalsium yang dikunyah atau dicairkan akan lebih mudah diserap.
  • Untuk kekalkan tulang dan gigi yang kuat pada anak, berikan mereka snek yang kaya dengan kalsium dan hidangkanlah makanan bersama susu.

Pilihan kalsium saya tentunya dari Shaklee. Kerana... Kalsium Shaklee mengandungi vitamin D sekali untuk lebih penyerapan..

Kenapa saya memilih Shaklee Ostematrix? Dibawah ni ada jawapannya ('',)


Jika anda berminat untuk mengambil kalsium dari produk Shaklee... Bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan vitamin ni dengan harga yang sangat berbaloi-baloi untuk kesihatan anda..

Petua Awet Muda !

Assalamualaikum Semua...

Pagi ni saya nak share tentang petua awet muda dari Ustazah Fatima Az-Zahrah :) Jom kawan-kawan kita cuba amalkan untuk amalan kita seharian agar awet muda untuk suami & kebahagiaan rumah tangga kita...InsyaAllah...

Dari        : Ustazah Fatima Az zahrah 
Credit    : SGL Group 


CARA PERTAMA

Lepas solat Isyak, ambil air segelas, baca :
Al-Fatihah 1x, Ayat-Qursi 1x dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7x. 


Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga kita. 


CARA KEDUA

Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut : 
  • Baca "Ya Badiyah" sebanyak 1x 
  • Baca "Ya Nur" sebanyak 1x 
  • Baca "Ya Hadi" sebanyak 1x 
  • Baca "Ya Allah" sebanyak 3x 

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari agar mudahan kita cantik luaran dan dalaman. 

InsyaAllah...

11 January 2013

Siapa yang memerlukan Omega?

Assalamualaikum Semua....


Hari ni hari Jumaat yang indah..hari penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Kawan-kawan dah makan? Alhamdulillah, saya dah selesai...Petang ni nak cerita pasal kelebihan omega dalam tubuh kita.

Omega 3 merupakan salah satu jenis lemak tidak tepu yang sangat diperlukan oleh tubuh. Malangnya, tubuh kita tidak boleh menghasilkan sendiri jenis lemak ini. Ia perlu di ambil melalui pengambilan makanan.

Pakar pemakanan ada menyatakan bahawa tubuh badan kita memerlukan sekitar 300 mg Omega 3 per hari. Omega 3 sebahagian besar boleh ditemui pada ikan-ikan seperti ikan Salmon, ikan Tuna, ikan air tawar, Makerel, Hering, ikan Tenggiri, dan ikan sardin (ikan lemuru).

Selain itu, Omega 3 boleh didapati pula pada makanan yang berasal dari tumbuhan seperti minyak dari Raps , kacang Kenari, Walnuts, Alpukat, Bayam, minyak Canola, dan kacang Soya.


Jika kita tidak boleh mendapatkan Omega 3 drpd pemakanan kita untuk diambil setiap hari.. kaedah lain, kita boleh ambil melalui vitamin/suplemen. 

Tapi pastikan dia dijamin oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan ada label yang berkilat2 yang dipanggil Hologram Sticker. Kat sticker tu ada Serial number dan ada printed KKM seperti contoh produk Shaklee kat bawah ni :




Di Shaklee, ada produk utk omega-3 yang diberi nama Omega Guard. Omega Guard Shaklee mempunyai Omega-3 Fatty Acid yang dilengkapi dengan Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) yang ditemui dalam ikan laut dalam. Ia berfungsi untuk merendahkan kalestrol jahat iaitu LDL dan meningkatkan kolesterol baik HDL. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

OmegaGuard Shaklee merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Paling best, OmegaGuard ni satu family boleh makan tau... Anak, Ibu, Ayah, Atok, Nenek ('',)


Siapa yang memerlukannya??

