14 April 2014

Ostematrix Lebih Daripada Sekadar Kalsium

Assalamualaikum & Selamat Petang....

Petang ni nak kongsi tentang kalsium lagi :)
Jika anda mempunyai kekurangan kalsium, anda mungkin mengalami perkara-perkara berikut:


1) Kekejangan Otot

Kekejangan otot boleh menjadi tanda awal bahawa anda mengalami masalah kekurangan kalsium. Ia jenis kekejangan biasanya berlaku pada waktu malam, terutama di kaki.


2) Kulit Kering dan Kuku Rapuh
Satu tanda kekurangan kalsium biasa boleh dilihat pada kulit anda dan kuku anda. Apabila kulit anda menjadi kering dan kuku anda menjadi rapuh (mudah pecah), anda MUNGKIN kurang kalsium. Jika gejala-gejala ini hadir, anda juga mungkin melihat jika gigi anda menjadi kekuningan. Gigi dan tulang terjejas akibat kekurangan kalsium.

3) Peningkatan Gejala PMS
Seorang wanita mula merasa pengalaman kekejangan yang lebih atau perubahan dalam aliran haid beliau jika dia mengalami kekurangan kalsium. Menambah diet yang lebih kalsium mungkin boleh mengurangkan gejala-gejala ini.

4) Fraktur Tulang atau Pecah
Jika anda mula mengalami beberapa keretakan tulang kecil atau kerosakan tulang penuh, anda benar-benar harus menilai jumlah kalsium dalam diet anda. Ini adalah gejala yang teruk tentang kekurangan kalsium.

Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan untuk memastikan mereka kuat. Tanpa kalsium ini, tulang kita akan menjadi lemah. Memandangkan mereka lemah, keretakan dan kerosakan mudah berlaku.

Jadi, bekalan terbaik ialah kalsium yang lengkap dengan mineral yang membantu penyerapannya kepada tubuh. Pilihan anda terdapat pada Ostematrix iaitu pakej kalsium lengkap daripada Shaklee.


1 tablet Ostematrix Shaklee bersamaan dengan 1 gelas susu kalsium tinggi, dan bersamaan juga dengan 80 biji badam.

Ramai kawan yang menyukai Ostematrix Shaklee ini.. Ada yang tengah hamil hilang dah kebas-kebas kaki bangun pagi, yang ibu menyusu tak risau bila datang bulan susu tetap meriah, yang sembelit bangun pagi mesti lancar jer membuang ('',) Alhamdulillah....

Lebih daripada Sekadar Kalsium


OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Jika anda berminat nak mencuba Ostematrix yang sangat best ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak menghubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


11 April 2014

Tanda-Tanda Kekurangan KALSIUM

Assalamualaikum & Salam Petang... 

Mari 'check' senarai dibawah adakah anda ada tanda-tanda seperti ini :-


➜Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
➜Kejang otot
➜Wheezing(pernafasan seperti wisel)
➜Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
➜Keletihan
➜Rambut Kasar
➜Kuku Rapuh
➜Psoriasis (sakit kulit)
➜Kulit kering
➜Kekejangan atau kram otot
➜Sukar/susah nak tidur
➜Eczema-penyakit kulit
➜Sakit Sendi
➜Tekanan darah tinggi
➜Gigi reput
➜Paras Kolestrol tinggi
➜Rheumatiod arthritis
➜Rickets

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti diatas, itu tandanya anda kekurangan KALSIUM... Fikir-fikirkan semula, adakah pemakanan harian anda dilengkapi dengan kalsium???? 

Kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai yang tahu perkara itu tapi mereka mengabaikan pengambilan kalsium dalam pemakanan seharian! 

Tahu tak kalsium adalah sejenis mineral yang sangat penting untuk tubuh badan kita. 99% kalsium didalam badan adalah dalam bentuk tulang dan gigi. Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari . Jadi kalau makanan yang kita makan tidak dapat bekalkan sebanyak 600gram kalsium, lebihnya akan diambil oleh tulang & gigi. Bagi mereka yang menopause, kalsium sangat penting untuk mengekalkan struktur tulang mereka.

Kalsium juga penting untuk fungsi-fungsi seperti :

➜ Fungsi saraf yang baik (rasa gelisah, atau kebas)
➜ Fungsi otot yang baik (kekejangan) seperti cramp pada waktu malam
➜ Proses pembekuan darah
➜ Kajian terkini mendapati kalsium membantu menghalang berlakunya tekanan darah tinggi

Keperluan kalsium berbeza mengikut umur dan jantina.

