13 October 2017

Percutian 3 Hari 2 Malam Bersama Keluarga

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Dah lama tak update blog saya ni. Rindu sebenarnya nak berceloteh ('',)

Baru-baru ni saya, suami, anak-anak serta 2 orang adik saya pergi bercuti di Cameron Highlands. Kami menyewa di Apartment Dreamscapes Golden Hills. Apartment ni ada 2 bilik & 2 bilik air serta mini dapur yang lengkap barangnya seperti meja makan 4 kerusi, microwave, multicooker, peti sejuk, pinggan mangkuk, cawan, sudu, garpu, pisau, pencuci & span untuk mencuci pinggan mangkuk. Pastu ada sofa, ada tv flat screen dengan siaran astro basic. Oklah apartment ni. Walaupun hanya ada 2 bilik yang disediakan 2 katil Queen dalam bilik masing-masing, ada turut di sediakan xtra 2 tilam, 2 bantal, 2 comforter tebal saiz queen. Berbaloi dengan harga. Boleh booking di www.agoda.com jer.


Antara tempat yang kami sempat lawati adalah Ladang Teh Boh Sg. Palas, Ladang Teh Cameron Valley, Taman Agroteknologi Mardi, Butterfly Farm, Big Red Strawberry, Air Terjun Parit, Kg Sedia Ada, Raju Hill Strawberry Farm, Cactus Valley dan Kea Farm untuk shopping sayur, jagung, keledek, strawberry. Ini adalah antara tentatif perjalanan percutian kami ('',)


🍓TENTATIF PROGRAM PERCUTIAN CAMERON HIGHLANDS🍓

AHAD, 01/10/2017 
8.30pagi dari rumah 

🍝Lunch : RNR Tapah 

SINGGAH DALAM PERJALANAN 
Jika dari Simpang Pulai 
🍁Cameron Lavender Garden 
💵Tiket : RM8-Dewasa RM5-Kanak2 
Jika dari Tapah 
🍁Lata Iskandar Fall 

2pm-3pm 
🏩Check in Apartment 
🕌 Solat Zuhur & Asar 

4pm-6pm 
🍁Taman Agro Al-Mashoor 
(Ada Cafe Boleh Minum Petang) 
🍁YZ Agro Farm 
(Ada Cafe Boleh Minum Petang) 
🍁KHM Stawberry 

🏩Back to Apartment 

🍝Dinner : Beli makanan di Orchid Food Corner, Tanah Rata. 

ISNIN, 02/10/2017 
Target 8.30am keluar apartment 
Alas perut dulu apa yang ada cth:roti,biskut 

🍁Bharat Tea Plantations, Tanah Rata 
Minum Teh & Cake 
🍁MARDI,Tanah Rata 
💵Tiket : RM5-Dewasa RM3-Kanak2 (7-12tahun) 
FREE - Bawah 6 tahun 

🍝 Lunch : Rose Garden Cafe Dalam Mardi 
Harga murah & Berbaloi. Halal. 

🕌Solat Zuhur & Asar di MARDI 

🍁Air Terjun Parit, Kg Sedia Ada, Tanah Rata 

2pm-6pm 
🍁Butterfly Farm 
💵Tiket : RM7-Dewasa RM4-Kanak2 
🍁Raju Hill Stawberry Farm 
🍁Castus Point 
🍁Cactus Valley 
💵Tiket : RM5-Dewasa RM3-Kanak2 

🏩Back to Apartment 

8.30pm 
🍝DINNER : Taman Abang Steamboat & Grill, Tanah Rata 
📱 016-225 0315 Booking 
5pm - 12am = steamboat & grill 
Sekepala : RM39 
# tak jadi pergi sebab jumpa kedai lagi murah. Kedai biasa2 jer tak secantik Abang Steamboat. Nak budget tapi nak cari kedai yang halal & sedap. 

So, boleh pergi kedai Orchid Food Corner, Tanah Rata. 
1 pack untuk 5-6 orang makan RM45 sahaja. 
Boleh pilih add on nak makan apa. Tambah nasi ker, lauk lain ker. 
Tapi bagi kami order nasi 3 pinggan & air jer dh memadai kenyang alhamdulillah. 

