Showing posts with label Zinc. Show all posts
Showing posts with label Zinc. Show all posts

07 July 2015

Alhamdulillah Hamil 5 Minggu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Petang ni nak cerita testimonial customer saya mengambil suplemen berjaya hamil 5 minggu. Syukur sangat... Rezeki bulan ramadhan untuk beliau ('',)

Beliau ni menghubungi saya melalui whatsapp bertanya tentang suplemen untuk membantu kesuburan dia untuk hamil. Baru sebulan kahwin. Tapi biasalah pasangan mana yang tak nak ada baby cepat2 kan.. So beliau nak mencuba suplemen shaklee untuk bantu kesuburan dia. Jadi saya cadangkan pada beliau ambil B compleks dan ESP. Tujuan nya untuk apa?

B Compleks - Sebelum kita plan nak hamil persediaan yang paling baik adalah ambil asid folic untuk menjaga fetus kita sihat. Kalau kita baca info2 di internet dari blog pakar kedoktoran memang menyarankan wanita ambil asid folic selama 3 bulan sebelum merancang untuk hamil. Kenapa saya minta beliau ambil B Compleks? Sebab dalam B Compleks dah siap ada asid folic.

ESP - Tujuannya pula untuk membantu menguatkan rahim dan membaiki sel-sel badan kita lebih sihat. Minuman ESP ini juga membantu membekalkan tenaga agar kita tidak letih dan sentiasa segar. 

Tapi disebabkan customer saya dah membuat 'servey' dan membaca di internet dan berminat untuk mencuba zinc dan b compleks dulu. Bulan berikut baru nak order ESP pula. Tapi tak sempat order nak mencuba ESP, beliau telah berjaya hamil dengan mengamalkan B Compleks dan Zinc. Syukur alhamdulillah. Saya tumpang germbira untuk beliau dan pasangannya. Semoga kandungan beliau sihat dan membesar dengan sempurna sehingga kelahiran... Doakan yer kawan-kawan semua.


Jika kawan-kawan ingin mencuba alternatif mengamalkan suplemen untuk berjaya hamil, boleh lah menghubungi kami untuk info lanjut. Kami sudi memberikan servis yang terbaik untuk anda semua... Insyaa Allah...















Korang memang BEST sebab sudi membaca di blog saya yang comel ni ('',)

31 March 2015

Berpantang Sihat Bertenaga

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Hari ini siapkan bungkusan cantik2 vitamin set berpantang untuk kawan sepejabat husband... Syukur Alhamdulillah rezeki anak2 :)

Vitamin yang customer nak beli ialah Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc Complex. Antara set vitamin yang ramai order dengan saya salah satunya vitamin berpantang ni. Ramai sangat berpuas hati menggunakan vitamin ni semasa berpantang. Tak risau nak beli awal2 sebelum kelahiran sebab vitamin ni sesuai untuk yang bersalin normal atau operation.

Anak kedua ni saya berpeluang mencuba vitamin shaklee semasa berpantang. Alhamdulillah memang berkesan dan sangat best. Luka cepat baik, badan bertenaga dan susu badan meriah... Syukur sangat2.

Inilah vitamin yang kawan husband nak tu. Ini adalah vitamin basic untuk berpantang



Jika ada budget lebih korang leh tambah ESP untuk membantu banyakkan susu badan dan hilangkan strech mark. Tambah Ostematrix pula untuk melancarkan pembuangan. Biasakan waktu pantang proses membuang agak sukar. Vitamin ni juga membantu hilangkan kebas2 badan.. sakit2 badan dan melancarkan susu juga. Dapat kelahiran anak pertama memang susu susah cikit nak keluar.

Jika berminat, boleh hubungi kami :



11 September 2014

Testimonial Pelajar Mengambil Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Petang ni saya nak sharing pengalaman seorang adik ni mengamalkan suplemen shaklee.. Beliau mengamalkan sebotol zinc untuk rambutnya yang mengalami masalah keguguran disebabkan tekanan belajar. Biasalah nama pun student... Banyak perkara kan nak kena siapkan.. Nak hafal nota, nak ulangkaji, nak siapkan tugasan yang pensyarah bagi. Lagi2 kalau nak last sem.. Ku pernah lalui dulu masa time study :) wahh memang banyak cabaran nak berjaya... Tapi kena redahh gak kan...