  • Untuk lelaki dalam lingkungan 19-64 tahun, mereka memerlukan 800mg kalsium sehari.
  • Untuk wanita dalam lingkungan 19-54 tahun juga memerlukan 800mg kalsium sehari. 
  • Untuk wanita melebihi umur 54 tahun memerlukan 1000mg kalsium sehari.
  • Untuk ibu mengandung memerlukan 1100mg kalsium sehari
  • Untuk ibu menyusu memerlukan sehingga 1200mg kalsium sehari
Secara purata kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan :

➜ 3 gelas susu
➜ 4.6kg daging
➜ 15 biji telur
➜ 70 g cheese
➜ 400g ais krim atau
➜ 2 cawan yogurt

Jadi, boleh pilih sumber kalsium yang mana senang & paling jimat untuk diambil?


1biji ostematrix bersamaan dengan 250mg. Sebotol ada 120biji. Harga sangat berpatutan dengan hanya lebih kurang 50sen sebiji.... Jika nak lebih jimat lagi, join jadi ahli shaklee.. Hanya ahli shaklee sahaja boleh beli dengan harga ahli. Untuk keahlian shaklee anda boleh menghubungi saya jika ingin mendaftar untuk lebih jimat membeli produk Shaklee. 

Boleh menghubungi saya untuk info lanjut... Rugi sangat jika anda mengabaikan kesihatan tulang.... Anda fikir-fikirkan untuk kesihatan yang lebih baik ('',) 
Baik Mencegah Sebelum Parah!
InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


08 April 2014

Tips Jika Anak Demam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Kalau anak kita demam mesti kita sebagai ibubapa risaukan? Rasa tak tentu arah.. Begitu juga dengan saya. Sentiasa pantau suhu badan anak supaya tidak terlalu tinggi. Artikel dibawah ni memberi info serba sedikit mengenai DEMAM BAGI KANAK-KANAK... Info ni sangat berguna bagi saya, semoga berguna juga untuk anda terutama ibu bapa yang mempunyai anak-anak masih kecil.

Apakah itu demam?

Soalan sebegini amat mudah namun tidak mempunyai jawapan yang ringkas. Suhu badan manusia berubah mengikut masa dan aktiviti.

Lazimnya suhu badan akan menurun pada sebelah pagi dan akan meningkat sedikit pada sebelah malam dan sekiranya anak anak kita menjalani aktiviti fizikal seperti berlari, bersukan dan sebagainya.

Terdapat pelbagai cara untuk menyukat suhu badan. Suhu badan boleh disukat melalui mulut atau di bawah ketiak apabila berada di rumah. Termometer digital yang boleh menyukat suhu melalui telinga boleh didapati secara komersil di pasaraya-pasaraya atau di farmasi-farmasi seluruh negara. Salah satu alat yang boleh menyukat suhu badan dengan hanya ditampal di atas dahi juga boleh didapati secara komersil tetapi kaedah ini memberi bacaan yang kurang tepat. Secara umum, seseorang itu dikatakan demam apabila suhu badannya melebihi 37.5 darjah Celsius atau 99.5 darjah Fahrenheit. Penggunaan unit Celsius untuk menyukat suhu adalah lebih meluas di negara kita dan digunakan oleh hampir kesemua pengamal perubatan.

Mengapa demam terjadi?

Pada otak manusia terdapat satu struktur yang dipanggil ‘hypothalamus‘ yang mempunyai pelbagai fungsi penting dalam menyelenggara aktiviti-aktiviti badan yang normal.

Antara fungsi hypothalamus adalah bertindak sebagai ‘thermostat‘ dalaman yang menetapkan suhu badan yang normal iaitu antara 36.5°C ke 37.5°C.

Keadaan seperti jangkitan kuman atau penyakit-penyakit tertentu boleh merangsang hypothalamus untuk meningkatkan suhu badan manusia. Keadaan ini dipercayai berlaku sebagai langkah ‘pertahanan’ badan yang normal untuk melawan jangkitan atau penyakit. Fenomena ini merupakan suatu kebaikan demam kepada tubuh badan kita.

Apakah penyebab demam?

