Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

29 March 2015

Bahaya Kekurangan Protein!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Adakah anda mengalami simptom-simptom berikut :

1) Kulit wajah yang kusam?
2) Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
3) Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
4) Rambut sering gugur?
5) Lemah dan tidak bertenaga?

Tahukah anda itu adalah antara punca badan kekurangan protien!!



Risiko Kekurangan Protein :

1) Anemia iaitu kurang darah atau kurang oksigen dalam darah
2) Penyakit buah pinggang
3) Penyakit hati
4) Kolesterol tinggi
5) Tekanan darah rendah
6) Kandungan gula dalam darah rendah
7) Fungsi saraf tidak stabil
8) Ulser perut dan usus
9) Luka lambat sembuh
10) Pengaliran darah yang tidak lancar
11) Penglihatan kurang baik
12) Badan menggeletar
13) Selalu letih dan lesu
14) Lemah
15) Tinggi kandungan air dalam tisu badan
16) Terancat akal
17) Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan


Jadi anda sudah memiliki tanda2 seperti di atas itu maksudnya badan anda memerlukan makanan tambahan berunsurkan protein seperti ESP... Jangan tunggu badan dah sakit teruk baru terfikir untuk ambil makanan tambahan. Bermulalah dari sekarang.



"BETTER LATE THAN NEVER"

Hubungi kami untuk pembelian yang lebih menjimatkan wang anda.

Ummi Maisaharah & Mohd Syahir Akmal
018-2465122 & 018-2476007
maisaharah@gmail.com
ummirdinacong.blogspot.com

27 March 2015

Keistimewaan Riboflavin Dalam Suplemen

Tahu tak apa kepentingan Riboflavin dalam sesuatu makanan suplemen?? Info tentang Riboflavin yang perlu korang tahu 😄

Riboflavin adalah juga "Kecantikan" vitamin kerana menjadikan kulit, kuku dan rambut menjadi sihat dan cantik.

Keistimewaan Riboflavin:

1) Riboflavin telah dibuktikan mampu mencegah perkembangan kanser. Di mana, ujian terhadap tikus menunjukkan bahawa tikus yang diberikan karsinogen sebenarnya gagal mengembangkan sel kanser pada tingkat yang lebih tinggi bila diberikan dos Vitamin B2 yang banyak.

2) Riboflavin memiliki kemampuan untuk membantu menjaga sistem kekebalan tubuh berfungsi dengan baik.

3) Riboflavin adalah nutrisi antioksidan. Ia bekerja dengan cara meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas ini jika tidak dinyahkan boleh merosakkan membran sel.

4) Dalam sebuah kajian dan penelitian, menunjukkan bahawa Riboflavin memiliki manfaat psikologi di samping memberikan manfaat bagi tubuh.

5) Riboflavin sangat sesuai ke atas mereka yang menghidap penyakit kulit seperti jerawat, dermatitis, ekzema dan pelbagai penyakit kulit lain.

6) Riboflavin juga memainkan peranan penting dalam kesihatan mata di mana, ia boleh mengurangkan ketegangan mata. Vitamin ini sangat membantu dalam menghindari penyakit glaukoma.

Ok sekarang baru saya faham kenapa orang jatuh cinta dengan ESP ni... Patutlah siapa yang amalkan minuman ESP semuanya cantik-cantik berseri sebab dalam ESP ada mengandungi Riboflavin!!



Wahhhh rugi ni tak beli ESP sebelum berakhir bulan Mac.... Yerlah jimat beli twinpack. Lagi jimat beli terus 6 tin sebab nanti percuma 1 tin. Dapat jadi Ahli Shaklee FREE lagi...

Ummi Maisaharah
maisaharah@gmail.com
ummirdinacong.blogspot.com

23 March 2015

MASKER HOMEMADE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Hari ni nak kongsi tips jimatkan duit anda untuk jadikan kulit lebih cantik dan lembut....

Caranya senang jerr korang buat masker sendiri... Masker ni bukan wanita jer boleh pakai.. lelaki pun boleh ok.. Nak pergi buat facial mesti kaum lelaki segan kan.. Korang buat sendiri..jimat kan? Bukan ada orang tahu korang buat masker.. Buat dekat rumah kan.. Mana2 yang dah ada isteri minta isteri belai2 cikit muka korang tu wat masker homemade :) Dapat eratkan silaturrahim kan kan...hehe...

