Showing posts with label Tips Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Tips Perniagaan. Show all posts

01 November 2020

Dapat Rezeki Sale Bukan Kerana Kita Hebat

Assalamualaikum & Salam Sejatera,

Selamat Malam Sahabat Semua.....



Kalau kita nak berjaya bukan kerana kita bagus, bukan sekali sekali kerana kita hebat, dan bukan juga kerana kita pandai. tapi kerana Allah ya Razzaq yang aturkan rezeki kita setelah Allah ya musawwir yang maha kreatif memberi kita idea tu idea ni utk hit saaaleee.. so berterima kasih pada Allah walaupun 1 sen yang masuk sebab Allah dah bagi tahu dalam Al Quran

 

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”
(Surah Ibrahim: Ayat 7)

Kunci nya IKHTIAR + TAWAKAL dan apa pun hasil BERSYUKUR....


#jadiahliforever
#janapendapatandarirumah
#businessforever
#dropshipwanted
#joinahliforeverliving
#helpmorepeople
#familymagika
#teammamicery
#teamummisyahmi

Untuk Order & Info⤵️
https://linktr.ee/UmmiSyahmi

03 April 2018

Tips Berjaya Suri Rumah 4 Anak Dapat RM15K Sebulan

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Semua,

Camner keadaan kawan-kawan yang membuat bisness online pada awal bulan ni? Dah ada target masing-masing? Dah dapat sales? Saya pun suka buat bisnes online. Bermula suka-suka menjadi hobi. Sekarang saya dah bermula menanam impian kenapa saya perlu buat bisness dan ingin membantu kawan-kawan lain yang ingin mula menambah pendapatan sampingan untuk target impian masing-masing.

Ok, hari ini saya nak sharing dengan kawan-kawan satu artikel salah seorang dari rakan biz Shaklee group kami berikan dalam telegram untuk perkongsian bersama. Cerita puan tersebut memberikan inspirasi pada saya & rakan-rakan seperjuangan untuk terus merancang dalam kehidupan & urusan bisness. Rancang lah kehidupan kita agar lebih tersusun. Jangan anggap anak-anak satu beban untuk kita membuat bisnes secara online atau dari rumah sahaja. Utamakan suami & anak-anak. Itulah punca utama rezeki kita.

Jom kawan-kawan kita baca cerita ni. Moga kisah ini menjadi inspirasi pada semua ibu-ibu di luar sana yang ingin mencuba mendapatkan pendapatan sampingan membantu suami membuat perniagaan secara dari rumah atau online sahaja. 

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas. Terima Kasih.

Baru-baru ini saya dapat bersembang dengan seorang suri rumah, anak 4 yang berjaya membuat jualan produk bekas makanan sebanyak RM55,000-70,000 sebulan. Konsisten. Dan beliau mendapat 25% harga ejen.

Apabila saya kira % yang beliau dapat secara cash setiap bulan sebanyak sekitar RM15,625.

Saya duk tanya macam mana dia handle rumah, anak dan sosial media dengan baik hingga jualannya begitu besar sekali. Jawabnya mudah sahaja: “rancang.” Ini yang saya dapat kumpulkan dari perbualan kami.


1. Jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dahulu seperti biasa. Bangun awal untuk sediakan makan pakai buat suami dan anak-anak ke sekolah. Ini beliau anggap sebagai punca rezekinya.

2. Apabila suami dah ke tempat kerja, anak yang dah besar ke sekolah, tinggallah beliau dengan seorang anak kecil. Beliau biarkan yang itu tidur dan beliau mula mengemas rumah sampai siap.

3. Sekitar 9.00 pagi, solat dhuha 4 rakaat (2 kali solat). Ini sudah jadi rutin harian.

4. Siapkan si kecil, mandikan dan beri susu / makan, baru buka laptop.

5. Di media sosial peribadi, beliau ada 7,000+ pengikut. Di situ, beliau kerap update tentang bagaimana uruskan keluarga di rumah dalam masa sama menjana duit. Kisah anak, resipi masakan anak, bento, organizer dan bekas makanan.

Pernah viral beberapa kali.

6. Di Page, beliau sentiasa invest untuk buat Facebook Ads (FBAds). Dan ia kerap menjadi dengan baik.

7. Dua-dua tempat (personal akaun dan Page) memberi pulangan yang besar. Namun di Personal Account beliau dapat kawan dan networking, Page memang jualan sahaja.

