19 September 2012

Nutrisi Penting Bagi Ibu Hamil

sumber google

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Hari ini saya nak kongsi tentang panduan pemakanan tambahan/nutrisi bagi ibu yang hamil…Perasan tak bila wanita disahkan hamil, doktor akan bagi beberapa vitamin untuk memastikan wanita yang hamil serta kandungannya memperolehi zat & nutrisi yang cukup.

Untuk pengetahuan anda, dalam tempoh kehamilan tubuh kita memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu.

  • Protein 
Diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Sel terbina dari protien. Tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut. Jelasnya, kehamilan memerlukan kehadiran protein untuk bina sel.

  • Multivitamin yang lengkap dengan zat besi 
Demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin. 

  • Vitamin B-Complex yang lengkap dengan folic acid 
Pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur. 

  • Vitamin C 
Pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi. 

  • Kalsium 
Kalsium amat penting lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan bagi memastikan bayi yang bakal lahir mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan. 

  • Omega 
Asid Lemak Omega 3 juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan sel otak dan retina bayi. Ikan laut dalam (Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kayan dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya. 


Cadangan Vitamin Shaklee Bagi 
IBU HAMIL

  • Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Vita-Lea nie adalah multivitamin. So, bila dah ambil nie tak perlu ambil Obimin ya. Ia juga membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
  • B Complex : Jika ambil B Complex dari Shaklee tak perlu ambil acid folic dah, kerana B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
  • Vitamin C : Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh. Vitamin C juga adalah sumber kolagen jadi, boleh mengurangkan stretch mark effect.
  • Ostematrix :  Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu yang hamil perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari . Jadi, kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang kuat & sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
  • Energizing Soy Protein :  rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga berterusan supaya ibu hamil tak cepat letih, selain mencantikkan kulit & mengurangkan stretch-mark effect.
  • Omega Guard : Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Omega ini penting untuk pembentukan otak & mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jika anda berminat untuk mengambil nutrisi seperti di atas boleh menghubungi saya untuk info lebih lanjut tentang panduan supplement yang sesuai. Saya sudi membantu anda!





No comments:

Post a Comment