Jika anda pengguna ESP, korang bukan sahaja boleh minum jer...boleh wat masker tau... Selain boleh juga campurkan dalam masakan. BEST kan..mmg super duper JIMATTT yer! Mana yang belum ada ESP apa lagi meh beli dan cuba.. Baru tahu BEST ke TIDAK?



Bulan ni boleh jimat lagi sebab boleh beli ESP twin pack dapat 5% diskaun... nampak cikit tapi sangat berbaloi ok... Bayangkan 5% dari rm10 kurang 50sen.. Kalau rm100 dah kurang rm5... Nilai rm5 tu korang boleh beli makanan tengah hari atau duit topup... Jimatt kan??

So apa tunggu lagi.. Diskaun ni akan berakhir 28 MAC 2015! Hanya tinggal 5 hari sahaja... Bulan depan GST telah dilancarkan. Harga diskaun tiada lagi :(

Hubungi saya dengan kadar segera untuk lebih penjimatan bagi kecantikan diri anda.


Ummi Syahmi
018-2465122
maisaharah@gmail.com

21 March 2015

Resepi Roti Telur Creamy Soya

Assalamualaikum & Salam Hujung Minggu Semua...

Korang sarapan apa hari ini? Dah sarapan? Apa kata cuba resepi ni...sedap tau...lemak2 n lembut jer. Pasti anak2 suka nak makan... Pastikan anda ada soya ESP baru sedap tau!

Mana nak dapat???
jangan risau korang boleh order dgn saya... banyak kelebihan soya ni..bukan boleh campur dalam masakan jer, tapi leh wat kan korang bertenaga... cantik gebuss... dan wat masker...jimat kan... 

Bulan ni korang boleh jimat lagi sebab boleh beli twin dapat harga lebih jimat...hanya untuk bulan MAC.. ingat tu... Jangan lepaskan peluang ni :)

14 March 2015

Kenapa Perlu Pilih Soya ESP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Inilah antara sebab utama kenapa korang perlu pilih Soya ESP berbanding soya yang berada dipasaran. Saya sudah memilih minuman soya yang istimewa ini. Anda bila lagi???


Jika anda ingin mencuba ESP istimewa ini bolehlah menghubungi kami. Bulan Mac adalah bulan ekslusif untuk sesiapa yang membeli lebih daripada 1 tin kerana akan dapat harga ekslusif dari kami. Marilah dapatkan dari kami sebelum berakhirnya bulan Mac 2015.



11 March 2015

Keistimewaan ESP Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....


Jom lihat Video Menarik tentang ESP ni.. Anda harus memilikinya untuk melihat perbezaan sel2 badan anda lebih sihat untuk menjadikan badan anda lebih bertenaga dan kulit lebih cantik dengan izin dariNya....


29 October 2014

Mengurangkan Strech Mark

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Korang tahu tak apa itu "Strech Mark"?

Sumber Google
Dalam BM apa yerk?? Kurang pasti sebab orang selalu duk cakap strech mark jer kan :) Strech Mark ni macam rekahan kulit @ kulit pecah. Masalah ini terjadi disebabkan kerana berlakunya regangan kulit di sekitar bahagian perut, betis, peha, lengan, belakang badan dan kawasan sekitarnya. Selalunya dialami oleh ibu yang hamil, ahli bina badan atau mereka-mereka yang mengalami pertambahan atau pengurangan berat badan.

Ada sesetengah orang tak peduli pun masalah ni ada kat badan mereka. Biasanya lelaki lah kan. Hehe.... Tapi bagi kebanyakan kaum wanita, ia sesuatu yang agak merisaukan dan nampak kurang comeii.. Yer ker? Saya pernah mengalaminya sewaktu selepas kelahiran anak pertama. Memang nampak tak comeii, sebab ada kat peha dan betis. Dia jenis merekah dan hitam2 cikit. Memang lah tak tunjuk kat orang sebab auratkan.huhu... Tapi sebab nak cantik untuk suami dan kepuasan diri sendiri nak nampak sentiasa comeii jer kan ('',) tu yang risau melampau...