Demam selalunya berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman atau penyakit. Antara punca demam bagi kanak – kanak adalah seperti:
  1. Batuk dan selesema akibat jangkitan virus
  2. Jangkitan pada tekak atau telinga
  3. Jangkitan paru paru
  4. Jangkitan saluran kencing
  5. Radang otak
  6. Demam denggi
  7. Demam campak
  8. Penyakit tidak berjangkit seperti Systemic Lupus Erythematosus, Juvenile Idiopathic Arthritis
Kadang kala suhu badan anak-anak boleh juga meningkat walaupun tanpa sebarang penyakit seperti selepas mendapat immunisasi ataupun jika dikenakan terlalu banyak pakaian dan balutan selimut bagi bayi yang kecil. Suhu badan juga boleh meningkat apabila bayi mula ” tumbuh gigi ” tetapi selalunya tidak melebihi 37.8°C.

Bilakah patut berjumpa doktor dan tanda- tanda amaran yang perlu dikenalpasti?

Walaupun demam selalunya boleh ditangani tanpa ubat-ubatan, ibubapa dan penjaga dinasihatkan membawa anak-anak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya:
  1. Demam mencapai 38°C atau lebih bagi bayi berumur kurang daripada 3 bulan
  2. Demam mencapai 39°C atau lebih bagi bayi berumur 3 bulan sehingga 6 bulan
  3. Demam dan mempunyai tanda- tanda penyakit yang lain bagi bayi dan kanak – kanak berusia 6 bulan ke atas
Demam yang disebabkan penyakit berbahaya jarang berlaku tetapi tanda- tandanya hendaklah diketahui agar keadaan anak dapat dipantau dan sekiranya terdapat tanda-tanda itu, anak tersebut dapat menerima rawatan awal tanpa berlengah. Antara tanda tanda yang mungkin menandakan jangkitan atau keadaan yang lebih serius termasuklah -:
  1. Perubahan dalam kelakuan seperti menangis tanpa henti atau dengan suara yang nyaring dan sukar untuk ‘dipujuk’, tidak memberi tindak balas yang biasanya diberikan apabila berinteraksi
  2. Kurang aktif atau terlalu banyak tidur daripada kebiasaannya
  3. Sawan
  4. Kurang minum dan kurang kencing daripada kebiasaanya (minum adalah lebih penting daripada selera makan)
  5. Muntah atau cirit birit yang berterusan
  6. Demam yang sangat tinggi tetapi tangan dan kaki kesejukkan atau kebiru – biruan
  7. Perubahan warna kulit atau kelihatan ‘berpetak-petak’ (mottling)
  8. Terdapat ruam yang berwarna merah pekat / keungguan pada kulit badan
  9. Bernafas dengan laju atau kesukaran untuk bernafas
  10. Bengkak pada sendi-sendi
  11. Demam yang berpanjangan
  12. Demam dan tinggal di kawasan wabak denggi
Walaubagaimanapun, anak anak patut dibawa berjumpa doktor sekiranya ibubapa atau penjaga merasa risau tentang sebarang aspek keadaan anak. Sebagai insan yang paling rapat dan kerap berinteraksi dengan anak-anak tersayang, pemerhatian ibubapa dan penjaga terhadap anak adalah informasi yang penting dan tidak wajar dipandang ringan oleh pengamal perubatan.

Rawatan untuk demam dan apa yang boleh dilakukan oleh ibubapa atau penjaga

Sekiranya demam tidak tinggi dan anak masih aktif serta boleh minum dengan baik , demam boleh dikawal dengan menyapu atau mengelap badan dengan kain yang dibasahi air pada suhu bilik.

Pastikan anak anda mendapat jumlah air dalam badan yang mencukupi sama ada dalam bentuk susu bagi bayi atau air kosong, jus buah-buahan dan sebagainya bagi kanak – kanak yang lebih besar. Kenakan pakaian yang tidak tebal agar anak anda berasa selesa. Bagi demam yang disebabkan oleh jangkitan yang tidak serius, rawatan berbentuk ubat seperti Paracetamol atau Ibuprofenboleh diberikan di rumah.

Namun demikian, nasihat doktor tentang penggunaan ubat-ubat ini adalah disarankan kerana kedua-duanya perlu diberikan pada dos yang sesuai dengan berat badan anak anda dan tidak sepatutnya diberikan sekaligus atau melebihi kekerapan dos yang ditetapkan. Pemberian ubat Aspirin untuk mengawal demam dalam kanak kanak di rumah tidak digalakkan sama sekali.

Rumusan

Demam bagi kanak- kanak selalunya disebabkan oleh jangkitan tidak serius dan boleh dirawat di rumah dengan nasihat doktor. Demam juga boleh disebabkan jangkitan atau keadaan yang berbahaya tetapi keadaan ini tidak kerap berlaku. Tanda- tanda keadaan yang lebih serius perlu diketahui dan dikenalpasti agar ianya boleh dipantau di rumah dan mendapatkan rawatan dengan cepat sekiranya perlu.

