Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts
Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts

02 September 2015

Anak Sering Demam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

RM0.00 Shaklee: Thank You for placing your order with us. Your Sales Order Transaction No 20150902000775 dated 2 September 2015, Wednesday, 02:04 PM was successful. TQ

Alhamdulillah kawan order untuk cuba bagi anak dia yang sering demam sebab tonsil...

Kawan-kawan nak tahu details demam anak-anak boleh klik link di sini yer!




Siapa lagi nak order??? Mai pm kami. Kami bagi servis terbaik๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Ummi & Syahir
Pengedar Comeii Shaklee Anda
018-2465 122 & 012-6196164 
(Whatsapp & Telegram diterima pakai)

06 November 2014

Tips memilih suplemen/makanan tambahan anak-anak


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Adakah kawan-kawan runsing atau tak tahu bagaimana nak memilih suplemen atau makanan tambahan yang sesuai untuk anak-anak? Hari ini saya nak kongsi serba sedikit info vitamin & mineral yang diperlukan oleh anak-anak kita. Semoga membantu ibu bapa zaman sekarang untuk membuat pilihan yang terbaik demi masa depan anak-anak comel kita :)

Tahu tak anda pemakanan seimbang & berkhasiat adalah perkara penting untuk kita memastikan anak-anak membesar dengan baik yer. Kita sebagai ibu bapa perlu memilih makanan yang sesuai untuk tumbesaran mereka. Di pasaran banyak pelbagai pilihan produk makanan tambahan dijual sama ada yang mengandungi khasiat semula jadi atau pun produk yang langsung tiada khasiat untuk si kecil. Jadi berhati-hati membuat pilihan tau! Jangan tersalah pilih...


Jika anda terfikir untuk memberikan makanan tambahan pada anak-anak pastikan makanan tambahan atau suplemen yang akan diberikan kepada anak-anak anda perlulah diperbuat daripada bahan semula jadi yang sesuai & selamat untuk mereka.

Vitamin & Mineral yang diperlukan anak-anak kita :-

1) Vitamin A
Untuk kesihatan mata. 
Sumber daripada lobak merah, telur dan marjerin.

2) Vitamin B1
Membekalkan tenaga kepada badan. 
Sumber daripada gandum, daging dan susu.

3) Vitamin B2
Membekalkan tenaga. 
Sumber daripada susu, daging dan ikan.

4) Vitamin C
Meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. 
Sumber daripada sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.

5) Kalsium 
Pembentukan tulang dan gigi. 
Sumber daripada susu, keju dan lain-lain produk tenusu.

Pada pendapat saya, nutrisi yang lengkap dan gaya hidup yang sihat ketika kanak-kanak bukan sahaja pada kesihatan tetapi juga memberi kesan pada masa depan mereka. Jadi makanan tambahan masa kini amat diperlukan oleh anak-anak kita supaya mereka lebih tangkas, bijak dan menyerlah demi masa depan mereka... Lagi-lagi ibu bapa zaman sekarang kebanyakkannya bekerja. Jadi masa untuk memberikan makanan yang berkhasiat pada anak-anak sangat lah terhad. Salah satu cara yang mudah dan ringkas adalah memberikan makanan tambahan atau suplemen yang berkualiti dan semulajadi. Ini lebih selamat dari kita membelikan makanan 'fast food' atau makanan ringan yang mungkin banyak mengandungi msg atau bahan pewarna terlarang.

Memerlukan suplemen untuk tumbesaran anak-anak anda? Anda boleh cuba memberikan makanan tambahan dari produk Shaklee. 


Jika berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk info lanjut untuk membuat pilihan makanan tambahan terbaik anak-anak anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!




15 October 2014

Membeli Sambil Beramal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Syarikat Shaklee memang sangat prihatin untuk kanak-kanak di Malaysia. Shaklee telah mewujudkan satu misi program membeli sambil beramal untuk membantu memberikan nutrisi tambahan Meal Shakes bernilai RM 1juta kepada kanak-kanak daripada 2000 keluarga yang kurang bernasib baik selama setahun.