Macam- macam cara gak buat. Cuba petua lah, sapu cream lah, sapu lotionlah.. Tapi jenis kalau ingat buat. Lupa tak sapu dah.. Jadi malas nak pikir... Abaikan jerlah. Sampailah saya menjumpai ESP. Masa tu ambil minuman ni untuk nak tambahkan susu badan. Yerlah naik semula kerja lepas 3 bulan cuti, susu dah makin kurang pulak.. Tak boleh jadi ni kan. Saya cari alternatif untuk cari apa yang sesuai boleh tambahkan stok susu badan untuk saya menjayakan misi menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Masa mula-mula minum tu tak perasan sangat pun strech mark makin kurang. Yerlah sebab lebih tumpukan untuk buat stok susu badan kan. Alhamdulillah memang berjaya! Syukur sangat. Sampai dah nak habis satu tin baru perasan kat peha n betis dah xder kesan hitam-hitam. Tanda merekah tu dah kurang. Wahhh memang teruja masa tu. Syukur alhamdulillah.. Tujuan asal lain dapat benefit yang lain lagi. "Strech Mark" ku dah makin hilang. Ni saya ambil untuk hamilkan bb kedua perut tak merekah sangat. Strech Mark memang tak der...Memang jatuh cinta lah kat ESP ni. Tak minum sehari tak boleh :)

Kalau korang macam tak percaya saya nya cerita ni, boleh tengok testimonial rakan yang lain mengambil ESP mengalami perubahan yang sama macam saya rasa. So, korang fikir-fikirlah yer! 




Tak Mencuba Tak Rasa Perubahannya....

Jika berminat nak cuba ESP untuk mengatasi masalah "strech mark" anda, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pembelian... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan & berikan service yang terbaik! 

15 October 2014

Minuman Protein Binaan Utama Kesihatan Jangka Panjang

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Petang-petang ni nak sharing story pengenalan saya mengenali ESP Shaklee. Korang nak dengar tak? Harap korang suka nak baca cerita saya. Saya cerita berdasarkan pengalaman. Maybe ada di luar sana yang masih tak tahu apa itu ESP ni kan. Keistimewaan minuman ni. So jom layan baca cerita ni :)

Semasa saya mengenali Shaklee pada tahun 2011, saya tak pernah nak ambil tahu pun pembuatan soya shaklee macam mana. Yang saya tahu saya perlukan minuman ESP untuk mencapai misi penyusuan anak saya Irdina Nor Syahmi sehingga 2 tahun. Alhamdulillah, saya berjaya! Saya tahu serba sedikit tentang ESP pun melalui hasil carian google. Yerlah nak tahu cara macam mana nak tambahkan kuantiti susu badan untuk beri pada anak saya. Carian saya di google ramai mengatakan suplemen Shaklee boleh membantu. Jadi tak salah kalau saya ingin mencubakan... Alhamdulillah, memng tak menyesal saya mengambil suplemen Shaklee terutama ESP ni. Minum pertama kali terus jatuh cinta... haha..ayat poyokan ('',) Korang layan kan jerlah yer cerita ni sampai habis. Harap tak termuntah..hihi.. Tapi seriously bila konsisten ambil, banyak benefit lain yang saya rasa. Antaranya yang saya perasan jarang dah timbul masalah kulit berjerawat di muka & badan, kulit nampak lebih ok dari dulu, badan tak gemuk sangat (sekarang dah chubby lah sebab hamilkan..hehe), beri tenaga, rambut lebih sihat, strech mark kat betis makin kurang, dan macam2 lagilah... Belum lagi cerita bab dalaman kan... Tu tak yah cerita lah. Korang dah cuba dan rasa baru tahu sendiri. Memang tak menyesal cuba. 

Bukan saya seorang jer yang akui. Kang orang kata saya syok sendiri pulak rasa apa perubahan pada diri sendiri kan. Tapi bila tanya kawan-kawan dan pengguna ESP Shaklee yang lain rupanya diorang pun merasai perkara yang sama macam saya. Macam mana boleh tahu tu sebab kitorg ada group eklusif untuk customer shaklee.. Ramai lah sharing tukar-tukar cerita apa diorang rasa lepas menggunakan suplemen shaklee. Tu yang tahu ramai rupanya yang suka dengan ESP ni. Ingat saya jer sorang kan.. Kot2 perasan diri ni tercantik dari dulu..hehe.. Tak khesah lah apa orang nak kata kan, yang penting kita cantik untuk suami dan anak2 kita. Baru lah rasa level confident tu tinggi cikit. Betul tak?? ESP ni  bukan boleh minum kosong jer tau. ada banyak resepi lain. Macam-macam resepi saya dah cuba minum dengan ESP. Memang sedappp & kena dengan tekak saya. Kalau korang beli dengan saya.. Saya akan kongsi resepi2 tu ok :) Ada lah beberapa resepi saya dh letak kat blog ni. Korang boleh cari.


