Showing posts with label Vitamin Chewable. Show all posts
Showing posts with label Vitamin Chewable. Show all posts

06 November 2014

Tips memilih suplemen/makanan tambahan anak-anak


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Adakah kawan-kawan runsing atau tak tahu bagaimana nak memilih suplemen atau makanan tambahan yang sesuai untuk anak-anak? Hari ini saya nak kongsi serba sedikit info vitamin & mineral yang diperlukan oleh anak-anak kita. Semoga membantu ibu bapa zaman sekarang untuk membuat pilihan yang terbaik demi masa depan anak-anak comel kita :)

Tahu tak anda pemakanan seimbang & berkhasiat adalah perkara penting untuk kita memastikan anak-anak membesar dengan baik yer. Kita sebagai ibu bapa perlu memilih makanan yang sesuai untuk tumbesaran mereka. Di pasaran banyak pelbagai pilihan produk makanan tambahan dijual sama ada yang mengandungi khasiat semula jadi atau pun produk yang langsung tiada khasiat untuk si kecil. Jadi berhati-hati membuat pilihan tau! Jangan tersalah pilih...


Jika anda terfikir untuk memberikan makanan tambahan pada anak-anak pastikan makanan tambahan atau suplemen yang akan diberikan kepada anak-anak anda perlulah diperbuat daripada bahan semula jadi yang sesuai & selamat untuk mereka.

Vitamin & Mineral yang diperlukan anak-anak kita :-

1) Vitamin A
Untuk kesihatan mata. 
Sumber daripada lobak merah, telur dan marjerin.

2) Vitamin B1
Membekalkan tenaga kepada badan. 
Sumber daripada gandum, daging dan susu.

3) Vitamin B2
Membekalkan tenaga. 
Sumber daripada susu, daging dan ikan.

4) Vitamin C
Meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. 
Sumber daripada sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.

5) Kalsium 
Pembentukan tulang dan gigi. 
Sumber daripada susu, keju dan lain-lain produk tenusu.

Pada pendapat saya, nutrisi yang lengkap dan gaya hidup yang sihat ketika kanak-kanak bukan sahaja pada kesihatan tetapi juga memberi kesan pada masa depan mereka. Jadi makanan tambahan masa kini amat diperlukan oleh anak-anak kita supaya mereka lebih tangkas, bijak dan menyerlah demi masa depan mereka... Lagi-lagi ibu bapa zaman sekarang kebanyakkannya bekerja. Jadi masa untuk memberikan makanan yang berkhasiat pada anak-anak sangat lah terhad. Salah satu cara yang mudah dan ringkas adalah memberikan makanan tambahan atau suplemen yang berkualiti dan semulajadi. Ini lebih selamat dari kita membelikan makanan 'fast food' atau makanan ringan yang mungkin banyak mengandungi msg atau bahan pewarna terlarang.

Memerlukan suplemen untuk tumbesaran anak-anak anda? Anda boleh cuba memberikan makanan tambahan dari produk Shaklee. 


Jika berminat nak mencuba suplemen ini, bolehlah menghubungi kami untuk info lanjut untuk membuat pilihan makanan tambahan terbaik anak-anak anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan yang terbaik!




24 September 2014

Nutrisi Terbaik Si Kecil Anda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.....

Ada tak korang rasa anak korang selalu kena sakit? Asyik nak kena pergi hospital jer.. Ambik ubat demam lah, ubat selsema lah, ubat cirit birit lah. Macam-macam lah. Kita pun rasa kesian kan. Siapa tak sayang anak kan. Tapi kadang-kadang bagi ibu bapa yang bekerja terlintas rasa letih sebab perlu berulang alik pergi klinik. Dengan nak hadapi masalah di tempat kerja lagi. Rasanya doktor atau nurse kat citu pun dah kenal muka kita agaknya. Asyik muka kita jer ke citu kan.


Rasa-rasa sebab apa anak kita sering sakit yer? Tak cukup makan? Nak kata tak cukup makan banyaknya dia makan. Kebiasaan anak-anak kita ni antibodi dia kurang sedikit dari orang dewasa. Memang kita selalu bagi dia makanan yang cukup. Tapi rasa-rasa khasiat makanan yang kita bagi tu cukup tak? Lagi-lagi kita ibu bapa yang bekerjaya. Bukan senang nak jadi ibu bapa yang 'perfect' untuk anak-anak kita kan. Sebab tu bagi saya makanan tambahan zaman modern ni sangat perlu untuk anak-anak kita.


Banyak faktor kenapa anak-anak tidak cukup nutrisi. Antaranya :-
  • Anak suka memilih makanan
  • Anak suka makan makanan segera dari makanan berkhasiat
  • Anak suka minum air berkordial yang tinggi gula serta berasid
  • Anak suka main game di hand phone atau ipad
  • Ibu bapa yang terlalu taksub dengan permainan video atau media sosial di hand phone dan laptop
  • Persekitaran yang tercemar
Nutrisi yang lengkap dan gaya hidup yang sihat ketika kanak-kanak bukan sahaja pada kesihatan tetapi juga memberi kesan pada masa depan mereka. Jadi makanan tambahan masa kini amat diperlukan oleh anak-anak kita supaya mereka lebih tangkas, bijak dan menyerlah demi masa depan mereka.


Antara cadangan makanan tambahan yang perlu untuk si kecil kita membesar dengan sihat & cerdik ialah :-

Meal Shakes


Omega Guard


Vitamin Chewable


Jika rasa-rasa berminat nak mencuba makanan tambahan terbaik untuk si manja anda ini, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan kesihatan terbaik anak-anak anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan & berikan service yang terbaik!