Bagi setiap pembelian 3 balang dapat PERCUMA 1 balang Meal Shakes sehingga 31 Oktober 2014. 10% dari pembelian anda akan disalurkan kepada program "Shaklee Cares" ini! Jika korang rasa ada niat untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik tetapi tak tahu macam mana caranya. Bolehlah join membeli Meal Shakes ini untuk memberi peluang kepada syarikat Shaklee mencapai misi membantu 2000 rumah yang di diami oleh kanak-kanak ini. 


Semalam telah berjalan satu majlis Pelancaran "Shaklee Cares For Our Children". Ini Adalah gambar-gambar di sekitar majlis program tersebut. TQ Master Iffah Annuar berkongsi info dan gambar yang comel-comel ini :)







Dan hari ini telah keluar sedikit keratan surat khabar untuk info ringkasan tentang program tersebut bagi  tatapan rakyat Malaysia semua.....


Rasanya ramai lagi rakyat Malaysia yang berhati mulia ingin merebut peluang "Membeli Sambil Beramal" ini. Jika anda ada niat yang baik tu jangan di simpan boleh menghubungi kami untuk membuat pembelian yang istimewa ini. Tawaran istimewa ini akan berakhir pada 31 Oktober 2014! Hanya tinggal 16 hari sahaja. 

"Membeli Sambil Beramal"



24 September 2014

Nutrisi Terbaik Si Kecil Anda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Ada tak korang rasa anak korang selalu kena sakit? Asyik nak kena pergi hospital jer.. Ambik ubat demam lah, ubat selsema lah, ubat cirit birit lah. Macam-macam lah. Kita pun rasa kesian kan. Siapa tak sayang anak kan. Tapi kadang-kadang bagi ibu bapa yang bekerja terlintas rasa letih sebab perlu berulang alik pergi klinik. Dengan nak hadapi masalah di tempat kerja lagi. Rasanya doktor atau nurse kat citu pun dah kenal muka kita agaknya. Asyik muka kita jer ke citu kan.


Rasa-rasa sebab apa anak kita sering sakit yer? Tak cukup makan? Nak kata tak cukup makan banyaknya dia makan. Kebiasaan anak-anak kita ni antibodi dia kurang sedikit dari orang dewasa. Memang kita selalu bagi dia makanan yang cukup. Tapi rasa-rasa khasiat makanan yang kita bagi tu cukup tak? Lagi-lagi kita ibu bapa yang bekerjaya. Bukan senang nak jadi ibu bapa yang 'perfect' untuk anak-anak kita kan. Sebab tu bagi saya makanan tambahan zaman modern ni sangat perlu untuk anak-anak kita.


Banyak faktor kenapa anak-anak tidak cukup nutrisi. Antaranya :-
  • Anak suka memilih makanan
  • Anak suka makan makanan segera dari makanan berkhasiat
  • Anak suka minum air berkordial yang tinggi gula serta berasid
  • Anak suka main game di hand phone atau ipad
  • Ibu bapa yang terlalu taksub dengan permainan video atau media sosial di hand phone dan laptop
  • Persekitaran yang tercemar
Nutrisi yang lengkap dan gaya hidup yang sihat ketika kanak-kanak bukan sahaja pada kesihatan tetapi juga memberi kesan pada masa depan mereka. Jadi makanan tambahan masa kini amat diperlukan oleh anak-anak kita supaya mereka lebih tangkas, bijak dan menyerlah demi masa depan mereka.


Antara cadangan makanan tambahan yang perlu untuk si kecil kita membesar dengan sihat & cerdik ialah :-

Meal Shakes


Omega Guard


Vitamin Chewable


Jika rasa-rasa berminat nak mencuba makanan tambahan terbaik untuk si manja anda ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan kesihatan terbaik anak-anak anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan & berikan service yang terbaik!


