26 June 2014

Minuman Kekal Bertenaga di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....


2 hari jer lagi umat Islam nak menyambut Ramadhan. Kejap jer masa berlalu kan... Bila bulan Ramadhan inilah minuman saya & keluarga semasa bersahur untuk membantu kekal bertenaga sehinnga waktu berbuka. Alhamdulillah.... 

Kawan-kawan nak tahu apa minuman yang sangat best tu?? Inilah minuman bertenaga tu


1) ESP (KURANG RASA LAPAR)
➜ membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita.
➜ Mengatasi masalah GASTRIK
➜ MILK BOOSTER! Mengurangkan masalah susu merundum
➜ Kulit lebih anjal, tegang dan berseri

2) Performance Drink (KURANG RASA HAUS)
➜ Mengekalkan kandungan air di dalam badan
➜ Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH HIDRASI
➜ Membekal 3 jenis karbohidrat untuk tenaga

3) Meal Shakes (KURANG RASA LETIH)
➜ Multivitamin! Mengandungi 19 vitamin/galian, serat dan protien
➜ Mengenyangkan dan memberi tenaga
➜ Elakkan sembelit
➜ Menyebabkan kulit wajah tampak berseri-seri kesan daripada nutrisi lengkap. 

Jika kawan-kawan ingin merasakan pengalaman berpuasa yang lebih indah & kekal bertenaga, bolehlah mencuba 3 set minuman bertenaga ni sebelum ianya kehabisan stok !!
(Hot produk di bulan Ramadhan) 

Sesuai untuk kanak-kanak, ibu hamil, ibu menyusu, pesakit gastrik, warga emas dan semua golongan.

Usah ragu atau was-was yer kawan-kawan untuk mencuba suplemen dari Shaklee ini kerana ternyata ianya :-

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Diiktiraf Doktor Profesional
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan

Jika anda berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


20 June 2014

Panduan Menyusukan Bayi Ketika Berpuasa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Lebih kurang 8 hari lagi jer umat Islam nak menyambut bulan Ramadhan. Kebanyakkan ibu-ibu yang menyusu pasti risaukan bagaimana nak meneruskan penyusuan di bulan puasa ni. Mampu ker tak saya nak teruskan penyusuan.... Nak buat stok susu.. Jangan risau tau. Anda semua ibu-ibu semunya hebat, pasti boleh meneruskan penyusuan walaupun di bulan Ramadhan. Ok, saya ada jumpa simpanan artikel saya untuk dikongsikan bersama dengan ibu-ibu menyusu yang hebat... Yerlah saya pun pernah merasai perasaaan macam tu dulu, jadi saya faham situasi anda ('',) Jangan risau tips dibawah ini mungkin boleh membantu anda meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa dengan selamat. Good Luck you all!



Sumber : Pa & Ma Julai 2012

Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.

Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.

FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.

Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.

Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.

Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.

Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.

Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.

Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.

Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.

Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.

Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.

PANDUAN PEMAKANAN

1) Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum 2-3 liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.

2) Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

3) Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.

Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

4) Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

5) Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.

6) Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

7) Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Anda boleh baca di sini untuk membaca pengalaman saya berpuasa ketika meyusukan anak & di sini juga untuk info selanjutnya......

16 June 2014

Cara Mengatasi Sakit Kepala

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Anda selalu mengalami sakit kepala? Selalunya sakit kepala pasti mengganggu aktiviti harian terutama jika ia dikategorikan sebagai migrain... 

Ia membabitkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan. Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat. 

Migrain dikesan menerusi denyutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala. 

Selain itu, deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif. Apabila ia berlaku, pilihan paling mudah untuk meredakannya adalah menggunakan pil penahan sakit.


Foto

Tetapi jika digunakan secara berterusan, ia boleh mengurangkan kesan diingini dan rasa sakit juga tidak mampu dihilangkan.

Antara penyebab migrain: 
  • Kekurangan zat dan nutrisi 
  • Faktor keturunan 
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan 
  • Wanita yang mengalami haid 
  • Terlalu banyak mengambil kafein 
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat. 
Antara panduan mengurangkan sakit kepala: 

• Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak. 

• Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain. 

• Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal. 

• Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala. 

• Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan. 

• Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala. 

• Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala. 

• Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala. 

• Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/
Ingin mencuba secara selamat dengan mengambil suplemen? Anda boleh mencuba untuk meredakan migrain atau sakit kepala dengan mengambil Ostematrix dan B Complex. Ramai yang telah mencuba dan sangat berpuas hati kerana tidak perlu mengambil ubat tahan sakit lagi... Alhamdulillah, kita hanya berusaha tetapi semua itu dengan kuasa Allah s.w.t.
Jika anda berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!