Walaupun kami kenal melalui alam maya tapi sangat suka melayan soklannya...sebab adik ni jenis cepat mesra dan baik tutur katanya tau... walaupun dia masih student lagi tapi dah ada kesedaran tau ambil suplemen..bagus betul. Dulu saya time study tak pernah nak ambik tahu pun makan suplemen ni.. patutlah ku comot jer..haha... tapi ada gak lelaki sangkut sampai dh kahwin..hehe... tu lah namanya jodohkan ;)

TQ yer dik sudi mencari akak nak beli suplemen lagi... Adik memang cantik..jeles tau.. yang tak sangka tu tersangkut gak dia beli ESP walaupun pada mulanya dia tak mahu..
TQ Dear♡

Kalau rasa nak mencuba suplemen shaklee, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda yer... InShaaAllah, kami akan cuba membantu & memberi sevice yang terbaik buat anda!


31 March 2014

Mengubati Luka Cepat Sembuh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera....

Petang ni saya nak kongsi pengalaman kawan saya mengamalkan suplemen Shaklee selepas mengalami kemalangan dan bahagian bibirnya dijahit. Sepanjang tempoh berada dihospital, beliau memang konsisten mengamalkan suplemen. Untuk bibirnya sangat memberi kesan disebabkan pengambilan minuman ESP dan vitamin zinc. Alhamdulillah sangat membantu dan mempercepatkan proses penyembuhan luka dan menghilangkan kesan parut di tempat jahitan. TQ Hana atas perkongsian pengalaman ini :)



Apa yang membuatkan ESP dan Zinc sangat membantu???


➜ ESP: Meransang pembentukan semula kulit dan otot, percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.


➜ Zinc: Berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protein seterusnya merangsang regenerasi sel. 

Manfaat Zinc
1) Mengaktifkan 200 jenis enzim utk merangsang regenerasi sel.
2) Mempercepatkan pemulihan luka dalam dan luaran, pemulihan selepas pembedahan.
3) Membentuk kolagen
4) Memperbaiki diabetes
5) Mempertingkatkan sistem imun
6) Memperbaiki masalah prostat
7) Memperbaiki kemampuan seks lelaki
8) Membantu proses ovulasi wanita
9) Memperbaiki radang kulit
10) Mengekalkan deria baru 


Manfaat ESP
1) Merangsang pembentukan semula sel
2) Awet muda
3) Pembekal tenaga
4) Baik untuk hormon
5) Memperbaiki memori dan banyak lagi


Gabungan ESP+Zinc ini juga :
  • Sesuai untuk ibu yang berpantang
  • Sesuai untuk mereka yang baru lepas menjalani pembedahan
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai luka
  • Sesuai untuk mereka yang ingin hilangkan kesan parut
  • Sesuai untuk pesakit kencing manis

Jika anda berminat ingin mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



28 March 2014

Gabungan Vitamin lain bersama ESP

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua...

Promosi ESP masih berjalan sehingga 31 Mac 2014... Mari dapatkan sementara masih ada baki 4 hari lagi... Jangan lepaskan peluang istimewa pomosi ESP ini yang jarang ditawarkan oleh Shaklee... Untuk pengetahuan anda, tarikh tamat tempoh bagi ESP ni 12 December 2015. Amat berbaloi membelinya untuk anda membuat stok sendiri.


Anda boleh pilih mana-mana pilihan gabungan ESP bersama vitamin lain yang berkenan di hati untuk lebih jimat! Bersama tingkatkan taraf kesihatan diri & keluarga ('',)


➜ ESP + Vita-C Plus 
Membantu menganjalkan kulit dan memberikan tona kulit lebih sekata

➜ ESP + Gla Complex
Membantu ikhtiar untuk hamil/ Membetulkan semula hormon/ Menghilangkan jeragat dan melembutkan kulit muka 

➜ ESP + Ostematrix
Mengurangkan masalah migraine/ Sakit kepala/ Menguatkan tulang/ Mengurangkan masalah sakit sendi dan sakit-sakit badan/ Membantu mengurangkan masalah jaundis untuk bayi yang menyusu susu ibu