03 September 2014

Ahli Shaklee Secara Percuma??

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Korang nak tahu tak, semenjak saya join jadi ahli Shaklee tak pernah lagi Shaklee buat promosi berganda ni. Istimewanya bulan September 2014 Shaklee menawarkan promosi untuk 2 produk secara serentak. Salah satunya adalah Collagen Powder Shaklee, yang ini anda perlu bayar untuk 6 kotak akan dapat 7 kotak. Manakala  untuk Meal Shakes pula anda hanya bayar untuk harga 3 tin dapat 4 tin... Best kan??? Rugi tau kalau tak ambil peluang ni. Korang boleh kongsi beli dengan kawan-kawan atau keluarga anda. Sangat jimat. 

Lagi satu dengan hanya membeli 6 kotak Collagen Shaklee, sudah melayakkan diri korang menjadi ahli secara PERCUMA tau. Korang sudah boleh ada ID Shaklee sendiri untuk membeli suplemen. Hanya 'klik-klik' dihujung jari barang dah sampai rumah dengan adanya sistem Shaklee2u. Sistem ini hanya ekslusif boleh di 'access' pada sesiapa yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli shaklee sahaja... 

Bukan hanya boleh menggunakan sistem secara online untuk membeli barang, malah korang boleh mengumpul UV sendiri. UV ni macam point lah. Macam kita beli barang kat Aeon, Tesco atau mana-mana pasaraya yang menggunakan kad untuk tujuan pengumpulan point. Shaklee pun sama juga, bila korang membeli barang yang telah mencukupi UV(point) tertentu boleh melayakkan diri diberi BONUS oleh pihak Shaklee. Setiap produk Shaklee mempunyai UV sendiri. Jadi lagi banyak produk dibeli lagi banyak lah korang mengumpul point untuk ditebus secara tunai mengikut syarat2 tertentu. Jika korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keahlian Shaklee ini, bolehlah menghubungi saya untuk penerangan yang lebih terperinci.

Ok, ni adalah serba sedikit tentang penerangan produk PROMOSI bulan September ini

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas

Jika korang nak tahu info lebih lagi tentang Collagen Powder boleh klik disini . Lebih info untuk Meal Shakes boleh klik disini.

Berminat nak membeli suplemen diatas, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!















Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini ('',)

26 June 2014

Minuman Kekal Bertenaga di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....


2 hari jer lagi umat Islam nak menyambut Ramadhan. Kejap jer masa berlalu kan... Bila bulan Ramadhan inilah minuman saya & keluarga semasa bersahur untuk membantu kekal bertenaga sehinnga waktu berbuka. Alhamdulillah.... 

Kawan-kawan nak tahu apa minuman yang sangat best tu?? Inilah minuman bertenaga tu


1) ESP (KURANG RASA LAPAR)
➜ membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita.
➜ Mengatasi masalah GASTRIK
➜ MILK BOOSTER! Mengurangkan masalah susu merundum
➜ Kulit lebih anjal, tegang dan berseri

2) Performance Drink (KURANG RASA HAUS)
➜ Mengekalkan kandungan air di dalam badan
➜ Mengandungi imbangan elektrolit untuk MENCEGAH HIDRASI
➜ Membekal 3 jenis karbohidrat untuk tenaga

3) Meal Shakes (KURANG RASA LETIH)
➜ Multivitamin! Mengandungi 19 vitamin/galian, serat dan protien
➜ Mengenyangkan dan memberi tenaga
➜ Elakkan sembelit
➜ Menyebabkan kulit wajah tampak berseri-seri kesan daripada nutrisi lengkap. 

Jika kawan-kawan ingin merasakan pengalaman berpuasa yang lebih indah & kekal bertenaga, bolehlah mencuba 3 set minuman bertenaga ni sebelum ianya kehabisan stok !!
(Hot produk di bulan Ramadhan) 

Sesuai untuk kanak-kanak, ibu hamil, ibu menyusu, pesakit gastrik, warga emas dan semua golongan.