13 June 2014

Rindu Bertemu Ramadhan Semula

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua..... 

Hari ini 15 Sya'aban... Sekejap jer dah separuh bulan Sya'aban kan... Rasa masa berlalu begitu pantas. Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf pada sahabat-sahabat yang sedang membaca blog ini segala kekurangan atau kata-kata yang kurang manis dalam blog ini menyingung perasaan anda semua. Apa yang baik datangnya dari Allah s.w.t, mana yang buruk datang dari diri saya sendiri.....

Lebih kurang 15 hari jer lagi kita akan menyambut ramadhan kan. Jadi apa kata kita sama2 menghayati bersama kemunculan bulan Ramadhan yang bakal tiba ini... Hanya setahun sekali. Semoga kita memanfaatkan ramadhan kali ini dengan perubahan yang lebih baik dari segi perlakuan, kata-kata atau amalan kita pada Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w. 
InsyaaAllah :)



12 June 2014

Tips Cantik Dari Dalam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua... 


Kebanyakkan wanita mesti nak cantik kan? Begitu juga dengn saya. Saya ni jenis kurang berminat pada alat2 kosmestik. Hanya guna bedak compact dan lipstiks jer di pagi hari. Selepas menunaikan solat dhuha xder dah nak touch up2 bagai ni sampai lah ker petang balik kerja. Nak solat pun senang kan xperlu nak bersihkan beria sangat muka ni berbanding kita pakai alat2 kosmestik. Bagi saya, kecantikan ni harus bermula dari dalam. Peribadi dan akhlak yang mulia itulah paling utama. Selain itu, amalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan berkhasiat yang baik untuk kulit. Bila peribadi & kulit dah cantik, tak pakai make-up pun dah nampak cantik kan ('',) Cantik secara semulajadi itu lebih baik daripada cantik disebabkan make up atau pakaian mahal. Sebagai contoh, bila pakai pakaian mahal ker cantik macam mana pun kalau kulit kat muka ada jerawat, jeragat masih nampak kurang cantik kan.. Segan nak pandang orang padahal pakaian yang kita pakai tu dah "gah". Jadi biar badan & kulit kita cantik baru semuanya akan nampak cantik.....

Kat cini ada beberapa panduan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri, jom kita amalkan :-

➜ Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari
➜ Lengkapkan diri dengan pengambilan vitamin bagi memelihara kulit & badan
➜ Mengamalkan pengambilan Vitamin C dengan bioflavonoids membantu menjadikan kulit lebih cerah & menyekat pembentukkan pigmen
➜ Vitamin E yang secukupnya akan membantu melewatkan penuaan, mengurangkan kedutan & bintik penuaan.
➜ Vitamin B Complex juga penting bagi menangani stress & membantu menjadikan wajah berseri
➜ Asid Lemak Omega 3 dan 6 mengawal lembapan kulit
➜ Asid Amino L-Cystein memberikan kulit yang sihat, muda & anjal
➜ Pengambilan Zinc yang cukup pula akan membaikpulih kulit dan sel-sel yang rosak


Jika anda berminat untuk mencuba suplemen Shaklee, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kecantikan dalaman anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


10 June 2014

Tips Anak Demam Suhu Tinggi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Tadi saya terbaca di FB salah seorang kawan share tentang cara mengendalikan anak yang demam panas. Saya fikir baik masukkan dalam blog ni agar kawan-kawan lain boleh tahu dan simpanan untuk diri sendiri juga. Semasa anak saya demam panas dgn suhu yang tinggi, ini adalah antara cara saya juga utk mengatasi masalah tersebut. Sebagai ibu bapa kita perlu berhati2 yer jika anak demam. Pantau suhu mereka setiap jam. Sebab itu, setiap rumah jika mempunyai anak2 kecil wajib ada thermometer untuk memantau suhu anak2 jika badan mereka panas.


Kepada ibu bapa di luar sana.

Jika ada anak yang di bawah 9 tahun, ada baiknya simpan termometer di rumah.

Jika anak sakit demam :-
  • Monitor suhu anak sendiri.
  • Sediakan ubat demam jenis cecair dan suppository (ubat demam yang bagi kat punggung) sentiasa.
  • Jika anak demam 37.5, start bagi ubat ikut dos doktor suruh setiap 6 jam sampai demam dia baik.

Anak yang demam selalunya suhu paling tinggi waktu malam.
Jadi tuan puan jangan bersuka ria tidur tanpa monitor suhu anak sampai pagi.

Jika suhu anak lebih 38.5 bagi sahaja suppository (ubat melalui punggung) kepada dia walaupun tidak cukup waktu lagi nak bagi ubat.

