29 May 2014

Rahsia Kekal Muda & Cantik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Ramai yang nak cantik sebelum raya ni kan? Jom kita baca tips-tips kat bawah ni rahsia kekal muda ('',)


  • Rawatan pagi dan malam
Kulit wajah yang bersih mampu menyerap nutrisi lebih maksima. Cuci bersih wajah dengan menggunakan air suam. Pastikan anda memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah. Bagi anda yang memakai solekan, pastikan anda mencuci bersih wajah. Untuk menanggalkan sisa-sisa solekan dan kotoran dengan baik, apa kata gunakan berus wajah yang lembut. Urutan halus dari berus wajah ini juga dapat membantu melancarkan peredaran darah pada wajah. Setelah itu, lap dengan tuala bersih. Pastikan tuala wajah di tukar secara berkala untuk mengelakkan bakteria. Akhir sekali, semburkan penyegar atau toner untuk mendapatkan hasil yang lebih maksima sebelum menyapu serum dan juga pelembap. Setelah mencuci wajah dengan pembersih, pakai serum sebelum menyapu pelembap yang sesuai untuk kulit anda. Kemudian barulah disapu krim pelindung cahaya matahari. Begitu juga dengan malam hari. Gunakan krim malam dan juga krim mata.Kandungan yang terdapat di dalam mata membantu memperbaiki dan melindungi kulit sekitar terutama bagi yang sensitif dan cenderung untuk berlakunya garis-garis halus. Bagi anda yang berusia 30-an, gunakan krim yang mengandungi anti kedutan terutama di bahagian hujung mata, dahi dan bahagian tepi bibir. Membersihkan wajah tidak sekadar mencuci wajah dan menyapu pelembap. Sebaliknya, ia perlu di tambah dengan rawatan ekstra untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Antaranya termasuklah bertemu dengan pakar atau doktor kulit sekiranya wajah anda mengalami sebarang masalah.

  • Produk anti penuaan
Penggunaan produk anti penuaan perlulah dimulakan sejak awal, sekurang-kurangnya apabila usia sudah memasuki awal 20-an. Selain penggunaan produk pencuci muka, pelembap dan juga krim pelindung cahaya matahari, susuli rawatan kulit wajah dengan penggunaan produk seperti serum, krim malam dan krim mata.
Sebaiknya, pilih produk rawatan anti penuaan yang sesuai untuk usia anda. Ini kerana, bahan yang terdapat di dalamnya dapat membantu melambatkan proses penuaan. Dalam masa yang sama, jangan abaikan pola makan yang sihat selain mempraktikkan gaya hidup yang sihat.

  • Rutin senaman
Bagi mendapatkan tubuh yang segar dan bertenaga selain menjaga bentuk badan, lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30-60 minit. Selain itu, ia juga baik untuk jantung. Bagi anda yang tiada masa untuk bersenam, apa kata cuba gerakan ringan dan mudah dilakukan. Ketika bangun pagi, berjalanlah mengelilingi rumah sekurang-kurangnya 15 minit. Ini membolehkan tubuh terasa lebih segar. Setelah itu, disusuli dengan senaman ringan atau tambahkan senaman lantai yang ringan dan ringkas. Ketika di pejabat rehatlah seketika sekurang-kurangnya 5-10 minit ketika sibuk bekerja. Bangun dari tempat duduk dan hirup udara segar. Regangkan badan dan atur pernafasan sambil memejamkan mata untuk seketika. Ini membolehkan wajah terasa lebih segar dan tubuh lebih relaks. Tekanan kerja dan persekitaran menyebabkan terasa stres sekali gus membuatkan otot-otot wajah menjadi tegang dan ini mudah menimbulkan kedutan terutama di bahagian dahi selain membuatkan wajah kelihatan lebih tua. Justeru, elakkan dari terlalu stres dan berfikiran positif. Ini akan membantu mendapatkan wajah lebih segar dan awet muda berbanding mereka yang banyak berfikir. Lakukan senaman wajah dengan mengunyah makanan lebih lama dan perlahan-lahan. Gerakan otot ini bagus untuk menjaga metabolisme tubuh dan juga baik untuk penghadaman. Ini kerana mengunyah lebih lama akan membantu usus mencerna makanan lebih cepat dan tubuh akan terasa lebih kenyang berbanding jika anda makan secara terburu-buru. 