Usah ragu atau was-was yer kawan-kawan untuk mencuba suplemen dari Shaklee ini kerana ternyata ianya :-

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Diiktiraf Doktor Profesional
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan

Jika anda berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


02 May 2014

Pelaburan Terbaik Buat Anak


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua....

Bulan May Bulan Promosi Mealshakes :)
Anak saya sangat suka minum Mealshakes dicampur dengan susu... 
Bila ibu yang buat susu irdina akan cakap "Ibu... susu ibu buat lebih sedap dari ayah buat, ayah buat tak sedap" sambil gelak2..

Sebab ayah dia buat susu xder letak mealshakes..tu yang kurang sedap...hihi.. 
Siap 'request' lagi kat ibu... "Ibu, nanti letak shakes" tahu sebut hujung jer...
Sehari sekali jer bagi...memang jimat!

Apa yang best bagi Mealshakes & perubahan yang baik kat anak saya?? 
Mengikut perhatian saya lah selama setahun ni.. (lepas dia tak minum susu ibu sepenuhnya) :-

1) Selera makan semakin baik
2) Senang membuang
3) Aktif jangan cakap lah
4) Jarang demam & selsema

Itulah 4 faktor utama pelaburan Mealshakes yang berbaloi untuk anak saya.. Itu sayalah... Lain orang lain pendapatkan  ('',) Tepuk dada tanya diri....


Alhamdulillah keluarga sihat, kunci kegembiraan keluarga!

Jika anda berminat nak mencuba suplemen untuk pelaburan terbaik anak anda, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!


01 April 2014

Resepi Aiskrim MealshakESP Strawberry

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Petang-petang ni nak kongsi resepi aiskrim istimewa dari kawan Shaklee Kak Najihah Sudi :) TQ kak Jihah....


Sebab ramai sangat nak tau macam mana nak buat homemade ice cream ni, nah resepinya!!

Credit to : Raja Nor Fadhilah. Tengkiu dila!!!

Bahan-bahan :

  • 1tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat (saya kurangkan 1 sudu besar)
  • 1 sudu besar ovelett
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya :
  • Pukul sampai kembang (dlm 20minit). Dah kembang boleh add on :
                         1 sudu esp
                         1 sudu mealshake
                         8-10bj strawberi (potong dadu. Simpan sikit utk hiasan atas)

  • Pukul lagi dalam 5 minit. Pastu boleh la isi masuk bekas. Buat layer by layer. Layer dgn sirap choc & sirap strawberry.
  • Dah siap, boleh ler keraskan.
Dijamin sedap dan menjadi kegemaran anak2 & mak budak. Hehehe
*boleh cuba gantikan strawberry n choc ni dengan biskut oreo

Ok, selamat mencuba!!!

28 March 2014

Gabungan Vitamin lain bersama ESP

Assalamualaikum & Salam Jumaat Semua...

Promosi ESP masih berjalan sehingga 31 Mac 2014... Mari dapatkan sementara masih ada baki 4 hari lagi... Jangan lepaskan peluang istimewa pomosi ESP ini yang jarang ditawarkan oleh Shaklee... Untuk pengetahuan anda, tarikh tamat tempoh bagi ESP ni 12 December 2015. Amat berbaloi membelinya untuk anda membuat stok sendiri.