Suppository memang boleh diberi antara masa makan ubat jika suhu anak tinggi sangat.

Jika sudah beri suppository :-
  • Sila lap badan, dahi, ketiak anak atau boleh letak cool fever.
  • Jangan pakaikan dia sweater atau baju lengan panjang masa dia demam.
  • Tidak membantu dia baik demam. Dia akan mengadu sejuk sebab fisiologi badan bertukar masa dia demam tapi itu tak bermakna suhu badan dia dah turun.
  • Check dan monitor suhu! 
#Target penjagaan anak masa ini adalah supaya suhu anak tidak lebih daripada 38 kalau boleh.


Selagi suhu tidak turun sampai bawah 38, sila jangan tidur dan lakukan sesuatu sampai suhu badan anak turun. Walaupun sudah turun, setiap 30 minit atau 1 jam sekali mesti bangun dan periksa suhu badan anak.

Apa pentingnya mesti kena jaga sampai macam ini sekali?
Sebab suhu yang terlampau tinggi boleh menyebabkan anak untuk dapat sawan.

Masalahnya, bila dah kena sawan anak tersebut berkemungkinan akan dapat epilepsi dan boleh jadi cacat seumur hidup.

Jadi, jangan ambil mudah kalau anak demam.

Pengorbanan anda berjaga semalaman untuk menjaga anak demam adalah sangat berbaloi.

Spread the words to all mothers. Let them know.

04 June 2014

Vitamin E Untuk Cantik, Melawan Kanser, Meningkatkan Kesuburan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....


Kebiasaannya vitamin E ni sinonim orang katakan vitamin kecantikan. Sebenarnya vitamin E bukan untuk cantik sahaja tau.. Ada banyak lagi kelebihan lain yang anda boleh dapat melalui vitamin E... Saya nak kongsikan serba sedikit tentang vitamin E. Jenama lain saya tak pernah rasa & tak pernah kaji. Sebab saya dah jatuh cinta dengan jenama Shaklee.. Ia adalah selamat, halal, sumber semulajadi, tiada bahan sintetik. Jadi saya tak rasa was-was untuk mengambilnya sebagai makanan tambahan.

Anda nak tahu tak apa tanda2 badan kita kekurangan Vitamin E??

  • Kulit kering & kusam 
  • Kekurangan nafsu seks 
  • Masalah kesuburan 
  • Rambut gugur & kering 
  • Luka lambat sembuh 
  • Masalah Katarak 
  • Anemia 
  • Bintik penuaan 
  • Kekurangan fungsi otot, otak dan tulang sum-sum

Kekurangan vitamin E juga boleh menyebabkan kemandulan, pembesaran kalenjar prostate, keguguran janin dan mengurangkan peredaran darah.

Anda boleh mencegah kekurangan vitamin E dengan pengambilan sumber makanan yang kaya vitamin E seperti kekacang dan bijirin, sayur-sayuran hijau, kacang soya, minyak bunga matahari dan wheatgerm.

Jika anda rasa sukar untuk mengambil sumber2 makanan seperti tadi, anda boleh mengambil melalui vitamin/suplemen vitamin E secara konsisten 

Kesan pengambilan vitamin/suplemen vitamin E secara konsisten boleh di lihat dengan penampilan muka yang lebih berseri-seri, kulit terasa lembab dan licin serta rasa lebih muda. Ini kerana vitamin E adalah vitamin yang tinggi antioksidaan yang dapat membantu melambatkan proses penuaan. Malah ia juga membantu mencegah kanser, penyakit kardiovaskular, katarak dan juga mempercepatkan penyembuhan luka.

Untuk mendapatkan 400IU vitamin E adalah sama dengan 1 kg benih gandum + 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500gram badam. Jika anda ingin tahu 1 biji kapsul Vitamin E Shaklee mempunyai 400IU Vitamin E semulajadi & 10mcg selenium supaya lebih cepat berkesan penyerapannya.


Antara kelebihan Vitamin E
  • Anti Penuaan 
  • Meningkatkan keanjalan kulit , tekstur kulit & ton muka 
  • Memperbaiki parut 
  • Melindungi jantung yang sihat 
  • Melawan kanser & kukuhkan sistem imun 
  • Mempertingkatkan kesuburan lelaki & wanita 
  • Memperbaiki Arthritis 
  • Memperbaiki masalah penglihatan

Siapa yang memerlukan Vitamin E ni??
  • Sesiapa yang ingin mengatasi masalah kesuburan
  • Sesiapa yang ingin kulit muka berseri
  • Sesiapa yang ingin menghilangkan parut 
  • Sesiapa yang ingin melawan kanser
  • Dan sesiapa yang ingin sihat & cantik

Jika anda berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!