➜ ESP + Vita-E Complex 
Membantu kulit cantik dan cerah/Bebas jerawat dan parut

➜ ESP + Alfalfa Complex 
Membantu penyusuan susu ibu/Menangani masalah keputihan wanita/ Mengembalikan keremajaan wanita/ Menganjalkan payudara

➜ ESP + Zinc Complex
Mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin/ Pembedahan/ Kemalangan/ Mengurangkan masalah keguguran rambut

➜ ESP + Omega Guard 
Mengurangkan risiko keguguran atau bayi pra-matang/ Ibu hamil/ Ibu menyusu anak/ Bagi penurunan kolestrol

➜ ESP + Lechitin 
Mengembalikan bentuk badan selepas bersalin/ Membantu untuk menguruskan badan 

➜ ESP + Vitalea
Mengembalikan kesihatan yang  optimum 

➜ ESP + Performance Drink
Memberikan tenaga tambahan bagi mereka yang aktif bersukan dan melakukan kerja-kerja luar dan dibawah panas matahari  

➜ ESP + Collagen Powder
Membantu untuk kelihatan awet muda dan lebih berseri

➜ ESP + Meal Shakes + Performance Drink
Memberi tenaga berpanjangan sepanjang hari/ Minuman semasa berpuasa bagi mengurangkan rasa dahaga dan kepenatan.


Jika anda berminat nak mencuba gabungan ESP bersama vitamin-vitamin yang HOT ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik! 


11 February 2014

Makanan Berkhasiat Membantu Ibu Berpantang Cepat Pulih!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Jika anda ibu yang baru lepas melahirkan bayi tapi tak tahu nak makan makanan berkhasiat semasa berpantang. Jom baca artikel yang saya jumpa di laman MingguanWanita ni untuk kita semak apa yang patut kita makan selepas bersalin bagi mengekalkan badan kita kekal jelita & sentiasa cergas walaupun semasa berpantang ('',)



Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Beberapa minggu pertama selepas kelahiran memang sukar mendapatkan pola makanan yang seimbang. Merasa lapar setelah menyusukan membuatkan ibu memakan apa sahaja di hadapan mata termasuklah yang kurang memenuhi keperluan nutrisi. 

Sebaiknya, elakkan cita-cita menurunkan berat badan dengan cepat. Berat badan anda mungkin hilang sekitar 2.2 hingga 6 kg setelah bayi lahir tetapi memerlukan masa untuk mengembalikan berat badan seperti sebelumnya. Jadi MW kongsikan beberapa info untuk ibu muda: 
  • Ibu yang melahirkan kaedah pembedahan akan berasa tidak selesa kerana luka dan kerap berangin. Bagi menguranginya, cubalah berjalan-jalan. Ambil makanan yang mengandungi vitamin C untuk membantu penyembuhan luka dan protein untuk mengembalikan tenaga. 
  • Apabila buah dimakan secara langsung, vitamin, mineral dan serat masih dalam keadaan baik. Berbeza jika disediakan dalam bentuk jus, beberapa serat terbuang tetapi vitamin dan mineralnya masih ada. 
  • Makanan bertepung yang kaya karbohidrat seperti roti, pasta, nasi dan kentang, selain merupakan sumber tenaga, ia kaya dengan vitamin B kompleks dan serat. Pilih jenis karbohidrat yang memiliki indeks glikemik rendah seperti beras perang, gandum, kacang-kacangan. 
  • Anda memerlukan 1000mg kalsium sehari ketika anda menyusu bayi. Kajian menunjukkan bahawa ibu kehilangan tiga hingga lima peratus massa tulang selama menyusu. Pasti kan anda mendapatkan cukup kalsium dan vitamin D selama dan setelah menyusui. Sumber kalsium boleh diperoleh dari susu dan produk olahannya seperti yogurt dan keju. 
  • Cecair sangat diperlukan oleh ibu menyusu. Minimum sehari ialah 2 hingga 2.7 liter cecair. Cecair ini boleh diperoleh dari air minuman, buah-buahan dan aneka sup. 
  • Pelbagai kajian menyatakan bahawa bayi yang diberi susu ibu dapat meningkatkan kecerdasan dari omega 3 pada makanan ibu. Otak bayi berkembang pesat dan omega 3 membantu perkembangan otak. Sumber makanan yang mengandungi khasiat ini ialah telur, ikan salmon, ikan tuna dan kacang walnut.

