18 November 2014

Mengoncang Bayi Boleh Membunuh!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Tadi saya ada pemeriksaan kehamilan untuk minggu ke 38. Masa tengah menunggu giliran untuk pemeriksaan oleh jururawat, saya terjumpa pamplet yang sangat berguna untuk info saya sebagai ibu bapa muda. Kadang-kadang kita terlepas pandang perkara-perkara yang kecil. Banyak ilmu yang perlu kita pelajari sebenarnya sebagai ibu bapa supaya kita dapat menjadi ibu bapa yang terbaik bagi anak-anak kita yang sedang membesar.


Apakah yang dimaksudkan dengan SINDROM BAYI TERGONCANG?

Sindrom bayi tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ianya juga boleh MEMBUNUH BAYI tersebut.

Mengoncang bayi boleh membunuh

Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar di mana beratnya adalah 25% (1/4) daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.

Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak. Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan pendarahan.

Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakan hentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atas tilam). 

Apakah peringkat umur bayi yang paling berisiko?

Bayi berumur 0-9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayi tergoncang, walaubagaimanapun terdapat juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1-4 tahun.

Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan2 berikut :-
  • Apabila anak/bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yang menjaga anak/bayi tersebut berada dalam keadaan kecewa, marah dan stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat.
  • Penjaga bayi/kanak-kanak hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganas di bawah pengaruh dadah/alkohol/masalah kewangan. 

JANGAN MENGONCANG BAYI ANDA!

Bayi meragam adalah lumrah. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar, kembung perut, demam atau merasa tidak selesa. Setiap penjaga bayi harus bersabar dan tenang mengendali bayi dalam keadaan begini. Dapatkan rehat yang cukup, amalkan makanan seimbang agar sentiasa berada dalam keadaan yang cergas dan belajarlah cara-cara menangani stress dengan bijak...

No comments:

Post a Comment