Nak jadikan cerita, pada 18/10/2011 saya join jadi ahli Shaklee. Masa tu tak tahu sangat lagi macam mana cara pembuatan soya Shaklee ini. Sampailah timbul isu yang tak sedap nak dengar tentang keburukan soya ni. Barulah duk mengkaji betul ker? Tapi kenapa semenjak kuminum ESP ni macam makin ok jer kesihatan badan. Google punya google, gali punya gali barula tahu ESP shaklee diperbuat dari soya non-GMO. Salah satu perbezaan ESP jenama Shaklee berbanding soya jenama lain adalah soya shaklee dibasuh dengan menggunakan air bukannya alkohol yang boleh menyebabkan isoflavanes didalam soya termusnah. Kebanyakan jenama soya di pasaran dibasuh menggunakan alkohol sebelum diproses. Alkohol ini menyebabkan isoflavanes didalam soya termusnah. Sedangkan isoflavanes ini lah yang penting dalam pencegahan kanser. Kalau ada yang kata makan soya punca kanser, memanglah betul sebab soya yang dah diproses dah tiada khasiat isoflavanes. Tapi ESP Shaklee berbeza. Soya Shaklee dibasuh menggunakan air untuk mengekalkan isoflavanes, genistein dan daidzein dan juga keseluruhan kebaikan soya. Sebab itu saya yakin dengan ESP Shaklee!

Alhamdulillah, tak menyesal pilih ESP jenama Shaklee sebagai protein suplemen harian saya. Ada satu fakta yang menarik yang korang perlu tahu tau. Syarikat Shaklee adalah merupakan syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang...





Info tambahan

  • Isoflavanes- merendah kolestrol,mencegah risiko osteoporosis dan kanser.
  • Genistein- mengekang pertumbuhan kanser.memusnahkan radikal bebas.Baik untuk pemulihan uterus,ovari,menopos.
  • Diadzein- anti tumor,pankreas,anti estrogern berguna untuk wanita menopos.


Masih belum terlambat untuk anda mencuba protein terbaik ini sementara masih promosi untuk bulan Oktober ini. Jadi bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan protein anda hari ini dengan harga yang lebih jimat dari bulan bulan yang lain. InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan & berikan service yang terbaik! 


02 October 2014

ESP Asas Kecantikan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Sempena bulan ni promosi ESP. Saya nak sharing kaitan ESP dengan kecantikan kulit badan kita. Kenapa yer kebanyakkan yang mengambil minuman ESP mengatakan kulit mereka lebih baik & rambut pun kurang gugur?


Sebab ESP adalah protein yang terbaik sebagai blok bagi penghasilan sel-sel badan kita. Bila sel-sel badan kita sihat, kulit dan rambut kita pun automatik akan menjadi lebih baik sebelum ini. Ramai yang telah jatuh cinta dengan ESP ni termasuk diri saya. Selain untuk penghasilan kulit yang lebih baik, ia pemberi tenaga segera dan boleh bertahan lama untuk membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten... Lebih-lebih lagi ibu hamil seperti saya memang kerap laparkan :)


Satu hidangan ESP = 2X ganda daging, 4X ganda telur, 12X ganda susu
Rendah lemak
Tiada kalesterol
Tiada Asid Uric
Sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia

Jika rasa-rasa berminat nak mencuba produk Shaklee, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan kesihatan terbaik anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan & berikan service yang terbaik! 


30 September 2014

Rahsia Kulit Gebu & Muda Berseri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Rasa-rasa sel kulit kita sihat tak? Kalau korang nak tahu rahsia kulit yang licin dan berseri adalah mengekalkan badan yang sihat. Zaman sekarang banyak faktor mempengaruhi sel-sel kulit kita menjadi kurang sihat. Antaranya :-
  • Diet tidak seimbang
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Tekanan
  • Tidak cukup tidur
  • Terdedah pada cahaya matahari 

Jom kita lihat gambarajah ni punca utama penuaan kulit kita



Adakah anda ada tanda-tanda seperti dibawah? Jika ya, anda perlu mencari inisiatif bagi memastikan sel kulit anda sihat & cantik kembali.


Tahu tak anda 40,000 sel kulit mati akan hilang dari kulit setiap minit!
Apabila usia kita semakin meningkat, keupayaan untuk badan membaiki dan membina semula sel menjadi kurang!

Itulah sebabnya kulit kita menjadi tua dengan lebih cepat bila umur makin meningkat.

