Showing posts with label Ibu Menyusu Ingin Kurus. Show all posts
Showing posts with label Ibu Menyusu Ingin Kurus. Show all posts

11 April 2015

Ibu Menyusu Nak Kurus!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Biasa ibu menyusu suka makan kan??
Yerlah risau nanti kalau si ibu diet sian kat anak kurang zat dan boleh menyebabkan susu menjadi kurang.

Jadi si ibu ni makan jerlah sampai jadi bam bam asalkan dapat bagi susu terbaik buat anak. Sian kat badan.. dulu sebelum hamil badan punya lah cantik molek, bila dah ada anak.. alahai nak tengok cermin pun takut.hehe...

Saya dah cuba..kawan2 pun ramai dah cuba makan vitamin ini. Semuanya berpuas hati. Badan tidak terlalu gemukss dan BESTNYA susu alhamdulillah sentiasa ada untuk anak tersayang♡



Jadi apa tunggu lagi.. ibu-ibu patut cuba dan rasai sendiri kelebihan vitamin ini dengan harga yang sangat berpatutan!

JANGAN RISAU kandungan vitamin ni tiada bahan kimia & semulajadi, selamat untuk ibu & bayi.

ISTERI KURUS! BAYI CUKUP SUSU! SUAMI SAYANG!

Hubungi kami untuk info lanjut :-

06 February 2014

Kenapa Ibu-Ibu Kerap Jadi Pelupa...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Selalu tak anda perasan kalau sedang hamil atau lepas melahirkan anak, ibu-ibu semakin menjadi pelupa.. "Lost memory" kejap.. Adakah tanda-tanda ini mungkin disebabkan umur anda makin meningkat? Anda nak tahu jawapannya? Ada cara untuk mengatasinya? Nak tahu jawapan kena baca penerangan selanjutnya di entry kat bawah ni ('',) Entry ni lebih kepada ibu hamil. Tetapi ramai jer ibu-ibu yang lepas bersalin jadi pelupa. Orang kata banyak sangat urut putus. Tak tahu lah kata-kata tu betul atau tidak. Mudahan kita sebagai kaum wanita terutama ibu-ibu muda ni tak naklah dikatakan orang yang kerap pelupakan...

...................................................................


Sebenarnya pelupa di kalangan ibu hamil atau sering disebut “pregnancy brain” berlaku akibat perubahan hormon, sehingga mempengaruhi tugas otak bahagian hippocampus

Perasaan yang tidak menentu dan meningkatnya rasa gelisah dan khuatir akibat perubahan hormon turut mempengaruhi fungsi memori bakal ibu. 

Tip berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah ini:- 

1. Bertenang. Cuba luangkan satu masa untuk diri sendiri berehat tanpa memikirkan perkara yang berat. Secara tidak langsung, ia membantu tubuh dan fikiran juga akan lebih tenang. Kepenatan menjadi salah satu faktor utama masalah lupa. 

2. Makan ikan terutama yang kaya dengan asid lemak Omega-3 seperti salmon, tuna dan ikan kembung. Ia juga membantu memori atau daya ingatan ibu hamil, bahkan asid lemak Omega-3 juga baik untuk pertumbuhan dan perkembangan otak janin. 

3. Melakukan aktiviti sukan selama tiga kali dalam seminggu selama 20 minit, akan membuatkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak akan meningkat. Keadaan ini akan membuatkan otak memperbaiki sel-selnya serta sistem kerjanya. 

4. Latihan hujung jari. Rangsangan otak akan melancarkan peredaran darah ke otak. Pengaliran darah yang lancar akan membantu membuang “sampah-sampah” yang menghalang laluan nutrisi untuk mencapai otak. Lakukan aktiviti yang melibatkan hujung jari sebagai bentuk rangsangan. 

5. Lekatkan nota pengingat di kawasan yang selalu anda lalu seperti meja kerja, peti sejuk, cermin meja solek. Gunakan kertas nota warna-warni supaya lebih mudah mengingatkan anda. 

6. Gunakan sepenuhnya telefon pintar yang menyediakan aplikasi kalendar dan pengingat automatik untuk merekodkan apa yang perlu dilakukan dalam satu hari dan sebagainya.

Bagi saya salah satu cara untuk mengatasi risiko menjadi pelupa adalah mengamalkan suplemen omega & lechitin. 




Jika anda ibu hamil & menyusu, omega juga bagus untuk otak anak anda lebih bijak. Untuk ibu itu sendiri, kelebihan omega bagus untuk kecantikan kulit & pembakaran lemak dalam badan. Bagi suplemen lechitin pula selain untuk mengelakkan jadi pelupa atau menghalang Alzheimer, ia membantu sebagai agen pemecahan lemak yang degil. Kelebihan lain lechitin bagi ibu menyusu pula dapat mengatasi breast bengkak yang disebabkan pengaliran susu tersumbat (clog ducts).

