30 January 2014

Panduan Memberi Susu Botol Untuk Bayi Anda!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Hari ni nak kongsi info yang saya jumpa kat laman web Kementerian Kesihatan tentang Panduan Memberi Susu Botol Untuk Bayi atau Kanak-kanak :) Semoga info ni berguna pada ibu-ibu yang baru menerima cahaya pertama terutama anak pertama...

......................................

Makanan terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai dua tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan apabila bayi mencapai umur enam bulan.

Botol susu kerap digunakan untuk memberi susu sama ada susu ibu atau rumusan bayi atau minuman lain kepada bayi. Walau bagaimanapun, botol susu merupakan salah satu cara utama penyebaran kuman kerana ianya amat sukar untuk dibersihkan dengan sempurna. Penggunaan botol susu yang tidak bersih meningkatkan risiko jangkitan di kalangan bayi dan kanak-kanak. Maka, penggunaan botol susu yang bersih dan selamat adalah penting dan ianya patut diberikan perhatian dan dijadikan amalan oleh ibu bapa atau penjaga bayi dan kanak-kanak.

Ibu bapa atau penjaga perlu diingatkan bahawa penggunaan botol susu hanya sesuai untuk pemberian cecair atau minuman seperti susu, rumusan khas atau susu ibu perahan atau air kepada bayi. Tekstur makanan pepejal seperti bijirin atau separa pepejal seperti makanan yang dipuri (makanan dikisar bersama sup/ kuah) tidak sesuai diberikan dengan mengguna botol susu. Ini kerana puting akan tersumbat disebabkan saiz makanan yang lebih besar daripada lubang puting dan menyukarkan bayi untuk menghisap. Sekiranya saiz lubang puting dibesarkan pula ia boleh menyebabkan bayi tercekik disebabkan pengaliran cecair atau susu yang cepat.

Bagaimana Membersih, Menyahkuman Dan Menyimpan Botol Susu?

Kebersihan peralatan yang digunakan untuk memberi susu/ minuman kepada bayi dan kanak-kanak adalah penting. Botol, puting dan penutup botol susu perlu dibersih dan dinyahkuman sebelum digunakan. Pembersihan dan penyahkuman botol susu dan peralatannya dapat menghapuskan bakteria berbahaya yang menyebabkan jangkitan.

1) Cara membersihkan botol susu


2) Cara menyahkuman botol susu

Botol susu dan peralatannya boleh dinyahkuman dengan menggunakan penyahkuman komersial atau dengan merebus botol susu dengan air yang sedang mendidih.

Penyahkuman komersial

Ikut arahan pengilang jika menggunakan alat penyahkuman menggunakan wap (steam sterilisation), ketuhar gelombang mikro atau ubat penyahkuman

Rebus dengan air yang mendidih

Jenis botol susu yang direbus mesti bebas dari bahan kimia Bisphenol A (BPA). Langkah-langkah merebus peralatan adalah seperti berikut:


3) Cara menyimpan botol susu

Untuk mengekalkan botol susu dan peralatannya supaya berada di dalam keadaan yang nyahkuman dan tidak berlaku pencemaran semula, cara yang paling baik ialah dengan mengeluarkannya dari alat penyahkuman hanya apabila diperlukan.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlu mengeluarkan botol susu dan peralatannya sebelum benar-benar memerlukannya, pastikan peralatan tersebut disimpan di tempat yang bersih dan tertutup untuk mengelakkan pencemaran berulang.

Cuci tangan dengan sabun dan air, dan keringkan sebelum memegang peralatan yang telah dinyahkuman. Disarankan agar anda menggunakan penyepit yang bersih semasa mengendalikan b lain yang telah dinyahkumankan


4) Cara penjagaan keselamatan botol susu

Apa itu Bisphenol A (BPA)?
  • BPA merupakan bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat.
  • Elakkan pendedahan Bisphenol A (BPA) dalam botol susu.
Kesan BPA kepada kesihatan manusia
  • BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.
  • Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil keputusan mengharamkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat mulai 1 Mac 2012. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
  • Dalam tempoh satu (1) tahun ini, sekiranya pengguna masih menggunakan botol susu polikarbonat, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA.
5) Panduan penggunaan botol susu

Kenal Pasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  • Nombor 7
  • Nombor 7 dan PC
  • Nombor 7 dan ‘other’

Pengendalian botol susu bayi polikarbonat

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.
  • Nyahkuman botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  • Elak mengguna air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai botol susu bayi alternatif di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain

4 comments:

  1. follow blog kak ummi..good info untuk ibu2 baru :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Sama-sama Lovely Lin
      TQ kerana sudi menjengah di blog saya ini!
      Salam perkenalan dari saya :)

      Delete