Apakah cara melambatkan proses penuaan kulit?
  • Solekan 
  • Pembedahan plastik
  • Botoks
  • Rawatan Laser
Semua cara diatas adalah kesan sementara, mahal dan mengalami kesan sampingan yang mungkin menyebabkan kulit anda akan lebih teruk. 
Jadi FIKIR SEBELUM BERTINDAK!

Antara inisiatif yang anda boleh ambil secara semulajadi untuk mengekalkan kulit yang sihat dan berseri ialah mengambil suplemen. Kosnya murah, kekal lama & tidak memudaratkan. Paling penting pilih suplemen yang semulajadi dan bukan sintetik. Paling utama suplemen  yang telah mendapat kelulusan dari KKM. Produk Shaklee telah mencapai kriteria2 seperti itu, sebab itu ramai memilih Shaklee termasuk saya & keluarga :)

Antara produk Shaklee untuk kulit yang berseri, gebu dan muda sentiasa :-



  • Vivix ➜ Melambatkan proses penuaan sel kulit secara semulajadi.
  • CoQHealth Plus ➜ Memperbaiki peredaran darah darah, perlindungan sinaran uv semulajadi dan membantu kulit lebih sekata.
  • Collagen Powder ➜ Memberi kelembapan daripada rambut hingga ke kaki, membantu kulit lebih tegang, anjal dan lembut.
  • Vitamin C Plus ➜ Perlindungan antioksidaan yang kuat, membantu dalam penghasilan kolagen, kulit lebih cerah, tegang & gebu.
  • Vitamin E ➜ Membantu memberi perlindungan kulit untuk mengekalkan kelembapan, mencegah kulit kering dan menghilangkan cela.
  • ESP (Energizing Soy Protein) ➜ Blok asas bagi penghasilan sel-sel badan untuk kulit, otot, kuku & rambut lebih cantik

Anda masih belum terlambat untuk memanjakan kulit anda secara semulajadi dengan produk Shaklee!

Jika rasa-rasa berminat nak mencuba suplemen Shaklee untuk cantik berseri, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan kesihatan terbaik anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan & berikan service yang terbaik! 





05 September 2014

Testimonial Pengguna Shaklee

Assalamualaikum  & Salam Sejahtera Semua.....

Biasa saya sharing testimonial kawan-kawan lain yang bukan customer sendiri. Hari ini saya nak sharing antara testimonial customer sendiri yang pernah saya cadangkan suplemen Shaklee pada mereka. Ada ramai lagi sebenarnya, tapi saya sempat 'print screen' yang ni  jer dulu. Kebanyakkan yang lain saya tanya 'feedback' melalui jumpa 'face to face' atau panggilan telefon. Alhamdulillah ramai menggunakan suplemen yang saya cadangkan pada mereka merasai keberkesanannya dan berpuas hati. Syukur sangat dapat membantu mereka semua lebih sihat.

Ni salah seorang kawan saya yang menggunakan suplemen shaklee semasa berpantang dan amat berpuas hati dengan kesan keatasnya... Yang penting suplemen Shaklee ini adalah selamat untuk ibu & bayi! Semoga beliau cepat sembuh dan dapat menyusukan anaknya sehingga umur 2 tahun.. InshaaAllah 

Antara vitamin yang beliau makan ialah ESP, Ostematrix, Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc Complex. Anda boleh rujuk disini untuk info lanjut mengenai vitamin tersebut.



Ni salah seorang kawan lagi yang turut merasai perbezaan pada dirinya selepas mengamalkan suplemen Shaklee semasa sedang berpantang... Beliau baru minum ESP jer, vitamin lain belum sempat makan. Syukur sangat dapat bantu & gembirakan dia dapat menyusukan bayinya... Semua dengan izin dariNya jua... Kita mampu ikhtiar dan berusaha menjalankan amanah sebagai ibu untuk menyusukan anak-anak kita.... Saya doakan mudahan dia & keluarga kekal sihat... InsyaaAllah


  

Jika anda juga berminat nak mencuba suplemen Shaklee ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


26 June 2014

Minuman Kekal Bertenaga di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....


2 hari jer lagi umat Islam nak menyambut Ramadhan. Kejap jer masa berlalu kan... Bila bulan Ramadhan inilah minuman saya & keluarga semasa bersahur untuk membantu kekal bertenaga sehinnga waktu berbuka. Alhamdulillah.... 