Anda boleh pilih mana-mana pilihan gabungan ESP bersama vitamin lain yang berkenan di hati untuk lebih jimat! Bersama tingkatkan taraf kesihatan diri & keluarga ('',)


➜ ESP + Vita-C Plus 
Membantu menganjalkan kulit dan memberikan tona kulit lebih sekata

➜ ESP + Gla Complex
Membantu ikhtiar untuk hamil/ Membetulkan semula hormon/ Menghilangkan jeragat dan melembutkan kulit muka 

➜ ESP + Ostematrix
Mengurangkan masalah migraine/ Sakit kepala/ Menguatkan tulang/ Mengurangkan masalah sakit sendi dan sakit-sakit badan/ Membantu mengurangkan masalah jaundis untuk bayi yang menyusu susu ibu

➜ ESP + Vita-E Complex 
Membantu kulit cantik dan cerah/Bebas jerawat dan parut

➜ ESP + Alfalfa Complex 
Membantu penyusuan susu ibu/Menangani masalah keputihan wanita/ Mengembalikan keremajaan wanita/ Menganjalkan payudara

➜ ESP + Zinc Complex
Mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin/ Pembedahan/ Kemalangan/ Mengurangkan masalah keguguran rambut

➜ ESP + Omega Guard 
Mengurangkan risiko keguguran atau bayi pra-matang/ Ibu hamil/ Ibu menyusu anak/ Bagi penurunan kolestrol

➜ ESP + Lechitin 
Mengembalikan bentuk badan selepas bersalin/ Membantu untuk menguruskan badan 

➜ ESP + Vitalea
Mengembalikan kesihatan yang  optimum 

➜ ESP + Performance Drink
Memberikan tenaga tambahan bagi mereka yang aktif bersukan dan melakukan kerja-kerja luar dan dibawah panas matahari  

➜ ESP + Collagen Powder
Membantu untuk kelihatan awet muda dan lebih berseri

➜ ESP + Meal Shakes + Performance Drink
Memberi tenaga berpanjangan sepanjang hari/ Minuman semasa berpuasa bagi mengurangkan rasa dahaga dan kepenatan.


Jika anda berminat nak mencuba gabungan ESP bersama vitamin-vitamin yang HOT ini, bolehlah menghubungi saya atau pun suami (bagi kaum lelaki jika segan nak hubungi saya) untuk membuat pilihan suplemen kesihatan anda... InShaa Allah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik! 


19 July 2013

Pengganti ESP...

Assalamualaikum Semua....

Hari ni tadi dapat berita dari Shaklee ESP 'sold out'.... Selalu time ramadhan atau promosi selalu terjadi ESP kehabisan di Shaklee... Anda jangan risau... Shaklee ada produk lain yang boleh menggantikan ESP untuk bagi tenaga di bulan Ramdhan ni..

Taaa Daaaaaa...... Ni lah produk tu ('',) MEAL SHAKES & PERFORMANCE DRINK. Mari kita lihat apa kelebihan 2 produk ni... 

Manfaat utama Meal Shakes 
  • Nutrisi lengkap – Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar penyerapan vitamin & mineral oleh tubuh badan kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yg bekerjasama dgn vitamin larit lemak. 
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh – Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain 
  • Membantu tumbesaran – mengandungi asid folik, biotin kaya dgn kalsium & magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar 
  • Anti oksida- mengandungi vitamin A,C,E,zink,selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan & melambatkan proses penuaan 
  • Mengembalikan seri wajah- Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yg cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat sekaligus memeberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik 
  • Detoksifikasi – kaya dgn serat larut utk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus 
  • Kelazatan Rasanya – Minuman yang lazat utk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan. 
Mealshakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan – Bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. 

Manfaat Utama Performance Drink 
  • Meningkatkan saya ketahanan badan – memberikan tenaga kapada otot dan sel dgn cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh 
  • Membekalkan tenaga & daya ketahanan fizikal – Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dlm tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika & mereka yang aktif dalam kerja harian. 
  • Mencegah Penyahhidratan – mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda 
  • Mengekalkan paras gula –terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot. 
Satu hidangan yang lazat untuk diminum pada bila-bila masa & dimana sahaja. Enak diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshakes & ESP tau minuman lain. 