  • Rehat yang berkualiti
Jaga kualiti tidur anda untuk membolehkan tubuh berehat selain memproses dan memperbaiki sel di dalam badan. Justeru, tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam sehari. Jangan biarkan otak tidur di dalam keadaan stres. Pastikan anda tidur tanpa gangguan dari bunyi telefon, buku dan televisyen. Jangan jadikan tempat tidur anda ruang untuk membuat kerja. Bilik tidur harus lah zon yang selesa dan jika mahu menempatkan televisyen di dalam bilik, pastikan anda tidak membukanya kerana ia boleh menyebabkan anda tidak jadi tidur. Nyalakan lampu malap atau gunakan cahaya dari luar sudah memadai kerana tidur di dalam keadaan gelap akan membantu tubuh menghasilkan hormon yang baik untuk pertahanan tubuh sekali gus menjaga sel tubuh dari rosak. Hindari minum terlalu banyak air sebelum tidur kerana ia akan menyebabkan anda terjaga di tengah malam untuk ke tandas sekali gus mengganggu masa tidur anda. 

  • Khasiat air putih
Jangan sesekali meninggalkan pengambilan air putih dalam rutin harian anda. Ini kerana, air putih yang mengandungi hidrogen, oksigen dan mineral mampu membantu melancarkan peredaran darah, membuang kotoran dan toksin di dalam tubuh sekali gus dapat membantu menjaga kelembapan kulit. Selain itu, kekurangan air menyebabkan kulit mudah kering dan ini menyebabkan kulit anda tampak lebih kusam dan mempercepatkan proses penuaan jika dibandingkan dengan kulit yang terpelihara kelembapannya.

  • Pengambilan vitamin
Kandungan vitamin yang terdapat di dalam sayur-sayuran misalnya dapat membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel tubuh untuk awet muda. Justeru, pastikan anda memasukkan sekali buah dan sayur sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Contohnya, pilih buah yang kaya dengan serat dan vitamin A, C dan E untuk mendapatkan kulit yang sihat dan awet muda. Manakala Vitamin C yang terdapat di dalam jambu batu, strawberi mahupun brokoli dikatakan dapat membantu untuk antioksida. 

  • Masker wajah
Selain penggunaan produk kecantikan, anda juga boleh menggunakan bahan-bahan semula jadi sebagai benteng dalam memelihara kulit wajah. Antaranya penggunaan telur putih yang dicampurkan dengan limau nipis dan diadun sebati. Penggunaan putih telur dapat membantu mengencangkan kulit selain membantu mengecilkan liang-liang roma. Kandungan protein di dalam telur juga boleh membantu melembapkan kulit serta mempercepatkan proses regenerasi. Manakala limau nipis pula kaya dengan vitamin C yang berfungsi sebagai antioksida untuk membantu melawan penuaan. Sebaiknya, lakukan masker ini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk hasil yang lebih maksima.

Cantik di hati:
Jika semua yang kita kehendaki terus kita miliki dari mana kita belajar ikhlas.
Jika semua yang kita impikan segera terwujud dari mana kita belajar sabar.
Jika setiap doa kita terus dikabulkan bagaimana kita dapat belajar ikhtiar.
Jika hidup kita selalu bahagia bagaimana kita dapat kenal Allah lebih dekat.
Yakinilah dan percaya segala ketentuan-Nya adalah terbaik untuk kita.

21 May 2014

Tips Terbaik Minum Air Kosong

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua...


Tips terbaik untuk minum air kosong secukupnya setiap hari




Mesti ada sahabat-sahabat yang rasa susah untuk minum air secukupnya untuk keperluan tubuh badan kita. Ok, saya kongsikan salah satu cara yang lebih senang ('',)

Sehari kita menunaikan 5 waktu solat. Apa kata setiap kali mahu bersolat kita sediakan sebotol air masak 500 ml. Minum separuh sebelum solat dan separuh lagi selepas solat. Jika kita amalkan, bermakna kita telah minum 2.5 liter air masak sehari. Tambahkan 500 ml lagi ketika sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Jadi, jumlahnya dah 4 liter. Mudah kan? Jadi saya kira tiada alasan untuk kita tidak minum air masak. 