Jika anda ingin tahu suplemen Shaklee yang boleh membantu anda kekal jelita menawan & sentiasa cergas semasa dalam berpantang, anda boleh baca di sini untuk info lanjut.

Antara testimonial yang telah mengambil suplemen Shaklee semasa berpantang.. Syukur sangat Shaklee dapat membantu & menggembirakan mereka :)




Jika anda berminat nak mencuba suplemen dari Shaklee semasa berpantang, bolehlah menghubungi saya untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa-Allah, saya akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!



27 December 2013

Pemakanan Untuk Mata Anak Yang Cantik

Asslamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

pix
Mata merupakan organ tubuh yang penting dan bernilai bagi setiap insan. Oleh itu, jagalah mata sebaiknya. Berikut adalah beberapa fakta pemakanan khas untuk mata sebagai hadiah daripada ibu bapa untuk anak tersayang.
Penjagaan mata sangat penting terutamanya pada peringkat awal perkembangan deria penglihatan. Atas alasan inilah ibu bapa perlu memainkan peranan dan bertanggung jawab untuk memastikan mata anak dijaga sebaiknya. Penjagaan mata bermula dengan makanan untuknya. Sajikan hanya yang terbaik untuk anak anda!
Vitamin-vitamin yang diperlukan oleh mata
Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.  
Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan ocular. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.
Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.
Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.
Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.
Vitamin E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.
Zink
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.
Tanda-tanda mata kekurangan nutrisi:
  • Sukar menyesuaikan mata dengan perubahan cahaya terutamanya pada waktu malam.
  • Mata rasa kering, gatal, panas dan berwarna merah.
  • Bermasalah untuk memfokus.
  • Sukar untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu objek.
Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti yang tercatat di atas, perlulah segera dibawa berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan mata.
Makanan khas untuk mata:
  • Ikan
  • Hati
  • Labu
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Brokoli
  • Tomato
  • Telur
  • Kekacang
  • Air yang banyak
  • Bijirin
Info penting
  1. ‘Xerophthalmia’ ialah masalah penglihatan yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A dan boleh dielakkan dengan memakan sayur-sayuran segar, lemak dan protein.
  2. Dua jenis antioksida yang dikenali sebagai ‘carotenoids’ yang dipanggil ‘Lutein’ dan ‘Zeaxanthin’ mampu menyihatkan mata. ‘Lutein’ ada dalam mangga, ‘bilberries’, dan sayuran berdaun hijau. ‘Zeaxanthin’ pula ada dalam brokoli, jagung, salad (kecuali ‘iceberg’), oren, dan telur.
  3. Memasak sayur-sayuran dengan sedikit minyak dalam tempoh yang singkat membantu tubuh menghasilkan Retinol. Retinol ialah vitamin yang penting untuk perkembangan penglihatan dan tulang.
  4. Untuk mata yang sihat, hadkan pengambilan gula, minuman berkarbonat, makanan bergoreng, roti putih, kek, dan coklat.

18 April 2013

Mengatasi Masalah Luka Lambat Sembuh & Keguguran Rambut

Assalamualaikum Semua.... 

Hari ni saya nak kongsi cerita tentang vitamin zink.. Dulu saya xtahu pun kepentingan zink ni sampai lah saya baca testimonial kawan-kawan yang dah mencuba makan vitamin ni.. Vitamin ni boleh sembuhkan luka dengan cepat & kurangkan keguguran rambut. Saya memang ada masalah ni lepas bersalin. Saya terpaksa bersalin operation sebab tiba-tiba jantung anak saya tak stabil masa dalam bilik 'laboor room'. Masa tu bau buka 3 cm tak silap saya. Tapi sebelum tu saya di kesan mengalami pre-eclampsia. Tapi doktor dapat kawal sayanya darah tinggi sebelum masuk 'laboor room' untuk cuba bersalin normal. Nak cerita tentang pre-eclampsia panjang ceritanya... Anda boleh baca di entry cini yer. Saya ada cerita tentang tanda-tanda awal penyakit pre-eclampsia ni.