8. Content, beliau tulis di Ms Word. Kemudian beliau susunkan ikut hari dan masa. Jadi sesibuk mana, tetap ada content untuk dimuat naik. Beliau bina bank content.

9. Sekitar 10.30 pagi, beliau akan menulis sekitar 3-4 story di dalam word. Siap, save dan baru buka Facebook untuk like dan komen posting kawan.

10. Posting sendiri, beliau dah susun 3-4 kali sehari.

8.00 pagi, update doa atau kisah anak-anak.

12.00 tengah hari, bagaimana menjadi Suri Rumah yang bekerjaya di rumah.

3.00 petang, iklan / testimoni / promosi.

8.00 malam, letak perbualan lawak-lawak dengan anak-anak.

Semuanya beliau dah emelkan kepada diri sendiri dan hanya copy dari emel dan pastekan ke wallnya sahaja.

Tengah hari, siapkan makanan untuk anak balik sekolah, malam pun sama. Rutinnya begitu sahaja. Semua beliau handle sendiri sebaik-baiknya.

Saya simpulkan, orang merancang takkan pernah gagal. Orang gagal adalah yang gagal merancang.

Tahniah buat Puan tersebut. Ampun maaf tak diberi kebenaran untuk tag kerana bimbang kena kejar dengan macam-macam. Hehe.

Betul kata pepatah, “orang rajin cari jalan, orang malas banyak alasan.”

Semoga ada manfaatnya ya.

Kagum!

Jika ada kawan-kawan yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan, tetapi masih tercari-cari bisnes yang mudah untuk kita buat dari rumah atau secara online. Boleh lah menghubungi saya untuk kita mulakan bisness dari rumah atau secara online sahaja dengan hanya bermodalkan RM 79.50 sahaja. Kami ada group support untuk kita berjaya bersama-sama mencari pendapatan sampingan membantu suami dan mencapai impian kita.

Mentor Anda,
Pengguna Pengedar Shaklee Semenjak Tahun 2011.
Ummi Maisaharah (Ummi Syahmi)
017-6194 784

10 June 2015

Amalan Wajib Menjemput Rezeki

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Saya dapat ilmu ni dari kawan2 group tele beautiful & charming Shaklee. Best kawan kat citu. Walaupun kami hanya kenal melalui online tapi kami saling berkongsi ilmu...berkongsi pendapat tentang masalah customer..berkongsi testimonial...macam2 lah ilmu kami dapat. Itulah antara sebab kenapa saya pilih Shaklee di bawah group kami :)

Jadi saya letak kat blog ni untuk kawan2 lain dapat manfaat bersama dan nota peringatan untuk diri saya sendiri juga♡

♡Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah

♡Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

♡Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..

♡Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

*Pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk buka tabung-tabung ni!

♡Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

1) Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!

2) Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3) Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar mak dan ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi..

4) Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,


✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dan lain2

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni('',)

02 May 2015

7 Tips Pembuka Rezeki Anda!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Siapapun orangnya pasti pernah mengalami kesulitan mendapat rezeki. Siapapun orangnya mesti pernah mengalami masalah kewangan.

Yang sedihnya ada yang mengambil jalan pintas tanpa berfikir panjang lantas memijam duit dari Ahlong dan ada yang sampai meragut,pecah amanah dan pecah rumah orang..

Yang lebih parah sanggup merosakkan akidah pergi berjumpa bomoh konon boleh dapat “nombor”..

Kita mengaku kita muslim,kita ada Allah tapi mengapa tidak dekatkan diri denganNYA dan berdoalah apa yang kita hajati..Mengadulah tentang masalah yang sedang kita hadapi..

Berikut ini saya kongsikan kepada anda suatu amalan pemanggil rezeki dan pembuka pintu-pintu rezeki yang menjadi amalan orang-orang soleh..