SELASA, 03/10/2017 
Target 8.30am keluar apartment 

🍁 Breakfast : Abang Strawberry 
Nasi Lemak Serunding Strawberry RM7.90 
Roti Canai Strawberry RM3 
OPEN : 8am-6pm 

🏩Back to Apartment - Check Out 
🍁Ladang Teh Boh, Sungai Palas 
Isnin : Tutup tau 
🍁Kea Farm - Beli Gift & Sayur 
🍁Big Red Strawberry Farm 
(Ada cafe boleh minum petang) 

Teruskan perjalanan pulang masuk highway tapah. 
p/s: standby minyak angin @ plastik takut mual & pening sebab jalan turun berbengkok2 serta berpusing. Mana yang alah jalan pusing2 seperti saya boleh pening😂 

Singgah RNR Tapah : Makan Makanan Berat. Harga makanan berbaloi & murah. Boleh makan kenyang kan perut sebelum balik rumah. 

🕌Jangan lupa solat dulu lepas kenyang perut kat RNR Tapah sebab suraunya selesa & cantik. 

🎁Tips beli buah tangan 

1) Kalau nk beli jagung cari jagung susu atau mix susu & madu. Biasa harga jagung susu 2 ketul RM10. Jagung Mix Susu & Madu 4 ketul RM10. Kalau jagung madu kuning semua isinya lagi murah. Sebab kadang2 jagung tu bukan asal cameron. 

2) Strawberry : Kea Farm murah berbanding tempat lain. 

3) Teh : Beli kat Kilang. Sebab di Kea Farm kurang orang jual teh jeama Boh di sana. Kalau jenama Teh Cameron Valley di Kea Farm lebih murah berbanding harga di kilang. 

4) Cactus : Cactus Point, Cactus Valley, Kea Farm pun ada 

5) Brokoli Goreng : Kea Farm ada jual 

6) Jem Strawberry : Kea Farm harga boleh runding 

7) Sayur : Kea Farm 10 paket RM10 atau 7 paket RM10(pack besar2 cikit) ikut selera masing2 

8) Ais Krim Strawberry Malaysia : Mardi ada kedai jual RM1.10 sebatang. Kebanyakkan kedai lain mahal cikit. 

9) Pelbagai Keledek : Kea Farm 3 kg RM20 boleh campur Purple, Kuning, Oren 

10) Minum Teh di Ladang Teh : Cafe di Teh Boh Sg. Palas lebih murah & berbaloi dengan harga. Boleh pilih untuk minum satu teko kecil harga lebih murah jika ambil mug. Pekerjanya pun lebih ramah & mesra pelanggan berbanding Cameron Valley Bharat.

Kalau korang nak tengok video gambaran tempat yang kami sempat lawati boleh pergi kat link bawah ni tau





TQ kawan-kawan yang sudi membaca pengalaman kami bercuti di Cameron Highlands. Moga sedikit info yang saya kongsikan di blog ini memberi manfaat untuk korang yang sedang mencari info untuk pergi bercuti ker Cameron Highlands bersama keluarga tersayang. 

Di lain artikel akan datang, saya akan share gambar kami bercuti di sana pula yerk. Tak sempat lagi nak pilih gambar mana yang sesuai untuk update dalam blog ni untuk tatapan kawan-kawan ('',)

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

Jika sudi rajin-rajin lah lagi singgah membaca di sini yer...

27 April 2017

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Ekslusif

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Semua .....

Hari ni nak kongsikan sesuatu info tentang kursus online bagi pegawai kakitangan kerajaan.
Kawan-kawan pernah dengar kursus melalui EKSA?

Kalau kawan-kawan nak tahu dalam E-Pembelajaran Sektor Awam (EKSA) dah ada modul kursus tentang Penyusuan Susu Ibu Dan Pengendalian Susu Secara Efektif untuk kita belajar secara online tau!

Link nya adalah http://www.epsa.gov.my/

Bagi ibu2 yang 1st baby bolehlah jadikan kursus ini sebagai persediaan ilmu anda untuk menyusukan anak secara online kan. Bagi ibu-ibu lama seperti saya yang sudah ada pengalaman menyusukan bayi pula bolehlah jadikan kursus ini untuk penambahan ilmu & ulangkaji semula untuk penyediaan next baby...hihihi ('',)


Bagi kawan-kawan yang kerja swasta atau yang suri rumah, jangan risau nnti saya akan kongsikan dengan anda. Saya akan masukkan slide nanti untuk perkongsian ilmu kita bersama. InsyaaAllah saya akan cuba update sedikit demi sedikit.

