29 January 2014

Risiko Minum Air Masak Banyak Semasa Berpantang!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua


Kawan-kawan yang sedang berpantang suka tanya kat saya soalan ni "Tak bahaya ker minum air masak banyak waktu berpantang?" Kalau anda ditanya soalan macam tu apa jawapan anda? 

Ok, Saya nak kongsi sedikit pengalaman diri sendiri berdiskusi dengan salah seorang Ketua Jururawat di HUKM. Sebelum saya keluar hospital ada satu group yang diketuai oleh Ketua Jururawat datang ke setiap katil ibu-ibu yang akan keluar hospital pada hari tu. Beliau akan terangkan cara penyusuan susu ibu dengan betul dan sedikit nasihat tentang perancangan keluarga. Jadi saya mengambil kesempatan bertanya kepada beliau tentang risiko minum air banyak semasa berpantang. Saya ingat lagi soalan beliau pada saya "Cuba awak pikir kalau badan kita tak cukup air, susu badan boleh banyak tak? Senang tak awak nak membuang air besar?" Ikut secara logiknya sudah tentu jawapan saya "TAK"... Apa jawapan dia pada saya? "BETUL", Saya tanya balik pada beliau "Nurse, kenapa mak-mak kita tak bagi minum air masak banyak waktu pantang yer? Betul ker tak boleh minum banyak masa pantang?Diorang cakap nanti kembang semua badan" Dia senyum jer dengar soalan saya. "Kan tadi saya dah cakap tiada masalah kalau kita nak minum air masak macam biasa. Badan kita memang memerlukan 8 cawan sehari. Ada ker orang minum sekaligus 8 cawan? Tak der kan.. Kalau minum sekaligus memang lah kembang.. Jadi awak minum macam biasa secara berperingkat dalam tempoh 24jam sampai cukup 8 cawan sehari. Barulah badan kita akan bertenaga dan dapat menyusukan bayi sepenuhnya"

Jadi, kawan-kawan yang tengah berpantang tu atau tengah menunggu masa untuk bersalin nak melalui proses berpantang... Jangan risau minum air masak secukupnya yer.. Kat bawah ni saya kongsi tentang kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari semasa berpantang.


Sumber : http://pama.karangkraf.com/


Soalan:

Saya gemar minum air kosong. Maksimum tiga hingga empat liter, minimum dua liter. Bolehkah saya teruskan amalan ini ketika berpantang? Apakah akan ada kesan tertentu disebabkan kata orang tidak elok minum banyak air sewaktu pantang kerana rahim akan mengembang dan sebagainya. Apakah kerap membuang air kecil bakal memberi kesan buruk kepada jahitan luka jika saya melahirkan anak secara normal.

Jawapan:

Minum air kosong merupakan amalan yang sihat, sama ada di waktu hamil mahupun sewaktu berpantang. Tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa rahim akan mengembang akibat minum air berlebihan.

Memang benar puan akan kerap buang air kecil jika minum banyak air. Ini tidak memberi kesan kepada luka, tidak kiralah sama ada ia luka akibat bersalin normal atau luka akibat pembedahan LSCS. Di antara kebaikan minum air yang mencukupi setiap hari ialah:

  1. Hidrasi badan yang sempurna. Diri akan berasa lebih segar.
  2. Membantu dalam penyusuan ibu yang berjaya!
  3. Membantu dalam proses nyahtoksin.
  4. Membantu dalam usaha menurunkan berat badan. (Kita sering salah tafsir rasa "lapar". Kerap kali "kelaparan" itu disebabkan oleh kurang "air dalam badan" dan bukan "kurang makanan"!)
  5. Mengurangkan serangan sakit kepala. (Dehidrasi merupakan salah satu punca sakit kepala.)

2 comments:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Minum air yang cukup jika ambil vitamin

    ReplyDelete
  2. Info yang menarik.. dulu anak pertama mmg btol2x ikt pantang orang dlu.. kurangkan minum air.. last skali sy sembelit teruk.. anak no 2 sy x ikt dh.. serik.. huhu.. thanz admin sharing..

    ReplyDelete