1) Banyakkan beristighfar

Kata Nabi Nuh ‘alaihis salam: Aku katakan kepda kaumku "Beristighfarlah kamu kepada Tuhan, sesungguhnya DIA adalah pengampun..Kalau kamu istighfar DIA akan turunkan kepada kamu hujan dan DIA kan membanyakkan harta dan anak pinakmu dan DIA akan menjadikan untuk kamu kebun-kebun dan sungai-sungai"

Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa datang seseorang kepada imam Hasan al-Basri r.a mengadu tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri: “BERISTIGHFARLAH”..Datang pula yang lain mengadu kemiskinan,jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Datang lagi yang lain minta doa agar direzkikan seorang anak, jawab beliau: “BERISTIGHFARLAH”. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama sedangkan didatangkan persoalan yang berbeza. Kata imam Hasan al Basri:“Ini bukanlah pendapatku,inilah yang Nabi Nuh a.s sebut”

2) Doa murah rezeki yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada Anas bin Malik RA

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…

Doa ini untuk didoakan kepada seorang lelaki..kerana Nabi doakan kepada Anas..kalau nak doakan untuk (dia) seorang wanita maka tukarlah dhomir(kata ganti nama) huwa(hu) kepada dhomir hiya(ha) seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَها وَوَلَدَها ووالسع لها في دارها وَبَارِكْ لَها فيما اعطيتها واحسن اعمالها والغفرلها

Adapun jika anda mahu amalkan doa ini untuk diri sendiri maka tukarkan dhomir huwa(dia lk) atau hiya(dia wanita) kepada dhomir ana seperti berikut :

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالي وَوَلَدي ووالسع لي في داري وَبَارِكْ لَي فيما اعطيتني واحسن اعمالي والغفرلي

Allahumma , aksir maali, wa waladi, wa wassi’ li fi dari, wa barikli fi ma a’toitani, wa ahsin a’mali, warghfirli.

Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartaku dan anak-anak-anakku dan luaskanlah rumahku dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadaku dan perbaikilah amalanku dan ampunkan untukku…

Berkat doa Nabi s.a.w kepada Anas r.a Allah telah panjangkan umur Anas bin Malik dan kurniakannya anak dan harta yang banyak sebagaimana yang dikatakan oleh Anas r.a sendiri: “Demi Allah,hartaku sangat banyak dan anak cucuku hari ini lebih seratus orang.”
Diriwayatkan Anas dilimpahkan kekayaan,dikurniakan ramai anak (120 orang) dan umurnya ketika wafat 104 tahun (saturiwayat) dan beliau telah meriwayatkan 2200 hadith Nabi SAW.

Lazimi doa ini ketika sujud dan selepas solat dengan bersungguh-sungguh mengharapkan rezeki yang diminta..

3) Selawat Murah Rezeki

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق
وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم

Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim

Ya.Allah rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan atas Muhammad rasulullah dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan menjadikan baiknya akhlak kami dan curahkan kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya

Amalkan selawat ini dengan ikhlas berselawat ke atas Nabi s.a.w..Mudah-mudahan berkat selawat ke atas Nabi ini diluaskan dan dilapangkan rezeki..

4) Ayat Seribu Dinar



Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja
Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib,
Wamayyatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu.
Innallah baalighul amrih.
Qod ja’allahu Likulli syai’in qodroo

Terjemahannya :

Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq,dari ayat dua dan tiga..

Kaedah beramal:

Amalkan setiap selepas solat subuh..Kalau dapat amalkan setiap kali selepas solat fardu lagilah baik.Baca sebnyak 7 kali dan ulang 3 kali pada ayat “Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib”

P\S:Ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.Cara ini salah..Nak murah rezeki\maju dalam perniagaan bukan dengan gantung ayat 1000 dinar di permis perniagaan tapi kaedahnya ialah istiqamah membacanya sebagai amalan harian berserta tingkatkan ketakwaan kepada Allah..

5) Banyak Bersedekah

Salah satu tips kunci rezeki adalah bersedekah..Cara ini juga berkesan seperti tips-tips yang disebutkan di atas..Inilah kunci rahsia kekayaan ahli-ahli koprat muslim seperti Tan Sri Syed Bukhari..Sedekah adalah satu amalan yang ajaib,kerana semakin kita bersedekah semakin Allah tambahkan lagi kekayaan kepada kita..tapi bersedekah itu mesti niat kerana Allah(ikhlas)

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَلَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَـعِفُ لِمَن يَشَآءُ وَاللَّهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.” (Al Baqarah: 261).