Kawan-kawan nak tahu apa minuman yang sangat best tu?? Inilah minuman bertenaga tu


1) ESP (KURANG RASA LAPAR)
➜ membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita.
➜ Mengatasi masalah GASTRIK
➜ MILK BOOSTER! Mengurangkan masalah susu merundum
➜ Kulit lebih anjal, tegang dan berseri

2) Performance Drink (KURANG RASA HAUS)
➜ Mengekalkan kandungan air di dalam badan
➜ Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH HIDRASI
➜ Membekal 3 jenis karbohidrat untuk tenaga

3) Meal Shakes (KURANG RASA LETIH)
➜ Multivitamin! Mengandungi 19 vitamin/galian, serat dan protien
➜ Mengenyangkan dan memberi tenaga
➜ Elakkan sembelit
➜ Menyebabkan kulit wajah tampak berseri-seri kesan daripada nutrisi lengkap. 

Jika kawan-kawan ingin merasakan pengalaman berpuasa yang lebih indah & kekal bertenaga, bolehlah mencuba 3 set minuman bertenaga ni sebelum ianya kehabisan stok !!
(Hot produk di bulan Ramadhan) 

Sesuai untuk kanak-kanak, ibu hamil, ibu menyusu, pesakit gastrik, warga emas dan semua golongan.

Usah ragu atau was-was yer kawan-kawan untuk mencuba suplemen dari Shaklee ini kerana ternyata ianya :-

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Diiktiraf Doktor Profesional
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan

Jika anda berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


01 April 2014

Resepi Aiskrim MealshakESP Strawberry

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Petang-petang ni nak kongsi resepi aiskrim istimewa dari kawan Shaklee Kak Najihah Sudi :) TQ kak Jihah....


Sebab ramai sangat nak tau macam mana nak buat homemade ice cream ni, nah resepinya!!

Credit to : Raja Nor Fadhilah. Tengkiu dila!!!

Bahan-bahan :

  • 1tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat (saya kurangkan 1 sudu besar)
  • 1 sudu besar ovelett
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya :
  • Pukul sampai kembang (dlm 20minit). Dah kembang boleh add on :
                         1 sudu esp
                         1 sudu mealshake
                         8-10bj strawberi (potong dadu. Simpan sikit utk hiasan atas)

  • Pukul lagi dalam 5 minit. Pastu boleh la isi masuk bekas. Buat layer by layer. Layer dgn sirap choc & sirap strawberry.
  • Dah siap, boleh ler keraskan.
Dijamin sedap dan menjadi kegemaran anak2 & mak budak. Hehehe
*boleh cuba gantikan strawberry n choc ni dengan biskut oreo

Ok, selamat mencuba!!!

31 March 2014

Kelebihan Soya Bagi Ibu Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Bagaiman nak pilih soya berkualiti bagi ibu hamil? Ada sesetengahnya ibu hamil tidak boleh meminum soya semasa hamil. Nak tahu info selanjutnya jom baca artikel dibawah yang saya jumpa di majalah Pa&Ma. Semoga bermanfaat untuk anda semua...

..................................
Sebahagian besar khasiat yang terkandung dalam susu soya merupakan sumber khasiat yang sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya khasiat tersebut adalah protein dan vitamin B.

Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.

Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.

Nilai Tambahan
  • Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.
  • Hanya mengandungi protein unggul itulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.
  • Tidak mengandungi laktosa – apabila anda tidak mampu mencerna laktosa (lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.
  • Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda.
  • Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.
  • Salah satu sumber kalsium- susu soya yang tersedia di pasaran umumnya diperkaya dengan kalsium sehingga boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.
Jangan Minum Berlebihan
  • Segala yang berlebihan pastinya akan kehilangan manfaatnya. Begitu juga kalau mengambil susu soya. Kandungan unsur estrogen di dalam susu soya iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid, khususnya bila diambil sehingga 40 miligram sehari.
  • Selain itu kajian juga ada menyebut bahawa pengambilan soya dalam bentuk tofu dan susu soya sebanyak dua kali seminggu selama 30 tahun akan mempercepatkan proses penuaan sel-sel otak (4tahun lebih cepat).
  • Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat mengganggu penyerapan beberapa zat nutrisi. Ini terjadi akibat tingginya kadar unsur fitat. Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral dan penguraian protein.
Jangan Abai Sarapan Walau Asyik Muntah
  • Anda mengalami 'morning sickness' dan tidak mahu berdaya untuk bersarapan kerana asyik muntah? Jangan begitu. Kajian membuktikan sarapan sangat penting terutamanya buat ibu hamil.
  • Sarapan akan membantu tubuh dalam menstabilkan kadar gula darah sebagai tenaga untuk menjalani proses metabolisme di seluruh tubuh anda serta pelbagai lagi kegiatan sebelum tiba waktu makan tengah hari.
  • Perlu anda perhatikan ketika trimester pertama aspek kualiti gizi dari makanan yang anda ambil jauh lebih penting berbanding aspek kuantitinya. Jadi ambillah makanan untuk sarapan mahupun makan tengah hari dengan variasi menu yang kaya dengan gizi.
  • Sekiranya minum susu membuatkan anda mual, pengambilan susu tetap boleh anda penuhi dalam bentuk pelbagai jenis makanan olahan yang mengandungi susu seperti puding, ais krim dan yogurt.

