26 November 2013

SHAKLEE BAHAYA atau TIDAK BAHAYA?

Assalamualaikum Semua...

Produk Shaklee bahaya ker tak bahaya yer nak makan ni? Ada dapat kelulusan dari KKM tak? Jika tiada kelulusan dah tentu sekali jika makan akan dapat impak yang tidak baik pada pelanggan. TAPI.... Ramai pengguna Shaklee mengakui yang kesihatan mereka dan keluarga jauh lebih baik selepas mengambil produk Shaklee 

Jika anda ingin tahu, pihak KKM begitu ketat prosedurnya untuk memberi lesen kelulusan terhadap sesuatu produk sehingga Vitamin C Sustain Release Shaklee yang ditingkatkan formulanya menunggu sehingga hampir setahun pemeriksaan dari KKM untuk dipasarkan. Ini bermakna, semua vitamin Shaklee yang berada dipasaran In Sha Allah selamat dan telah diluluskan oleh pihak KKM. Produk Shaklee yang tidak melepasi kelulusan KKM tidak akan dipasarkan di Malaysia.

Ada beberapa supplement dari Shaklee yang tidak terdapat kelulusan KKM. Produk yang terlibat adalah :-
  • Energizing Soy Protein (ESP)
  • Perfomence Drink (PD)
  • Cinch, Vivix (minuman Botanical) 
  • AJHT (ekstrak jagung) 
  • Collagen Powder (sisik ikan merah laut dalam) 
Produk yang tidak disenaraikan diatas untuk mendapat kelulusan dari KKM kerana dikategorikan sebagai makanan. Makanan tidak perlu kelulusan dari KKM sepertimana beras, susu & gula tidak perlu diluluskan oleh KKM. Jadi Bukan dibawah kawalan BPFK (Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan)


JADI, TIDAK PERLU WAS-WAS MENGGUNAKAN PRODUK SHAKLEE KERANA PRODUK SHAKLEE SENTIASA SELAMAT DAN SEMULAJADI ('',)

25 November 2013

Kalsium VS Ketinggian Badan

Assalamualaikum Semua...

Petang ni saya nak share tentang Kalsium dan ketinggian tubuh badan manusia. Info ni saya ambil dari sharing kawan di group testimonial pengguna Shaklee (SGL Group).

Pesanan untuk ibu-ibu diseluruh dunia terutama di Malaysia ('',)

................................
Hasil pergi kelas nutrisi shaklee, nutritionist shaklee Ms Celine pesan.. ingat benda ni.. 

Kalau ade anak perempuan.. first day datang period tu tulis tarikhnya dan start makan & minum makanan tinggi kalsium dalam tempoh 3 tahun dari tarikh awal period tu.. kalsium yang di perlukan remaja adalah 1000mg..dan waktu ini sangat-sangat penting.. mesti cukup dan ia mempengaruhi ketinggian tubuh remaja wanita..

Manakala bagi anak lelaki.. ia memerlukan makanan tinggi kalsium sehingga beliau berumur 21 tahun utk ketinggian tubuhnya..

DAN INGAT!! Selepas tempoh kedua-dua tersebut, tiada lagi ketinggian tubuh..ia akan statik dengan ketinggian itu seumur hidup... Jadi, kalau "rendang" je tubuh tu salah satu punca adalah kekurangan nutrisi dari kalsium yang diperlukan untuk ketinggian :)

Bukan saya yang kata tapi mengikut kajian dan maklumat yang disampaikan oleh nutritionist.. Saya pun tak tahu pasal ni sebelum ini.. Sebab tu nak anda semua take note yer! Hopefully ibu-ibu ambil tahu dan bertindak bijak untuk ketinggian ank-anak ye.. Kalau susah sangat nak minum susu.. Makan badam untuk kalsium.. Telan je 4 bji ostematrix shaklee = 1000mg kalsium :)



Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan Ostematrix boleh baca di sini. Jika ingin mendapatkan suplemen kalsium ni boleh menghubungi saya untuk mendapatkannya!






22 November 2013

Kelebihan VIVIX Shaklee

Assalamualaikum Semua...

Sempena bulan November 2013 Shaklee promosi Vivix saya nak kongsi cerita tentang Suplemen Vivix ni...



Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix merupakan satu patern tertunda yang hebat dengan campuran botani ekslusif. Vivix ni banyak kelebihan berbaloi lah dengan harganya yang tinggi sedikit berbeza produk Shaklee yang lain. Ini adalah kerana bahan-bahan untuk menghasilkan vivix ni amatlah sukar dan mahal untuk diperolehi. Kajian menunjukkan yang bahan botani dalam campuran Vivix dapat merangsang penuaan selular yang sihat.

Terdapat 4 bahan yang digunakan :-

1) Anggur Muscadine
2) Elderberi Eropah
3) Polygonum Cuspidatum
4) Lobak Unggu

1) Anggur Muscadine

Anggur Muscadine atau nama saintifiknya 'Vitis Rotundifolia' merupakan anggur yang luarbiasa, terkenal dengan profil yang kaya dengan polifenol unik dengan pelbagai khasiat kesihatan. Ia mengandungi spektrum polifenol yang menyeluruh seperti resveratrol dan kuersetin. Kedua bahan ini mengandungi asid elagic dan ellagitannins yang bila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine mampu memberi kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Polifenol-polifenol ini terbukti dapat merangsang antioksidan semulajadi tubuh bagi meningkatkan keupayaan dan ketahanan selular. Tambahan pula, perbezaan kromosom yang terdapat pada anggur Muscadine iaitu sebanyak 20 berbanding 19 kromosom bagi anggur biasa dapat menghasilkan Asid Elagic yang telah terbukti mampu meningkatkan fungsi, prestasi dan keberkesanan keseluruhan selular. 

Termasuklah bijinya merupakan sumber terbaik yang bersifat antioksidan dan ciri-ciri anti radang. Keupayaan buah tersebut adalah menyembuhkan dirinya sendiri daripada penyakit, bakteria dan kulat.

Sifat-sifat perlindungan semulajadi memberi kebaikan kepada sesiapa yang memakannya terutama bahagian bijinya kerana sebatian fenolik tertumpu pada bahagian tersebut.

Anggur ini adalah 40x ganda lebih polifenol berbanding anggur lain. Polifenol boleh didapati dalam wain merah terbukti beri manfaat pada kesihatan kardiovaskular, paras gula dalam darah & proses penuaan dan lain-lain.

2) Elderberi Eropah

Zaman dahulu orang guna buah ni untuk merawat penyakit artistik, asma, semneli dan selsema.Ia mengandungi kalium dan kaya dengan vitamin c dan terbukti mampu mengukuhkan sistem imun tubuh.

Ia merupakan sumber anthocyanins yang hebat kerana mengandungi 3x ganda karotenoid. Merupakan antioksidan yang kuat & dapat melindungi sel daripada rosak disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang dan tekanan yang dihadapi.

Ia mampu mengurangkan kesan akibat kolesterol jahat dan menyekat platelet daripada melekat pada dinding saluran darah dan mengurangkan risiko aterosklerosis

Ia juga mampu meningkatkan daya penglihatan malam keran mengeluarkan rodopsin atau visual unggu dalam mata. Ia membantu mengurangkan cahaya dalam penglihatan dan membantu dalam tekanan.

3) Lobak Unggu

Merupakan sumber vitamin A terbaik & mengandungi fitokimia termasuk karotenoid, fenolik, polyacetylenes, isokumarin dan sesquiterpens. Fitokimia adalah tumbuhan yang mempunyai antioksidan, anti bakteria, anti radang & mempunyai ciri-ciri mempertingkatkan kesihatan.

Ia juga mengandungi anthocyanins yang mempunyai kegiatan antipengoksidaan yang luar biasa. Beberapa kajian menunjukkan anthocyanins mempunyai aktiviti biologi yang luas termasuk anti-pengoksida, anti-radang, agen anti-mikrob dan anti-karsinogen. 

Tambahan lagi, ia menunjukkan kepelbagaian kesan pada urat darah, platelet dan lipoproteins yang nerupaya mengurangkan penyakit jantung.


4) Polygonum Cuspidatum

Polygonum Cuspidatum yang juga dikenali sebagai 'Japanese Knotweed' kaya dengan sumber resveratrol semulajadi yang sama terdapat dalam ekstrak kulit & biji anggur merah. Bahan ini selalu terdapat dalam suplemen anti penuaan seperti ubat-ubatan cina.

Ujian resveratrol mampu melambatkan proses penuaan, menurunkan tahap kolesterol & tekanan darah, meningkatkan prestasi olahraga & menyingkirkan sebatian yang tidak diperlukan tubuh.