6) Berbakti kepada Ibu Bapa

Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa. Suruhan berbakti serta berbuat baik dan mendoakan kepada ibubapa ini dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran Surah Al-Isra' Juz 15 Ayat
23 & 24:


Disebutkan di dalam Hadis:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

7) Melazimi Membaca surah al Waqi’ah

Diriwayatkan Sa’ad bin Abi waqas seorang Nabi s.a.w yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya di infaqkan ke jalan Allah

Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin waqas:”Kamu tak bimbang ke nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”

Jawabnya: "Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya

Ditanya kepada”Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”

Jawabnya”Aku tinggalkan kepada ank-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan surah al waqi’ah”..

Surah al waqi’ah ini menjadi amalan keluarga Prof Dato Dr Haron Din..sejak dari kecil lagi bapanya(Lebai Din)mewajibkan anak-anaknaya menghafaz dan mengamalkan surah al waqi’ah sebagai ikhtiar murah rezeki

Kata Dr Haron Din:

“Saya hafal sejak zaman ayah lagi..Ayah suruh kami baca surah al waqi’ah..Kami baca surah al waqi’ah Pada tiap-tiap malam jumaat dan ayah akan mengapalai membaca al waqi’ah dan dia latih kesemua anak-anak dia surah al waqi’ah,dan saya dapati betul..Ayah tidak meninggalkan sebarang harta..Emak hanya tinggalkan kedapa kami dalam 2 ekar setengah tanah tapi semua adik beradik tak nak dan kita waqafkan kepada sekolah S.A.R..Masing-masing berbekalkan dengan al Waqi’ah dan saya tak tinggal waqi’ah, dalam kereta,atas kapal terbang,di rumah nak tidur saya baca..so jangan tinggal waqi’ah..Orang-orang yang agak bermasalah rezeki ni baca waqi’ah..Kena yakin bahawa waqi’ah menjadi satu pendorong utama,tapi janganlah harap hari ni baca esok boleh jadi kaya..so beramal..saya beramal lama”

Pesanan saya:

1. Beramallah dengan tips-tips diatas secara konsistan..Jangan mengharap hari ini amal esok nak dah persoal kenapa tak kaya-kaya pun..

2.Yakinlah serta letakkan spenuh pengharapan kepada Allah supaya dengan ikhtiyar ini Allah melimpah rezeki kepada kita tidak putus-putus biarpun tidak kaya..

3. Beramal dengan tips-tips murah rezeki di atas bukanlah bermakna kita tidak payah keluar cari kerja..kita bukanlah seperti orang-orang yang telah sampai ke maqam beroleh rezeki tanpa sebarang kerja..

4. Pengalaman orang-orang yang beramal secara istiqamah salah satu dari tips-tips di atas memang menjadi..rezekinya mudah je..mereka yang saya kenali tidaklah sehingga menjadi jutawan tapi mereka tidka pernah rasa susah mendapat rezeki,rezeki ada sahaja..

5. Anda perlu tahu bila sebut rezeki,rezeki bukan sahaja WANG atau HARTA..ulama berpendapat kadang-kadang rezeki itu datang dalam bentuk seperti diberi kesihatan yang baik,mudah urusan,selamat dari musibah dan mendapat kebahagian..

6. Yang paling penting ialah tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah..Bila kita bertakwa pasti Allah memelihara rezeki kita..Bila kita buntu pasti Allah akan memberi jalan keluarnya dan Allah akan memberi kepada orang-orang yang bertakwa itu rezeki yang tidak pernah ia duga.

25 September 2014

Tips Menjadi Popular di Internet : Irfan Khairi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Siapa yang tak kenal dengan Irfan Khairi kan? Saya adalah salah seorang 'follower' Irfan Khairi. Memang suka baca info2 yang beliau beri. Banyak sangat tips tentang perniagaan internet yang beliau kongsikan. Saya sampai beli buku dia yang bertajuk Nota Jutawan ni. 

Buku ni senang faham sebab ada gambar-gambar. Suka beli buku yang ada gambar dari penulisan semata-mata.. Sebab saya ni jenis cepat mengantuk kalau baca buku. hehe.. Kalau ada gambar xder lah bosan sangat. Dah macam budak-budak plak kan ('',)

Sebenarnya nak kongsikan tips nak menjadi popular di internet. Saya jumpa ni kat blog Irfan Khairi. Jadi saya simpan kat blog saya untuk rujukan masa akan datang. Bak kata mentor saya MamaFaiz, anggaplah blog kita ni macam backup nota kita. Apa-apa info yang kita dapat kalau rasa sangat perlu untuk di simpan pada masa akan datang silalah simpan di blog... Tu sekarang dah terrajin update blog. Menyahut cabaran..hehe... Dalam kehidupan ni perlu ada cabaran kan? Kalau tak der tu yang diri tak kemana-mana. Duk takuk tu jer. Nak jadi insan luar biasa, nak jadi insan yang lebih memberi manfaat pada orang kena berani hadapi cabaran. Oklah, dah banyak membebel ni. Jom kita baca tips dari Irfan Khairi ni.