Ok berbalik cerita tentang vitamin zink. Sebelum makan vitamin ni saya nya luka operation memang selalu berdenyut-denyut.. Lagi pula nak mendukung anak lagi. Kadang-kadang anak suka menekan-nekan kaki kat kawasan perut. Memang rasa sakit. Alhamdulillah lepas saya makan vitamin zink luka saya dah tak rasa berdenyut... Adik saya yang baru lepas bersalin secara operation pun mengakui luka dia cepat sembuh.. Saya masa dalam pantang belum mengenali Shaklee lagi... Kalau tak tentu luka saya cepat sembuh gak macam adik saya.. hihi.. Luka saya dulu memang lambat sembuh.. Hampir 2 bulan lebih bau ok luka operation tu.. Macam-maca cara gak lah saya cuba tapi tidak berhasil.. Bila saya nak masuk keja semula, bau nak cari suplemen.. masa tu nak wat stok susu untuk anak saya... Dari citulah saya mengenali Shaklee dan mula jatuh cinta dengan hampir semua suplemen Shaklee ('',) Alhamdulillah dengan izin Allah saya jarang demam dan dapat buat stok susu anak sehingga umurnya 2 tahun...

Ohh sebut pasal rambut gugur... lepas bersalin memang rambut gugur banyak.. tak tahu kenapa.. Orang kata sebab anak duk sembur2...tapi sama jer tengok bila anak dah makin besar... still rambut gugur banyak lagi... Alhamdulillah dengan izin dariNya saya makan zink, masalah rambut gugur makin kurang... Selain vitamin zink ni vitamin asas "Family Wellness" memang saya konsisten amalkan.

Jom kita tengok apa lagi kelebihan vitamin zink ni yer? Selain gambar dibawah anda boleh baca di entry cini untuk mengetahui lebih terperinci lagi tentang kelebihan zink

Klik Pada Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas
*Untuk Tambahan Info* 

Pengambilan zinc untuk jangka panjang bagi kaum adam mampu memperbaiki kemampuan seks mereka, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga. Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Definisi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.


Bagi kaum hawa pula, mereka memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.

Sumber : Buku Panduan Nutrisi Shaklee

Jadi jangan anggap wanita sahaja yang memerlukan vitamin/suplemen ni. Banyak kelebihan dan fungsi penting yang terdapat dalam zinc terutama untuk kaum lelaki,  maka anda jangan ambil mudah tentang kekurangan zinc di dalam tubuh. Zinc yang mencukupi dengan dos yang bersesuaian terhadap tubuh memberi banyak manfaat kepada badan kita. Pastikan anda mengambil suplemen zinc yang bahannya dari sumber yang semulajadi dan bukan sintetik.

Jika anda ada masalah seperti saya atau ada mengalami simptom-simptom seperti yang disenaraikan di atas dan ingin mencuba suplemen Shaklee boleh menghubungi saya.



30 October 2012

Vitamin Shaklee Selamat Untuk Berpantang & Menyusukan Bayi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Alhamdulillah, sekarang ni ramai ibu-ibu yang mengambil vitamin untuk berpantang. Pengambilan vitamin bukan sahaja membantu ibu segar dan kekal sihat, malah memberi kesan positif kepada penyusuan susu ibu supaya dapat meneruskan penyusuan sepenuhnya selama 6 bulan dan digalakkan meneruskan sehingga bayi berumur 2 tahun... InsyaAllah, suplemen ni selamat digunakan dan tidak memudaratkan bayi anda...

Dalam Al-Quran pun ada menyebut tentang penyusuan ibu selama 2 tahun ni.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 233 




"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan...” 


Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika berkemampuan. Bagi bapa pula sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu.

Boleh rujuk cini untuk info lebih lanjut : Penyusuan Susu Ibu Menurut Islam 

ANTARA SUPLEMEN YANG DICADANGKAN UNTUK IBU BERPANTANG DAN MENYUSUKAN BAYI


1) Vitalea 
2) B complex 
3) Vitamin C 
4) Zinc 
5) Alfalfa 
6) Ostematrix 
7) ESP-soy protein isolate powder 


**alfalfa tidak boleh diambil oleh ibu/anak pesakit SLE @ G6PD dan selagi anak ada kuning@ jaundis 


VITALEA WITH IRON FORMULA 
  • Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. 
  • Memandangkan ibu2 kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu2 perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih, lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik. 
  • Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg... 
  • Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. 
  • Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan. 

