28 September 2012

Cantik Luaran & Dalaman Menjelang Perkahwinan...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Saya nak kongsi tips untuk bakal-bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga... Banyak produk kecantikan dah cuba tapi masih sama.. Bau badan juga masih ada..tidak mahu busana pengantin bau hangit pulak tatkala menyarung gaun pengantin bersama pasangan...So, mari kita cuba petua ni untuk merasai kecantikan luar dan dalam yang abadi :)


Cantikkan Lisa Surihani...
sumber gambar : FB Lisa Surihani

MELICINKAN DAN MENCERAHKAN KULIT WAJAH
Sebiji tomato yg masak di ambil dan dilecekkan sehingga halus..kemudian sapu lah kat seluruh wajah dan biarkan selama 20minit sehingga kering. Selepas itu, bilas dgn air yg bersih

Tips : Amalkan sapuan tomato lecek di wajah 2 atau 3 kali seminggu. Hasilnya pasti memberangsangkan.

MENEGANGKAN KULIT
Hanya menggunakan tepung ubi kayu dan timun segar...hanya hancurkan timun sehingga lumat dan campurkan sedikit tepung ubi kayu bersama sedikit air sehingga likat. Kemudian, bolehlah disapu pada wajah sehingga kering. Akhir sekali, cuci wajah dengan air bersih..Campuran timun dan tepung ibu kayu tersebut dapat menegangkan kulit muka serta menjadikan kulit wajah putih segar setiap hari.

MENYERIKAN WAJAH
Inginkan wajah yg berseri dan menarik untuk bakal suami dan tetamu yg hadir di majlis anda?? Mudah sahaja..Amalkan bacaan selawat sebanyak 3x sebelum mencuci wajah dan sapukan air tersebut ke wajah anda..Selamat mencuba

MENGHALUSKAN WAJAH
Tahu tak anda buah tomato sgt bagus dan banyak khasiatnya walaupun dimakan. Ambil sebiji tomato dan kisar hingga halus. Kemudian, sapu pada wajah dan biarkan kering. Gunakan air suam untuk mencuci wajah anda.

Tips : Amalkan sapuan tomato pada wajah kerana ia berfungsi membersihkan wajah anda. Sebaiknya, lakukan sapuan pada waktu malam untuk kesan yang terbaik.

MERAWAT KULIT BERKEDUT
Kahwin di lewat usia, tatkala sudah menjangkau 30-an ke atas? Jangan risau, anda boleh merawat kedutan wajah dengan menggunakan lobak merah. Bersihkan lobak dan parut sehingga halus. Selepas itu, parutan lobak tadi dicampurkan dengan sedikit tepung jagung dan sebiji kuning telur serta sedikit air. Gaul kesemua bahan tadi sehingga likat dan sapu pada wajah sekali sehari. Anda pasti akan merasai perubahannya.

HILANGKAN BAU BADAN
Risau peluh anda mengganggu aktiviti majlis persandingan yang disinari terik cahaya matahari? Amalkan petua ini 2 bulan sebelum majlis tiba. Ambil sebiji limau kasturi dan dibelah dua. Bijinya dibuang kesemunya. Kulit limau kasturi hendaklah dimakan bersama airnya. InsyaAllah bau badan anda tidak sehangit dulu. Amalan petua ni boleh dipraktikkan pada sesiapa juga walaupun belum nak kahwin atau sudah berkahwin :) Yerlah untuk kewangian diri sendiri & suami kan....

MENJADIKAN BADAN RINGAN DAN BERTENAGA
Majlis persandingan sudah pasti akan memerlukan tenaga dan meletihkan tubuh di malam harinya. Untuk langkah terbaik, sehari sebelum majlis berlangsung, amalkan minum air rebusan serai dan halia yg dititik bersama kulit kayu manisdan lada hitam. Minum air rebusan tersebut pada waktu pagi dan malam. Badan akan terasa ringan dan bertenaga semula.

Tips : Kepada si dara yang bakal bergandingan dgn jejaka tersayang...anda boleh amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari untuk meningkatkan tenaga wanita. Tapi, awas !! jika anda tidak biasa memakan telur mentah, boleh mencuba sebiji terlebih dahulu dgn campuran sesudu madu lebah untuk mengurangkan rasa hanyir di tekak.

MENGEMPISKAN PERUT
Perut yg kempis memang menjadi idaman dan tarikan pada semua orang terutama bakal pengantin..Maklumlah, busana yang ditempah cantik mahu digayakan seperti tuan puteri. Mudah sahaja caranya. Sediakn limau nipis yg dicampur dengan sedikit kapur sirih. Sebatikan kedua-dua bahan ini dan sapu pada perut anda setiap malam.

Tips : Sekiranya perut anda terlalu menggeleber, selepas sapuan campuran tersebut, anda boleh ikat perut dgn menggunakan bengkung. Ini akan memberikan kesan tindak balas lebih cepat.

MENEGANGKAN PAYUDARA
Kembalikan kecantikan tubuh dan nikmati malam pertama yg bakal diulit memori indah bersama pasangan. Singkirkan masalah payudara kendur dan tidak menarik dengan mengamalkan minum air kanji. Air kanji adalah air didihan nasi yang anda masak. Minumlah sebelum tidur dan hasilnya kan dirasai.

Sumber : Majalah Pesona Pengantin, Oktober 2012

Jika anda tidak suka mengamalkan petua atau kesibukan masa...Ingin mencuba Vitamin semulajadi dari Shaklee untuk penjagaan kulit muka atau yang mempunyai masalah kulit berjerawat, jeragat atau berparut.... Kecantikan, bukan sahaja di luar, namun dari dalam juga. Ni antara Vitamin dan minuman Shaklee untuk kecantikan kulit :-


1) Vitamin C
kulit memerlukan Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu.

2) Vitamin E
memang diketahui umum adalah vitamin untuk kecantikan kulit, melawan penuaan. Vitamin E bersifat anti-oksidan dan larut lemak. 

3) B-Complex
B Complex ( B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.

4) Energizing Soy Protein
keanjalan kulit …protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.

5) Collagen Powder
Semakin meningkat usia, kolagen dalam badan akan semakin berkurangan. Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan secara tetap dapat menggantikan kolagen yang hilang. Bukan itu sahaja, malah berupaya menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut. Jadi boleh mencuba Shaklee Collagen Powder. Merupakan supplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yg berkualiti tinggi dan tulen yg di ekstrak dari sisik ikan merah.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Jika anda berminat ingin mencuba suplemen untuk kecantikan kulit dari produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui info lebih lanjut lagi... Saya sudi membantu anda!




2 comments:

  1. terima kasih untuk petua traditional tuh!
    teruja nak mencuba hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Perkenalan Saidatul Akma :)
      TQ sudi menjengah di blog saya... Cubalah amalkan petua tu..mesti berseri2 muka awak nanti... InsyaaAllah

      Delete