TIPS MENJADI POPULAR DI INTERNET


Ingin jadi popular di Internet? Anda mungkin ada tujuan dan matlamat tersendiri untuk jadi popular, sama ada kerana minat, impian ataupun untuk bisnes. Tidak kira apa jenis tujuannya, yang penting anda harus melakukannya dengan cara yang betul dan terancang. Jika tidak, anda mungkin akan mengalami kerugian ataupun krisis yang tidak diundang.

Apabila kita berbicara mengenai menjadi popular di Internet, ia bermaksud hanya di Internet. Peminat-peminat dan pengikut anda akan menyebut nama anda dan mengikuti diri anda hanya secara online. Namun tidak dinafikan, ia mungkin akan berterusan di dunia ‘offline’ juga di mana anda mungkin dijemput oleh pihak media, mengadakan program tertentu, disapa oleh peminat dan sebagainya.

Sebelum anda melakukan usaha-usaha untuk menjadi popular, anda harus jelas dengan matlamat anda dan merancang apakah yang anda mahu lakukan dengan kepopularan anda itu nanti. Jika tidak, anda hanya sekadar popular, tetapi anda tidak menghasilkan apa-apa manfaat untuk jangka masa yang lama.

Selain daripada itu, anda juga harus merancang tindakan yang anda harus lakukan secara konsisten agar anda tidak mudah tenggelam kerana selain daripada anda, berjuta lagi manusia lain juga berusaha untuk popular seperti anda.

Terdapat banyak cara untuk kita menjadi terkenal di Internet. 
Berikut adalah 7 Tip dan ‘ACTIONS’ yang boleh anda lakukan.

TIP 1 : Miliki sebuah blog

Ini adalah langkah pertama yang wajib. Anda boleh menggunakan sistem blog yang percuma seperti Blogger.com dan WordPress.com. Namun jika anda benar-benar serius, anda boleh hasilkan sebuah blog dot com anda sendiri yang terus menggunakan nama anda seperti mana yang dilakukan oleh jutawan Internet Irfan Khairi melalui blognya, iaitu www.IrfanKhairi.com.

Sebaiknya anda menggunakan nama anda untuk nama blog kerana matlamat anda sekarang adalah untuk mempopularkan diri anda. Pada blog anda itu, letakkan sedikit biodata diri anda dan juga gambar anda (jika mahu).

Setelah anda mempunyai sebuah blog, anda boleh mula menulis. Anda boleh menulis apa sahaja perkara yang umum ataupun anda boleh memfokus kepada topik-topik yangspesifik sahaja. Sebagai contoh, Irfan Khairi menulis mengenai bisnes, perniagaan Internet dan motivasi. Bermaksud, beliau akan terkenal dalam kalangan orang yang meminati topik-topik tersebut.

Jika anda menulis pelbagai topik tanpa fokus, anda mungkin akan dikenali oleh sesiapa sahaja sebagai seorang yang popular di Internet.Tidak kisah apa saja topik, anda tulislah sesuatu yang memberi manfaat kepada pembaca.

TIP 2 : Facebook

Mungkin anda sudah mempunyai akaun Facebook, iaitu sebuah profile sendiri. Jika anda ingin popular di Internet, menggunakan profile Facebook adalah tidak sesuai, sebaliknya anda perlu menggunakan Facebook Page. Dengan menggunakan Facebook Page, lebih ramai orang dapat mengikuti perkembangan anda dan ia lebih meluas.

Sama seperti blog, anda perlu kongsikan perkara-perkara yang bermanfaat kepada pengikut anda di Facebook. Pelbagaikan bentuk gaya penyampaian seperti serius, kelakar, santai dan sebagainya agar pengikut anda tidak bosan. Gunakan juga imej dan juga video selain sekadar menulis teks sahaja.