B COMPLEX 
  • B complex perlu dalam penghasilan sel darah merah di samping ia membantu menstabilkan hormon badan manusia. Kekurangan B complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. 
  • B complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang. 
  • Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang) 
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan. 
  • Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga.
  • Membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik) So, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. 
  • Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan supplemen b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. 
  • Wajah ibu berseri dan tidak kusam. 

VITAMIN C 500MG SUSTAINED RELEASE 
  • Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. 
  • Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran. 
  • Menjaga salur darah
  • Sebagai antioksidan 
  • Membantu meningkatkan antibodi ibu dan kandungan antibodi di dalam susu ibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari... dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,InsyaAllah akan mudah sembuh... 
  • Kulit makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik 
ZINC 
  • Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. 
  • Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zinc. 
  • Pengambilan zinc bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi. 
  • Mengatasi masalah rambut gugur pada ibu yang menyusu bila bayi berusia 3-6 bulan. 

ALFALFA 
  • Merupakan supplement penting utk mempercepatkan penghasilan susu (dengan syarat memenuhi asas penyusuan) kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. 
  • Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. 
  • Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)
  • Membantu membuang angin dalam badan....secara automatik kesan baik pada baby..susah nak kena kembung. 
  • Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. "The more we take the more we have to drink" 
Nota: Semasa dalam pantang, jika anak masih ada kuning @ jaundis, alfalfa tidak boleh diambil kerana ada unsur herba. Ibu perlu tunggu sehingga kuning anak telah betul2 tiada. 

**alfalfa juga tidak boleh diambil oleh ibu@anak yang menghidapi penyakit SLE atau pun G6PD. 


OSTEMATRIX 
  • Mengatasi masalah sembelit 
  • Memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur 
  • Mengekalkan tekanan darah normal 
  • Membantu kita segar 
  • Mengelakkan kemurungan 
  • Mengatasi masalah "water retention" 
  • Mengatasi masalah pra-haid 
  • Mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang 
  • Membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi 
  • Mengatasi masalah pereputan tulang 
  • Memastikan tulang padat bg mengampu tubuh yg berat (jika ada masalah berat berlebihan) 
  • Paling penting, ia mudah ditelan. Jika anda mengalami masalah untuk minum susu.. dapatkan ostematrix kerana ia tidak berbau dan tidak mempunyai rasa. 

ENERGISING SOY PROTEIN (ESP) 
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar. 
  • Memberikan rasa kenyang dan membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat 
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit 
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster) (dengan syarat memenuhi asas penyusuan) 
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot 
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal 
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat 
Keistimewaan vitamin Shaklee ini 
ialah ia diperbuat dari bahan semulajadi 
disamping menjalani ujian klinikal 
(yang mana TIDAK ADA RULES untuk produk nutraceutikal untuk dibuat ujian klinikal). 
Shaklee terbukti selamat dan berkesan. 

(TQ erkk kak Norhanita Mohd Yusof)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Jika anda berminat untuk mendapatkan Vitamin/Suplemen Shaklee yang selamat untuk ibu & bayi anda semasa berpantang, bolehlah menghubungi saya untuk info lanjut :-



15 August 2012

Kelebihan Vitamin ZINC

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...

ZINC COMPLEX SHAKLEE
Sebelum itu tahu ker kawan-kawan bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim. Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Mari kita lihat apa dia 17 kelebihan Zinc...
  1. Penjagaan Kulit : Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan. 
  2. Ekzema : Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna. 
  3. Jerawat : mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. 
  4. Penyembuhan luka : Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka. 
  5. Gangguan Prostat : Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat. 
  6. Hilang berat badan : Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan. 
  7. Mengandung : Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan. 
  8. Pembiakan : Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan. 
  9. Fungsi Biologi : Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman. 
  10. Jangkitan : Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis. 
  11. Antioksidan : Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat . 
  12. Aturan Enzim : Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink. 
  13. Kanser : Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser
  14. Kelesuan Kronik : Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  15. Botak : Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
  16. Kehilangan tulang : Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang
  17. Buta Malam : Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.
Berapa banyak zinc yg kita perlukan? 




Nutrition Fact : Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan




Jika ingin mendapatkan vitamin Zinc Complex Shaklee ini, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!