05 November 2014

Tanda Kontraksi Awal Kehamilan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Semalam saya pergi check up di klinik kesihatan untuk 36 minggu. Alhamdulillah tiada masalah kesihatan. Just bagitahu nurse hari sebelum tu rasa tegang di perut. Tapi tak kerap sangat. Datang dalam beberapa jam sekali. Kira on off lah gitu. Nurse suruh refer dengan doktor klinik kesihatan. Nurse adalah bagi info cikit tanda-tanda bersalin. Kalau ada salah satu tu perlu segera pergi ke hospital.

1) Pecah air ketuban
2) Keluar darah bercampur lendir
3) Sakit kontraksi yang kuat dan kerap

So jumpalah doktor, dia scan semua ok baby tiada masalah, alhamdulillah. Baby dah berat 2.687 kg. Kedudukan uri, air ketuban dan jantung semua dalam keadaan baik. Tapi doktor suruh refer hospital bersalin. Jadi semalam saya pergi PPUKM untuk check samada baby dah nak keluar atau belum. Pakai lah CTG tu untuk monitor pergerakan baby. Doktor check laluan bawah belum buka. Syukur tak kena tahan wad, boleh balik rumah. Kalau dah turun tanda darah atau pecah ketuban berserta kontraksi yang kerap, sila datang semula hospital.

Tu lah kadang2 konfiuskan macam mana kontraksi yang nak hampir kita nak bersalin. Semalam tu adalah tanda2 awal jer. Nak kenal tanda2 awal kontraksi jom baca kat bawah ni. Sumber dari PaMa.

Kehamilan pertama selalu menjadi pengalaman yang mendebarkan bagi setiap orang. Apatah lagi sekiranya semakin hampir waktu hendak melahirkan. Pergerakan rancak si comel dalam perut ibu menambahkan lagi debaran yang dirasakan.

Biasanya pada usia kehamilan memasuki trimester ke-3, kontraksi awal akan mula dialami oleh ibu hamil. Kontraksi ini merupakan tanda bahawa kelahiran semakin hampir. Tetapi jangan sampai anda berasa panik kerana ia mungkin juga adalah false kontraksi awal sahaja.

Jadi untuk membuatkan anda boleh mengenal pasti rasa yang dialami itu adalah kontraksi lebih baik anda kenali cirri-ciri kontraksi awal tersebut agar tidak bingung.

  • Sakit pada punggung
Kontraksi akan menyebabkan anda berasa sakit pada punggung dan sakit tersebut cukup jelas terasa. Namun rasa sakit tersebut akan cepat berkurangan dan hilang apabila tubuh badan kembali relaks.
  • Perut terasa tegang
Rasanya sama seperti saat anda sedang menahan untuk membuang air kecil, perut akan terasa tegang dan seperti ditarik. Itu tandanya sakit kontraksi sedang datang menyerang.
  • Sakit perit
Rasa sakit yang sangat perit menyerang bahagian atau mahu pun bawah yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
  • Rembesan air
Apabila Anda merasa ada air yang merembes keluar dari saluran air kencing, maka periksa sama ada iar tersebut adalah air ketuban atau bukan. Bila diikuti dengan pendarahan, anda harus segera menuju ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan.

Biasanya sakit kontraksi akan semakin cepat jaraknya apabila proses melahirkan semakin hampir. Oleh itu pastikan anda sudah menyediakan segala kelengkapan barang-barang bersalin yang hendak di bawa ke hospital. Jadi apabila sakit kontraksi kuat sedang dialami anda tidak perlu kelam kabut dan panik memikirkan apa barangan yang hendak dibawa.

Jom kita tengok perkembangan bayi dari minggu 36 hingga minggu 40. Apa yang tubuh ibu dan bayi akan rasa tempoh tersebut.

Perkembangan Bayi Minggu 36-40

Minggu 36

Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Minggu 37

Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38

Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39

Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.


Tubuh andaMasa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40

Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.

No comments:

Post a Comment