(1) Ibu Hamil

- Membantu perkembangan sel otak bayi semasa dalam kandungan
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
- Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik

(2) Ibu Menyusu
- Menyalurkan khasiat Omega-3 untuk sistem imunisasi badan kanak-kanak serta perkembangan otak.
- Membantu penurunan berat badan ibu tanpa menjejaskan penyusuan

(3) Kanak-Kanak
- Pertumbuhan badan yang sihat selain kesihatan otak
- Yang sering demam, selsema, batuk serta jatuh sakit.etc athma, eczema
- Memperkuatkan sistem imunisasi badan

(4) Mereka yang mengalami masalah berat badan
- Membantu pembakaran lemak dengan lebih cepat berbanding lecithin
- Omega-3 akan meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan = kurang makan dan sentiasa kenyang

* OmegaGuard bertindak lebih cepat berbanding LECITHIN. Perumpamaannya, lecithin tu naik basikal dan omegaguard tu naik kapal terbang..Apa pun terpulang pada bajet anda dan bukan bajet saya yea..

(5) Mereka yang mengalami masalah kesihatan
- Batuk berkahak, selesema yang berterusan
- Sakit-sakit sendi , kolestrol tinggi
- Sakit strok

Jika anda berminat untuk mendapatkannya untuk diri sendiri ker..untuk bagi anak kita lagi bijak & cerdik ker, atau pun nak hadiahkan untuk suami/isteri/ibu/ayah/atok/nenek tersayang.... Jangan segan-segan pm/sms/call saya yer...





09 January 2013

Jamin Kualiti Susu Ibu dengan Makanan Organik

Assalamualaikum Semua...

Kawan2 tahu tak apa itu makanan organik?

Perkataan organik sebenarnya bermaksud "dari tanah". Ringkasnya, ia membawa makna asli, semula jadi, tidak tercemar dan lain-lain, iaitu sifat-sifat produk pertanian yang digunakan setiap hari. Contoh-contoh produk organik termasuk sayur-sayuran, vitamin, ubat gigi, sabun, serbuk pencuci dan lain-lain lagi.

Makanan organik yang biasanya terdapat di pasaran adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Perbezaan utama antara makanan organik dan bukan organik adalah cara sayur-sayuran dan buah-buahan ini ditanam dan dipupuk. Sayur-sayuran dan buah-buahan organik adalah tanaman yang dipupuk secara semulajadi. Ini bermakna bahan yang tidak semulajadi seperti ubat serangga dan baja sintetik tidak digunakan dalam tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan organik. Oleh itu, sayur-sayuran dan buah buahan organik biasanya tidak mempunyai rupa yang secantik makanan yang bukan organik kerana makanan organik tidak mempunyai perlindungan dari faktor persekitaran, serangga dan haiwan-haiwan perosak.

Jom kita baca info apa kaitan makanan organik dengan kualiti susu ibu :)
Sumber Google
Sumber : pama.karangkraf.com

Betty Kamen, pakar pemakanan ada menyebut, “Take food as close to their natural state as possible”. Jadi, teliti apa yang anda makan! Ketahuilah, makanan organik berperanan besar dalam menghasilkan susu berkualiti untuk si manja selain membantu meningkatkan taraf kesihatan anda.

Memandangkan terlalu banyak pilihan makanan yang ada ditambah pula dengan kesibukan kerja, anda terleka dan seterusnya tidak peka dalam memilih makanan terbaik untuk diri dan keluarga. Ini terutamanya untuk si manja yang menerima khasiat susu ibu. Ketahuilah, anda seharusnya lebih berhati-hati dan perlu memilih makanan yang bersih dan tidak tercemar oleh racun serangga dan sebagainya.

Masa kini, masyarakat mula menyedari manfaat pemakanan organik. Jadi, mengapa harus anda berlengah lagi? Belum terlambat untuk anda memulakannya dari saat ini! Bukan diri anda sahaja yang akan memperoleh manfaat kebaikan pemakanan organik. Paling penting bayi anda akan merasai tempiasnya. 

Dengan memilih untuk bertukar selera kepada makanan yang dihasilkan tanpa penggunaan racun serangga, ia merupakan langkah awal bagi anda mengelakkan diri dan keluarga khususnya si manja daripada terdedah kepada pelbagai ancaman penyakit yang semakin “ganas” menyerang masyarakat moden yang tidak kisah dengan kualiti dan asal-usul makanan yang diambil setiap hari.