AWAS! Kurangkan pengambilan air manis yer sahabat-sahabat.... Jika tidak anda mungkin akan menjemput pelbagai penyakit hinggap ke diri anda...

19 May 2014

Kuasa Vitamin C

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Just nak sharing antara vitamin yang saya suka sangat makan.. Tak boleh tinggal.. Vitamin "favourite". Ia adalah Vitamin C. Jenama apa? Sebab apa? Ni lah rahsianya :-


➜ Vitamin C yang saya ambil dah tentu Sustained Release Vita-C Shaklee 
➜ Diformulasikan dlm bentuk ‘sustained release’ bermaksud kandungan vitamin c dalam tablet ini akan dilepaskan di dalam badan secara berperingkat-peringkat dan dapat membantu dlm menyalurkan vitamin c secara berterusan. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.
➜ 1 biji vitamin C ini juga mampu membekalkan khasiat yg sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dgn kulitnya. Mampu ker kita nak makan 7biji oren pada setiap hari?

Apa lagi erkk yang best??

➜ Membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan, kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan.
➜ Membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi. 
➜ Membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka.
➜ Membina kalogen untuk kulit yang sihat,bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan,
➜ Meningkatkan penyerapan zat besi.

Lagi satu semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi CANTIK dan LICIN. Jadi itulah sebabnya saya suka Vitamin C...

Nak lagi manfaat lain???
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkat pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga memerangi simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.
  • Mencantikkan kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi iaitu penyebab utama jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolesterol sihat - Ia mampu mengurangkan kolesterol dalam darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
Perhatian!!! Ingin saya ingatkan, kesan pengambilan vitamin juga bukanlah sekelip mata yer kawan-kawan. Haruslah bersabar dan konsisten dalam pengambilan, barulah kesan optimum dapat dirasai.

Jika anda berminat nak mencuba suplemen Vita-C Plus ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


16 May 2014

10 Tips Kehamilan Sihat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...



Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Anda memberi diri anda peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa panduan yang mudah:

1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal

Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran. 

Walaupun anda tidak berpeluang untuk memilih penjaga, anda mungkin boleh dapat membangunkan persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang anda berjumpa dalam tempoh masa anda menjalani rawatan kehamilan anda. 

Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pilihan rawatan antenatal anda.

2. Makan dengan baik

Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh lemak atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang akhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera untuk makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan yang lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.

Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari). Sediakan sarapan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari. 

Juga, adalah penting untuk tidak mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan.

3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan

Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.

Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yang kurang masak, dan telur mentah atau dimasak lembut. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil).

4. Mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.

Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).

5. Bersenam selalu

Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.

Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.

Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat. 

6. Mula lakukan senaman lantai pelvik

Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.

Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Baca artikel kami mengenai senaman lantai pelvik semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan betul.

7. Hadkan pengambilan alkohol

Sebab sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.

Di UK, Kolej Diraja Physician, dan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan, mengesyorkan bahawa wanita hamil mengawal keadaan dengan menjauhi alkohol sama sekali. Kolej Diraja Obstetrisian dan Ginekologi dan Agensi Piawaian Makanan mengesyorkan, jika anda bercadang untuk masih minum, supaya menghadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.

Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.

8. Kurangkan pengambilan kafein

Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.

Sama seperti alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Alternatif yang segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.

9. Berhenti merokok

Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah.

Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik. (Baca nasihat lanjut mengenai bagaimana untuk berhenti merokok semasa kehamilan.)

10. Lebihkan berehat

Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.

Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.

09 May 2014

Hadiah Hebat Sempena Hari Ibu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Pada 11 Mei 2014 adalah Hari Ibu di Malaysia, iaitu hari ahad minggu ke-2 dalam bulan Mei. Jika anda belum tahu nak berikan hadiah apa yang sesuai untuk ibu, mak, isteri tersayang anda... Saya beri cadangan untuk anda berikan suplemen yang terbuat mereka-mereka yang anda sayang...