Sangat sesuai untuk : Para atlet, mereka yang berpuasa, sebelum dan selepas pembedahan, tidur lewat malam, keletihan, penyahhidratan otot & kulit, vagina yang kering, cirit-birit, tiada selera makan, rendah paras gula, kepeningan & sebagainya.

Jika anda berminat ingin mendapat produk ni boleh menghubungi saya, saya sedia membantu anda


17 July 2013

Tips Menggalakkan Anak Makan!

Assalamualaikum Semua...


Petang ni saya nak cerita pasal kanak-kanak.. Sebab semenjak akhir2 ni saya teruja sebab anak saya dah makin berselera makan... Alhamdulillah ('',) Jadi saya nak share dengan anda semua panduan@tips menggalakkan anak-anak kita makan...



Kebiasaan rata-rata ibu mengadu anak-anak mereka susah untuk makan. Salah satu sebab mereka susah nak makan sebab habit kanak-kanak memang suka memilih makanan. Akibatnya, lebih banyak makanan yang ditolak berbanding dengan yang dimakan. Jadi, adakah kuantiti makanan yang diambil itu mencukupi?

Sebenarnya, kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Harus diingat, kekurangan berat badan tidak bermaksud anak anda kurus. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi bertubuh kecil, namun, mereka bukanlah kurang berat badan. Manakala kanak-kanak yang bertubuh agak besar sejak lahir tidak bermakna mereka cukup zat makanan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak itu tidak melambangkan tahap kesihatannya. Sekiranya anak anda ada banyak tenaga dan tumbesarannya normal, dia sebenarnya sihat meskipun hanya makan sedikit. Tetapi, jika berat badan anak anda tidak naik dan dia seakan tidak sihat, sesuatu perlu dilakukan.


Umumnya, kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal. Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh memandang ringan jika tumbesaran anak tidak seperti yang digariskan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses pemberian makanan kepada kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun sangat mencabar. Namun, demi masa kesihatan dan masa depan anak-anak, ibu bapa perlu bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mengambil hanya yang berkhasiat untuk keperluan tenaga dan nutrien anak sepanjang proses tumbesaran. Kekurangan berat badan bagi kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana banyak implikasinya seperti kecerdasan otak terjejas, pertumbuhan fizikal terganggu dan mudah diserang penyakit. Sekiranya hal ini terjadi kepada anak anda, bawalah dia berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan mengatasinya.

Jika anak anda enggan makan, berusahalah untuk mencipta suasana makan yang menceriakan. Pada masa yang sama, pelbagaikan menu dan cara sajian makanan untuk mereka. Harus diingat, kepelbagaian makanan yang disajikan perlulah mengutamakan vitamin dan zat agar tumbesaran tubuh dan perkembangan minda kanak-kanak tidak terjejas. Kuantiti makanan yang diambil anak anda biarpun sedikit tetapi mestilah berkhasiat. Ini lebih baik daripada makan banyak tetapi tidak berzat.


Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?

  • Bermasalah dengan gigi.
  • Bosan dengan makanan yang diberikan.
  • Terlalu banyak bermain.
  • Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
  • Tidak berselera untuk makan.
  • Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan. 
Tip Makanan Untuk Anak Kurus : 
  • Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak. 
  • Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari. 
  • Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan. 
  • Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat. 
Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan : 
  • Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak. 
  • Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang. 
  • Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang. 
  • Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat. 
  • Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega. 
  • Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega. 

Panduan Menggalakkan Anak Makan : 
  • Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan. 
  • Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat. 
  • Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera. 
  • Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa. 
  • Jangan menyuap anak secara paksa
  • Sediakan makanan seimbang yang mereka suka makan & berkhasiat
  • Berikan Supplemen atau makanan tambahan yang sesuai untuk anak anda....Salah satu yang dicadangkan ialah Shaklee Meal Shakes yang dilengkapi pelbagai jenis vitamin... Paling best, minuman ini berperisa Vanilla dan sangat sedap!

