21 September 2012

Tips Hilangkan Stress!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….


Sebelum saya bagi tips hilangkan Stress ni meh kita dengar intro ni kejap..Semalam kat opis dikejutkan dengan berita warga KPM mati terkejut dengan kepalanya bersarung dengan plastik...Sedih dengar berita tu...Dengar ceritanya dia banyak tekanan...masalah dalaman...bahaya kan kalau kita pendamkan perasaan..terlalu memikirkan sesuatu perkara...Apa2 pun..marilah kita berdoa & sedekahkan Al-Fatihah.... Mudah2an arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman...aminnn..

Harap anda semua sihat sentiasa dan tidak stress erkk...Stress ni adalah satu reaksi dari tubuh badan seseorang yg menghadapi bnyk masalah dalam kehidupan seharian.Contoh masalah yg biasa dihadapi oleh kita semua seperti masalah kewangan, hutang yg banyak, perbalahan keluarga, masalah tempat kerja dan lain-lain...Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata malah punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , roh, nafsu dan akal.

Jika kita beragama Islam...kita hendaklah percaya bahawa stress tu ialah ujian dari Allh s.w.t kepada hambanya..Jadi jika kita mengalami stress kita hendaklah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t...berdoa kepadaNya mudahan kita ditemukan jalan utk menyelesaikan segala masalah yg kita hadapi...


Doa boleh tenteramkan jiwa kita...


Surah Al-Baqarah(2):155

Firman Allah yang bermaksud:

“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.

--------------------------------------------------------------------------------

Mari kita amalkan tips2 dibawah untuk menghilangkan stress :-

1. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, kitab agama
2. Memperbanyakkan solat, zikir
3. Beriadah dan bersukan
4. Mengawal diet
5. Mandi air suam
6. Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
7. Bersedekah
8. Bersyukur dengan apa yang diperolehi (redha)
9. Muhasabah diri (penyucian minda – ingatkan mati, nilai semula pegangan, minta bantuan dari pakar / ahli agama)
10. Berehat, bercuti dan bersantai
11.Selalu tersenyum

Pesanan dari saya...

Setiap manusia di muka bumi ini tidak terlepas dari ujian hidup. Jadi, yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat anda perlu tabah dan redha menghadapi segala ujian dari Nya. Jangan kita cuba menyendiri bila kita stress..Jika kita menyendiri seorang diri , kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang & berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.

No comments:

Post a Comment