Sebagai makluman, buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam secara organik mengandungi anti-oksida pelawan kanser lebih tinggi berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran yang melalui kaedah penanaman menggunakan racun serangga. Buktinya, terdapat kajian yang mengesahkan racun serangga dan racun rumpai menghalang penghasilan bahan kimia yang bertindak sebagai pertahanan semula jadi tumbuh-tumbuhan. Sedangkan, bahan kimia itu sangat berguna untuk kesihatan manusia yang bakal memakannya.

Lebih daripada itu, buah-buahan dan sayur-sayuran organik mengandungi lebih banyak vitamin. Malangnya, melalui kaedah penanaman biasa, khasiat makanan tersebut berkurangan akibat penggunaan racun serangga, rumpai, kulat dan lain-lain. Sebahagian daripada sebabnya ialah baja yang digunakan menggalakkan tumbuh-tumbuhan membesar dengan cepat dan mengandungi banyak air. Dalam pada itu,US Environment Protection Agency (EPA) menganggarkan 60% racun rumpai, 90% racun kulat dan 30% racun serangga yang digunakan pada masa kini berpotensi besar menyebabkan kanser.

Jadi, dengan memilih makanan organik, ia dapat memastikan anda “memindahkan” bahan-bahan semula jadi dan sihat kepada bayi melalui susu ibu. Oleh sebab itu, gaya pemakanan anda penting dalam melindungi bayi daripada “gangguan” bahan kimia yang terkandung dalam susu ibu. Anda sebenarnya boleh mengelak sesetengah (bukan semua) bahan kimia dengan meneliti apa yang anda makan.

Walaupun masalah pencemaran alam dan makanan berterusan, penyusuan susu ibu tetap pilihan terbaik jika dibandingkan dengan memberi bayi anda susu formula. Bagi mengurangkan masalah kesihatan, anda seharusnya:

1. Tidak merokok atau berhenti merokok dan jauhkan diri daripada perokok di kawasan sekeliling anda.

2. Elak minuman beralkohol.

3. Hindari penggunaan racun serangga di rumah, laman atau sewaktu mengendalikan haiwan peliharaan.

4. Jauhi pendedahan kepada bahan-bahan seperti cat, gam bukan berasaskan air, asap petrol, minyak wangi dan pengilat kuku.

5. Elakkan pakaian yang perlu dicuci kering.

6. Makan makanan seimbang yang rendah lemak haiwan dan tinggi lemak produk tenusu.

7. Jika mampu, amalkan makanan yang ditanam secara organik.

8. Hindari makanan yang mengandungi tahap merkuri tinggi seperti tuna.
(Untuk keterangan lanjut layari web, www.nrdc.org/health/effects/mercury/index.asp.)

Penyerapan toksin amat mudah sekali melanda generasi muda. Memandangkan sistem nyah toksin bayi masih belum matang, jadi andalah yang sepatutnya memainkan peranan. Anda adalah tunggak utama pertahanan kesihatan bayi. Jadi, anda perlu mula mengamalkan pemakanan semula jadi!

Pencemaran dikumuhkan lebih perlahan di dalam susu ibu berbanding di dalam darah.

INFO

Jika kawan-kawan nak tahu, Shaklee adalah syarikat yang terawal memimpin aktiviti berkaitan alam sekitar. Setiap produk yang Shaklee keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Jadi, jika kawan-kawan memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara iaitu sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

06 January 2013

Happy Birthday Irdina!

Assalamualaikum Semua...


Hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran anak kesayangan kami yang ke 2...kejap jer masa berlalu...Irdina Nor Syahmi dah mencecah umur 2 tahun...

Alhamdulillah, ibu bersyukur sgt dapat bagi yang terbaik untuk kamu sayang.. Ibu dapat laksanakan amanah Allah dgn memberikan susu yang datang dari darah daging ibu sendiri sehingga sekarang..Itulah saat kenangan manis yang sangat bermakna buat ibu dan kamu...

Sempena hari lahirmu ni, Ibu & Ayah doakan kamu sihat, cerdik, bijak serta menjadi anak solehah yang berjaya di dunia & akhirat..InsyaAllah mudah-mudahan...