Antara tajuk yang di kongsikan adalah

1) Pengenalan Penyusuan Susu Ibu 
2) Mengapa Penyusuan Susu Ibu Penting
3) Bagaimana Hendak Menyusu
4) Penyediaan Susu Perahan Ibu 
5) Kaedah Pengendalian Susu Ibu Perahan
6) Penyusuan Susu Ibu Dan Kerjaya
7) Alternatif Sekiranya Ibu Tidak Dapat Menyusukan Bayinya

Untuk tajuk pertama saya kongsikan slide di bawah ni. Moga slide ni memberi manfaat pada kita bersama.

1) PENGENALAN PENYUSUAN SUSU IBU








Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)
Jika sudi rajin-rajin lah lagi singgah membaca di sini yer...

21 April 2017

Ulang Tahun Ke-6 Blog Saya

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua.....

Alhamdulillah, hari ini ulang tahun yang ke-6 kewujudan blog saya 
http://ummirdinacong.blogspot.my



Kenapa letak nama tu?

Ia adalah gabungan bersama nama saya, nama puteri pertama; panggilan nama suami di zaman belajar. (ummi-irdina-acong) Maka terhasillah nama blog gitu rupa.

Permulaan titik minat saya belajar menulis blog adalah ingin mencatit segala kehidupan istimewa saya bersama keluarga tersayang di alam maya supaya bila anak saya membesar dan boleh membaca dia akan mengetahui melalui penulisan saya di dalam blog segala kenangan manis dia dari awal kelahiran sehinggalah besar. Tapi disebabkan kesibukan diri yang tak sempat nak update, tak dapatlah saya mencatit semua kenangan itu setiap masa setiap hari setiap minggu setiap bulan. Maafkan ibu sayang ('',)

Kerajinan mula terselah semula apabila saya aktifkan diri menulis blog dan berkongsi semula pengalaman kehidupan saya sendiri & ilmu yang saya perolehi dari pelbagai aspek dengan menyertai group Shaklee. Dari situ permulaan hidup saya berubah menjadi lebih baik dengan kawan2 baru, ilmu baru, perubahan diri yang lebih baik, aura yang lebih baik, dan yang paling penting perubahan saya menjadi insan yang lebih sempurna di sisi Allah s.w.t pencipta kita. Syukur sangat pada mentor saya dulu Kak Shareeza Hashim (atau dipanggil Kak Cery) & kawan2 shaklee yang lain banyak menyedarkan saya tentang kehidupan kita sebagai hamba Allah. Kita hidup di dunia ini bukan hanya untuk diri kita sendiri atau keluarga kita sahaja. Kita di lahirkan di bumi sebagai khalifah untuk membantu sesama manusia & saling mengingati antara sesama insan. Jadi, dari situ saya mula sedar ilmu yang kita ada patutlah dikongsikan bersama. Mungkin dengan cara menulis ilmu di dalam penulisan blog boleh membantu ramai orang untuk mendapat ilmu secara percuma. Itu adalah satu ibadah juga kan. 

Alhamdulillah, dengan berkat mentor, kawan2 dan ahli keluarga saya sendiri blog saya terhasil dengan karya yang tak seberapa. Semoga segala penulisan saya mendapat manfaat bersama kawan-kawan di alam maya.

Salah satu pencapaian dalam ilmu blog yang saya rasa sangat memberi inspirasi untuk saya terus berkarya adalah di bawah tajuk Cara Meyimpanan Perahan Susu Ibu. Alhamdulillah ramai yang sudi membaca dan menulis di situ sebanyak 137 ‘comment’. Maaf lah jika ada komen yang saya tak sempat nak balas. Insyaa Allah, saya akan cuba membalas komen kawan2 berdasarkan ilmu yang saya perolehi & pengalaman saya sendiri.



Terima kasih yang tidak terhingga pada kawan2 alam maya yang sudi menjengah blog saya untuk membaca di sana. Saya akan cuba menulis & berkongsi info terutama tentang ilmu ‘parenting’ & tips2 penyusuan susu ibu. Saya amat menyokong ibu2 di luar sana yang sentiasa berusaha untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu. 


I love Breasfeeding!

20 April 2017

Tips Rawatan Semulajadi Sekiranya Bayi Mengalami Demam, Batuk & Selsema

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Semua.....