......................................................

Jika anda ibu hamil ingin mencuba soya dari Shaklee yang sangat diminati ramai orang ni anda boleh mencuba untuk minum dan rasai kelebihannya. Antara kelebihan soya ESP Shaklee untuk ibu hamil ialah :-



Kelebihan ESP yang diiminati ramai orang ni :

➜ Protein berasaskan tumbuhan semulajadi
➜ Sumber soya yang tidah diubah genetiknya serta mengandungi kesemua 9 asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh anda
➜ Kulit lebih berseri
➜ Kuku yang tidak mudah patah
➜ Rambut berkilau
➜ Jantung yang sihat
➜ Sumber rendah lemak semulajadi
➜ Bebas kolesterol
➜ Memberikan tenaga berkekalan untuk
➜ Membantu anda merasa lebih bertenaga

Jika anda berminat nak mencuba soya ESP ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



Mengubati Luka Cepat Sembuh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Petang ni saya nak kongsi pengalaman kawan saya mengamalkan suplemen Shaklee selepas mengalami kemalangan dan bahagian bibirnya dijahit. Sepanjang tempoh berada dihospital, beliau memang konsisten mengamalkan suplemen. Untuk bibirnya sangat memberi kesan disebabkan pengambilan minuman ESP dan vitamin zinc. Alhamdulillah sangat membantu dan mempercepatkan proses penyembuhan luka dan menghilangkan kesan parut di tempat jahitan. TQ Hana atas perkongsian pengalaman ini :)



Apa yang membuatkan ESP dan Zinc sangat membantu???


➜ ESP: Meransang pembentukan semula kulit dan otot, percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.


➜ Zinc: Berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protein seterusnya merangsang regenerasi sel. 

Manfaat Zinc
1) Mengaktifkan 200 jenis enzim utk merangsang regenerasi sel.
2) Mempercepatkan pemulihan luka dalam dan luaran, pemulihan selepas pembedahan.
3) Membentuk kolagen
4) Memperbaiki diabetes
5) Mempertingkatkan sistem imun
6) Memperbaiki masalah prostat
7) Memperbaiki kemampuan seks lelaki
8) Membantu proses ovulasi wanita
9) Memperbaiki radang kulit
10) Mengekalkan deria baru 


Manfaat ESP
1) Merangsang pembentukan semula sel
2) Awet muda
3) Pembekal tenaga
4) Baik untuk hormon
5) Memperbaiki memori dan banyak lagi


Gabungan ESP+Zinc ini juga :
  • Sesuai untuk ibu yang berpantang
  • Sesuai untuk mereka yang baru lepas menjalani pembedahan
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai luka
  • Sesuai untuk mereka yang ingin hilangkan kesan parut
  • Sesuai untuk pesakit kencing manis

Jika anda berminat ingin mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



28 March 2014

Gabungan Vitamin lain bersama ESP

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua...

Promosi ESP masih berjalan sehingga 31 Mac 2014... Mari dapatkan sementara masih ada baki 4 hari lagi... Jangan lepaskan peluang istimewa pomosi ESP ini yang jarang ditawarkan oleh Shaklee... Untuk pengetahuan anda, tarikh tamat tempoh bagi ESP ni 12 December 2015. Amat berbaloi membelinya untuk anda membuat stok sendiri.


