21 September 2014

Kek Coklat Simple

Assalamualaikum  & Salam Sejahtera Semua.....

Hari hujung minggu biasa memang saya rajin memasak. Sajer mencuba-cuba resepi yang best.. Korang macam mana? Wat aktiviti apa hujung minggu? Walaupun badan dah makin berat dengan kehamilan ke 2 yang dah masuk 30 weeks ni. Demi tekakku nak makan kek coklat, ku gagahkan juga membuat...hihi.. Lagi pun si comel Irdina suka makan kek coklat. Asyik beli jer kan. Apa kata buat sendiri.. Jimat.. Leh sesuaikan citarasa sendiri.

Ok resepinya senang jer... Pakai kukus. Kawan ku bagi resepi ni bakar. Tapi aku kukus :) Sian Irdina tunggu kek lama sangat nak siap. Tapi hasilnya memang sedappp dan yummy! Korang cubalah, pasti tak menyesal...

Kek Coklat Versi Ummi Syahmi

RESEPI KEK COKLAT SEDAP & SIMPLE

Bahan A


1 cawan serbuk koko (Jenama Van Houten)
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan gula (saya kurangkan jadi 3/4 cawan)

Kita masukkan semua Bahan A dalam periuk, kacau sampai sebati semua. Lepas tu masak atas api sampai gula larut. Tak payah tunggu menggelegak. Tutup api & sejukkan. Proses ni perlu kacau selalu yer takut coklat hangus melekat kat bawah.

Bahan B

4 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla


Kita pecahkan telur & pukullah hingga kembang sedikit. Lepas tu masukkan esen vanilla dan pukul lagi sikit agar sebati. Kemudian letak tepi.

Bahan C



1 cawan tepung 
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Masukkan dalam tempat pengayak kesemua sekali & ayaklah sekali. Saya terrajin buat 3x ayak :) Kemudian letak tepi.

Sessi penyatuan kesemua bahan-bahan

  • Bahan A yang telah sejuk tadi dimasukkan Bahan B & Bahan C secara berselang seli. Saya hanya meggunakan senduk jer. Godak-godak & kaup balik bagi sebatikan adunan kek.
  • Sapukan mentega/majerin pada semua kawasan dalam loyang & letakkan kertas minyak.
  • Masukkan adunan kek ke dalam loyang. Ohh yer, sebelum korang masukkan adunan kek tu panaskan loyang sekejap dalam pengukus. Ni tips saya pernah dapat kat blog mana ntah. Lupa lah. Sorry yer ;) Memang selalu kalau nak wat kek jenis kukus2 saya akan wat benda ni dulu. Tips ni memudahkan kek untuk dikeluarkan nanti selepas masak...


  • Letakkan aluminium foil di atas loyang (yang ni pulak untuk elakkan kek kita jadi berlubang-lubang nanti). Pastu kukuslah kek di antara 60-80 minit sampai kek tu benar-benar masak. (Korang nak tahu tips nak tahu kek tu masak ke tak, cucukkan jer lidi/pisau di tengah2 kek dan keluarkan. Kalau bersih jer lidi/pisau tu maknanya kek dah masak)

Ganache untuk letak atas kek


3 sudu besar koko (Saya ganti dengan 1 paket 3 in 1 Coffee Hazelnut & 2 sudu besar koko)
1/2 tin susu pekat
3 sudu mentega

  • Satukan jer semua bahan dalam mangkuk tahan panas. 
  • Saya menggunakan kaedah "double boiler". Kaedah ni korang letak air dalam periuk, pastu mangkuk yang berisi adunan tadi tenggekkan atas periuk. Guna api sederhana jer. 
  • Cairkan & kacau bahan-bahan tu sehingga sebati & nampak sampai berkilat. Tutup api. 
  • Pastu coklat cair tadi tuangkan atas kek. Hiaskan kek ikut kreativiti korang. Main belasah jer. Asalkan sedap tekak nak makan ('',) Dah siappp! Ni lah hasilnya hiasan bersama si comel ku Irdina...




Selamat mencuba yer...

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini!

4 comments:

  1. Wah..lama dah tak buat kek coklat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Ain, Salam Perkenalan :)
      Try lah buat...pasti menjadi.. Sedapp!

      Delete
  2. ishh sedap nie... nak buat... pengukus takde la plak.. suke kek coklat kukus...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anizz.. TQ sudi singgah ke sini :)
      Nanti dah ada pengukus, awak cubalah buat yer.. Simple jer...

      Delete