Dah lama saya tak update blog ni. Rindu sebenarnya nak coret kat sini. Jom kita baca ilmu yang saja jumpa hari ni tentang kaedah sterimar baby bila anak selsema & batuk. Lebih2 lagi bagi bayi yang masih kecil kan. Saya simpan nota ni dalam blog saya untuk nak refer masa akan datang. Sambil2 tu boleh kongsikan pada ibu2 yang belum tahu info ini.

Maka terhasil lah nukilan ni & info di bawah saya copy untuk perkongsian bersama ('',) Saya rasa perkongsian tips ni sangat berguna bagi kita sebagai ibu yang risaukan anak2 ketika mereka sakit kan.  Jom kita baca artikel kat bawah ni :-

**************************************************

Bayi kecil yang menghidapi selsema adalah salah satu perkara yang menakutkan bagi ibu bapa. Oleh kerana bayi tidak mampu untuk mengeluarkan hingus, ia adalah sangat penting bagi kita untuk membantu melapangkan saluran udara mereka. Sebaiknya, cara semulajadi digunakan untuk membantu badan mereka melawan penyakit.

Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh anda lakukan :


Bawang

1) Kupas bawang dan letakkan di atas pinggan bersebelahan dengan katil atau tempat tidur bayi. Kandungan sulfur dalam bawang menarik keluar lendir dan cecair dalam badan. Jika bayi anda mempunyai hidung tersumbat, ia boleh melapangkan saluran udara mereka dengan tiada kesan sampingan kecuali bau yang kurang menyenangkan di dalam bilik.

2) Bakar bawang bersama kulitnya sehingga kehitaman, kemudia ketuk dan campurkan dengan minyak masak. Sapukan minyak bawang putih pada permukaan dada dan belakang bayi sekiranya bayi anda mula menunjukkan tanda batuk atau demam.

Kaedah Wap 

Letak air bersama titisan baby balsam vicks atau ekstraks eucalyptus yang bertindak memberikan aroma segar dan berupaya melonggarkan ruang-rongga pernafasan bayi.

Teknik Percussion

Tepuk belakang anak beberapa kali di belakang dan di hadapan. Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong bertujuan untuk melonggarkan kahak dan supaya ia keluar melalui najis ataupun muntah. Bayi anda akan menangis & meronta-ronta ketika proses ini, namun ia adalah normal.

Nasal Spray

Image result for sterimar baby nasal hygiene 0-3 years
Sterimar Baby 0-3 years
Gunakan nasal spray yang berasaskan air laut kerana ia adalah bersifat neutral dan bertujuan untuk menjadikan hingus keluar bersama cairan tersebut. Antara jenama yang popular digunakan ialah Sterimar, namun anda perlu memilih Sterimar Baby kerana terdapat 2 versi iaitu untuk bayi & orang dewasa.

Cara penggunaanya ialah dengan memasukkan muncung spray ke dalam lubang hidung bayi sambil sebelah lagi lubang ditutup. Kemudian, picitkan spray selama beberapa saat ke dalam hidung bayi. Kesannya hingus akan berkurangan kerana ia telah keluar bersama cairan spray atau ditelan bayi. Harga pasaran untuk Sterimar Baby adalah dalam anggaran RM20 dan boleh didapati di kebanyakan farmasi di Malaysia.

Tepuk belakang anak beberapa kali di belakang dan di hadapan. Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong bertujuan untuk melonggarkan kahak dan supaya ia keluar melalui najis ataupun muntah. Bayi anda akan menangis & meronta-ronta ketika proses ini, namun ia adalah normal.

Tepuk belakang anak beberapa kali di belakang dan di hadapan. Tepuk secara perlahan-lahan dengan membuat lohong bertujuan untuk melonggarkan kahak dan supaya ia keluar melalui najis ataupun muntah. Bayi anda akan menangis & meronta-ronta ketika proses ini, namun ia adalah normal.

Info di atas sumber dari : http://mama.my

Antara Produk Sterimar yang boleh digunakan ketika hidung tersumbat :-
Related image
Untuk ANak2
Image result for sterimar adults
Untuk Orang Dewasa
Jika kawan2 nak lebih info tentang produk Strimar boleh pergi link ini yer
http://www.sterimar.ro/en/sterimar-products/

Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)
Jika sudi rajin-rajin lah lagi singgah membaca di sini yer...