Antara cadangan suplemen yang boleh anda berikan pada wanita-wanita yang bergelar ibu adalah :-
  1. Gla Complex
  2. Omega Guard
  3. Ostematrix

Bukan senang yer menjadi seorang wanita atau ibu yang hebat... Tambahan lagi bila namanya seorang IBU, WANITA semestinya mengalami pelbagai fasa kehidupan yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Antara peringkat kehidupan seorang wanita pasti akan mengalami :
  • Akil baligh / keremajaan
  • Pra-kehamilan
  • Kehamilan
  • Pra-menopos
  • Menopos
  • Selepas menopos
Dalam melalui pelbagai fasa tersebut, banyak masalah yang dihadapi, emosi juga kurang stabil dan seringkali terganggu dan ini turut menyumbang kepada masalah untuk mencapai tahap kesihatan yang sempurna. 

Jadi untuk mengembirakan hati-hati ibu-ibu anda apa kata anda berikan hadiah berbentuk suplemen untuk mereka lebih sihat dan sentiasa gembira. Antara suplemen yang boleh membantu ialah GLA Complex, Omega Guard dan Ostematrix.

Kebaikan dan manfaat gabungan ketiga-tiga produk ini ialah :-
  • Membantu melegakan simptom senggugut dan menopos
  • Menggalakkan kulit yang sihat & cantik
  • Menggalakkan tulang yang kuat
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Melegakan sakit-sakit sendi
  • Membantu membakar lemak & memperolehi berat badan yang ideal
  • Membantu bertenaga, 
  • Menghilangkan rasa letih serta lesu
Jika anda masih tercari-cari untuk memberi hadiah yang terbaik buat ibu-ibu atau isteri kesayangan anda, boleh lah mencuba memberikan kelainan pada tahun ini dengan memberikan suplemen tambahan utnuk mereka lebih sihat :) 

Suplemen SHAKLEE adalah Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan & Sentiasa Mesra Alam...

Jika anda berminat, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan untuk menghubungi saya) untuk membuat pilihan hadiah Hari Ibu... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!





08 May 2014

Penyakit G6PD

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Pernah dengar tak penyakit G6PD? Nak tahu apa itu penyakit G6PD? Jom baca selanjutnya...

Pernah dengar tak nama penyakit G6PD? Ia biasanya berlaku di kalangan bayi terutama yang baru lahir. Eh bahaya ke penyakit ini? Risau juga kalau kena kepada anak sendiri.

Sebenarnya G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.


>> Apa maksud kekurangan enzim G6PD?

Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.

>>Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?

Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:
  • Memberi ubat-ubat sendiri tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat.
  • Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
  • Minyak gosok.
  • Kacang parang.

Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubat yang tidak dibenarkan kepada bayi yang berpenyakit G6PD sebelum pulang dari hospital....

02 May 2014

Pelaburan Terbaik Buat Anak


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Bulan May Bulan Promosi Mealshakes :)
Anak saya sangat suka minum Mealshakes dicampur dengan susu... 
Bila ibu yang buat susu irdina akan cakap "Ibu... susu ibu buat lebih sedap dari ayah buat, ayah buat tak sedap" sambil gelak2..

Sebab ayah dia buat susu xder letak mealshakes..tu yang kurang sedap...hihi.. 
Siap 'request' lagi kat ibu... "Ibu, nanti letak shakes" tahu sebut hujung jer...
Sehari sekali jer bagi...memang jimat!

Apa yang best bagi Mealshakes & perubahan yang baik kat anak saya?? 
Mengikut perhatian saya lah selama setahun ni.. (lepas dia tak minum susu ibu sepenuhnya) :-

1) Selera makan semakin baik
2) Senang membuang
3) Aktif jangan cakap lah
4) Jarang demam & selsema

Itulah 4 faktor utama pelaburan Mealshakes yang berbaloi untuk anak saya.. Itu sayalah... Lain orang lain pendapatkan  ('',) Tepuk dada tanya diri....


Alhamdulillah keluarga sihat, kunci kegembiraan keluarga!

Jika anda berminat nak mencuba suplemen untuk pelaburan terbaik anak anda, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!