Penerangan serba sedikit tentang Shaklee Meal Shakes

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 


13 June 2013

Sarapan Berkhasiat Untuk Otak Cerdas & Ligat

Assalamualaikum Semua...

Lama sungguh saya tak update blog ni :) Hampir sebulan setengah juga. Kebelakangan ni agak sibuk dengan urusan kerja di opis dan urusan keluarga. Nak jadikan alasan jer ('',) Ok lah, hari ni dah 13hb... Jadi dah 13 hari berlalu dalam bulan Jun. Untuk bulan ni Shaklee Malaysia bagi promosi Meal Shakes. Ni adalah antara produk kegemaran juga oleh ibu-ibu termasuklah saya. Tapi KENAPA yer? 

Meal Shakes ni adalah Makanan Segera, Tanpa Was-Was untuk anak-anak kita. Biasa orang kata makanan segera @ fastfood ni tidak baik diamalkan. Tapi berbeza dengan produk Shaklee ni. Ia adalah makanan segera yang sihat. 'Segera' disini bermaksud ianya segera diserap... Protin berkualiti tinggi dan mudah diserap dalam tubuh manusia dari kanak-kanak hingga dewasa.. 

Jom kita tengok apakah antara kelebihan Meal Shakes.

Klik Gambar Untuk Melihat Paparan Lebih Jelas


Sumber : Shaklee Today Vol 6|2012

Dengan tabiat yang sering berkejaran & tergopoh-gapah, kanak-kanak selalunya tidak punya waktu untuk duduk diam menikmati hidangan mereka. Sebab itulah mereka perlukan pilihan makanan yang bukan hanya segera tetapi juga berkhasiat untuk mereka seperti pilihan berkhasiat hidangan Shakes Shaklee yang rendah lemak dan rendah glisemik.

Rasa yang hebat, pek minuman extra nutrisi yang mudah dibancuh dan dicampur dengan hidangan lain. Shake tersebut menawarkan 19 vitamin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protein yang hebat. Ia juga merupakan nutrien asas untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar untuk kekal kuat dan sihat.

Tentu mereka akan menggemari pilihan bukan soya berperisa vanilla dicampur dengan susu yang berbuih. Cubalah rasai bancuhan shake Shaklee di pagi hari yang dicampur bersama yogurt tanpa perisa atau pun susu rendah lemak beserta buah- buahan.
  • Snek nutrisi yang enak pada bila-bila masa
  • Hidangan ideal yang rendah kolesterol, lemak dan sodium
  • Hidangan segera bagi para atlet
Menurut pertubuhan Pemakanan Amerika, lebih daripada 40% kanak-kanak perempuan dan 32% kanak-kanak lelaki tidak bersarapan secara teratur pada waktu pagi. Kebanyakan ibubapa berasa pelik mengapa anak mereka sukar mengambil sarapan pagi sebaliknya mengambil makanan ringan menjelang tengah hari. Puncanya adalah kerana kanak-kanak tidak mengambil sarapan pagi tidak mendapat nutrisi dan tenaga yang diperlukan tubuh untuk mereka menumpukan pembelajaran di sekolah.

Kajian bagi kolerasi dia antara sarapan pagi dan pencapaian di sekolah menunjukkan "kanak-kanak yang mengambil sarapan sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan".

Bagaimanakah pengambilan sarapan pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak di sekolah secara keseluruhannya?
  • Memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan.
  • Menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai.
  • Membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih tepat.
  • Meningkatkan pencapaian berfikir.
  • Menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah.
  • Membantu mereka untuk tidak 'berkhayal' semasa di dalam kelas.
  • Membuatkan mereka lebih tenang dan kurang menggelabah.
------------------------------------
Apa orang nak kata tentang Meal Shakes ni, saya xkhesah.... Cuma yang saya tahu.. Saya ingin memberikan yang terbaik untuk anak saya :)

Alhamdulillah, saya dah jumpa makanan tambahan yang senang di ambil untuk anak saya iaitu Meal Shakes. Disebab kan saya ni ibu yang bekerja, jadi saya tak dapat nak pantau anak saya 24 jam. Jika masak pun belum tentu setiap hari. Kadang2 beli jer makanan di luar tanpa mengetahui kesahihan kebersihannya. Betul tak? Makanan yang saya masak sendiri pun tak dapat nak diukur lagi zat dan vitamin di dalamnya.