Setelah anda membina Page anda sendiri, promosikan ia di blog anda agar lebih ramai orang yang akan menyertai Page anda tersebut. Kelebihan menggunakan Facebook Page adalah, pengikut dan peminat anda dapat promosikan Page itu kepada orang lain dengan lebih mudah tanpa sebarang halangan.

TIP 3: Youtube

Selain membaca, pengguna Internet juga suka menonton video. Salah satu laman web yang mempunyai rating yang tinggi adalah Youtube.com. Jika anda memuat naik video yang menarik di sana, video anda akan cepat tersebar di dunia online sama ada diFacebook, blog, website, forum dan sebagainya. Malah, video anda akan mula menjadi buah mulut orang lain.

Sudah ramai pengguna Youtube yang biasa-biasa sudah menjadi popular. Contohnya, ramai artis di Malaysia adalah lahir daripada Youtube. Mereka pada mulanya hanya sekadar berkongsi video mereka secara suka-suka sahaja. Namun setelah mereka mempunyai ramai pengikut, pelbagai peluang terhidang di hadapan mereka.

Anda juga mampu mendapat perkara yang sama jika menggunakan Youtube. Perkara yang penting adalah anda perlu kongsikan video yang bermanfaat, namun tidak terlalu serius. Ia tidak semestinya anda perlu menyanyi, mungkin video yang unik, menarik dan santai untuk orang lain menontonnya, tetapi bermanfaat.

TIP 4: Kerjasama dengan orang popular

Ini mungkin satu kelebihan jika anda melakukannya. Ia umpama tonik segera untuk anda ‘melompat’ dengan lebih jauh walaupun anda baru bermula. Namun, cara ini mungkin sukar dan ia bergantung kepada rezeki anda juga.

Sebelum anda mula menggunakan cara ini, sebaiknya anda sudah mempunyai pengikut anda sendiri sama ada di blog, Facebook dan sebagainya. Malah lebih baik jika orang yang sudah popular itu juga mengenali anda walaupun sekadar melalui Internet.

Anda hanya perlu hubungi mereka dan berbincang apakah yang anda dapat lakukan secara bersama walaupun sekecil-kecil idea. Kelebihan kerjasama sebegini adalah kedua-dua pihak akan mendapat pendedahan (promosi) dengan lebih meluas. Kelebihan bagi anda adalah, pengikut dan peminat mereka akan mula mengenali anda.

TIP 5: Twitter

Selain Facebook, Twitter juga adalah ‘alat’ yang kerap digunakan oleh orang-orang popular untuk berkongsi sesuatu terutama cerita semasa mereka. Twitter lebih mudah digunakan kerana anda hanya perlu menulis ayat yang pendek sahaja. Gunakan Twitter untuk memberikan maklumat, info, pendapat dan sebagainya secara ringkas. Tulis juga perkembangan semasa anda yang terkini.

TIP 6: Konsisten

Apa sahaja cara yang anda gunakan seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu konsisten melakukannya jika anda benar-benar serius mahu menjadi popular. Usaha yang konsisten adalah amat penting terutama di peringkat awal usaha anda. Salah satu cara untuk kekal konsisten adalah dengan melakukan perancangan yang lengkap untuk jangka masa panjang.

TIP 7: Kreatif dan unik

Boleh dikatakan banyak perkara telah diketahui oleh kebanyakan orang terutama di Internet. Cuma mereka akan mengambil tahu kembali perkara itu apabila ia disampaikan dengan cara yang berbeza. Elakkan melakukan sesuatu yang sama seperti orang lain lakukan untuk mengelakkan peminat anda mula hilang minat. Keunikan anda akan memastikan anda adalah lain daripada yang lain, bukan seorang “copy & paste” semata-mata.

NOTA PERINGATAN
  • Tiada jalan singkat untuk berjaya. Lakukan sesuatu usaha yang tidak bertentangan dengan agama dan undang-undang.
  • Elakkan publisiti murahan yang boleh menjatuhkan maruah kita.
  • Jadikan kedudukan popular kita sebagai kelebihan untuk kita berikan kebaikan kepada manusia sejagat.
  • Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Jaga kata-kata kita agar tidak mengguris hati orang lain.
  • Apabila sudah popular, jangan lupa asal-usul diri.
Terima kasih kerana sudi membaca diblog ini!