Ibubapa dan penjaga digalakkan menyimpan ‘thermometer‘ atau alat penyukat suhu badan yang boleh didapati dengan mudah pada harga yang berpatutan secara komersil dan mendapat nasihat pengamal perubatan tentang cara penggunaannya. Tidak semua jangkitan yang menyebabkan demam perlu dirawat dengan antibiotik.

Demam yang suhunya tidak terlalu tinggi (low grade fever) boleh dirawat tanpa ubat-ubatan tetapi sekiranya perlu, hendaklah mendapatkan nasihat pengamal perubatan agar ubat dengan dos yang betul dapat diberikan.

Dr. Alya Hamzah merupakan pegawai perubatan paediatrik yang kini bertugas di Sabah. Beliau amat mementingkan pendidikan pesakit dan keluarga pesakit dalam memastikan rawatan yang diberikan adalah optimum. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

Rujukan:
Paediatric Secrets – 5th Edition 2011 , Richard Polin & Mark Ditmar


............................................

Bagi yang beragama Islam, sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan pelbagai penyakit bolehlah mengamalkan doa meminta pertolongan dari Allah SWT agar dapat mengurangkan sedikit rasa sakit.  Senjata umat Islam adalah doa :)

Amalan untuk mengatasi DEMAM PANAS

1) Pertamanya, dibaca Surah Al-Fatihah (sekali)

2) Keduanya, dibaca selawat penyembuh/syifa (sekali)


3) Ketiga, dibaca doa ini :


Cara : Dihembuskan atas segala air dan diberi minum kepada pesakit. Pesakit juga boleh dilapkan dengan sebahagian air ini. 

Doa dan cara amalan diatas saya rujuk pada buku "Indahnya Hidup Bersyariat" Terbitan Telaga Biru di muka surat 278.

Semoga amalan doa yang saya kongsikan ini membantu anda meringankan demam panas untuk anak-anak kita. InshaaAllah, dengan izinNya...

04 April 2014

Tips Kurus Mudah & Berkesan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Petang ni saya nak kongsi tips yang dikongsi oleh Rapi KarangKraf Online. Mari kita cuba amalkan untuk jadi lebih kurus dan cantik :)


1) Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 
2) Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan 
3) Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 
4) Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.
5) Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam
6) Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
7) Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.
8) Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan. 
9) Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
10) Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan. 
11) Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori 
12) Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang. 
13) Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda. 
14) Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.
15) Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda 
16) Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti
17) Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
18) Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
19) Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.
20) Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Jika anda inginkan suplemen tambahan untuk anda tampil cantik & menawan boleh menghubungi kami untuk info lanjut. Anda boleh juga klik disini untuk menambah sedikit ilmu :)


03 April 2014

Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Info ni saya letak di blog untuk rujukan saya setiap masa. Senang nak baca. Dari saya simpan sorang-sorang baik saya post di blog untuk kawan-kawan 'refer' untuk panduan :) 
Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua...


4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w adalah : 

1) Umur anak-anak 0-6 tahun. 
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2) Umur anak-anak 7-14 tahun. 
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

3) Umur anak-anak 15- 21 tahun. 
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.

➜ Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4) Umur anak 21 tahun dan ke atas. 
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. 

Inshaa’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

01 April 2014

Resepi Aiskrim MealshakESP Strawberry

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Petang-petang ni nak kongsi resepi aiskrim istimewa dari kawan Shaklee Kak Najihah Sudi :) TQ kak Jihah....


Sebab ramai sangat nak tau macam mana nak buat homemade ice cream ni, nah resepinya!!

Credit to : Raja Nor Fadhilah. Tengkiu dila!!!

Bahan-bahan :

  • 1tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat (saya kurangkan 1 sudu besar)
  • 1 sudu besar ovelett
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya :
  • Pukul sampai kembang (dlm 20minit). Dah kembang boleh add on :
                         1 sudu esp
                         1 sudu mealshake
                         8-10bj strawberi (potong dadu. Simpan sikit utk hiasan atas)

  • Pukul lagi dalam 5 minit. Pastu boleh la isi masuk bekas. Buat layer by layer. Layer dgn sirap choc & sirap strawberry.
  • Dah siap, boleh ler keraskan.
Dijamin sedap dan menjadi kegemaran anak2 & mak budak. Hehehe
*boleh cuba gantikan strawberry n choc ni dengan biskut oreo

Ok, selamat mencuba!!!