Kelebihan suplemen Shaklee nak makan sebab tak nak jadi pelupa tapi dapat kelebihan yang lain. Best kan?? Tak perlu beli suplemen yang berasingan.. Lagi satu bukan kaum ibu jer leh ambil, kaum bapa, wanita bujang, lelaki bujang pun leh ambil suplemen ni.

Jika anda berminat nak mencuba suplemen bagi mengelakkan menjadi kurang pelupa, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


18 September 2013

Ibu Kurus Menawan, Anak Sihat & Pintar

Assalamualaikum Semua....

Alhamdulillah, petang ni berkesempatan meng'update' blog ku ini :) 

Petang ni nak sharing cara nak maintain kan badan bagi ibu menyusu.. Ramai yang tanya saya lepas bersalin makan apa yer boleh maintain kurus ni...wahhh..kurus ker haku?? boleh lah kan dari xder...hehe... {puji untuk diri sendiri} Syukur sangat dapat maintainkan badan ni walaupun diri ni jenis suka makan... sekaligus dapat susukan baby sehingga 2 tahun...

Kebiasaannya, Ibu yang lepas bersalin selalu mengadu masalah kenapa lah berat badan tak turun-turun ni... Nak diet tak boleh..tak berani sebab masih menyusukan bayi. Takut kurangkan makan, bayi tak cukup nutrien.. Sebab ibu menyusu perlu banyak kalori tambahan. So,diet rendah kalori & meal replacement... Katakan TIDAK !!
Tak nak lah sebab nak kurus kesihatan bayi kita tergadai kan...

Alhamdulillah, ikut pengalaman saya sendiri mengamalkan beberapa suplemen seperti dibawah ni dapat maintainkan berat badan & sekaligus memberikan susu yang terbaik buat anak saya.. Ni lah antara set cadangan suplemen untuk ibu menyusu yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu sambil tu dapat kembalikan berat asal sebelum mengandung. 


MACAMANA ERKK Suplemen ni membantu ibu menyusu tampil kurus???

1) ALFAFA (as milk booster) - juga bertindak sebagai pelawas @ DETOX. Apabila usus kita dah bersih...penyerapan nutrien pun lebih mudah dan optimum.. Kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa.. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. Baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. 

2) LECITHIN, untuk IBU MENYUSU - LECITHIN membantu mengurangkan risiko 'clog duct' atau duktus susu tersumbat.

* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susu ibu untuk perkembangan otak bayi

Kesimpulannya, LECITHIN ni jugak bagus untuk IBU MENYUSU YANG NAK KURANGKAN BERAT BADAN

ATAU

OMEGA GUARD - DHA yang terkandung di dalam omega guard Shaklee akan menyingkirkan lemak-lemak berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan. Jadi ibu menyusu akan kekal langsing dalam tempoh penyusuan, ditambah lagi dengan kebenaran yang ibu-ibu juga akan membakar lemak semasa sesi penyusuan. Gabungan inilah yang akan menghasilkan badan yang sihat & langsing ibu-ibu menyusu. Jadi, kurus dapat, menyusukan bayi pun dapat.

Selain itu, bayi yang disusukan oleh ibu yang mengambil omega guard shaklee juga akan mendapat kebaikan bersama, DHA akan membantu bagi mengoptimum fungsi otak, jaringan-jaringan otak anak akan lebih aktif dan hasilnya anak semakin pintar.

* OmegaGuard bertindak lebih cepat berbanding LECITHIN. Perumpamaannya, lecithin tu naik basikal dan omegaguard tu naik kapal terbang..Apa pun terpulang pada bajet anda...

3) Minum ESP (Selain untuk tujuan pekatkan susu, ESP dapat bekalkan tenaga pada ibu & dapat memberi rasa kenyang juga dan dalam masa yang sama memelihara otot tubuh) 

Bonus tambahan : Kulit ibu & Anak lebih cantik dengan izin dariNya kerana ESP adalah suplemen protein berasaskan kacang soya. Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

INSYA ALLAH...

Jika ingin mendapatkan suplemen Shaklee bolehlah menghubungi saya. Saya sedia membantu untuk membuat pilihan yang terbaik & mengikut budget anda. Anda juga boleh mendapat konsultasi percuma tentang penyusuan susu ibu berdasarkan pengalaman saya sendiri. InsyaAllah, kita sama-sama menjayakan misi "Ibu Kurus Menawan, Anak Sihat & Pintar" ('',)