Selain itu, para penyelidik juga mendapati yang resveratrol berupaya membantu dalam melindungi selular serta melindungi dan memperbaiki DNA bagi menyokong fungsi sel sihat dan melanjutkan usia. Bukan itu sahaja, resveratrol juga telah terbukti dapat meningkatkan penghasilan tenaga di peringkat selular demi meningkatkan tenaga yang lebih baik.

...............................

Vivix adalah minuman campuran botani yang kaya dengan POLIFENOL. Polifenol ini adalah kumpulan yang khasiatnya antioksidan dan antipenuaan. Polifenol merupakan sebatian antioksidan semula jadi yang biasa ditemui di dalam tumbuhan yang boleh dimakan. Sejak sedekad yang lalu, ramai yang mula mengkaji khasiat kesihatan bagi tumbuhan yang mengandungi polifenol yang bertindak sebagai antioksidan. Banyak kajian saintifik dan penyelidikan klinikal menyarankan yang pengambilan diet yang tinggi dalam kandungan polifenol dalam jangka masa penjang dapat melindungi masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan. 

Vivix disarankan untuk mereka yang ada :-
  • Kanser
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing Manis
  • Masalah kegemukkan
  • Nyanyuk
  • Artritis
  • Penyakit Mata Seperti Katarak
  • Penyakit Kardiovaskular
  • Untuk Awet Muda pun boleh
Dibawah ni salah satu testimonial dari Master Zura Betty :) Sebenarnya banyak lagi testimonial lain.. Tapi cukuplah satu dulu saya letak kat cini yer.. Saya letak banyak-banyak kang jemu pulak nak tengok... Tak terbaca nanti ('',)



Jika anda berminat dan ingin mencuba Vivix untuk diri sendiri atau untuk orang tersayang.. Boleh lah menghubungi saya untuk mendapatkannya selagi stok masih ada.








14 November 2013

Pantang Larang & Tips Pengambilan Suplemen



1) Protein/Collagen
  • Sebaiknya diambil di waktu pagi semasa perut kosong kerana waktu pagi metabolisme kita tinggi
  • Elakkan dari membancuh protein bersama air panas melebihi 40 darjah celcius

2) Alfalfa
  • Tidak boleh diambil bersama vitamin E atau GLA, vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  • Bagi pesakit SLE haruslah mendapat nasihat pakar sebelum mengambil Alfalfa

3) Ostematrix/Kalsium

Kalsium sebaiknya diambil di waktu malam, sebelum tidur

4) Vitamin C

Sekiranya anda demam/selsema ambil 1 tab Vitamin C dan patahkan menjadi dua (2) makan bersekali, ambil 2 kali sehari(sebiji setiap kali) untuk boost imun.

5) Vitalea/Multivitamin
  • Jangan diambil dengan minuman bersusu (ostematrix)/ESP/Meal Shake/Cinch Shake kerana boleh mengganggu efisiensi penyerapan zat besi (iron)
  • Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap
  • Dalam kes vitalea ni tak ambil dengan vitamin C sekali pun tiada masalah sebab di dalam vitalea sendiri dah ada vitamin c tapi dalam kuantiti yang sedikit
6) Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) 

Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

7) Jangan mengambil vitamin dengan minuman berkafein
  • Mengurangkan efisiensi penyerapan vitamin
  • Kalau nak ambil minuman berkafein juga, ambil 1/2 jam sebelum atau selepas makan suplemen
8) Pengambilan air masak
  • Perlu minum air masak yang secukupnya bagi pengamal suplemen sebanyak 3-4 liter sehari
  • Bagi 25kg berat badan memerlukan 1 liter air
  • Air yang cukup bagi vitamin y ang di ambil dapat menyerap dan berfungsi dibadan sebaiknya

Ummi Syahmi
ID Shaklee : 858047
018-2462122

04 November 2013

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum Semua....
Alhamdulillah selesai membaca doa akhir tahun..kawan-kawan yang belum lagi membaca.. Jom sama-sama membaca sebelum masuk waktu maghrib... Selepas tu kita baca doa awal tahun pula. Salam maal hijrah untuk semua yang sudi menjengah blog saya... Semoga hidup kita lebih sempurna & dilimpahi rezeki pada tahun 1435 Hijrah... Aminnn...

Sila klik gambar untuk melihat paparan lebih jelas


Dari saya,
Ummi Syahmi
Ingin Hidup Lebih Sempurna