21 October 2014

Cara Mengurangkan Komplikasi Semasa Meneran

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….


Saat- saat menunggu masa untuk melahirkan bayi pasti ada ibu yang risau, cemas memikirkan bagaimana keadaan semasa meneran bayi nanti bukan. Saya adalah salah seorangnya :) Sebab masa anak pertama dulu saya terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan kerana ada sedikit komplikasi. Bayi saya tidak cukup pernafasan. Jadi saya tiada pengalaman untuk meneran bayi. Jadi, untuk bayi kedua ni saya mencari info-info yang boleh membuat persediaan awal untuk mengurangkan komplikasi sewaktu meneran. Mana lah tahu untuk bayi kedua ni saya berpeluang untuk melahirkan secara normalkan.. Mudahan saya diberi kesempatan itu. InsyaaAllah jika diizin olehNya.. Kita hanya mampu berdoa kan. Tapi tak salah mencari inisiatif mencuba apa-apa tips yang boleh kita cuba untuk cuba melahirkan bayi secara normal :) 

Selepas mencari info-info di pakcik google, baru saya tahu rupanya kalsium ni adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil untuk kurangkan komplikasi. Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua. Wahh takut kan dengar!

Menurut kata Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad "Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain'.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.

Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak.

Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Saya yakin ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

Jika ada ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu,saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.

Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi.

Diet Sumber Asli

Walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi. Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Malah pra-eklampsia juga berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis. Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.

Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan Kalsium

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus. Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi.

Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

Edit Sumber: Kosmo & aleesalittlezone.blogspot.com

Bagi saya yang berkerjaya ni suka ambil inisiatif mengambil pil kalsium. Sebab senang dan ringkas untuk melengkapkan kalsium yang saya perlukan untuk menampung keperluan diri & bayi. Kadang-kadang terlupa nak ambil makanan yang berunsurkan kalsium ni. Jadi saya memang serasi ambil kalsium dari produk Shaklee sejak saya menyusukan anak saya yang pertama lagi. Memang berkesan, alhamdulillah. Kalau saya tak ambil pil kalsium ni selepas bangun tidur keesokan hari pasti akan mengalami sakit pinggang dan kaki mudah kejang walaupun ada ambil susu pada hari tersebut. Mungkin susu yang saya minum tak dapat menyerap sepenuhnya kan. Yerlah minum setakat 1-2 cawan. Ikutkan artikel kat atas tadi ibu hamil perlukan 1 liter susu. 

Jadi saya memilih Ostematrix dari produk Shaklee. Sebab jika ambil 4 biji ostematrix telah menyamai lebih kurang 1liter susu. Lengkaplah kalsium saya seharian. dah tak perlu nak minum susukan :)


Lagi satu Ostematrix bukan hanya sekadar kalsium sahaja. Ia membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan. Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet. Itu yang bestnya ambil kalsium dari Shaklee ni. 


Saya nak bagi tips, sebelum korang nak beli pil kalsium korang tengok dulu tau bahan-bahan yang ada dalam pil tersebut. Pastikan pil tersebut mengandungi kalsium yang mencukupi dan lengkap sekali magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh badan kita!

Saya dah memilih pil kalsium yang lengkap semua tu dalam Ostematrix. Alhamdulillah berkesan dengan saya semasa hamil dan menyusukan anak. Anda bila lagi??

Jika rasa-rasa berminat nak mencuba produk ni, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pilihan kesihatan terbaik anda... InShaaAllah, kami akan cuba membantu anda untuk membuat pilihan & berikan service yang terbaik! 


No comments:

Post a Comment