Anda boleh pilih mana-mana pilihan gabungan ESP bersama vitamin lain yang berkenan di hati untuk lebih jimat! Bersama tingkatkan taraf kesihatan diri & keluarga ('',)


➜ ESP + Vita-C Plus 
Membantu menganjalkan kulit dan memberikan tona kulit lebih sekata

➜ ESP + Gla Complex
Membantu ikhtiar untuk hamil/ Membetulkan semula hormon/ Menghilangkan jeragat dan melembutkan kulit muka 

➜ ESP + Ostematrix
Mengurangkan masalah migraine/ Sakit kepala/ Menguatkan tulang/ Mengurangkan masalah sakit sendi dan sakit-sakit badan/ Membantu mengurangkan masalah jaundis untuk bayi yang menyusu susu ibu

➜ ESP + Vita-E Complex 
Membantu kulit cantik dan cerah/Bebas jerawat dan parut

➜ ESP + Alfalfa Complex 
Membantu penyusuan susu ibu/Menangani masalah keputihan wanita/ Mengembalikan keremajaan wanita/ Menganjalkan payudara

➜ ESP + Zinc Complex
Mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin/ Pembedahan/ Kemalangan/ Mengurangkan masalah keguguran rambut

➜ ESP + Omega Guard 
Mengurangkan risiko keguguran atau bayi pra-matang/ Ibu hamil/ Ibu menyusu anak/ Bagi penurunan kolestrol

➜ ESP + Lechitin 
Mengembalikan bentuk badan selepas bersalin/ Membantu untuk menguruskan badan 

➜ ESP + Vitalea
Mengembalikan kesihatan yang  optimum 

➜ ESP + Performance Drink
Memberikan tenaga tambahan bagi mereka yang aktif bersukan dan melakukan kerja-kerja luar dan dibawah panas matahari  

➜ ESP + Collagen Powder
Membantu untuk kelihatan awet muda dan lebih berseri

➜ ESP + Meal Shakes + Performance Drink
Memberi tenaga berpanjangan sepanjang hari/ Minuman semasa berpuasa bagi mengurangkan rasa dahaga dan kepenatan.


Jika anda berminat nak mencuba gabungan ESP bersama vitamin-vitamin yang HOT ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik! 


27 March 2014

ESP Untuk Diabetes/Kencing Manis

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua....




Adakah minuman ESP ni sesuai untuk pesakit diabetes/kencing manis???
Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebih baik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit Diabetes yang mengikuti diet yang lain. 


Indeks Glisemik menetapkan tahap karbohidrat berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi manakala, tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan. 

Mengekalkan tahap gula dalam darah yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalam jangkamasa panjang...

ESP adalah minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah.

Oleh itu, ia mampu membantu tubuh pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah dan mengurangkan risiko komplikasi.

Tahukah anda, diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Diabetes dikenali sebagai penyakit kronik yang kekal sepanjang hayat, jadi ia memerlukan kawalan serta pemantauan yang cermat dan berhati-hati.

Jika kawan-kawan ada ibu atau ayah yang mengalami diabetes.. Apa kata hadiahkan ESP untuk mereka mencuba mengawal penyakit tersebut.. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa.. Hanya Allah penentu segalanya.. Tak cuba tak tahu keberkesanananya!

Paling best satu family leh ambik ESP ni.. Nak cantik, Nak kurus, Ibu hamil, Ibu menyusu, untuk kesihatan berpanjangan...


Jika anda berminat nak mencuba ESP ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... In Shaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


12 March 2014

Masker ESP Memang BEST!

Assalamualaikum & Salam Petang Semua...

Nak kongsi satu rahsia ni :) Tapi bukan rahsia lagi sebab ramai yang dah guna pun cara ni dan sangat berkesan. Kalau anda nak tahu suplemen Shaklee ni pelbagai cara boleh amalkan, sebab ia adalah semulajadi dan selamat digunakan.

ESP bukan untuk diminum jer tau boleh buat masker... Kalau ada peruntukan boleh tambah sebiji vitamin E campur dengan sesudu ESP... Ni antara testimonial anak shaklee yang buat masker ESP... Alhamdulillah dengan izin dariNya juga.. Kita hanya berusaha kan... Orang kata tak cuba tak tahu kesannya.


Anda boleh juga mencuba ramuan dibawah ini untuk membuat masker ESP :)



Antara customer yang telah mengamalkan masker ESP yang berpuas hati....


Jika anda juga ingin bermasker dengan ESP.. Ingin cantik seperti mereka... Apa lagi jom order ESP sementara promosi masih ada... Nanti dah kehabisan stok, jangan menyesal tau :)

Berminat nak mencuba?? Boleh menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa-Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!