Ibu & Ayah akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu sayang... Ibu & Ayah sayang sangat kat kamu..

Kek Birthday From FilaLicious
With cousin & Friends
With a cute mom :)

01 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013!

Assalamualaikum Semua....

Hari ni dah masuk tahun 2013...Kejap jer masa berlalu kan...makin hari makin bertambah umur kita... Jadi tahun baru ni apa kata kita berazam untuk meningkat kesihatan badan kita :) bukan untuk korang jer tau.. ni peringatan untuk diri saya juga :) 
Jadi untuk kita jadi sihat, usaha pun kena lebih..bukan hanya menjaga pemakanan yang sihat sahaja tau...tapi kena fokus mendapatkan nutrien yang betul & ubah gaya hidup kurang sihat kita...

Jom kita baca beberapa tips dari majalah i-Sihat Januari 2013 untuk membantu kita mencapai hidup sihat & mengekalkan kesegaran :-

Dapatkan majalah iSIHAT Januari 2013
1) Menggabungkan sumber protein sihat ke dalam diet anda

Protein penting bagi satu diet yang sihat. Pilih protein yang bukan dari sumber daging seperti soya. Protein soya membantu untuk membina dan mengekalkan sel-sel yang sihat seperti kulit, otot, tulang, rambut dan kuku. Beberapa kajian menunjukkan soya juga boleh mengurangkan kolestrol LDL.

2) Pemakanan yang lengkap 

Makan pelbagai jenis makanan dapat membekalkan tubuh anda dengan vitamin dan mineral yang mencukupi bagi mencapai kesihatan optimum, tetapi ia bukan mudah. Mengambil multivitamin mungkin merupakan salah satu cara terbaik bagi memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat & bertenaga.

3) Mengamalkan Vitamin B dan C
Vitamin-vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga yang meningkatkan tahap tenaga tubuh. Pengambilan asis folik (Vitamin B9) yang mencukupi amat penting bagi menghalang urat saraf terganggu terutama bagi wanita yang merancang untuk hamil sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu kehamilan. Vitamin C pula penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan dan dalam tulang yang sihat bagi menyokong gigi, gusi serta seluruh badan.

4) Tambahkan resveratrol dan polyphenols
Kajian telah menemui yang penambahan resveratrol dan polyphenols ke dalam diet dapat membantu menggalakkan penuaan secara sihat dan meningkatkan tahap tenaga.

5) Aktifkan diri
Bersenam secara teratur penting merupakan sesuatu yang penting untuk mengekalkan kesihatan. Bersenam membantu mengekalkan berat dan mengelakkan daripada diserang penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.

6) Belajar menguruskan tekanan dalam kehidupan anda
Pengurusan tekanan penting dalam memelihara tubuh dan otak yang sihat. Tekanan yang tidak terkawal boleh meningkatkan risiko insomnia, keletihan, kemurungan, penyakit jantung dan banyak lagi. Mengamalkan gaya hidup sihat, berfikiran positif dan mempunyai masa untuk berseronok dan berehat dapat membantu melegakan tekanan.

7) Elakkan merokok dan pengambilan alkohol berlebihan
Merokok dan alkohol boleh meningkatkan risoko penyakit kronik dan memepercepatkan proses penuaan. Jika anda mempunyai tabiat buruk ini, sekarang merupakan masa terbaik untuk meninggalkannya!

Jadi, apa kata mulakan tahun baru 2013 ni dengan nutrien yang betul dari SHAKLEE untuk kita hidup lebih sihat tanpa sebarang penyakit...

Kenapa saya percaya dengan nutrisi dari Shaklee?? 
*Shaklee telah berada di pasaran lebih 50tahun..
*Lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar.
*Lebih daripada 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya.
* Lebih 300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembagunan produk
* Bahan-bahan semulajadi yg paling halus dan tulen
* Disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan
*Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk diri kita, rumah & bumi
*Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dgn mengamalkan perniagaan yg mesra alam

Jika anda berminat untuk mendapatkan nutrien dari Shaklee boleh lah menghubungi saya