Jadi saya sudah memberi Meal Shakes untuk membantu anak saya kekal sihat, bijak dan cergas!!
Alhamdulillah saya lihat anak saya kurang sembelit... senang sangat membuang.. kulit pun cantik gebu.. jarang demam & selsema. Pelaburan yang terbaik untuk kesihatan anak kesayangan saya... Anda bila lagi?? Apa pelaburan untuk anak anda? Tak kan pelaburan untuk pakaian mahal, kasut mahal, barang permainan mahal jer.. Kesihatan nya pula bagaimana?? Mencegah lebih baik dari mengubati...
Inilah Puteri Kesayangan Saya
Jika berminat untuk mendapatkan Shaklee Meal Shakes dengan harga promosi hanya untuk bulan ni sahaja.. Hubungi saya untuk mendapatkannya.. 

Harganya sangatlah berbaloi-baloi untuk kesihatan anak anda! 
Retail Price : RM 113.75 Harga Promosi : RM **.00



24 July 2012

Berpuasa Dengan Shaklee!

Assalammualaikum & Selamat Pagi semua...

Hari ni 1st day puasa di pejabat :) camner kawan-kawan semua...masih bertenaga lagi? Alhamdulillah saya masih segar lagi...Nak tahu rahsia saya??? Saya dan husband bersahur dengan minum ESP + MealShakes Shaklee. Saya akan buatkan 1 cawan soya+1 sudu ESP+1 sudu Mealshakes untuk husband :) coz husband tak suka minum susu plain dutch lady... Untuk saya pula 1 cwn susu dutch lady+1sudu ESP+1 sudu Mealshakes... Kemudian, saya shake... ermm shedapnya!!

ESP (850gm) dan Meal Shakes (544gm)

Ni saya kongsi serba sedikit tentang kelebihan ESP & Meal Shakes :)


ESP (Energizing Soy Protein-Vanilla)
*Antara Product TerLaRis di Shaklee*

Nak tahu keistimewaan dan fakta tentang ESP?

  • Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yg lengkap berasaskan tumbuhan yg secara semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dgn asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. 
  • Tumbuhan protein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram non-GMO Protein Soya sihat dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. 
  • Non-GMO (tidak diubah suai secara genetik) protein berasaskan tumbuhan yg memastikan kacang soya Shaklee bebas drpd kacang soya yg diubah suai secara ginetik. 
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot. 
  • Glisemik rendah dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal. 
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kalesterol normal. 
  • Energizing Soy Protein mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus. 
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones. 
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien. 

SIAPA YG PERLUKAN ESP?
  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management) 
  • Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc) 
  • Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil 
  • Ibu yang menyusu: Membantu menggalakkan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat 
  • Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut). 

Meal Shake 
*Makanan Segera, Tanpa Curiga*

Nak tahu keistimewaan dan fakta tentang Meal Shakes?
  • Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. 
  • Meal Shakes Shaklee menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. 
  • Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 
  • Meal Shakes Shaklee merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. 
  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. 
  • Meal Shakes Shaklee membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. 
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein 
  • Rasanya French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dibancuh dengan susu atau minuman kegemaran lain. 

SIAPA YG SESUAI AMBIL MEAL SHAKES? 
  • Kanak-kanak 
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan 
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang 
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil 
  • Warga tua 
  • Boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent. 
  • Sesiapa yg mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. 
Jika anda ingin mendapatkan produk ESP dan Mealshake ni anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!